Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Masih Lagi berJUNUB



LANDSKAP ROHANI



Lewat ketika ini aku masih meneliti, memerhati betapa sukarnya hati apabila diri setiap hari berada dalam JUNUB. Ya allah hamba belum suci dari sekalian junub. Amatlah ruginya diri setiap kali bersusah payah menghiasi landskap rohani tetapi masih gagal bersuci. Jika aku bermimpi janabah mudah sekali bagiku bersuci iaitu hanya mandi hadas dan halal bagi ku mendirikan solat dalam keadaan bersuci diri dari hadis kecil dan besar. Tetapi bukan itu yang merungsingkan dan menganggu diri, kerana diri ini sebenarnya berada dalam junub qalbi iaitu junub batin. Junub batin adalah kelalaian hati sehingga dalam banyak pekara aku lupa kepada allah swt. Aku melupai allah dengan sengaja atau tidak disengajakan. Aku berkasar kepada empunya afaal lalu berlaku kasar dan mencemuh ketika diri dilandai nikmat ujian. Aku ni dah macam anjing malah keburukan diri lebih terhina dari anjing. Sesungguhnya anjing itu akan menyalak-nyalak kemarahan apabila dirinya disakiti oleh batu yang dilontar oleh orang yang melontar. Tidak pula anjing itu memarahi orang yang melontari batu kepadanya. Begitulah aku merungut-rungut dengan kejadian yang menimpa diri dari akibat berhadapan dengan orang yang tidak bersivik. Tetapi itukan semuanya afaal allah yang mana allah berhak menguji sifatnya dengan afaalnya. Aduhhhh!!!!! Bodoh…bodoh….bodohnya kelalaian. Berilmu tidak beramal itulah yang akan menghancurkan nur makrifath. Itulah sebabnya aku namakan ujian itu sebenarnya nikmat bagi mukmin. Seseorang yang berilmu tidak bermakna dia telah merasai, oleh yang demikian untuk mengutip pengalaman dari ilmu tauhid afaal bukannya mudah melainkan aku, kamu dan kita telah merasai ujian yang allah kurniakan. Adakah gagal atau terus berserah diri.


Bagaimana aku, kamu dan kita berhajat memasuki dalam daerah khusus iaitu daerah para arifin ataupun peringkat bawah sikitlah iaitu dalam maqam mutmainah sedangkan saban hari belum lagi bersuci diri dari junub kelalaian. Lalai lalai lalai macam LALANG yang ke kiri bila di hembus oleh nafsu fasik dan ke kanan apabila di ketuk ketaatan soleh. Hati itu ibarat cermin apabila berdebu berhabuk telah padu melekat di atasnya maka cermin itu tidak akan dapat membias bayangan sukma kerana cermin itu telah berkeping-keping karatan di atasnya. Begitu jualah hati aku, kamu dan kita yang kelalaian dari mengingati allah dalam segala urusan walaupun pada urusan qadar hajat sekalipun jangan dibiarkan terbebas hati itu berterbangan tanpa arah berangan-angan duniawi. Kerana itu wajiblah aku dan kita semua mensucikan diri dari junub batiniah dengan mensucikan hati itu dengan upgrade akan zikir dengan lidah juga hati serta seluruh perasaan sekalian anggota zahir. Seraya itu cubalah berfikir mencari jalan penyelesaian agar diri jangan menghampiri jurang kelalaian lalu ditolak jatuh tersungkur tersembam ke dalam gaung-gaung kerugian yang dipenuhi tusukan penyesalan-penyesalan yang tiada berkesudahan.

Apabila setiap hela hembusan nafas tidak dibaluti dengan benang-benang sutera zikirullah mudah setan mengarahkan tentera nafsu itu mengilhamkan kelazatan duaniawi lalu hati yang sepatutnya dijanakan untuk mengenal allah akan dikerah untuk mengenal syahwat. Akal akan mula menayangkan skrin mega dalam lapangan memori lalu anggota pancaindera mulalah berfungsi hanya bertujuan untuk melempiaskan nafsu syahwat yang lebih kepada maksiat zahir ataupun batin. Pengaruh nafsu itu meluas hingga ke urat yang paling dalam walaupun telah di bajai akal itu dengan ilmu yang di fahami dan menyakini tetapi masih jua di kacau bilaukan sehingga yang terlihat itu adalah untuk bersenang lenang dan keuntungan peribadi sahaja. Maka akan hal ini aku, kamu dan kita mesti membatasi akal dari melampaui batasan mengingati hari esok masih adakah kehidupan bagi ku. Banyak mengingati mati, mati, dan mati. Semalam pun ada jiran kawasan perumahan ku yang telah mati menjadi mayat lalu dimandikan, dikafankan, dibenam keliang lahad lalu di injak-injak tanah kuburan itu lalu berlalu pergi setelah di talkinkan. Bye-bye sanak saudara, anak, isteri, harta dunia. Hai-hai mungkar nangkir menyelak carik selimut putih.

Sesungguhnya jika hati, lidah dan seluruh anggota pancaindera itu telah di baluti zikirullah yang meresap sukma maka berpandanganlah hati itu pada sekalian alam bagaikan melihat allah. Iaitu pada ketika melihat alam maka dilihatnya pula bahawa segala sesuatu yang terjadi dalam alam itu adalah menurut kehendak dan kudrat allah. Hati melihat, nafsu mengintai, akal memerhati dan anggota terpatri melihat allah dengan kekuasaanNya dan sifat-sifatNya yang maha suci. Sesuatu usaha itu tidak memberi bekas melainkan dengan hayat, ilmu, iradat dan kudratNya. Apa yang di atur dinisbahkan di susun itu amatlah bersesuaian pada sekalian kehendak. Apalagi jika berpadanan dengan apa yang di idamkan. Oleh itu wahai aku, kamu dan kita jalankanlah perintah-perintah allah dan jauhilah laranganNya dengan selalu mengingati akan hak-hak allah di mana dengannya kehendak syahwat dan nafsu itu terhindar dengan sendirinya…..Yunus ayat 6…. Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang itu dan pada apa yang diciptakan Allah di langit dan di bumi, benar-benar terdapat tanda-tanda (yang menunjukan undang-undang dan peraturan-Nya) bagi orang- orang yang bertakwa.
Continue >>>

Ada saudara ku masih kristian



LANDSKAP ROHANI

Krismas telahpun berlalu namun bahang tidak pernah aku rasakan walaupun mereka yang kafir berlapang dada meraikan hari yang mereka pun tak tahu adakah perayaan ini suatu perintah dari tuhan ataupun sebaliknya. Sebenarnya perayaan krismas yang diada-adakan ini bertujuan meraikan kelahiran nabi Isa(jesus) namun hakikat sebenarnya mereka tidak tahupun bilakah tarikh kelahiran Jesus. Kesimpulan yang lebih afdhal ialah mereka iaitu kritianity meraikan hari pembunuhan Jesus iaitu ketika ia di salib. Malam krismas pada tahun 2009 kali ini jatuh pada hari khamis malam jumaaat ketika umat islam berlapang dada membaca surah Ya`asin berkumpul-kumpul sama ada di masjid ataupun di rumah. Tetapi aku tak pi masjid kerana menjadi khalifah Yaasin untuk recite bersama mak dan kakak-kakak serta ipar duai. Surah Yaasin hanya satu namun ianya di pelbagaikan menjadi Yaasin Tahlil, Yaasin 40, Yaasin Hajat, Yaasin Waqaf dan itu sahaja yang aku berilmu padanya…. Yang lain aku tak tahu…. Banyak pendapat mengatakan ianya bidaah dan aku pun tak arif langsung mengenai hal ini. Bagi aku al quran itu bukan setakat kitab yang hebat namun ianya kompleks boleh di guna pakai menjadi ubat dan penyembuh penyakit jasad dan roh. Sebagai contoh nak buat ramuan ubat, terlebih dahulu kita akan mendapatkan ramuannya dengan pelbagai campuran herba-herba tertentu, jadi setelah melalui percampuran itu maka terbitlah ubat. Begitu juga dengan pelbagai surah di dalam alquran juga perlu kita berilmu dan beramal untuk mendapatkan kesempurnaan penyembuhannya.


Ada saudaraku masih kristian. Ya mereka masih kristian namun hubungan macam biasa jer. Malah sesekali berjumpa rasanya lebih bermakna lagi. Cuma nak berdakwah terus terjah mana mungkin berlaku bagi menjaga situasi jamuan makan malam pada ketika itu. Apa yang mampu di dakwahkan hanyalah pada mempamerkan akhlak yang baik terutama menjaga hawa pertuturan serta pakaian yang lebih bertamadun iaitu menutup aurat baik lelaki dan wanita. Jamuan makan malam ini bukanlah bertujuan meraikan malam krismas namun ianya hanyalah hari perjumpaan keluarga. Kalau aku serta keluarga membaca doa makan mereka pun masih mengaminkan juga. Sebenarnya hubungan kekeluargaan ini terjalin dari akibat ikatan perkahwinan antara kakak ku dengan bang ipar ku yang beragama kristian berdarah keturunan campur. Hasilnya sungguh membahagiakan kerana dikurniakan anak yang hebat paras rupa yang kini telah pun berusia 9 tahun namun ikatan perkahwinan itu telah putus hampir 8 tahun yang lalu. Allah maha mengetahui hikmahnya dan walaupun telah tiada ikatan rasmi namun hubungan itu seolah dah melekat seperti kulit dan isi yang hanya mampu di pisahkan dengan mata pisau sahaja. Allah juga mengetahui mereka dalam diam mengakui kebenaran pada islam. Jadi kesimpulannya walaupun lidah kita tidak punya keberanian membicarakan tentang kebenaran islam namun terdapat lagi pelbagai cara berdakwah yang lebih berkesan Cuma kita perlu kreatif menterjemahkan islam sebagai agama yang benar dan selamat. Itulah allah mengurniakan al quran kepada umat Muhammad agar terus berilmu dan beramal. Kerana pembacaan al quran itu merupakan sesi latihan pernafasan yang terunggul, iaitu nafas juga bertanggungjawab membawa sifatullah dari hati ke pelbagai pusat badan, fikiran dan landskap rohani. Sesungguhnya membaca al quran dengan makraj dan tajwid yang tepat akan menimbul nafas yang seimbang dan harmoni kepada suatu ragam fizikal. Kesimpulannya ialah membaca al quran itu menjadikan kita lebih berakal insan. Dengan akal insan kita mampu mendakwahkan islam dengan pelbagai kesempurnaan gaya, budaya, ilmu, amal, hubungan, tamadun, fesyen, intelektual, makanan, dan yang paling penting ialah Katakanlah: "Dia-lah Allah, yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia."

Semoga esok, lusa, tulat, minggu depan, tahun depan atau hingga nyawa berada di kerongkong sekalipun islamlah saudara ku. Dengan izin allah mana tahu nasib mereka lebih baik di akhirat berbanding kita yang terlahir islam namun masih terhijab memandang pada kekuatan diri. Hindarkan kami dari berburuk sangka wahai rabbul alamin.



Continue >>>

Adakah Namanya Nikmat ataupun Bala Malapetaka Musibah


LANDSKAP ROHANI

Aduh susahnya habislah kalau macam ni aku tak sanggup… hish…! apalah malapetaka menimpa-nimpa pulak ni. Apalah tuhan ni tak habis-habis bala bencana atas hidup aku ni.. Kalau macam ni susah hati aku boleh mampus aku dibuatnya. Hishhhh…! Celaka betullah nasib ni. Tak guna betul ler. Muka mula masam mencuka lalu menjadi merah akibat baran yang tidak terbendung. setiap ketika rasa nak meletup mulalah melenting tidak tentu hala maka itulah namanya SUSAH, PUTUS ASA berpunca dari Maqam Mazmumah.


Itu adalah kata-kata keluh kesah ketika diri ditimpa ujian dari ilahi… kata-kata yang berhambur nista dan keputus asaan adalah kata-kata kefasikan bagi menenangkan jiwa yang sememangnya hitam tidak di basuh dengan iman. Suatu ketika dahulu inilah aku yang menempatkan diri dengan kedudukan kehinaan tanpa sabar tanpa tawakal tanpa takwa. Sememangnya apabila ujian menimpa, ujian itu dianggap bala atau malapetaka yang seharusnya tidak boleh hinggap langsung atas diri. Apabila diri ditimpa ujian berupa kesusahan pasti diri berkeadaan gelisah, keluh dan kesah hingga menganggap ujian itu suatu musibah yang tidak sepatutnya ditanggung dalam seumur hidup. Tetapi apabila menerima ujian dalam bentuk kesenangan di manakah aku, kamu dan kita menempatkan landskap rohani mu. Suatu ketika ketika aku diuji dengan kesenangan pastilah aku melupakan siapa yang menghulurkan kemewahan. Kemewahan yang melimpah ruah hanya dianggap sebagai usaha sendiri hingga diri melarat mengerjakan maksiat . Adakah aku, kamu dan kita sanggup mengahabiskan setiap detik nafas melakukan maksiat zahir dan batin yang akhirnya pasti kamu akan ditinggalkan kehancuran oleh nafsu nafsi.


Namun kekuasaan allah amat luas yang mana diri kita sebenarnya bernaung di bawah payung-payung rahmat dan panji-panji nikmat ilahi. Sebenarnya setiap ujian allah itu adalah nikmat dan tidak boleh di gelarkan ujian itu sebagai bala bencana, malapetaka ataupun musibah. Sesungguhnya allah itu bersifat maha pengasih lagi mengasihani mana mungkin DIA mengkasari hamba-hambanya kerana sesungguhnya allah adalah al latif. Sesungguhnya ujian yang menimpa itu adalah kedekatan atau siren yang memanggil jiwa agar bertenang daripada maksiat yang melampaui batas dan memeriksa segala amal sebelum diri diperiksa di padang mashyar. Nah nampakkan sebenarnya ujian berupa kesusahan itu adalah nikmat yang sebenar nikmat yang lazat lagi indah untuk menyelamatkan diri daripada belenggu neraka. Manakala ujian berbentuk kesenangan dan kebahagiaan itu adalah rahmat yang menghujani qhadak dan qhadar yang tertulis di lauh mahfuz. Banyak orang mengeluh dan tewas dengan ujian kesusahan tetapi lagi banyak orang tergelincir dengan rahmat kesenangan yang tanpa bersyukur berubah menjadi istidraj.

Mengapa ujian itu tidak boleh dianggap bala , malapetaka atau musibah kerana telah pun diketahui sebenarnya kehidupan anak adam itu sesungguhnya adalah ujian selagi mana ia hidup di atas dunia yang fana ini. Setiap hela nafas itu adalah ujian, amal ibadath adalah ujian, solat adalah ujian, hidup juga ialah ujian dan mati pun adalah ujian. Adakah kematian itu suatu bala, musibah, atau bencana? Setiap kalilah berlaku kematian pasti di iringi dengan kalimat: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun"……. Mengapa pada ujian kesusahan dan kebahagian tidak pula terucap kalimat ini….? Sesungguhnya permulaan manusia itu adalah hidup dan kemuncak kehidupan itu adalah kematian. Tanpa menempuh alam kematian maka tidak mungkin manusia itu dapat kembali ke tempat asalnya di alam ghaib. Iaitu kematian itu adalah perpindahan manusia dari alam yang fana ke alam yang kekal sejahtera. Jika manusia itu tiada ujian kematian sudah tentu dunia ini terlalu sesak dengan warga tua bangka sehingga rupa paras lebih gerun dari hantu puaka akibat kedut-kedutan yang beropol-ropol dengan tulang belulang yang hampir mereput. Jadi adakah kematian itu suatu musibah sedangkan perpindahan manusia dari alam yang fana ke alam yang kekal itu adalah meyelamatkan manusia dari terbiar melarat tak mati-mati.


Haruslah aku, kamu dan kita fahami konsep nikmat dan rahmat yang mana ujianNya atas diri akan menjadikan kita lebih bersyukur. Kenapa ujian itu menjadikan kita bersyukur kerana setiap ujian itu ada ganjarannya. Ganjaran itu tidak pula memberi keuntungan bagi allah namun ganjaran berupa nikmat dan rahmat itu hanyalah tersedia untuk dinikmati oleh mereka yang sanggup menempuhinya dengan jalan kesabaran lagi bertakwa. Oleh itu haruslah kita beristifar atas nikmat ujian kesusahan dan bersyukur atas rahmat kebahagian agar kita menjadi hamba yang ikhlas yang merasa puas dengan apa yang diberikan allah dan menjdikan aku, kamu dan kita redha dengan segala kurniaan. Allah tidak sekali membebani seseorang melainkan sesuai dengan kekuatannya. Sikap isqamah dan tawakal yang dipraktikan dalam menghadapi ujian akan membuahkan sifat sabar dan syukur dalam diri.

Surah Ibrahim ayat-7……. dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), Maka Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".


Continue >>>

Apakah Tanda Islam mu Hanya Pada Kemaluan yang Dikhatankan….?




LANDSKAP ROHANI


Ali Imran Ayat 19…….. Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam.

Islam adalah agama yang diketahui ketulenannya dan di ketahui juga bahawa islam adalah sebuah agama yang dibawa para rasul, nabi-nabi sampailah kepada junjungan kita nabi Muhammad saw. Islam yang benar adalah ikhlas berserah diri kepada Pencipta alam yang kepadaNya alam tunduk patuh berserah diri. Tetapi sebahagian besar dari kalangan kita yang beragama islam dan kafir juga munafik beraggapan bahawa beragama itu menjadikan mereka hidup di dalam kesulitan kerana terbelenggu dengan kewajipan enakmen agama yang membebankan. Sesungguhnya ajaran islam itu mudah dan beriman kepada qhadak dan qhadar allah itu akan menghilangkan kesemua beban, keresahan, kesulitan dan menghilangkan segala duka cita nestapa. Sesungguhnya allah menjanjikan akan membantu hamba-hambanya yang benar-benar bertawakal dan menolong orang-orang yang membantu agamaNya. Seseorang yang hendak menjadikan dirinya sebagai mukmin seharusnyalah ia mengetahui tentang islam yang mana islam itu amat berkaitan rapat samasekali tentang iman, tauhid dan makrifath.


Dengan limpah kurnia dari penguasa yang maha mengetahui lagi maha mengasihani, Dialah Allah yang menurunkan Ad-Dien (aturan hidup) kepada makhluk merangkap hamba. Tujuanya agar manusia hidup teratur dan menemukan jalan yang benar menuju Tuhannya. Kekasih allah Muhammad saw dah lama dah memberitahukan kepada kita sesungguhnya tugas kita manusia dari kalangan makhluk yang terindah harus mengenali Allah yang maha besar lagi berilmu. Hanya dengan tarikat(perjalanan) islam sahaja mampu mengorak langkah mu untuk mengenali allah dengan rahsia firmanNya yang berbunyi dari surah al insyiqaq ayat -6 …. Hai manusia, Sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, Maka pasti kamu akan menemui-Nya. Iaitu manusia di dunia ini baik disadarinya atau tidak adalah dalam perjalanan menuju Tuhannya. dan tidak dapat tidak Dia akan menemui Tuhannya untuk menerima pembalasan-Nya dari perbuatannya yang buruk maupun yang baik. Hanya dengan menghayati islam sahajalah akan memastikan diri kita diredhai dan diberi cabang ilmu yang tidsak kita sangka-sangkan. Hanyalah dengan mengislamkan diri zahir dan batin kita akan terbakar menjadi debuan rindu dari Maha Karya Cinta yang maha bijak dan maha cinta. Sesorang manusia itu tidak akan dapat samasekali menghulurkan cinta begitu agung dan luhur terhadap seseorang yang lain. Hanyasanya cinta allah sahaja yang dapat menghancurkan kerinduan kita. Kerana sesungguhnya hanya islam sahaja yang mengajari manusia bahawa dalam kehidupan ini hanyalah hiasan pameran yang maha luas yang disediakan untuk membantu kita dalam perjalanan pengembaraan.


Islam ialah sebuah agama selamat yang sempurna. Islam berasal dari kata salima yuslimu istislaam (artinya, tunduk atau patuh) selain yaslamu salaam (yang berarti selamat, sejahtera atau damai). Islam adalah Ketundukan, Islam adalah Wahyu Allah, Islam adalah Agama Para Nabi dan Rasul, Islam adalah Hukum-hukum Allah di dalam Alquran dan Sunnah, Islam adalah Jalan Allah Yang Lurus dan Islam Pembawa Keselamatan Dunia dan Akhirat. Sesungguhnya ilmu allah maha luas tidak terbatas pada pandangan kornea mata sahaja. IlmuNya meliputi pada qhadak dan qhadar meliputi iradath dan kudratNya meliputi segala-galanya. Mari kita berkalih panafsiran islam itu pada hakikat yang mana kita sebagai orang awam menerimanya dengan penaakulan dan logic dari regim akal yang membawa kita bertafakur kepada setiap kejadianNya yang maha tersembunyi lagi tersembunyi. Setiap yang bergelar nama ataupun bukan pada nama segalanya mengandungi istilah bagi menerangkan segala pengertian dan kedudukan. Jadi bermula perkataan islam itu mempunyai empat huruf(bahasa arab).


Huruf-hurufnya adalah………      ALIF + SIN + LAM(ALIF) + MIM = ISLAM

ALIF……………... Mengisyaratkan kepada الله
SINN……………… Mengisyaratkan kepada سلام
LAM(ALIF)……. Mengisyaratkan kepada lailahaillallah
MIM……………... Mengisyaratkan kepada محمد


Jadi, jika dirantaikan segala perkataan itu ianya menjadi allahu salamun lailahaillallah muhammad rasulullah yang mana pengertiannya secara awam bermakna ALLAH MENYELAMATKAN MEREKA YANG BERKATA TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH MUHAMMAD(AKU) PESURUH ALLAH. Atau mengikut pengertian syariat ialah mengaku allah adalah tuhan dan Muhammad itu rasul allah.

Huruf alif itu yang mengisyaratkan kepada الله yang meliputi segala martabat yang terkandung pada surah al ikhlas Katakanlah: "Dia-lah Allah, yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia." Sesungguhnya Dia-lah pemerintah yang memerintah dunia akhirat dan Dia-lah Empunya diri yang memberi tanggungjawab kepada manusia untuk mengamanahkan rahsiaNya.
SINN adalah mengisyaratkan سلام iaitu selamatlah dirimu dunia akhirat bersesuaian dengan Surah Maryam Ayat …15. Kesejahteraan atas dirinya pada hari ia dilahirkan dan pada hari ia meninggal dan pada hari ia dibangkitkan hidup kembali.


Jika diperhatikan huruf yang berdiri pada huruf LAM(ALIF) terkandung dua huruf iaiatu huruf LAM + ALIF yang mana huruf lam membawa makna LATHIF iaitu lemah lembut dan ianya terkandung di dalam ALAM iaitu ALLAHU LATHIFUN MUHIIZ(UN) ertinya Allah itu bersifat lemah lembut dan sangat hampir (tidak terpisah) dan huruf ALIF(LAM+ALIF) melambangkan آدم Iaitu bapa sekalian jasad di mana adam dan keturunannya adalah penanggung rahsia dan akan diuji sejauh mana mampunya kesetian menanggung amanah dengan kejahatan iblis,syaitan sebagai musuh kepada khalifah allah di alam sejagatraya… seperti firmanNya pada Surah Ya`asin ayat 60. Bukankah aku telah memerintahkan kepadamu Hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu",

Yang terakhir adalah huruf MIM yang benar-benar mengisyaratkan kepada MUHAMMAD iaitu bapa sekalian roh yang mana sekalian alam yang terwujud adalah daripada puncanya tajalli NUR MUHAMMAD sejak dari alam GHAIBUL GHAIB… dan sesungguhnya kehidupan rasulullah itu adalah kehidupan akhlak yang HAQ dan menjadi perjalanan yang lurus yang harus diikuti oleh sekalian manusia jika keredhaan allah lah yang di maksudkan pada sekalian kehidupan ini. Seperti firmanNya Surah Al Anbiya ayat 107……... dan Tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam. Sesungguhnya ketahuilah oleh aku, kamu dan kita sekalian alam ini terjadinya adalah kerana ilmu iradath allah yang berilmu pada kudratNya lalu mentajalikan NUR MUHAMMAD sebagai pelengkap kenal mengenal pada menyatakan kronologi AWAL MUHAMMAD, AKHIR MUHAMMAD, ZAHIR MUHAMMAD DAN BATHIN MUHAMMAD bersesuain dengan firmanNya Surah Al Hadiid ayat 3. Dialah yang Awal dan yang akhir yang Zhahir dan yang Bathin; dan Dia Maha mengetahui segala sesuatu. Yang dimaksud dengan: yang Awal ialah, yang telah ada sebelum segala sesuatu ada, yang akhir ialah yang tetap ada setelah segala sesuatu musnah, yang Zahir ialah yang nyata adanya karena banyak bukti- buktinya dan yang Bathin ialah yang tak dapat digambarkan hikmat zat-Nya oleh akal.
Continue >>>

Tidak Bertajuk Bukan Merajuk....!


LANDSKAP ROHANI

Hari ini pagi-pagi anak saudara aku bangun bersiap siaga menempuh kehidupan untuk berjuang menjadi seorang Al Hafuz.... tapi aku pulak yang terasa gentar... cuma aku bersyukur kerana allah melorongkan hatinya memberikan dia nikmat dan minat serta cinta terhadap al quran..... lewat pagi ini tepat jam 8.30am adalah pendaftaran ujian kelayakan untuk pengambilan pelajar tahfiz bagi sesi 2010... semogo doa ku, doa ami, doa abi, doa opah dan atok, doa seluruh keturunan KULOP bin Joreng mengiringi MOHD SYAFIQ..... selamat datang ke lembah kejayaan.....

Sejuk hatiku memandang anak-anak islam melayu berminat dengan kalam allah dengan kehadiran yang cukup besar memenuhi ruang masjid negeri(ipoh)tetapi tak nampak pulak bangsa lain. Sayangkan..... sesungguhnya kerajaan kita begitu lemah menarik minat bangsa lain terutama bangsa cina menganuti agama tauhid ini. Ahhh lantaklah diaorang......., sedang aku melayan hafazan Syafiq aku telah di beri kepingan kertas putih oleh adek-adek al hafuz yang berseri nur al quran dan aku baca, aku selami, aku hayati dan aku berjalan lalu aku menangis dalam toilet...... sebabnya korang bacalah sendiri....... tak larat nak taip panjang sangat jadi aku copy paste ajerlah.

MENGIMBAS KEMBALI AWAL TRAGEDI AMBON BERDARAH


oleh Alexanderwathern

Pada tahun 1998, orang-orang Kristian telah menyerang dan membakar sebuah perkampungan Islam bersama masjidnya sekali. Orang-orang Islam gempar lalu mengadukan hal itu kepada pemerintah. Pihak pemerintah berjanji untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selang dua minggu kemudian, Pasukan Merah (Kristian) menyerang dan membakar sebuah lagi perkampungan Islam bersama masjidnya. Orang-orang Islam seluruh Ambon masih bersabar dan tidak bertindak balas. Inilah akhlak mulia penganut agama Islam yang nyata jauh berbeza dengan orang bukan Islam. Mereka terus mengadu kepada pihak berkuasa. Pihak berkuasa berjanji untuk menangkap dan mengadili petualang-petualang tersebut.

Dua minggu selepas itu, sebuah lagi kampung orang Islam diserang dan dibakar. Hangus kesemuanya. Sikap melampau penganut Kristian ini adalah kerana mereka merasakan yang orang Islam langsung tidak sensitif. Memang inilah pula sikap kebanyakan umat Islam hari ini. Contohnya dalam kes murtad (keluar daripada Islam). Semua orang tahu begitu banyak orang Islam murtad tetapi langsung tidak mahu bertindak apa-apa. Sekurang-kurangnya jadikanlah ia sebagai bahan perbualan bersama kawan-kawan. Selain itu, sokonglah pihak-pihak yang mahu berusaha membenteras gejala ini. Walaupun sudah tiga buah kampung dijadikan padang jarak padang tekukur, namun alim ulama Islam di Ambon masih bersabar dan belum mahu mengeluarkan arahan untuk bertindak balas. Kristian semakin bermaharajalela. Mereka merancang sesuatu yang jauh lebih besar, iaitu untuk menghapuskan seluruh jiwa dan harta-benda umat Islam Ambon.


Menjelang Hari Raya Aidil Fitri pada malam 27 Ramadhan tahun 1999 lalu (inilah Tragedi Idul Fitri Berdarah), orang-orang Kristian dari luar terutamanya Maluku berbondong-bondong datang ke Ambon. Kononnya pada malam tersebut Nabi Isa (Jesus Christ) akan turun di Ambon. Ini berbeza dengan umat Islam yang banyak keluar dari Ambon untuk pulang berhari raya bersama sanak-saudara. Ketika ini nisbah orang Islam berbanding Kristian ialah 3 Muslim: 10 Kristian. Ketika umat Islam lain beriktikaf di masjid (qiamullail), pengganas Kristian membuat rancangan untuk menghabisi seluruh umat Islam ketika mereka bersolat Hari Raya. Ini kerana umat Islam akan bersolat di tengah padang, maka mudahlah disembelih beramai-ramai.



Dengan kuasa Allah SWT Yang Maha Mengatur Rencana, entah bagaimana pengganas Kristian gagal menyerang pada masa yang ditetapkan. Inilah pertolongan Allah. Jika tidak, umat Islam seluruh Ambon telah lama pupus. Namun begitu, serangan pengganas melanda pada pukul 3 petang, di kala umat Islam sedang berehat sesudah menunaikan solat fardhu Zohor. Serangan dilakukan di seluruh Ambon. Serangan pengganas begitu teratur dan rapi. Mereka dibahagikan kepada empat pasukan. Pasukan pertama adalah barisan pemanah. Anak-anak panah mereka tidak kosong, sebaliknya berisi racun dan ada yang berapi. Dengan itu, kebakaran cepat merebak.Barisan kedua ialah pengganas bertombak dan berlembing. Barisan ketiga pula merupakan pengganas-pengganas Kristian yang berpedang dan berparang. Sementara barisan keempat ialah pengganas yang menyapu licin (mencuri) semua barang berharga milik orang Islam lalu membakar apa saja yang tertinggal. Umat Islam cuba membalas dengan bersenjatakan pisau dapur, batu-batu dan buluh runcing, namun dengan begitu mudah pertahanan mereka dirobohkan oleh pengganas. Bayangkan, ketika itu (mengikut nisbah), 30 pejuang Islam terpaksa berhadapan dengan 100 pengganas Kristian. Maka tewaslah orang-orang Islam dengan mudahnya.



Beginilah nasib yang akan menimpa umat Islam jika tidak ada membuat sebarang persediaan. Adakah kita telah melengkapkan diri dengan ilmu bertempur? Adakah masa kita di gelanggang beladiri dan majlis-majlis kerohanian (keagamaan) lebih banyak daripada di padang bola dan di depan televisyen? Adakah hubungan kita dengan Allah kini semakin rapat agar kita mudah diberi pertolongan ketika susah? Adakah kita pernah berdakwah kepada orang bukan Islam? Pernahkah kita berdakwah kepada orang Islam sendiri? Kerana banyak orang Islam yang cedera parah, mereka terpaksa di hantar ke hospital. Malangnya hospital tersebut letaknya di perkampungan Kristian dan para pekerjanya juga beragama Kristian. Sampai sahaja di sana, kesemua Muslim yang cedera telah dilanyak dan dibunuh dengan lebih mudah. Sebulan sebelum serangan dilakukan, petugas beragama Kristian telah mengenalpasti identiti agama ibu-ibu yang bakal melahirkan bayi. Pada masa serangan dilakukan, ibu-ibu Islam ditempatkan dalam sebuah bilik. Perut-perut mereka dibelah dengan pedang dan anak dalam kandungan dikeluarkan lalu dipotong-potong.



Setelah perut ibu-ibu Muslim itu dibelah, bayinya dikeluarkan dan dipotong-potong, pengganas Kristian memasukkan kucing-kucing yang masih hidup ke dalam perut mereka lalu menjahitnya kembali. Apalagi, menggeleparlah kucing itu di dalam perut membuatkan ibu-ibu Muslim tadi mati dalam keadaan yang amat menyiksakan. Hanya Allah saja yang tahu mengapa segala musibah ini diturunkan kepada masyarakat Islam Ambon. Orang-orang Islam membuat tiga benteng pertahanan iaitu di Masjid An Nur, persimpangan Masjid Al Fatah dan yang terakhir sekali di Masjid Al Fatah sendiri yang menempatkan orang-orang tua, kaum wanita dan kanak-kanak. Gelombang serangan pengganas Kristian yang begitu besar dan lengkap peralatannya menyebabkan pertahanan di Masjid An Nur roboh. Para pejuang Islam berundur ke persimpangan jalan sementara Masjid An Nur dibom pengganas. Pertahanan di simpang jalan juga tidak lama kerana banyak pejuang Islam yang syahid dan cedera. Saki-baki pejuang terpaksa mempertahankan kubu terakhir mereka iaitu Masjid Al Fatah. Ketika ini para mujahiddin berperang sambil menangis kerana terlalu sedih dan amat mengharapkan pertolongan Allah SWT Yang Maha Berkuasa. Mereka yang lemah di dalam masjid berdoa beramai-ramai dengan sepenuh hati. Fikir mereka, kali ini habislah umat Islam Ambon seluruhnya. Dengan kuasa Allah Yang Maha Besar, pertolongannya tiba di saat-saat segenting itu. Orang-orang melihat ada cahaya biru yang jatuh ke kubah Masjid Al Fatah.



Entah dari mana dengan tiba-tiba sahaja ribuan kanak-kanak kecil yang berjubah keluar dari dalam Masjid Al Fatah lalu membuat benteng pertahanan di sekitar masjid. Mereka dipimpin oleh seorang tua. Orang tua itu bertakbir, semua kanak-kanak kecil turut bertakbir. Gerombolan pengganas Kristian tiba. Mereka menyerbu benteng kanak-kanak kecil tadi tetapi gagal kerana tiada keizinan Allah SWT Yang Maha Gagah. Kanak-kanak itu tidak lut ditikam, ditetak ataupun dipanah. Para pengganas Kristian gempar lalu berundur ke tempat masing-masing. Umat Islam di dalam masjid melakukan sujud syukur di atas pertolongan Allah itu. Esoknya heboh diperkatakan orang Islam dan orang Kristian tentang kanak-kanak kecil tersebut. Orang ramai menyangkakan semua kanak-kanak itu disimpan di dalam Masjid Al Fatah. Sebenarnya Imam masjid sendiri tidak tahu dari mana datangnya. Tidak syak lagi… mereka ialah tentera-tentera Allah Yang Maha Besar Kerajaan-Nya. Dalam satu peristiwa lain, seramai tujuh puluh pemuda berjubah dari sebuah perkampungan bergerak menuju Ambon kerana mereka mendengar khabar angin mengatakan Masjid Al Fatah telah hancur dan imamnya dibunuh. Apa gunanya lagi hidup jika sudah demikian keadaannya. Mereka berjalan berpuluh-puluh kilometer melalui hutan dan gunung-ganang agar tidak bertembung dengan pengganas Kristian. Bukan bermaksud mereka takut tetapi mereka enggan bertempur di luar kota Ambon. Hasrat mereka adalah untuk mengamok di dalam kota.



Sungguhpun demikian, mereka dipertemukan Allah juga dengan pengganas Kristian dari sebuah perkampungan. Setelah disekat, mereka pun tiada jalan lain melainkan jihad menggunakan senjata. Dengan izin Allah SWT Yang Maha Hidup, seluruh perkampungan itu bersama para pengganas dibereskan dalam masa setengah jam sahaja. Lima buah gereja turut dibakar hangus. Pihak keselamatan (polis) Ambon yang 70% beragama Kristian merasa gentar dengan tentera Allah ini lalu cuba menyekat dengan senjata api. Sebagaimana yang kita sedia maklum, polis-polis beragama Islam pulang berhari raya ke kampung masing-masing. Mudahlah mereka bertindak sewenang-wenangnya. Para pejuang terpaksa bertahan apabila ditembak bertalu-talu sedangkan mereka hanya bersenjatakan alatan perang tradisional. Mereka ditembak begitu lama sehingga habis semua peluru pihak keselamatan. Pihak keselamatan nampak pasukan pejuang masih kuat lalu cuba menyekat dengan cara lain pula. Mereka meminta jasa baik seorang ulama Islam tempatan untuk memujuk para mujahiddin membatalkan hasrat mereka. Ulama itu sedia bekerjasama agar jalan perbincangan dapat dibuka dan keganasan dihentikan. Dia menemui para pejuang dan memberi jaminan bahawa Masjid Al Fatah masih teguh dan imamnya masih hidup. Para pejuang bersetuju untuk pulang ke daerah mereka.



Pihak polis Kristian memeriksa medan pertempuran tetapi gagal menemui sebarang mayat pejuang Islam. Darah mereka pun tidak ada tinggal kesannya. Rupa-rupanya kesemua tujuh puluh pemuda itu selamat pulang dengan sejahtera. Hanya pokok-pokok pisang yang tumbang. Mereka sangat hairan dngan peristiwa tersebut. Ketahuilah, segala yang mustahil akan menjadi kenyataan atas kemahuan Allah SWT. Rupanya sewaktu pihak polis Kristian menembak ke arah tujuh puluh pemuda tersebut, mereka lihat pejuang-pejuang Islam berjumlah ribuan orang dan dipimpin oleh seorang tua yang menunggang kuda putih. Oleh itu pihak polis pergi ke kampung halaman pemuda-pemuda itu untuk menangkap orang tua berkuda putih itu. Hasilnya, mereka bertambah hairan kerana tidak ada orang tua di sana dan tidak ada seorangpun yang memelihara sebarang kuda. Jadi, siapakah orang tua berkuda putih itu? Pengganas Kristian tetap mengamok di kota Ambon. Habis kampung orang Islam di kota Ambon dibakar dalam masa setengah jam. Ketika itu api sudah menghampiri masjid Al Fatah. Fikir mereka, kali ini habislah masjid tersebut.  Dengan kuasa Allah Yang Maha Gagah, secara tiba-tiba angin bertukar arah dan tiupannya begitu keras. Arah api berpatah balik lalu membakar sebuah gereja. Namun apabila gereja terbekar, dua buah kereta bomba sudah tersedia untuk memadamkannya sedangkan ketika rumah, pasar dan kedai orang Islam terbakar, pihak bomba buat tidak tahu. Begitulah siksanya orang-orang Islam di bawah pemerintahan orang kafir sedangkan orang bukan Islam hidup aman di bawah pemerintahan orang Islam.



Suatu ketika bekalan elektrik di seluruh Ambon terputus, boleh jadi juga sengaja diputuskan oleh pengganas Kristian. Ketika inilah para pengganas mengikat kepala mereka dengan kain putih sebagaimana orang-orang Islam sedangkan sebelum ini pihak pengganas berlilit kepala merah. Apabila bertemu pejuang Islam, pengganas sama-sama bertakbir. Ketika inilah banyak pejuang Islam gugur syahid kerana terpedaya dengan helah pengganas Kristian. Imam Masjid al Fatah mengusulkan agar orang Islam menyebut abjad jawi jika bertemu kumpulan yang tidak dikenali. Sekiranya orang Islam sebut alif, kumpulan satu lagi akan menyebut ba. Jika kumpulan itu gagal menjawab, bererti mereka musuh. Dengan ini kekuatan pengganas dapat dikendurkan. Saudara kita di Ambon, Maluku, Poso dan sekitarnya makan hanya sekali sehari, kadang-kadang langsung tidak makan sedangkan kita di sini sangat mewah makan minum. Mereka tidak tidur kerana takut, kalau tidur pun sejam sehari sedangkan kita di sini tidur lebih daripada enam jam. Dalam keadaan sesenang inipun kita masih tidak mahu membudayakan kehidupan Islam dalam keluarga kita. Ke mana perginya sikap patriotik kita kepada Islam? Pihak Kristian sebenarnya ingin menjadikan Timor Timur, Irian Jaya dan Ambon sebagai negara baru mereka di sebelah sini untuk menandingi kebangkitan Islam akhir zaman sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW. Tentera Australia memainkan peranan penting di sana. Bagaimanakah pengganas boleh mendapatkan machine gun automatik AK-47 dalam jumlah yang banyak kalau bukan pihak Kristian luar negara yang menghulurkannya?



21 Disember 1999- Pengganas Kristian menyerang Kampung Togolihua, Maluku. Kanak-kanak dan kaum wanita berlindung di dalam Masjid Al Ikhlas. Masjid dikepung lalu dibom, dilempari batu-batu besar dan dipanah dengan anak panah yang dilumuri darah babi. Setelah bertahan selama sejam, orang-orang Islam menyerah lalu dibunuh sewenang-wenangnya. Alangkah tidak bertamadunnya membunuh orang yang sudah menyerah? Hampir 600 mayat Muslim bergelimpangan dibantai. Kaum perempuan banyak yang dibogelkan dan dirogol dijalan-jalan bahkan di halaman masjid sendiri. Mereka kemudian diangkut dengan trak bersama anak-anak kecil untuk diKristiankan. Kaum wanita yang enggan menurut dicincang hidup-hidup. Sekiranya ada seorang yang sedang mencincang, yang lainnya akan menyerbu untuk mencincang sama seolah-olah mencincang ular. Ada seorang muslimah yang digantung lalu dibakar hidup-hidup. Cerita ini disampaikan oleh Mufli M. Yusuf berusia 15 tahun yang dapat menyelamatkan diri walaupun badannya banyak melecur.  Seorang wanita yang terselamat bernama Musriah (40 tahun) memberitahu yang dia menyaksikan sendiri bagaimana 50 orang lelaki Islam termasuk suaminya sendiri dicincang hingga mati. Kepalanya sendiri berdarah kena tetakan golok sementara tapak tangannya ditembusi anak panah. Tidakkah kita merasa simpati dengan penderitaannya? Seorang lagi yang terselamat bernama Syahnaim (20 tahun) menceritakan bagaimana dua orang anaknya berusia 6 dan 7 tahun diambil oleh pengganas untuk diKristiankan. Anak kecilnya berusia 2 tahun pula dicincang hingga maut. Seorang lelaki bernama Bahrul telah dibunuh dengan cara disalib. Kemaluannya dipotong lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Seorang budak berusia 5 tahun digantung lalu dibelah dari atas hingga ke bawah seperti membelah ikan. Seorang nenek tua berusia 80 tahun digantung dengan rambutnya sendiri dipokok lalu dicincang. Mengalirlah darah para muslimin dan muslimat oleh tangan orang-orang Kristian. Kalau kita dapat mengalirkan air mata berdoa untuk mereka pun sudah cukup-cukup baik…



Nurain (20) menceritakan yang suaminya mati syahid dibunuh pengganas Kristian sementara dia sendiri terkena panah di pinggul kirinya. Dia meraya agar tidak dibunuh lalu dinaikkan ke atas trak bersama anaknya (3 tahun) dan enam orang muslimah lagi. Kepala mereka diikatkan dengan kain merah (lambang pengganas Kristian) lalu dibawa pergi. Anaknya telah diserahkan ke rumah paderi Kristian untuk dibesarkan secara Kristian sementara dia terselamat. Nurain sempat menyaksikan bagaimana seorang gadis Islam dibakar hidup-hidup kerana enggan melayan nafsu para pengganas Kristian semasa di masjid. Nasib yang hampir serupa dialami oleh Yani Latif (17 tahun). Suaminya terbunuh manakala bayinya berusia 13 bulan diambil untuk dibesarkan secara Kristian. Dengan izin Allah, dia berjaya melarikan diri. Hamida (18) yang berlindung di Masjid An-Nashr dirampas dari bapanya yang syahid. Dia hendak dikahwin paksa oleh pengganas Kristian dengan anak seorang paderi. Dengan pertolongan Allah Yang Maha Penyayang dia berjaya diselamatkan. Diapun menceritakan pengalamannya sewaktu berlindung di Masjid An-Nashr. Seorang lelaki bernama Munir (25) dibakar hidup-hidup dan mulutnya disumbat dengan najis manusia. Kepala Haji Man (70) dipenggal dan dicucuk panah lalu dibuat mainan di dalam masjid. Malang (50) dibunuh dengan kejam. Badannya dibelah lalu jantungnya ditarik keluar dan ditayangkan. Kata pengganas Kristian, “ Inilah hadiah untuk Hari Raya.”



26 Disember 1999- lebih daripada 7,000 orang pengganas Kristian menyerang Desa Lamo. Desa Lamo dipertahankan oleh 200 orang sahaja para pejuang Allah. Nisbahnya 1 Muslim: 35 pengganas Kristian. Namun begitu peperangan menjadi seimbang kerana kebanyakan pejuang Islam memiliki ilmu persilatan yang tinggi. Pejuang Muslim dipimpin oleh Imam Masjid Nurul Huda bernama Haji Djailani yang begitu ampuh ilmunya. Pengganas Kristian menukar helah lalu melumurkan senjata-senjata mereka dengan darah babi. Berpuluh-puluh ekor babi dipotong di sekeliling kampung. Sementara itu perenpuan-perempuan Kristian bertelanjang bulat beramai-ramai sambil menari-nari memeperagakan tubuh mereka kepada pejuang Islam. Helah ini ternyata berjaya melemahkan sebahagian daripada keampuhan ilmu persilatan para pejuang dan akhirnya mereka tewas hingga terpaksa melarikan diri. Alangkah hinanya perbuatan perempuan-perempuan Kristian, tidak ubah seperti binatang dan babi yang mereka korbankan. Imam Djailani tetap tidak berganjak hinggalah dia ditakdirkan gugur syahid dan berjaya menempatkan dirinya di syurga Allah. Mayatnya disalib dan dipamerkan di tepi jalan. Pada waktu malam barulah orang-orang Islam berjaya mendapatkan balik jasadnya lalu dikebumikan sebagai seorang pejuang. Namun ada sesuatu yang perlu kita fikirkan… dengan 200 orang pendekar sahaja kita sudah setanding dengan 7000 pengganas, bayangkan kalau kesemua penganut agama Islam memahirkan diri dalam ilmu kependekaran dan kerohanian!!! 28 Julai 1999- Pengganas Kristian menyerang dusun Latta 12 km dari Kota Ambon. Rumah-rumah penduduk Islam dimusnahkan. Pengganas berjaya mendapatkan dua orang wanita Islam lalu dirogol beramai-ramai. Dipercayai lebih daripada 50 orang telah merogol gadis-gadis itu. Kemudiannya kedua-dua mereka dilanyak dengan kejam dan tubuh mereka dipotong-potong. Inilah bukti menunjukkan agama Kristian penyerang adalah agama yang salah dan sesat kerana Kristian mereka membenarkan tentera-tenteranya merogol, menyeksa mayat, membunuh kanak-kanak dan kaum wanitanya berbogel untuk menang dalam peperangan. Inikah sifat agama yang kononnya suci?



Kisah sebegini sebenarnya adalah ulangan sejarah. Ia pernah berlaku dalam usaha tentera Kristian Eropah untuk merampas Baitul Maqdis daripada pemerintah Islam dalam Perang Salib yang terkenal itu pada tahun 1095. Patriach Ermite ialah seorang paderi yang bertanggungjawab menjadi batu api dalam Perang Salib pertama ini. Asalnya dia seorang tentera yang berwatak bengis dan kasar. Dalam usahanya untuk menarik simpati masyarakat Kristian Eropah, dia sanggup menunggang kaldai mengelilingi Eropah sambil memikul sebuah kayu salib yang besar. Dia hanya berkaki ayam dan memakai pakaian compang-camping. Dia berpidato di mana-mana sahaja untuk menaikkan kemarahan orang-orang Kristian. Dia berbohong kononnya pemerintah Islam sangat kejam kerana menindas orang-orang Kristian di Jerusalem dengan zalim sekali. Malahan kubur Nabi Isa juga telah diceroboh. Selain itu dia juga berjaya meminta Paus Urbanus 11 (Ketua Paderi Sedunia) mengisytiharkan pengampunan seluruhnya kepada sesiapa saja yang mahu menjadi tentera salib walaupun sebelum itu mereka menjadi penyamun, pembunuh dan penjenayah terkemuka. Maksudnya, sesiapa yang mengikuti angkatan ini terhapus segala dosa-dosanya. Segala usahanya ini mendapat sokongan yang besar. Tentera Salib yang pertama ini sangat besar iaitu lebih kurang 300,000 orang lelaki dan perempuan. Di sepanjang perjalanan mereka semua diizinkan merampas harta kekayaan, berzina sesama sendiri, merogol orang lain, berpesta arak dan sebagainya yang terang-terangan perkara maksiat dalam agama Kristian sendiri. Rupanya sejak dahulu lagi agama Kristian membenarkan maksiat dan kekejaman asalkan hajat mereka tercapai. Keadaan ini berterusan hingga ke hari ini dan selama-lamanya. Bilakah agaknya para penganut agama Kristian akan sedar hakikat ini. Namun begitu, perancangan Allah adalah yang Maha Teratur. Sewaktu melalui negara Hungary dan Bulgaria. Sambutan terhadap tentera salib ini amat dingin walaupun sama-sama beragama Kristian. Ternyata penduduk Hungary dan Bulgaria penganut agama Kristian sejati kerana mereka masih boleh membezakan perbuatan yang baik dan perbuatan yang buruk. Dalam diam-diam mereka membenci perilaku tentera salib yang tidak ubah seperti binatang. Akhirnya, meletuslah peperangan sesama mereka. Pertumpahan darah yang berlaku tidak dapat dibayangkan lagi. Daripada 300,000 tentera salib pada awalnya, kini hanya tinggal 7,000 orang yang selamat sampai ke Semenanjung Thracia di bawah pimpinan sang paderi. Mendarat sahaja di Asia Kecil, tentera salib disambut dengan hayunan pedang oleh tentera-tentera Islam di bawah pimpinan Sultan Kalij Arselan sehingga hancur binasa pasukan ini keseluruhannya. Kita berharap kejadian yang serupa juga akan berlaku kepada pengganas-pengganas Kristian di Ambon, maluku, Poso dan sekitarnya tidak lama lagi. Untuk itu, marilah kita bersama-sama bermunajat kepada Allah SWT. Sesungguhnya doa itu senjata mukmin.



Berbalik ke Indonesia, sungguhpun penganut agama Kristian bertindak ganas dan tidak berperikemanusiaan namun ini tidak bermakna yang orang-orang Islam akan membalas seperti itu juga. Di sinilah terletaknya keagungan dan kebenaran agama Islam. Dalam sebuah kisah, para pengganas Kristian telah menyerang penduduk Islam di Pulau Seram. Mayat orang-orang Islam bergelimpangan di jalan-jalan. Umat Islam membalas balik serangan tersebut menyebabkan pihak pengganas Kristian pecah-belah. Seramai lebih kurang 1,000 orang Kristian dari Kampung Werinama, Tehoru, Bula dan lain-lain terpaksa melarikan diri kerana diburu oleh penduduk Islam yang mahu membela penyembelihan saudara-saudara mereka. Barulah mereka kenal erti ketakutan yang berasal daripada mereka sendiri. Dengan kuasa Allah, mereka diselamatkan oleh para penghuni Pondok (sekolah agama tradissional) Al Khairat, Wahai, Maluku Tengah. Guru pondok itu dengan senang hati menempatkan para pengganas Kristian itu di sekitar pondoknya. Mereka dilayan dengan baik dan disediakan makan-minum yang seadanya. Majlis Ulama Indonesia (MUI Maluku) menyifatkan tindakan itu telah menunjukkan keperibadian dan akhlak Islam yang sejati. Sehingga ke hari ini, sudah ribuan masyarakat Kristian Ambon dan Maluku yang memeluk agama Islam kerana mereka menyaksikan sendiri kebenaran agama Islam melalui tingkah laku para pejuang dan juga peristiwa-peristiwa luarbiasa yakni bantuan Allah. Di Masjid Dufa-dufa, Dusun Gamsungi, Tobelo, Maluku Utara, seramai 250 orang terdiri daripada wanita, kanak-kanak dan orang tua dibakar hidup-hidup bersama masjidnya sekali walaupun mereka sudah menaikkan bendera putih tanda menyerah. Imam masjid sendiri dipoton-potong tubuhnya lalu dilemparlkan ke dalam api.



Mengapa ini semua terjadi? Menurut masyarakat Islam di sana, tidak mustahil ini adalah bala yang diturunkan Allah kepada mereka kerana perbuatan mereka sendiri. Dahulunya Islam sangat subur dan disuburkan di Ambon dan Kepulauan Maluku. Namun kini Islam hanya tinggal adat, bukan ibadat. Masyarakat Islam di sana turut sama menyambut perayaan Christmas dan Tahun Baru secara besar-besaran sedangkan Christmas adalah perayaan Kristian sempena kelahiran Jesus Kristus sementara Tahun Baru adalah tahun baru kalendar Kristian sinambungan daripada perayaan Christmas. Kita semakin bimbang kerana begitu ramai masyarakat Islam yang terpengaruh dengan budaya menyambut hari-hari perayaan agama Kristian tersebut.



Alexanderwathern 2000

(*Sumber utama- kaset ceramah Imam Masjid Al Fattah, Ambon)

BERTUHANKAN ALLAH, BERSYARIATKAN SYARIAT MUHAMMAD SAW

Tulisan-tulisan di laman ini adalah hak milik Allah SWT dengan berperantaraan Alexanderwathern. Maklumat berkenaan HALAL DIPINDAHKAN ke mana-mana dengan SYARAT hendaklah disertakan sama alamat laman ini sebagai rujukan dan tidak digunakan untuk tujuan komersil.

Apa pulak pendapat korang mengenai sambutan krismas yang akan di adakan secara besar-besaran yang akan dirasmikan oleh kerajaan 1 Malaysia kalau tak silap kat JOHOR yer. Entahlah bukan aku memusuhi peneraju negara cuma aku terkesan bila membaca tragedi ambon yang mana kerajaan 1 malaysia banyakkan berhabis untuk pesta itu pesta ini menjaga keharmonian bangsa tapi tolonglah memujuk umat islam menganjakkan sedikit ilmu kerohanian agar kita tidak menjadi sebagai umat islam yang hanya ada tanda islam pada kemaluan ajer.







*maap gambar dah senget benget jangan kepala otak kita pun senget benget sebab melayu kristian....
Continue >>>

Taat itu ubat maksiat.....ketaatan itu perangkap nafsu



LANDSKAP ROHANI


Ketika aku berpakaian jahiliyah, maksiat itu aku memandang umpama menepis lalat yang hinggap di hujung hidung sedikit pun tidak memberi bekas kepada penyesalan. Kelazatan mengerjakan maksiat bagaikan makanan ruji bagi landskap rohani ku sehingga aku pernah terlupa dan leka seharian suntuk selama 48 jam aku menghembuskan nafas hanya untuk bersenang-senang dengan rakan karib ku yang bernama maksiat. Maksiat itu sungguh jinak dan penyayang membelai nafsu dengan lembut dan rapi. Bila bersama maksiat zahir akan kepuasan dan batin pasti bertenang. Sehingga itulah segala pintu ketakwaan tertutup rapat. Telah jatuh perintah hijab, telah pudar warna iman, telah ranum buah-buah dosa, telah membusuk darah kotor yang menutupi hati, telah hilang cahaya rahsia, telah terbiar dari rahmatNya namun Dia amatlah pengasih lagi maha menyayangi sanggup mengutip diri ini dari limbah kehinaan, sanggup Dia memandikan diri ini dari telaga rahmat, sanggup diri meniup zat kasih sayangNya dari rasa rindu dan cinta sehinggalah diri ini kehabisan airmata penyesalan.


Ketika aku telah terjaga dari belaian maksiat ketika aku telah tesedar dari lamunan dosa dan ketika itu jugalah maksiat itu selalu mencemuhi dan menjadikan aku musuhnya tetapi dalam diam maksiat kembali memujuk rayu belas kasihan. Aku selalu di perangi maksiat sehingga aku tak terdaya melainkan aku bangkit kembali menentang mereka. Ketika Dia meruntuhkan tembok hijab ku baru aku nampak kawan baik ku iaitu maksiat sungguh ramai tenteranya namun dengan keyakinan asma allah yang Dia bekali mana mungkin lagi kawan makan kawan. Kini aku hampir bebas hampir menang hampir kepada yang menghampiri iaitu maut. Tuan Izarail makin menghampiri jasad ku. Tuan raqib pun makin rindu hendak mencatatkan kebaikan dan kebajikan ku. Kerana sesungguhnya ajal itu boleh datang pada bila-bila masa pun. Maka pendekkanlah cita-cita dunia untuk menunggu maut. Janganlah aku, kamu dan kita menjadi kaum yang berpenat lelah di dunia malah terus dan berterusan kepenatan lagi di dalam julangan api neraka. Sesungguhnya maksiat itu umpama menempah tiket kelas kedua menuju destinasi pelancongan kesiksaan yang kekal. Syirik mensyirikan itu adalah tiket kelas pertama yang tiada keampunan bagi manusia selama-lamanya. Jadi jangan kamu terpedaya dengan kelazatan syirik dan jangan kamu sekali-kali bersenag-lenang dengan maksiat walau sesaat sekalipun. Kerana bermula dari yang sedikit menjadi banyak dari yang banyak akan mengerasi dari yang mengerasi akan menjadi kekalan bakaran bahan api neraka.


Oleh yang demikian melaksanakan taat zahir dan batin itu ialah dengan menghayati dan memperlihatkan kehinaan aku, kamu dan kita kepada allah dan timbulkan kefakiran yang meminta-minta kepadaNya. Sesungguhnya jasad yang melakukan kemaksiatan itu berpunca dari kehendak landskap rohani yang semak samun namun cantaslah ia dengan taubat yang berterusan kerana ketaatan dalam bertaubat itu akan meraih kunci-kunci ketakwaan. Meskipun seseorang itu merasa senang melakukan maksiat tetapi jika aku, kamu dan kita tersedar dari lamunan maksiat lantas insaf atas kederhakaan itu dan mengaku akan kehinaan diri serta berikrar kelemahan diri insyallah pastinya allah menjadikan taat itu sebagai ubatnya maksiat. Aku adalah makhlukNa yang lemah, yang fakir, yang miskin dan yang hina, pada keagungganNya dan kurnianNya yang teramat luasnya. Dengan demikian allah mengampunkan dosa hambaNya bahkan pada hakikatnya maksiat zahir yang nampak itu lebih diampuni dari perbuatan zahir yang taat kepada allah tetapi hatinya masih diliputi dengan berbagai macam penyakit-penyakit hati yang halus lagi tesembunyi. Kesedihan orang yang derhaka kepada allah adalah lebih baik daripada kekerasan hati(merasa megah,ujub dll) dari orang yang taat kepadaNya. Walaupun banyak melakukan dosa-dosa dan telah meletakkan diri pada carta kederhakaan syariat janganlah sesekali berputus asa daripada rahmat Allah kerana itu akan meraih kesedaran kehambaan. Kesedaran yang demikian itu akan membenihkan takwa, menghapuskan  maksiat dan juga melenyapkan dosa dengan redha allah aku, kamu dan kita akan menjadi seorang yang Taat zahir dan batin.

Setiap penyakit itu ada ubatnya yang mana maksiat itu adalah penyakit dan TAAT itu adalah ubatnya. Takutilah kepada Allah kerana jika masih mengulangi lagi perbuatan maksiat setelah bertaubat dan bertaubat, bertaubat, bertaubat, bertaubat dan bertaubat walaupun pada maksiat yang sama mungkin kita akhirnya akan di kecewakan dan tertipu oleh hawa nafsu. Jadi sibukkanlah hati itu dengan allah, berdiri di hadapanNya dalam keadaan kosong dari wujud diri dan kosong dari sekalian pengharapan manusia. Tinggalkan dunia, akhirat dan manusia, jangan biarkan lagi terpengaruh dengan ketaatan diri sehingga merasa bangga dengannya.... jangan merasa bangga dengan setiap ketaatan....jangan sesekali  terpedaya dengan nafsu yang menyeru kepada ketaatan kerana jika sekiranya ketaat itu berpunca dari nafsu selidikilah dengan sehalus-halusnya bimbang akan terjerumus dengan ketaatan yang palsu. Iaitu mendirikan suatu ketaatan yang diserukan oleh nafsu adalah tidak menghasilkan ikhlas kerana setiap pelaksanaan nafsu itu inginkan habuan, inginkan martabat, inginkan dipandang-pandang. Oleh yang demikian berfikirlah sejenak tentang maksiat yang diampuni dan ketaatan yang tercela.........?


Continue >>>

Diuji Lagi?



LANDSKAP ROHANI

Surah Al Ankabut ayat 2………. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?


Ketika kesenangan zahir pastinya batin menjadi tenang jika itulah pilihan dari kehendak nafsu dari habuan duaniawi namun kesenangan berupa kekakayaan adalah perlu diawasi supaya tidak timbul sifat-sifat syirik pada dirinya yang menjerumuskan dirinya meraih istidraj. Begitu jua dengan ujian kesempitan dan kesusahan juga kemiskinan dan pasti ramai yang bermuka sedih, masam dan pelbagai reaksi wajah yang berkerut akibat menempuh kepayahan ujian. Harus berhati-hati wahai aku, kamu dan kita kerana ujian berupa kesusahan juga adanya perangkap keputus asaan terhadap allah. Ujian kepayahan ini jika iman serapuh biskut merry pasti tergadai kepada godaan syaitan dan di pajak oleh nafsu yang akan memisahkan pengharapan dan tawakkal kepada allah. Memang payah untuk aku tersenyum di kala kesusahan menimpa namun hati ini apabila beterusan berzikir ianya akan terlupa apa itu maknanya kesusahan dan terluput apa ertinya kesenangan.

Sesungguhnya manusia dan ujian itu tidak dapat di pisahkan. Lantaran itu aku memperkatakan sabar dan iman juga tidak boleh di pisahkan. Dari itu bila aku, kamu dan kita benar-benar mendalami dan memahami segala yang berlaku dalam hayat kita adalah merupakan ujian, maka setiap ujian itu haruslah disambut dengan siatuasi yang bernama SABAR. Tetapi dapatkah kita menhayati hakikat sabar itu letaknya di lndskap rohani atau setakat pada kalam lidah yang mana pengucapannya hanya berlegar pada mulut sahaja kemudian berlalu pergi dengan keluh kesah pada takdir yang menimpa lalu mengadu domba kepada manusia. Sesungguhnya hidup itulah ujian dan tidak dijadikan manusia kecuali bagi menghadapi ujian.

Surah Ali Imran Ayat 200………. Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu-menempuh ujian) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.

Iman adalah kepercayaan dan kuatnya sesuatu keyakinan kerana pegangan kepercayaan tanpa mesyirikannya dengan yang lain iaitu tanpa sedikitpun terdetik dengan syak, waham dan was-was terhadap apa yang dipegang. Iman itu adalah Nur Qalbi yang menerbitkan suatu regim kelakuan daya keyakinan terhadap sesuatu pekara terutama yang terkeluar jauh dari landasan logic fisiologi otak. Sesungguhnya keyakinan yang mutlak adalah keimanan terhadap pekara ghaib kerana sesungguhnya Allah itu adalah ghaibul wujud yang mutlak. Tanpa iman manusia tidak akan ke mana-mana kerana hanya dengan berimanlah mampu kita meraih pekara-pekara ghaib yang sudah pastinya terkeluar daripada penerimaan otak. Tetapi iman sahaja tidak mencukupi jika ianya tidak dibajai dengan tauhid dan amal. Iman itu akan rapuh tanpa beteraskan tauhid di mana maksud tauhid itu adalah pergantungan 100% terhadap allah semat-mata yang mana kita bersabar atas ujian adalah kerana kita bertauhidkan tauhid afaal. Oleh yang demikian iman harus beteraskan kepada tauhid dan tauhid tidak akan mungkin terlepas daripada suatu tindakan yang bergelar makrifath(pengenalan).

Adalah menjadi prinsip hayat manusia itu sebagai pendukung tugas sebagai hamba yang pasrah menjadikan matlamat hidup ini hanya untuk memakrifathkan dirinya kepada Allah dengan mensucikan landskap rohaninya. Maka oleh itu timbullah pada dirinya iman dan ia beriman dengan segala ilmu untuk bersabar atas setiap ujian yang tertulis di lauh mahfuz. Sesungguhnya sabar itu mencerminkan kekayaan insan terhadap hasil yang diraih selepas tamatnya ujian. Namun selagi manusia itu bernafas ujian tetap menerjah kerana pengertian sabar itu adalah suatu kesanggupan kita rela dan redha atas ujian dan sabar itu bukanlah mainan perasaan yang mengambil sikap menahan diri dari nafsu dan menolak fikiran cetek ketika manghadapi kesusahan. Sesungguhnya sabar itu adalah maqam yang terpuji yang mana aku, kita dan kamu kesanggupan menerima dan memulangkan rahmat dan nikmat daripada allah dengan penuh kerendahan dan keredhaan.

Surah Al Baqarah Ayat 156…... (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun"[101].
[101] Artinya: Sesungguhnya Kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah Kami kembali. kalimat ini dinamakan kalimat istirjaa (pernyataan kembali kepada Allah). Disunatkan menyebutnya waktu ditimpa marabahaya baik besar maupun kecil.

Ujian yang menimpa pada ilmu hakikat sebenarnya hanyalah pengujian afaal allah terhadap sifatNya semata-mata sesungguhnya susah itu adalah afaal allah, senag juga afaal allah, kaya dan miskin pun afaal allah suka serta duka masih lagi afaal allah dan segalanya adalah pemilikan mutlak afaal allah. Tetapi jangan pulak aku, kamu dan kita beriktikad mengaku diri itu adalah dirinya sebaliknya manusia seperti kita yang awam ni haruslah berpegang dengan suatu iktikad iman iaitu keyakinan yang mutlak bahawa Aku adalah sifat allah semata-mata tidak lebih dan tidak kurang daripada ini kerana tiad sedikitpun hak kita melainkan hak Bihaqqi illallah….

Surah Ali Imran Ayat 142……. Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, Padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar.


Continue >>>

Hilangkan diri





LANDSKAP ROHANI

Sedetik seketika cuba rasailah suatu perasaan yang sesungguhnya bahawa diri aku , kamu dan kita ini tidak mempunyai apa-apa langsung dalam daerah alam ini. Dengan mengandaikan diri itu tidak mempunyai apa-apa sifat pun seperti tidak aku berkuasa, tidak aku berkehendak, tidak aku mendengar, tidak aku melihat, tidak aku berkata—kata dan tidak ….tidak….. tidak…… ketika ini apa yang kamu nampak dan lihat hanya fanaaa! Rasailah seluruh anggota zahir itu bergetar tanpa sedar hingga mengalir airmata betapa hancurnya diri itu dimamah keagungan Allah. Mana tempatnya keegoaan itu, mana kedudukan kesombongan itu mana hilangnya aku itu, aku ini, aku, aku, aku. Ketika ini tiada hina, tiada dhoif tiada lemah kerana sesungguhnya penafian diri itu telah terbit menggantikan AKU(hu). Ke-AKU-an itu telahpun hanyut di lautan kalimah syahadath untuk melemaskan diri di dasar makrifath… mencari mutiara yang terpendam.

Yang hakiki itu adalah hakikat keesaan allah bila sahaja telah hilang ke-AKU-an itu lafazkanlah dua kalimah syahadath itu secara sekali lafaz iaitu tidak diwakafkan di mana-mana bahagian kalimah. Ironinya dua kalimah syahadath itu hendaklah di baca di dalam satu nafas kerana jika diwakafkan kalimah yang dua ini maka bermakna kita telah menafikan pada HAKIKATnya dengan memisahkan diri rohani kita dengan diri kita yang jasmani. Sesungguhnya ketahuilah diri kita yang zahir ini tidak boleh dipisahkan dengan diri batin kita. Sebab itulah kalimah syahadath itu harus dilafazkan terus habis tanpa diwakafkan di dalam satu nafas sahaja. Yang pastinya asbabkanlah hidup aku, ilmu aku, pandangan aku, penglihatan aku, kuasa, aku, kata-kata aku, semuanya itu adalah hak Allah semata-mata dan bukan sekali hak aku dan sesungguhnya pegangan ini adalah determinasi pengertian HAKIKAT.

Jika manusia itu terputus hubungan dengan tuhannya atau memutuskan diri zahir dengan diri batin manusia itu akan hilang akal, hilang perasaannya, hilang pertimbangannya, hilang fikiran baiknya yang akan menyebabkan benih-benih iman pada dirinya menjadi gersang, tandus dan akhirnya mati berangan. Manusia itu yang iman telah mati akan menjadi sesat larat dan terlupa amanah dengan Allah. Jika terbiar landskap rohani itu akan terus kekal kegersangan kontang di panah kesiksaan batin menyebabkan jiwanya, matanya, pendengarannya di bungkam oleh hijab-hijab yang tebal dan terputuslah hubungan dirinya dengan Empunya diri. Tiada yang wujud hanya Zatnya semata-mata, maka setiap sesuatu(yang zahir) adalah terhapus (tiada sebenarnya) kecuali semua yang zahir itu adalah wajahNya semat-mata. Dialah yang benar-benar berhak dan kepadaNya haruslah dikembalikan.

Al Qashash Ayat 88…...
 janganlah kamu sembah di samping (menyembah) Allah,
Tuhan apapun yang lain. tidak ada Tuhan (yang berhak disembah)
 melainkan Dia. tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali Allah.
 Bagi-Nyalah segala penentuan, dan hanya kepada-Nyalah
 kamu dikembalikan.







Andai tubuh ini boneka


nalurinya benang sutera


engkau dalang mengawalnya


ketimur keutara kemana jua


aku hanya menuruti


mengikut apa saja hukuman


Continue >>>

Sejauh Perjalanan


LANDSKAP ROHANI


Sebelum aku terlahir di atas dunia yang fana ini aku telahpun bersemayam di alam lahut iaitu alam berkumpulnya sekalian roh manusia memeterai janji makrifat tetapi ruh lupa akan perjanjian awal di alam Lahut iaitu hari perjanjian: "Bukankah Aku ini tuhan mu" Ruh menjawab, "Benar, engkau adalah Tuhan kami". Kerana ruh lupa pada perjanjian awal, maka ruh tidak dapat kembali ke alam Lahut sebagai tempat asal. Waktu sangat sempit, jalan hampir tertutup dan sulit tempat untuk kembali ke negeri asal (Alam Lahut).


Sebelum aku, jasad ku terjadi allah menunaikan jodoh kedua ibu bapaku dengan temetrainya nikah melalui alam percintaan mereka. Dengan ilham yang allah berikan kepada pasangan maka bersetubuhlah meraka dengan iradath dan kudrat dan turunnya rahsia-rahsia yang mana berpindahnya mani ke dalam rahim ibu. Maka keesokan harinya aku pun berusia sehari ketika berlaku pertemuan di wadi mani  manikam(sperma dan ovum). Tatkala usia ku mencecah 130 hari telah tumbuh jari telunjuk kanan(penyaksian syahadah). Esoknya iaitu 131 hari jadinya kepala. Tatkala usia ku mencecah 132 hari didalam rahim bonda terbentuklah kedua tanganku, 133 hari kaki ku, 134 hari jadilah 360 tulang belulang . Pada 135 hari jadilah 248 sendi-sendi esoknya pulak jadilah pulak 360 urat-urat besar iaitu pada hari ke 136. Hari ke 137 ditambah daging-daging. Hari ke 138 diselaputi kulit. Usia ku genap 139, 140, 141, 142, 143 dan 144 maka bercambahlah rambut, kuku, hidung, mulut, lidah, dua telinga dan rongga hidung melengkapi wajah yang ciut miut.


Ketika usia ku 145 hari ditiupkan nyawa ke dalam jasad. Melewati usia ke 160 hari idaman iaitu sudah ada uri-uri dan tembuni. Tatkala usia 200 hingga 240 hari nyawa hidup dengan hayat tuhan. Mencecah usia ku 241 hari hingga 270 hari telah lengkap uri-uri, tembuni, ketuban, bali dan hal ini disebut juga sahabat empat. Juga dinamakan kembar manusia. Bermual uri ertinya cahaya dan tembuni ertinya air, ketuban ertinya api dan bali ertinya angin. Melewati hari ke 271 hingga hari ke 280 nyawa ku yang telah lengkap dengan jasad maka jasad itulah penyataan zat oleh sifat. Tatkala itu terzahirlah ilmu yang dikata oleh jibril kepada rasulullah saw bahawasanya alam itu ada dua pertamanya alam qhobir iaitu alam yang nyata. Keduanya alam soqhir iaitu alam di dalam diri manusia. Maka alam di dalam manusia adalah lebih mulia dan berkuasa daripada alam qhobir. Tatkala usia genap mencecah 280 hari aku dilahirkan dengan tangisan kerana hendak mencari mana satu jalan yang hendak ditempuhi kerana jalan ada empat bahagian iaitu JALAN NERAKA, JALAN SYURGA, JALAN YAUMAL MAHSYAR dan JALAN RAHMAHT.


Zaman kanak-kanak yang sememangnya hyper aktif sungguh nakal kerana pada ketika ini aku berpakaian dengan pakaian nafsu yang mementingkan hawa nafsu kehaiwanan – makanan, minuman dan segala jenis rangsangan nafsu. Semua ini adalah keadaan yang dikurniakan Allah yang diperlukan diri. Ketika ini daya pertimbanmgan akal ku dan pemikiran ku belum pun maju lagi. Dan ketika bayi aku akan belajar mengikut sifat-sifat ibu bapa atau masyarakat sekeliling yang biasanya memberi pengaruh kepada perangai diri untuk menempuh alam remaja yang penuh dengan pemberontakan identity.


Suatu malam ketika usia melewati 13 tahun aku tercengang dengan penuh bangang tentang kehadiran wet dream yang menjadikan aku berpengalaman untuk menjadi seorang baligh. Ketika ini aku mula mengenal malaikat atiq dan raqib yang mencatat segala urusan ku setiap hari tanpa jemu dan keluh kesah. Tetapi aku yang mula meresah akibat jiwa remaja itu selalu mengajak kepada ekplorasi. Aku mula belajar mengenal Dia tetapi setakat belajar tanpa pengalaman. Aku mula menjelajah dari ilmu ke ilmu yang membuat aku jatuh cinta kepada HAKIKAT. Sehinggalah meningkat dewasa memasuki alam percintaan sesama insan membuatkan hati ini begitu sesak sehingga membenarkan bisikan syaitan bertakhta pada amal………


Bergelumanglah dengan noda dan dosa namun Dia maha pengasih lagi maha menyayangi kerana DIA lah yang aku ada ketika kepedihan datang melanda akibat keputus asaan. Jiwa yang hampir tergelincir di rentap dengan harapan dan bimbinganNYA sehingga menjadikan aku seorang yang bersyukur dan tunduk kehinaan. Sungguh hina sungguh dhaif sungguh zalim, sungguh ….sungguh…sungguh…


Alam dewasa banyak mengajar aku mengejar DIA tetapi belum mengenali lagi. Kematangan pada setiap langkah menjadikan aku berhati pasti untuk tidak mengulangi kerana hati itu sentiasa berbolak balik. Berbolak balik menunaikan maksiat sungguh tak terperi deritanya melawan nafsu. Bagi aku biarlah menahan sakit terluka akibat pisau yang menghiris daripada menanggung bebanan hawa nafsu yang menbakar sanubari. Biarlah aku menderita kepatahan anggota badan namun itu lebih sedap daripada menikmati kelazatan maksiat hati dan jasad.


Sebelum aku mencapai usia tua mohon kiranya aku berdoa dan meminta dipanjangkan usia subsidi melebihi usia 63 tahun agar aku dapat membongkar penangungan rahsia diri bersatu yang berpisah kanun yang terakhir yang meliputi dan memerintahkan semua yang wujud kembali semua pekara kepada Yang Esa … sebelum aku merasai mati wajiblah berbaik sangka terhadapNya kerana ingatlah bahawa setiap yang hidup dan bernafas akan menghadapi mati dan yang tetap datang apabila samapi masa yang telah dijanjikan dan ianya tidak boleh lagi tertangguh-tangguh walaupun sesaat.


Sebelum aku, jasadku terbenam di liang lahad mohon kiranya DIA mengurniakan notis kematian melalui Ladunni dengan demikian dapatlah aku bersiap sedia kerana jika bergerak sekalian tubuh dan merasai suatu nikmat yang amat sangat - itulah tanda satu tahun lagi akan mati, mohon allah mengurniakan aku ilham bertubat sebanyak-banyaknya. 40 hari lagi hari kematian akan bergeraklah pusat dan jika bergerak pula jantung bermakna lagi 20 hari lagi akan merasai maut. Pada hari yang mana hanya tinggal lagi 7 hari lagi untuk mati berlaku gerakan (getar) dari pusat menghala naik hingga ke ubun-ubun dan berpatah semula (turun balik) dan berhenti di buku leher sama tengah dengan halkum beserta dengan satu nikmat yang amat sangat rasanya. Hanya tinggal lagi 5 hari untuk dijemput ke alam barzakh anak lidak akan bergerak-gerak. Jika bergerak seakan huruf HA MUTALAK(ha simpul) iaitu pergerakan di antara dua kening dengan suatu nikmat yang amat lazat rasanya bermakna tinggal 3 hari sahaja usia di atas dunia yang fana ini. Jika bergerak dahi bermakna hanya tinggal dua hari sahaja lagi. Jika bergerak ubun-ubun di antara waktu zohor dengan asar maka tinggal satu hari sahaja lagi. Maka saatnya telah tiba malaikat izrail memberi salam setelah merasai begetarnya pusat terus menghala ke hujung salbi lalu terus bergerak menghala ke arah tulang belakang dan terus naik ke ubun-ubun, maka dengan kuasa allah yang maha pengasih telah tiba saatnya untuk meninggalkan dunia yang fana ini dan kembalilah ke hadrat ALLAT swt.







Continue >>>

Sebelum Adam




LANDSKAP ROHANI


" Berpikir sesaat di malam dan siang hari lebih baik dari pada ibadah seribu tahun.”


Berfikir mampu menggerakkan jentera makrifath dan menjana hikmah dari ilmu yang allah kurniakan rahmat ke atasnya. Berfikir dengan berhati-hati juga benar-benar menajamkan akal tentang sensiviti kita terhadap keupayaan mata hati. Berfikirlah aku, kamu dan kita dengan mengembangkan empayar landskap rohani hingga sidratul muntaha. Namun seharusnya berhati-hati ketika berfikir menggunakan akal kerana sesungguhnya akal itu adalah lemah yang tidak mampu tercapai apa pun kerana ia terhijab dan tidak dapat menjangkau pengetahuan tentang erti hakikat-hakikat yang tersembunyi. Sesungguhnya akal itu hanya dijadikan alatan bagi hati untuk mengenal hukum logistic duniawi.


Di sini aku menjemput visitor sekalian yang bijak laksana memohon kalian berlapang dada mengosongkan minda untuk bersama mengasah akal yang diterajui landskap rohani yang terindah bagi merungkaikan persoalan akal yang segan dan malu mengenai ketepatan ungkapan dan di mohonkan kepada allah agar aku tidak terjerumus di kalangan hamba yang melampaui batas dan tergelincir……,


Mohon iktikad iman kita tidak goyah…., Amin


Persoalannya begini... Adakah ada diciptakan makhluk yang menyerupai manusia sebelumnya Adam as..?...?...?


Pada pendapat aku yang totally miskin ilmu ini (mohon allah memberikan hidayah taufiq) berpendapat telah ada makhluk yang seakan menyerupai bentuk manusia mendiami bumi. Dan ketika era itu juga tiada peradaban tamadun yang mengiringi makhluk tersebut dan makhluk tersebut tidak mempunyai kecangihan ilmu ilham seperti manusia yang bergelar insan. Ketika era itu makhluk tersebut bersama makhluk lain seperti zaman pra sejarah iaitu sebelum terbitnya zaman ais mendominasi hierarki teratas mendiami planet bumi. Makhluk ini atau di kenali sebagai Homo Habilis oleh Darwin yang bodoh. Makhluk (homo Habilis) ini bersosialis lagaknya seperti haiwan-haiwan yang lain. Saling berbunuhan dan melangsungkan kehidupan tanpa sebarang anutan dan kefahaman. Allah menganugerahi makhluk ini dengan sedikit kebijaksanaan akal tanpa jiwa yang mana akal itu di gunapakai hanya untuk keperluan seharian bagi makhluk homo habilis ini sahaja. Akal yang di gunakan bagi mencipta alat-alat tajam seperti senjata dan lain-lainlah. Aku pun tak tahu apa lagi zaman tu ada. Ketika allah berfirman untuk menciptakan adam a.s kepada malaikat….;

Al Baqarah 30…..
ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Para Malaikat: "Sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, Padahal Kami Senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."



Sesungguhnya allah itu maha mengetahui dan allah menghujani hujan meteor ke atas bumi dan menghancurkan bumi berperingkat-peringkat sehinggalah terbitnya zaman ais meliputi bumi bagi menggantikan bumi dengan kehidupan baru dan diturunkan Adam a.s sebagai makhluk yang sebaik-baiknya dilantik sebagai khalifah seluruh alam jasad dan alam roh.

Al Baqarah ayat 34…...
dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada Para Malaikat: "Sujudlah[36] kamu kepada Adam," Maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia Termasuk golongan orang-orang yang kafir.



Sehingga kini tertanam rahsia mengapa allah memerintahkan agar sekalian makhluk langit iaitu malaikat dan iblis tunduk sujud kepada adam. Dan rahsia itu benar-benar telah pun dipatri di dalam hati seluruh keturunan jasad nabi adam as., dan kita sebagai keturunan adam as sememangnya mengetahui apa yang syaitan itu tidak ketahui iaitu…. lu pikirlah sendiri….?


Kembali kepada ayat ….."Sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah ……. Jika diperhatikan maksudnya sebelum penciptaan jasad adam itu malaikat telah mengetahui bahawa makhluk menyerupai manusia itu saling bunuh berbunuhan dan merupakan perosak… dan adakah makhluk itu yang malaikat saksikan keperibadiannya terdapat di syurga…? Adakah malaikat telah di ajarkan untuk berkata-kata sebegitu…? sesungguhnya malaikat adalah makhluk allah yang suci lagi setia kasih. Ironinya segala keperibadian yang merupakan perosak yang dimiliki makhluk itu telah pun malaikat saksikan bertapak di atas bumi. Dan malaikat adalah saksi yang menyaksikan manusia(homo habilis) itu adalah perosak berdiri pada akal dan nafsu tanpa hati. Makhluk yang menyerupai manusia itu tidak sama seperti apa yang ada di dalam adam a.s. Makhluk itu berkeperibadian tetapi tidak berjiwa insan.


Segalanya adalah imaginasi aku semata-mata dan ungkapan ini tidaklah mengoyahkan tauhid dan persoalan ini sekadar hiburan minda untuk membangunkan sel-sel otak. Segala pemikiran segala focus adalah kerana allah dan Katakanlah:

 "Dia-lah Allah, yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia."



Sebagai penutup wadah renugkanlah wahai teman visitor…;


Yang tidak kita ketahui janganlah dianggap dikatakan salah dan yang kita ketahui jangan sekali dianggap mudah. Justeru itu pelajari dan belajarlah apa yang kita tidak tahu supaya kita tidak terkeliru lagi.


Continue >>>