Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Menyiksa diri VS menzalimi diri


Landskap Rohani



Hendaklah manusia memanfaatkan segala kemudahan yang allah ciptakan pada seluruh alam, baik yang melata di bumi dan berterbangan di langit maya. Sesungguhnya allah mencipta dunia dan seisinya adalah untuk kemudahan manusia itu sendiri kerana sifat allah yang maha pengasih lagi maha penyayang tidak mengira usia, bangsa atau agama kamu. Adakah aku kamu dan kita melihat sekeliling alam lalu meninggalkan segala kemudahan yang dikurniakan hanya untuk mendapat pahala yang lebih… jangan sesekali menyiksa diri lantaran mencari kredhaan allah yang diilhamkan oleh nafsu yang fasik. Sungguh allah tidak redha ke atas hamba yang menyiksa diri untuk mendapat perhatian dari allah.


Sahabat iaitu Anas menceritakan suatu hari rasullullah saw melihat seorang yang dipapah oleh kedua orang anaknya untuk menunaikan haji dengan berjalan kaki… Apabila melihat keadaan itu baginda saw bertanya…



“mengapa dengan orang ini?”


Dua anak itu menjawab, “dia bernazar untuk menunaikan haji dengan berjalan kaki”


Rasulullah berkata, “sesungguhnya allah tidak memerlukan orang yang menyiksa dirinya”.


Ketika itu juga baginda memerintahkan kepada orang itu agar menaiki kenderaan untuk menunaikan haji. Dalam peristiwa lain, seorang salik menziarahi gurunya yang telah lama berpisah, salik itu berjalan kaki beberapa batu ke rumah gurunya dengan niat mendapat pahala yang lebih. Setibanya dia di rumah gurunya lantas bertanya, “kamu datang dengan apa” anak murid itu berkata, “saya hanya berjalan kaki”. Apabila tuan guru itu mendengar jawapan anak muridnya itu dia berkata, “sesungguhnya Allah telah menciptakan kuda, baghal dan keldai agar kamu mengenderainya”.


Kezaliman adalah meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya. Kezaliman ada dua martabat, yaitu menzalimi diri sendiri, dan menzalimi orang lain. Menzalimi diri sendiri ada dua bentuk yaitu syirik, dan perbuatan dosa atau maksiat. Menzalimi orang lain adalah menyia-siakan atau tidak menunaikan hak orang lain yang wajib ditunaikan. Apa yang membezakan menzalimi diri sendiri dengan menyiksa diri sendiri ialah terletak pada niat dan impak yang dikecapi. Menzalimi diri sendiri adalah pekerjaan sia-sia pada akhirat dan menguntungkan pada hawa nafsu(dunia) yang fasik, kerana setiap niat maksiat adalah memuaskan nafsu semata-mata. Manakala menyiksa diri sendiri merujuk kepada niat akhirat yang membuta tuli melakukan sesuatu di luar syariat dan batasan kemampuan landskap rohani. Sebagai contoh dari pengalaman aku sendiri yang melakukan pelbagai solat sunat dan solat qadho sehingga melebihi ratusan rakaat hanya untuk meraih kasih cinta allah dan pahalaNya hingga suatu tahap aku telah berputus asa kerana menjadi beban lalu hilanglah istaqamah pada ibadat. Sungguh bernasib malang bagiku dan menjadi bodoh kerana tidak melihat dengan mata hati akan kerakusan nafsu dari bisikan syaitan, kerana setiap ibadat yang dikerjakan hanya untuk mendapat pahala adalah syirik(tersembunyi)


Daripada Abu `Amru - atau digelar juga Abu `Amrah - Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata:


Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah. Hadis riwayat al-lmam Muslim.


“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: ‘Tuhan kami ialah Allah’ kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka (istiqomah), maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu.” (QS. Fusshilat/ 41 : 30).


Menzalimi diri sendiri merujuk pelbagai sebab yang kompleks dan kezaliman ini berlaku dari akibat kurangnya iman dan takwa kepada allah. Walaupun ilmu tauhid telah melekat pada landskap rohani namun ilmu itu disia-siakan lantaran menuruti kehendak nafsu amarah yang sering mengilhamkan kepada jalan-jalan yang tergelincir. Bentuk menzalimi diri sendiri ini terdiri dari pelbagai ragam maksiat dengan bentuk pecahan-pecahan yang berkait-kait sebagai contoh seorang yang tidak menjaga hawa percakapan yang mengumpat saudaranya kelak akan menabur fitnah lalu tercetus pertelingkahan lantas berlaku permusuhan sesama saudara hingga memustuskan silaturahim. Dapat dilihat corak menzalimi diri sendiri ini mampu mengubah corak dengan berpindah kepada menzalimi orang lain. Taubat dapat mencuci segalanya namun mencegah kefasikan itu lebih mulia disisi allah.


Dan Kami naungi kamu dengan awan, dan Kami turunkan kepadamu "manna" dan "salwa". Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu; dan tidaklah mereka menganiaya Kami; akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri…….Al Baqarah ayat 57

0 comments: