Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Pesta Perut Aidilfitri


Landskap Rohani





Hari ni dah genap aidilfitri raya yang ke 4. aduhai perut sesak sangat dengan makanan seolah membalas dendam akibat berpuasa. Hmmm memang kegembiraan melekakan aku hingga meleset sikit peratusan keimanan tidak seperti dalam bulan ramadhan segala ibadat dilakukan dengan tepat waktunya. Benarlah kata kekasih Muhammad s.a.w kurang makan maka kuranglah dosa. Rasanya selepas raya ke 7 agaknya nak berpuasalah puasa enam banyak berkatnya umpama berpuasa selama setahun. Nabi Muhammad saw. bersabda "Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh."




Demi menjaga nafsu dan hati saudara rakan taulan yang berkunjung kerumah terpaksa aku melewatkan sikit tarikh puasa enam pada tahun ini. Dalam beragama islam kita mesti bersederhana bukan menjadi fanatic hingga segala urusan terpaksa disekat itu tak boleh ini tak boleh maka janganlah aku kamu dan kita mengharamkan apa yang dihalalkan Allah, berdosa besar jadi bagaimana landskap rohani kita akan bertemu dengan Allah.




Kerana banyak makan landskap rohani akan menjadi kesat dan mudah berbuat maksiat oleh itu makanlah kekacang kerana kekacang itu mengeluarkan kekeringan. Hendaklah dimakan sedikit-sedikit kerana kalau banyak makan tidak baik untuk perut. Memakan kacang itu menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.



Apabila kita makan banyak dan berterusan dari akibat kunjungan kita kerumah-rumah terbuka saudara mara dan rakan taulan perut akan meragam akibat kecelaruan system penghadaman yang tak konsisten. Perut akan mula sebu dan kita akan mudah berpeluh, rasa tidak selesa dalam perut, rasa hendak muntah, berbunyi seperti ada angin dalam perut dan muntah-muntah. Ini adalah kerana diet yang tidak menentu serta terlalu banyak makan terutama makan sebelum makanan yang dimakan itu hadam dahulu. Apa nak buat ialah :







1 sudu the garam kasar



½ cawan air halia



½ cawan air limau



Campurkan bahan-bahan itu dan simpan dalam botol dan jemur selama 3-4 hari.



Dos: campur 1 sudu teh dengan ½ cawan air. Minum dua kali sehari selepas makan.











SABDA NABI MUHAMMAD S.A.W
Kekasih allah iaitu nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:

• Allah tidak menjadikan penyakit melainkan dijadikanNya juga ubatnya, kecuali mati. Firman Allah bahawa siapa yang hidup menurut petunjuk al quran akan lanjut usianya.

• Asal segala penyakit ialah sejuk. Oleh itu makanlah apabila anda kehendaki dan jangan makan apabila tidak perlu.



• Puasa adalah raja segala ubat kerana perut adalah rumah penyakit oleh itu jadikan berpuasa itu kelaziman.



• Pada pandangan Allah makanan yang baik itu adalah makanan yang di makan beramai-ramai.



• Makan seorang diri diwaktu pagi ialah makan bersama syaitan, makan dengan makan dengan seorang lain ialah makan bersama raja yang zalim, makan dengan dua orang lain ialah makan dengan para nabi.



• Biarkan makanan mu agak sejuk kerana makanan yang panas itu tidak berkat



• Apabila makan tanggalkan kasut mu kerana itu akan merehatkankakimu.



• Ada keberkatan dalam tiga pekara : dalam sarapan pagi dalam roti dan dalam sup.



• Kurang makan kurang dosa



• Jangan minum berdiri kecuali orang yang sakit sengal pada paha dan pangkal paha.

0 comments: