Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Hidup ini memang payah sangat kerrrrrr



landskap rohani



Lirik Lagu Hidup Memang Payah Yasin

Lirik Lagu Hidup Memang Payah - Yasin
Lirik Lagu dalam album terbaru Yasin - Arus Qudus




Layarkan kehidupan

ke destinasi pilihan

nikmatilah keindahan

yang tak dijanjikan.
Hayatilah keperitan

baru bisa mengertikan

kemanasian, kebesaran

rahsia kebenaran.

Yang tinggal kita mencari

hidupnya tanda misteri

kita tafsirkan

sukar diertikan

Hidup ini memang payah

kadang gelap kadang cerah

hati ini jika resah

siksa jiwa takkan sudah

Hidup ini memang payah

kuterima kuberserah

hati ini bila pasrah

yang susah bisa mudah

Bersama yang susah

adanya mudah

bersama yang susah

mudah

Arus deras kehidupan

dikejar dan ditinggalkan

terima yang ditakdirkan

tulus kesyukuran
Dalam jiwa perperangan

duka resah sendirian

kita dalam pengorbanan

pinta keampunaan.

Yang tinggal kita mencari

hidupanya tanda misteri

kita tafsirkan

sukar diertikan

Lirik Lagu Hidup Memang Payah - Yasin


Continue >>>

Menyiksa diri VS menzalimi diri


Landskap Rohani



Hendaklah manusia memanfaatkan segala kemudahan yang allah ciptakan pada seluruh alam, baik yang melata di bumi dan berterbangan di langit maya. Sesungguhnya allah mencipta dunia dan seisinya adalah untuk kemudahan manusia itu sendiri kerana sifat allah yang maha pengasih lagi maha penyayang tidak mengira usia, bangsa atau agama kamu. Adakah aku kamu dan kita melihat sekeliling alam lalu meninggalkan segala kemudahan yang dikurniakan hanya untuk mendapat pahala yang lebih… jangan sesekali menyiksa diri lantaran mencari kredhaan allah yang diilhamkan oleh nafsu yang fasik. Sungguh allah tidak redha ke atas hamba yang menyiksa diri untuk mendapat perhatian dari allah.


Sahabat iaitu Anas menceritakan suatu hari rasullullah saw melihat seorang yang dipapah oleh kedua orang anaknya untuk menunaikan haji dengan berjalan kaki… Apabila melihat keadaan itu baginda saw bertanya…



“mengapa dengan orang ini?”


Dua anak itu menjawab, “dia bernazar untuk menunaikan haji dengan berjalan kaki”


Rasulullah berkata, “sesungguhnya allah tidak memerlukan orang yang menyiksa dirinya”.


Ketika itu juga baginda memerintahkan kepada orang itu agar menaiki kenderaan untuk menunaikan haji. Dalam peristiwa lain, seorang salik menziarahi gurunya yang telah lama berpisah, salik itu berjalan kaki beberapa batu ke rumah gurunya dengan niat mendapat pahala yang lebih. Setibanya dia di rumah gurunya lantas bertanya, “kamu datang dengan apa” anak murid itu berkata, “saya hanya berjalan kaki”. Apabila tuan guru itu mendengar jawapan anak muridnya itu dia berkata, “sesungguhnya Allah telah menciptakan kuda, baghal dan keldai agar kamu mengenderainya”.


Kezaliman adalah meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya. Kezaliman ada dua martabat, yaitu menzalimi diri sendiri, dan menzalimi orang lain. Menzalimi diri sendiri ada dua bentuk yaitu syirik, dan perbuatan dosa atau maksiat. Menzalimi orang lain adalah menyia-siakan atau tidak menunaikan hak orang lain yang wajib ditunaikan. Apa yang membezakan menzalimi diri sendiri dengan menyiksa diri sendiri ialah terletak pada niat dan impak yang dikecapi. Menzalimi diri sendiri adalah pekerjaan sia-sia pada akhirat dan menguntungkan pada hawa nafsu(dunia) yang fasik, kerana setiap niat maksiat adalah memuaskan nafsu semata-mata. Manakala menyiksa diri sendiri merujuk kepada niat akhirat yang membuta tuli melakukan sesuatu di luar syariat dan batasan kemampuan landskap rohani. Sebagai contoh dari pengalaman aku sendiri yang melakukan pelbagai solat sunat dan solat qadho sehingga melebihi ratusan rakaat hanya untuk meraih kasih cinta allah dan pahalaNya hingga suatu tahap aku telah berputus asa kerana menjadi beban lalu hilanglah istaqamah pada ibadat. Sungguh bernasib malang bagiku dan menjadi bodoh kerana tidak melihat dengan mata hati akan kerakusan nafsu dari bisikan syaitan, kerana setiap ibadat yang dikerjakan hanya untuk mendapat pahala adalah syirik(tersembunyi)


Daripada Abu `Amru - atau digelar juga Abu `Amrah - Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata:


Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah. Hadis riwayat al-lmam Muslim.


“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: ‘Tuhan kami ialah Allah’ kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka (istiqomah), maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu.” (QS. Fusshilat/ 41 : 30).


Menzalimi diri sendiri merujuk pelbagai sebab yang kompleks dan kezaliman ini berlaku dari akibat kurangnya iman dan takwa kepada allah. Walaupun ilmu tauhid telah melekat pada landskap rohani namun ilmu itu disia-siakan lantaran menuruti kehendak nafsu amarah yang sering mengilhamkan kepada jalan-jalan yang tergelincir. Bentuk menzalimi diri sendiri ini terdiri dari pelbagai ragam maksiat dengan bentuk pecahan-pecahan yang berkait-kait sebagai contoh seorang yang tidak menjaga hawa percakapan yang mengumpat saudaranya kelak akan menabur fitnah lalu tercetus pertelingkahan lantas berlaku permusuhan sesama saudara hingga memustuskan silaturahim. Dapat dilihat corak menzalimi diri sendiri ini mampu mengubah corak dengan berpindah kepada menzalimi orang lain. Taubat dapat mencuci segalanya namun mencegah kefasikan itu lebih mulia disisi allah.


Dan Kami naungi kamu dengan awan, dan Kami turunkan kepadamu "manna" dan "salwa". Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu; dan tidaklah mereka menganiaya Kami; akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri…….Al Baqarah ayat 57
Continue >>>

Surah Pembukaan


Landskap Rohani



Setan meraung menangis sambil mengoyak-ngoyak rambutnya mengenai 4 kejadian iaitu


Apabila ia dilaknati….. apabila ia dihumban dihalau dari syurga….. tatkala Muhammad saw diangkat menjadi rasul……... ketika surah al fatihah diturunkan.


Kenapa ya surah al fatihah ini besar rahsianya . Kenapa amat sukar untuk menelaah rahsianya. Itulah sukarnya aku meneliti akan rahsia al fatihah ini dek kerana iman yang goyah dan mata hati yang terhijab… mata zahir juga pun terhijab yang mana anjing itu lebih mulia dari aku walaupun ia haram kerana Allah mengurniakan sepasang mata untuknya melihat keghaiban alam jin lalu anjing itu melolong…. Ayam itu lebih tinggi martabatnya dari aku kerana aku tak nampak malaikat turun dari langit sedangkan ayam awal-awal malam gelap pekat telah berkokok melihat makhluk allah yang suci.


Mana tempat aku wahai kawan mana tempat kamu wahai sahabat. Adakah aku memerlukan tempat? Ya aku memerlukn tempat selagi aku memakai jasad sebagai kenderaan bagi diri landskap rohani. Lalat yang menghinggapi sampah itu lebih kemuliannya dari aku kerana lalat boleh terbang…. Tetapi itu semua tak penting yang terbaik adalah landskap rohani yang bertakwa kepada allah menggunakan pancaran akal kerohanian untuk menghisab diri ke jalan yang lurus lagi diredhai…


6. Tunjukilah[8] Kami jalan yang lurus,


7. (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.[9]


[8] Ihdina (tunjukilah kami), dari kata hidayaat: memberi petunjuk ke suatu jalan yang benar. yang dimaksud dengan ayat ini bukan sekedar memberi hidayah saja, tetapi juga memberi taufik.


[9] Yang dimaksud dengan mereka yang dimurkai dan mereka yang sesat ialah semua golongan yang menyimpang dari ajaran Islam.


Buat ketika ini aku belum lagi dapat mencari rahsia al fatihah secara detail kerana rahsia yang allah turunkan buat landskap rohani seseorang adalah berbeza-beza kerana rahmat yang hujani ke atas hambanya mengikut nisbah ketakwaan dan keimanan seseorang bukan kerana nilai ibadah yang dikerjakan walau beratus rakaat solat sehari sekalipun. Walaupun umat manusia qhadak dan qhadarnya telah ditentutukan dan telah tertulis di papan Lauh Mahfuz janganlah aku kamu dan kita berputus asa dan bersangka buruk terhadap allah yang dirindui. Sesungguhnya allah maha pengasih dan penyanyang diturunkan al fatihah menjadi ubat penawar dan penyembuh kesakitan landskap rohani dan segala penyakit zahir.


Nabi Muhammad saw bersabda:


….dalam surah al fatihah ada ubat yang dapat menyembuhkan segala penyakit…..

Dengan membaca surah al fatihah berulang-ulang kali secara istiqomah adalah ubat yang paling mujarab untuk keperluan seseorang sambil mensedekahkan bacaan itu buat jasad dan roh ibu bapa kita walaupun mereka masih hidup. Kerana setiap kelahiran bayi-bayi kecil di dunia sebenarnya adalah menuju kematian bagi jasad maka jadikanlah al fatihah ini sebagai amalan yang menjadi penyembuh zahir dan batin dengan membaca sebanyak 41kali selama 40 hari berturut-turut antara solat sunat dan solat fardhu. Dalam bacaan ini ayat pertama dan kedua disambung jangan di wakafkan lalu ayat selebihnya di baca seperti kelaziman. Sesungguhnya rahmat allah itu tidak terbatas sekiranya ditimpa musibah kesakitan hendaklah memohon kepada allah dan hendaklah membaca al fatihah dan ditiup pada air dan dibuat minum…..



Continue >>>

Pesta Perut Aidilfitri


Landskap Rohani





Hari ni dah genap aidilfitri raya yang ke 4. aduhai perut sesak sangat dengan makanan seolah membalas dendam akibat berpuasa. Hmmm memang kegembiraan melekakan aku hingga meleset sikit peratusan keimanan tidak seperti dalam bulan ramadhan segala ibadat dilakukan dengan tepat waktunya. Benarlah kata kekasih Muhammad s.a.w kurang makan maka kuranglah dosa. Rasanya selepas raya ke 7 agaknya nak berpuasalah puasa enam banyak berkatnya umpama berpuasa selama setahun. Nabi Muhammad saw. bersabda "Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh."




Demi menjaga nafsu dan hati saudara rakan taulan yang berkunjung kerumah terpaksa aku melewatkan sikit tarikh puasa enam pada tahun ini. Dalam beragama islam kita mesti bersederhana bukan menjadi fanatic hingga segala urusan terpaksa disekat itu tak boleh ini tak boleh maka janganlah aku kamu dan kita mengharamkan apa yang dihalalkan Allah, berdosa besar jadi bagaimana landskap rohani kita akan bertemu dengan Allah.




Kerana banyak makan landskap rohani akan menjadi kesat dan mudah berbuat maksiat oleh itu makanlah kekacang kerana kekacang itu mengeluarkan kekeringan. Hendaklah dimakan sedikit-sedikit kerana kalau banyak makan tidak baik untuk perut. Memakan kacang itu menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.



Apabila kita makan banyak dan berterusan dari akibat kunjungan kita kerumah-rumah terbuka saudara mara dan rakan taulan perut akan meragam akibat kecelaruan system penghadaman yang tak konsisten. Perut akan mula sebu dan kita akan mudah berpeluh, rasa tidak selesa dalam perut, rasa hendak muntah, berbunyi seperti ada angin dalam perut dan muntah-muntah. Ini adalah kerana diet yang tidak menentu serta terlalu banyak makan terutama makan sebelum makanan yang dimakan itu hadam dahulu. Apa nak buat ialah :







1 sudu the garam kasar



½ cawan air halia



½ cawan air limau



Campurkan bahan-bahan itu dan simpan dalam botol dan jemur selama 3-4 hari.



Dos: campur 1 sudu teh dengan ½ cawan air. Minum dua kali sehari selepas makan.











SABDA NABI MUHAMMAD S.A.W
Kekasih allah iaitu nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:

• Allah tidak menjadikan penyakit melainkan dijadikanNya juga ubatnya, kecuali mati. Firman Allah bahawa siapa yang hidup menurut petunjuk al quran akan lanjut usianya.

• Asal segala penyakit ialah sejuk. Oleh itu makanlah apabila anda kehendaki dan jangan makan apabila tidak perlu.



• Puasa adalah raja segala ubat kerana perut adalah rumah penyakit oleh itu jadikan berpuasa itu kelaziman.



• Pada pandangan Allah makanan yang baik itu adalah makanan yang di makan beramai-ramai.



• Makan seorang diri diwaktu pagi ialah makan bersama syaitan, makan dengan makan dengan seorang lain ialah makan bersama raja yang zalim, makan dengan dua orang lain ialah makan dengan para nabi.



• Biarkan makanan mu agak sejuk kerana makanan yang panas itu tidak berkat



• Apabila makan tanggalkan kasut mu kerana itu akan merehatkankakimu.



• Ada keberkatan dalam tiga pekara : dalam sarapan pagi dalam roti dan dalam sup.



• Kurang makan kurang dosa



• Jangan minum berdiri kecuali orang yang sakit sengal pada paha dan pangkal paha.
Continue >>>

Teori Darwin Terkandas



Landskap Rohani
Dari Abu Abdurrahman Abdullah bin Mas’ud radiallahuanhu beliau berkata : Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam menyampaikan kepada kami dan beliau adalah orang yang benar dan dibenarkan : Sesungguhnya setiap kalian dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya sebagai setetes mani selama empat puluh hari, kemudian berubah menjadi setetes darah selama empat puluh hari, kemudian menjadi segumpal daging selama empat puluh hari. Kemudian diutus kepadanya seorang malaikat lalu ditiupkan padanya ruh dan dia diperintahkan untuk menetapkan empat perkara : menetapkan rizkinya, ajalnya, amalnya dan kecelakaan atau kebahagiaannya. Demi Allah yang tidak ada Ilah selain-Nya, sesungguhnya di antara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli surga hingga jarak antara dirinya dan surga tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli neraka maka masuklah dia ke dalam neraka. sesungguhnya di antara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli neraka hingga jarak antara dirinya dan neraka tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli surga maka masuklah dia ke dalam surga. (Riwayat Bukhori dan Muslim)


Persolan pun menjadi jelas ketika aku meneliti bukti-bukti fosil secara terperinci, tetapi entah itu pada tingkatan ordo atau spesies, berulang kali kami menemukan bahawa bukannya evolusi yang terjadi secara lambat laun, tetapi yang terjadi adalah satu kelompok yang muncul secara tiba-tiba, demikian pula kelompok lainnya……





Darek V Ager(ahli paleontology-fahaman evolusi)






Sebenarnya tidak ada bentuk atau apa-apa transisi yang ditemui pada fosil yang menunjukkan proses evolusi terhadap stuktur manusia. Segala penemuan fosil yang ditemui dan diselidiki gagal sama sekali mewujudkan persamaan bentuk manusia yang dicipta dan dibentuk oleh Allah di alam syurga. Bukti fosil yang dicarigali menunjukkan berlawanan dengan harapan ahli-ahli evolusi, kehidupan muncul di muka bumi secara tiba-tiba dan telah berbentuk sempurna. Ini ertinya bukti fosil menunjukkan bahawa semua spesis hidup tiba-tiba muncul dalam bentuk yang telah sempurna tanpa melalui perantara. Hal ini berlawanan dengan fahaman Darwin. Berbagai penemuan fosil telah membuktikan bahawa secara keseluruhannya makhluk hidupan muncul dalam keadaan yang sempurna di muka bumi ini. Ini bermakna bahawa asal-usul spesies bertentangan dengan fahaman Darwin, bukan merupakan evolusi tetapi merupakan penciptaan.






“ Maka apakah kamu mengira, bahwa Sesungguhnya kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?(QS Al-Mukminun ayat 115)






Darwin menegakkan pendiriannya yang kufur dengan mengatakan bahawa manusia moden ketika ini terbentuk dari ledakan hasil evolusi dari makhluk yang menyerupai kera. Kefahaman yang tidak berasas ini diperkirakan telah dimulai 2-5 juta tahun yang lalu dan kononya terdapat beberapa perubahan antara manusia moden dengan nenek moyang mereka. Segalanya adalah bersifat khayalan dan penghinaan . Pandangan evolusi manusia yang berusaha mencari persamaan dengan bantuan berbagai gambaran makhluk-makhluk separuh manusia, separuh monyet yang muncul dengan bantuan perluasan propaganda media adalah terus terang disahkan hanyalah dongeng yang tidak memiliki landasan ilmiah. Maka kafir tetaplah pada kedudukan kufur seandainya tidak berakal melihat keajaiban allah mencipta stuktur manusia yang kompleks. Tidakkah aku, kamu dan kita merasa hairan akan allah yang maha bijaksana mencipta manusia dengan tersusun tulang belulang lalu disaluti daging dengan sisitem saraf yang amat payah untuk kita menelaah. Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang paling indah, paling tinggi, paling mulia dan paling sempurna, dengan demikian tidak ada makhluk lain di alam ini yang menyamai keberadaan manusia. Kesempurnaan manusia sebagai makhluk Tuhan berpangkal dari manusia itu sendiri yang memang sempurna dari segi fisik, mental, kemampuan dan karya-karyanya.


"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya." (QS. At-Tiin: 4).








"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu sari pati (yang berasal) tanah." (QS. Al-mukminun; 12).










" Sesungguhnya misal (penciptaan) 'Isa di sisi , adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: "Jadilah!" (seorang manusia), maka jadilah dia. Ali-'Imran ayat 59 dan 60:










Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepada-nya dari pada urat lehernya. QS. Qaaf (50): 16






Continue >>>

Research and development menjelang aidilfitri


Landskap Rohani



Rasul SAW bersabda:




Bila Allah mencintai seseorang hamba, maka Dia akan menyuruh Jibril dan penghuni langit dan bumi untuk mencintainya



Menjelang aidilfitri apakah sambutan yang kalian rancangkan untuk menyambutnya, adakah dengan bersederhana atau gilang gemilang dan saban tahun perjalan aidilfitri aku tidak akan sama seperti tahun-tahun yang berlalu. Apakah development yang allah hidangkan buat landskap rohani kita dengan pelbagai ujian yang datang menerpa sedang bahang kemeriahan aidilfitri sudah dirancang sebelum terbitnya ramadhan. Bagi membangunkan landskap rohani menjadi lebih advance Allah mengurniakan ujian buat hambanya yang muslim ataupun kafir. Teguhkah iman kamu dengan pancaroba dunia yang selalu kita terlepas pandang kerana menyangka semua perbuatan adalah perbuatan kita sedangkan segala afaal adalah afaal allah



 Maka (yang sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-lah yang melempar. (Allah berbuat demikian untuk membinasakan mereka) dan untuk memberi kemenangan kepada orang-orang mu'min, dengan kemenangan yang baik. Sesungguhnya Allah Maha Pendengar lagi Maha Mengetahui. (QS. 8:17)al anfal




Allah maha esa yang maha penyayang lagi maha mengasihani hambanya-hambanya allah maha mengetahui yang mengatur urusan di langit dan di bumi, allah jualah yang menganugerahkan ilham kegembiraan dan kesedihan buat aku, kamu dan kita di pagi aidilfitri, tanpa perasaan berbolak-balik ini jadilah manusia bagaikan berhala di kuil-kuil.



Wahai teman dan taulan memadailah aku,kamu dan kita merenungi kembali segala afaal kita yang telah lalu ketika ujian datang menimpa kita menjelang aidilfitri. Semoga dengan muhasabah(research) menjadikan landskap rohani kita tidak berputus asa dengan rahmat dan kurnia ilahi. Banyak wadah berita terkini kita melihat pelbagai tragedi menimpa saudara kita yang terpaksa berperang dengan perasaan akibat berputus asa dengan rahmat allah lalu mengalirkan airmata yang sia-sia menangisi nasib malang dan bukan menangisi kerana takutkan allah. Wahai aku, kamu dan kita sedarlah dengan bertawakal dan takwa kepada allah walau ujian datang menimpa yang mana kita kehilangan orang tersayang sekalipun dapat menenangkan hati seandainya aku, kamu dan kita benar-benar berserah kepada qadhak dan qadhar ilahi.

surat Al-Ankabut ayat 10:




“Dan di antara manusia ada orang yang berkata: “Kami beriman kepada Allah”, maka apabila ia disakiti (karena ia beriman) kepada Allah, ia menganggap fitnah manusia itu sebagai azab Allah. Dan sungguh jika datang pertolongan dari Tuhanmu, mereka pasti akan berkata: “Sesungguh-nya kami adalah besertamu.” Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada semua manusia”?




Semoga ujian yang menimpa dapat membangunkan(development) landskap rohani menjadi teguh dan keteguhan itu disumberkan dari rutin zikir dan taubat. Keteguhan landskap rohani juga tercipta dari kesabaran seperti mana kisah Nabi Ayoub a.s.


Nabi Ayub a.s. menggambarkan manusia yang paling sabar, bahkan bisa dikatakan bahwa beliau berada di puncak kesabaran. Sering orang mengagumi kesabaran kepada Nabi Ayub. Misalnya, dikatakan: seperti sabarnya Nabi Ayub. Jadi, Nabi Ayub menjadi simbol kesabaran dan cermin kesabaran atau teladan kesabaran pada setiap bahasa, pada setiap agama, dan pada setiap budaya. Allah SWT telah memujinya dalam kitab-Nya yang berbunyi:





Nabi Ayub AS adalah salah seorang nabi dari nabi-nabi Bani Israil dan salah seorang manusia pilihan dari sejumlah manusia pilihan yang mulia. Allah telah menceritakan dalam kitab-Nya dan memujinya dengan berbagai sifat yang terpuji secara umum dan sifat sabar atas ujian secara khusus. Allah telah mengujinya dengan anaknya, keluarganya dan hartanya, kemudian dengan tubuhnya. Allah SWT telah mengujinya dengan ujian yang tidak pernah ditimpakan kepada siapa pun, tetapi ia tetap sabar dalam menunaikan perintah Allah dan terus-menerus bertaubat kepada-Nya.



Setelah Nabi Ayub AS menderita penyakit kronis dalam jangka waktu yang cukup lama, dimana sahabat dan familinya telah melupakannya, maka ia menyeru Rabbnya, “(Ya Rabbku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang.” (Al-Anbiya’: 83). Dikatakan kepadanya, “Hantamkanlah kakimu; inilah air yang sejuk untuk mandi dan minum.” (Shad: 42). Nabi Ayub AS menghantamkan kakinya, maka memancarlah mata air yang dingin karena hantaman kakinya tersebut. Dikatakan kepadanya, “Minumlah darinya serta mandilah.” Nabi Ayub AS melakukannya, maka Allah Ta’ala menghilangkan penyakit yang menimpa bathinnya dan lahirnya.



Kemudian Allah mengembalikan kepadanya; keluarganya, hartanya, sejumlah ni’mat serta kebaikan yang dikaruniakan kepadanya dalam jumlah yang banyak. Dengan kesabarannya itu maka ia merupakan suri teladan bagi orang-orang yang bersabar, penghibur bagi orang-orang yang mendapat ujian atau ditimpa musibah serta pelajaran berharga bagi orang-orang yang mahu mengambil pelajaran dan iktibar.



Ujian yang berbentuk musibah seperti terkena penyakit, ditinggalkan orang yang dicintai, kematian orang yang dikasihi dan sebagainya adalah pembangun (development) iman yang mutlak sucinya kepada allah. Sesungguhnya allah amat mengasihi hambanya yang bersabar dengan ujian tanpa mengadu domba kepada selain allah. Sesungguhnya setiap titisan airmata yang menitis kerana allah pasti menunggu ganjarannya di akhirat kelak tetapi titisan airmata yang menitis kerana meratap nasib malang, berputus asa terhadap allah dan tidak kerana allah pasti yang menanti adalah api menjulang menyambut landskap rohani sebagai tetamu neraka.



"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaih-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)."
(QS. Shad: 44)




Continue >>>

Kerana Suka Main-Main Dalam Hidup


Landskap Rohani

Continue >>>

Menghindarkan Landskap Rohani Daripada Angan-Angan & Bisikan Setan


Landskap Rohani


" dan saya benar-benar akan menyesarkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka memotong telinga binatang ternak, lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan saya suruh mereka, lalu merekan benar-benar mengubah ciptaan Allah. Barangsiapa yang menjadikan setan sebagai pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata. Setan itu memberikan janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal setan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka"..... An Nisa' : 119-200.


Segala yang dibisikan setan kepada manusia sebenarnya ia tidak dapat memalingkan manusia dari bimbingan Allah jika mereka benar-benar mengikuti jalan yang telah Allah tunjukkan. Allah memperingkatkan orang-orang yang beriman sentiasa waspada terhadap bujukan, rayuan dan bisikan setan laknatullah. Nama pun setan wajib dilaknat.

Dan jika engkau ditimpa suatu godaan oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan (was-was dari setan), mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar) ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya…….al Araf 200-201.



Teman-teman yang beriman akan tetap berwaspada terhadap bisikan Nates(setan). mereka sedar segala hal yang berkaitan dengan bisikan setan tidak menghasilkan redho Allah terhadap landskap rohani mereka dan jangan sekali membiarkan diri terlarut dalam keputusasaan, takut dan dukacita yang mana segalanya itu adalah merupakan perasaan negative yang pasif yang wajib dijauhi oleh teman-teman yang ingin mendekatkan diri kepada Allah. Jika masih terganggu landskap rohani aku ,kamu dan kita maka carilah jalan keluar dari bisikan setan itu keluarkan pujuk rayu nafsu fasik itu dengan mengusir segalan bujukan dengan zikirullah dan ayat-ayat quran. Sesungguhnya wahai aku, kamu dan kita semua al quran adalah penawar dan penyembuh(dengan izin allah) buat umat manusia mahupun kafir atau islam. Allah memandang kepada landskap rohani walaupun pada niat mu akan ditanya di akhirat kelak. Sesungguhnya teman-teman ku tipu daya setan itu lemah dan ia tidak memiliki kekuasaan atas kita tetapi dengan penerapan iman yang berkualiti ikhlas atau kata lain tidak memandang kepada ganjaran pahala-pahala. Adakah kamu mencintai kekasih, isteri dan ibu kamu dan kamu dalam masa yang sama adakah kamu inginkan ganjaran daripada mereka? Kadang-kadang hamba pun tergelinciran juga…… harapnya di ampuni.

Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka. Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka, dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah.....an Nahl 100-101
Continue >>>

Betulkan Islam Aku,Kamu dan Kita


Landskap Rohani


“Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang: Siapakah pencipta mereka? Nescaya mereka menjawab: Allah.” (Az-Zukhruf: 87)


“Dan jika kamu bertanyakan mereka: Siapakah pencipta langit dan bumi? Nescaya mereka menjawab: Semuanya diciptakan oleh Yang Maha Perkasa dan Yang Maha Mengetahui.” (Az-Zukhruf: 9)



KETAHUI, IKRAR TASDIQ dan AMAL ialah syarat sah syahadah "La ilaha illallah" yang membuktikan penafian dan penolakan landskap rohani aku, kamu dan kita terhadap tuhan-tuhan yang melata menjajah landskap rohani hingga tertutup pandangan mata zahir dan batin dari memandang kerakusan tuhan-tuhan mu mengheret aku, kamu dan kita beramai-ramai ke lembah orang-orang yang tergelincir lagi dimurkai Al Khaliq.



LA ILAHA ILLALLAH-tiada tuhan hanya Allah (tiada aku hanya Allah) cubalah wahai teman memandang walau sesaat dalam diri adakah terdapat diri di dalam diri aku, engkau dan kita. Diri mana yang dikatakan kepunyaan mutlak aku, mutlak kamu, mutlak kita. Mana tempat kamu yang dikatakan sebagai pesuruh(hamba) Allah. Ya sememangnya tidaklah wujud sama sekali di alam Hakikat tetapi terwujud di alam yang luas ini iaitu wujud yang dikeranakan oleh satu kerana.



“Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala sesuatu yang kamu serukan selain daripada Allah tidak dapat menciptakan seekor lalat walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu daripada mereka, tiada mereka dapat merebutnya kembali daripada lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah pula yang disembah.” (Al-Hajj: 73)




Ucaplah "La ilaha illallah" dengan penafian tuhan-tuhan yang bersinggahsana di hati kerana di hati banyak tuhan-tuhan pertuhanan seperti takut kepada penguasa negeri, bergantung kepada usaha sendiri, keuntunganmu, daya kekuatan, pendengaran, penglihatan dan segenap kekuasaan dan kehendak dirimu hingga memberi bekas(kesan) terhadap segalanya seperti tuhanmu iaitu …….Tiada apa yang allah ciptakan pada alam ini melainkan hanya dihiasiNya dengan Zat empunya diri, manakah tempat kamu wahai diri dimana?




“Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.” (Al-An’am: 17)



Bertakwa dan bertawakallah ikhlas kepada Allah dan bergantung sepenuh harapan hanya kepada allah, pekara ini wajib tersemat di hati dan ucapalah sebutan syahadah dengan dimulakan dengan landskap rohani(hati) kemudian diikuti kalammu lalu beserahlah seluruh diri hanya kepadaNya yang sebenar-benar penyerahan. Wahai aku, kamu dan kita serta teman dan sahabat sibukkanlah diri zahir dengan hukum(islam) dan carilah kesibukan hati dengan Allah. Wahai nafsu yang penakut lagi mengilhamkan kefasikan engkau takutlah dan bimbanglah dari kehilangan apa yang sudah terbit pada diri dari makrifath, ilmu, pendekatan kepada Allah kerana Allah boleh berbuat apa sahaja sesuai dengan kehendakNya.




“Hai manusia, kamu semua berada di dalam kesesatan kecuali mereka yang Aku berikan taufiq dan hidayah kepada-nya. Oleh itu mintalah hidayah daripada-Ku. Hai manusia, kamu semua lapar kecuali mereka yang aku berikan makan. Oleh itu mintalah rezeki daripada-Ku. Hai manusia, kamu semua telanjang kecuali mereka yang Aku berikan pakaian. Oleh itu mohonlah pakaian daripadaKu.”







La ilaha – menafikan adanya diri sama sekali. Ini adalah syarat makhluk


Illallah  – mensabitkan ketuhanan bagiNya bukan bagi selainDia. Ini adalah  syarat Zat






“ .......TIADA DIPANDANG APA YANG DISABITKAN PADA ZAHIRNYA ITU .....“


Continue >>>

Landskap Rohani Sebuah Nasihat Yang Diberikan


Landskap Rohani





“dan sesungguhnya kalau mereka melaksanakan pelajaran yang diberikan kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih menguatkan mereka. Dan kalau demikian, pasti kami berikan kepada mereka pahala yang besar dari sisi kami, dan pasti kami tunjukkan meraka ke jalan yang lurus”___ Qs-an-Nisa : 66-8.

Wahai aku, kamu dan kita sekeluarga dan teman sahabat carilah redhoNya agar landskap rohani mu menjadi luas dengan iman lagi bertakwa kepada Allah dan terus jangan berhenti berputus asa untuk membersihkan diri dari kesalahan untuk memperolehi kesempurnaan akhlak. Akhlak yang sempurna berpadanan dengan kerendahan hati agar segala kesalahan dan kekhilafan diampuni agar dengan rahmatNya kamu beroleh petunjuk kepada jalan yang lurus.







“dan orang-orang yang menjauhi thoghut tidak menyembahnya dan kembali kepada Allah, bagi mereka berita gembira; sebab itu sampaikanlah berita itu kepada hamba-hamba Ku, yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal”___Q.s__az-Zumar : 17-8






Ketahuilah aku, kamu dan kita bahawasanya iman yang ikhlas sebenarnya adalah rahsia yang menjadi akrab iaitu saling menjadi teman dan pelindung landskap rohani bagi orang, kerana keikhlasan beriman itu akan memerintahkan yang benar dan melarangi yang mungkar. Dengan demikian, kerana mengetahui bahawa peringatan seorang yang beriman itu sangat penting bagi penghisaban seseorang di akhirat, maka teman taulan yang beriman harus saling mahu menerima nasihat. Wahai aku, kamu dan kita yang mahu mendengari nasihat yang baik akan memperolehi petunjuk kepada jalan yang lurus. Sesungguhnya Allah amat mengasihi dan mengurniakan berita gembira kepada landskap rohani iaitu orang-orang yang bergelar hambaNya yang fasih menjauhi pujuk rayu syaitan dan mentaati orang-orang yang menyeru kepada sunnah, alquran dan perintahNya yang maha Esa.

Continue >>>

Perluasan Landskap Rohani


Landskap Rohani


Dosa merupakan jajahan terhadap landskap rohani. Sebagai manusia aku, kamu dan kita tidak ingin melihat kelapangan menjadi sempit. Dengan bertaubat kepada Allah dapat memerangi hawa nafsu dan syaitan sekali gus dapat menakluki kembali landskap rohani yang berpesta pora dengan kedunian.


Jikalau adalah kesesatan hati (landskap rohani) yang selalu melarang daripada menerima pengajaran maka aku, kamu dan kita mintalah pertolongan kepadaNya dengan berkekalan akan Tahajjud dan berdiri mengerjakan solat. Maka jika itu pun masih tidak hilang jua kekesatan hatiku dan hati mu maka hendaklah rajin berpuasa. Jika berpuasa ini tidak dapat menawarkan kekesatan hati ini wajib aku, kamu dan kita berusaha mengurangi dan menjauhi dengan sedikit bercampur dengan manusia dan sedikitkan berbicara


Wahai teman andai perkara di atas tidak juga mententeramkan hati mu dan masih terngiang-ngiang akan kefasikan maka eratkanlah siratulrahim dan berkasih sayanglah aku, kamu dan kita kepada anak-anak yatim. Maka jikalau tidak hilang juga kekesatan itu maka ketahuilah akan dirimu bahawa Allah telah mengecapkan atas hati mu dan telah menguncikannya. Bahawasanya telah bertindih berlapisan kegelapan dosa atas zahiriah dan batiniah landskap rohani(hati) itu. Maka bertempatlah kamu ke neraka jahanam.

Dengan Menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala Puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam
 Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Yang Menguasai hari pembalasan
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
Tunjukilah kami jalan yang lurus
(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan ni’mat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai  dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat




Continue >>>

Puasa Mencerminkan Landskap Rohani


Setiap amalan anak Adam adalah untuknya

Kecuali puasa. Puasa itu dilakukan untuk Aku.

Aku akan beri ganjaran kepadanya

Sebanyak mana yang Aku sukai.

Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi.




Syarat-syarat puasa:


1. Niat dilafazkan dengan lidah atau terbit dari hati sahaja


2. Waktu berpuasa mulai sebelum terbit fajar yang kamu dapat membezakan antara dua benang hitam dan putih hingga terbenam fajar(maghrib)


3. Menegah diri zahir dan batin dari yang membatalkan puasa

4. Ditegah berpuasa bagi wanita yang mengandung didatangi haid, orang sakit tenat, orang tua yang uzur, gila tetapi wajib mengantikan puasanya.


5. Berbuka sewaktu maghrib dengan mendahului sunnah memakan tamar atau segelas air disusuli dengan makanan yang sederhana.



Puasa adalah kesabaran dan pengorbanan terhadap kehendak nafsu bagi mencuci landskap rohani. Erti puasa itu pada zahirnya menahan lapar dan dahaga tetapi pada dasarnya puasa itu berada dalam minda. Oleh itu ia tersembunyi daripada semua mata manusia hanya dilihat oleh Allah sahaja dan inilah perlakuan rahsia yang mana tidak mengingati dan memikirkan apa jua selain Allah swt.



Tujuan utama puasa itu dan kesan puasa itu terjadi dalam peringkat roh dan evolusi lanskap rohani, tetapi disamping itu ada pula kesan yang dicapai dari segi jasmaniah. Dari segi jasmaniah penyakit menghinggapi organ-organ dalaman dari akibat gangguan pencernaan dan penghadaman makanan pada satu atau lebih peringkat pencernaan. Bila berpuasa penghadaman dikurangkan dari akibat kurangnya makanan untuk di cerna maka ini dapat merehatkan badan dengan membuang sisa-sisa toksid dan dapat bertindak sebagai agen pembaikpulih oleh salah guna diet dalam jangka panjang. Buktinya tindakan pertama yang dirasai ialah peningkatan suhu badan dan terasa bagai ingin demam. Malangnya krisis penyembuhan ini dianggap media perubatan barat sebagai penyakit dan kebanyakan orang yang tidak memahami tidak dapat menahan diri dari kesakitan yang menyembuhkan lalu memakan ubat kimia yang malangnya menghapuskan serta merta proses penyembuhan oleh badan sendiri secara semulajadi.



Puasa ditentukan Allah buat hambaNya sebagai rahmatNya kepada umat manusia. Allah maha mengetahui teknik dan latihan yang terbaik untuk kesihatan manusia kerana Allah adalah pencipta program dan software manusia. Bukan saha menjaga kesihatan malah berpuasa memberi impak yang besar kepada landskap rohani. Puasa yang sebetulnya adalah menurut pusingan bulan, planet dan juga fenomen yang lain. Puasa adalah kemuncak cara hidup yang amat semulajadi untuk mengawal dan menghapus hawa nafsu yang bergelojak akibat cinta kepada hidup kebendaan dan kedunian yang menimbulkan banyak penyakit jasmani dan menjejaskan landskap rohani.



Berpuasa dapat menundukkan nafsu kerana nafsu manusia merupakan kekuatan dari dalam yang mengilhamkan kefasikan. Nafsu itu sifatnya sombong hanya mementingkan diri sendiri dan hanya mencari kesenangan sahaja dan nafsu itu tidak pernah berhenti kerja kefasikannya walau seminit jua untuk memperdaya manusia. Dengan berpuasa dapat memtenteramkan landskap rohani dengan mengungkapkan kepada orang-orang yang berpuasa lagi beriman agar takut kepada Allah. Namun hanya orang-orang yang takut kepada Allah sahaja yang dapat membersihkan landskap rohaninya.

 
dan nafsu serta penyempurnaanya, maka Allah mengilhamkan kepada nafsu itu kefasikan dan ketakwaannya. sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan nafsu itu".....asy-syams : 7-9....



Continue >>>

Roh Bunga Ros Penyembuh Landskap Rohani


Landskap Rohani



Bunga ros adalah lambang ratu bunga dan ibu segala bau-bauan. Keindahan dan keharuman bunga ini di hujung batang yang panjang, kuat dan berduri. Allah menciptakan kejadian yang pertama dan terulung adalah roh kenabian. Roh ini berasal dari cahaya Allah (nurrullah). Allah tidak akan menjadikan alam ini seandainya Dia tidak menjadikan roh kenabian mendahului segala asal penciptaan. Roh kenabian itu amat terang membakar dan sinarnya membahang hingga ia berpeluh, dari peluh Roh inilah Allah menciptakan roh bunga ros yang merupakan asalnya ilmu aromatherapy.




Roh atau zat bunga ros ini menjadi ubat penyembuhan Landskap Rohani seorang salik yang dianggap bahawa roh atau zat bunga ros yang sempurna ada dalam badan manusia. Zat bunga ini amat bernilai untuk mengimbangkan diri manusia yang tidak seimbang. Roh bunga ros ini mengandungi zat yang paling baik dan halus sekali, maka ia selalu digunakan untuk meyerap dan menyampaikan berkat. Orang Sufi tidak memakai minyak ros yang bercampur dengan alcohol. Kerana campuran alcohol ini akan memusnahkan dan membunuh zat bunga tersebut. Oleh yang demikian campuran alcohol pada minyak ros tiada esensi penyembuhan dan perubatan dan amat tidak sesuai dalam menigkatkan kualiti landskap rohani.

Riwayat zaman sahabat bahawa sahabat telah mengikut nabi Muhammad saw berjalan dan memungut titisan peluh baginda dan mendapti peluh baginda harum semerbak dan ianya terlebih harum dari segala bau-bauan dunia. Sebab peluh itu wangi kerana peluh itu mengandungi zat rohnya. Sedarlah aku, kamu dan kita bahawa keharuman roh atau zat bunga terbitnya dari keharuman Roh kenabian yang utama dan pertama dijadikan Allah.


Ros itu sifatnya sejuk dan kering yang digunakan dalam ilmu aromatheraphy dan terdapat lebih 300 jenis bunga ros yang tidak diwartakan. Tidak ramai yang menyimpan minyak attar bunga ros dan dikatakan minyak attar bunga ros yang terbaik adalah minyak attar bunga ros Bulgaria yang bernilai US 350.00 satu auns.

 

Bagaimana bunga ros ini dikatakan sebagai agen perubatan dan penyembuhan (dengan izin Allah) landskap rohani, ialah kerana minyaknya amat kurang sekali toksidnya. Bau wangian aromatheraphy bunga ros ini membersih dan memperkukuhkan fizikal, mental dan penenang kesentrasi pada landskap alam kerohanian. Ianya boleh dijadikan sebagai minuman yang lazat dengan menitiskan setitik minyak bunga ros ke dalam segelen air, air ini disebatikan. Jika kita mengambil pula setitis air tersebut dan titik ke dalam segelen air yang lain ianya dapat dijadikan air yang memuaskan apabila diminum. Inilah minyak sejuta rahsia alam yang dikurniakan kepada hamba yang dirahmati meskipun setitis masih berkuasa mewangikan air meskipun dilarutkan hingga sujuta kali.

 

Ada riwayat menceritakan semasa perkahwinan Shah Jehan dengan isterinya Noor Jehan(mumtaz) adalah titik tolak pertama penemuan extrak pati minyak bunga ros ini. Dikhabarkan semasa hari perkahwinan tersebut Shah Jehan telah memenuhi parit yang mengelilingi istananya dengan kelopak dan air ros yang menerbitkan bau wangian yang luar biasa meliputi negerinya. Ketika bahang mentari yang panas membakar menyinari akan parit yang berisi air ros bersinar-sinar memancar dari parit itu yang mana panas matahari menyebabkan minyak terbit dari air ros tersebut. Minyak itu terapung di atas air dan minyak itu diambil. Adalah diceritakan orang-orang Indialah yang primier dalam mengektrak pati minyak bunga ros dan adalah tidak hairan dikatakan melalui fakta lisan miyak attar bunga ros dari India yang mula-mula diproses itu lebih baik dari attar Bulgaria yang mencecah nilai US450.00 per auns. Untuk mengektrak pati tulen attar miyak bunga ros memerlukan 60,000 paun kelopak bunga ros yang hasilnya hanya 1 kg sahaja.

Continue >>>