Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Puasa Mencerminkan Landskap Rohani


Setiap amalan anak Adam adalah untuknya

Kecuali puasa. Puasa itu dilakukan untuk Aku.

Aku akan beri ganjaran kepadanya

Sebanyak mana yang Aku sukai.

Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi.




Syarat-syarat puasa:


1. Niat dilafazkan dengan lidah atau terbit dari hati sahaja


2. Waktu berpuasa mulai sebelum terbit fajar yang kamu dapat membezakan antara dua benang hitam dan putih hingga terbenam fajar(maghrib)


3. Menegah diri zahir dan batin dari yang membatalkan puasa

4. Ditegah berpuasa bagi wanita yang mengandung didatangi haid, orang sakit tenat, orang tua yang uzur, gila tetapi wajib mengantikan puasanya.


5. Berbuka sewaktu maghrib dengan mendahului sunnah memakan tamar atau segelas air disusuli dengan makanan yang sederhana.



Puasa adalah kesabaran dan pengorbanan terhadap kehendak nafsu bagi mencuci landskap rohani. Erti puasa itu pada zahirnya menahan lapar dan dahaga tetapi pada dasarnya puasa itu berada dalam minda. Oleh itu ia tersembunyi daripada semua mata manusia hanya dilihat oleh Allah sahaja dan inilah perlakuan rahsia yang mana tidak mengingati dan memikirkan apa jua selain Allah swt.



Tujuan utama puasa itu dan kesan puasa itu terjadi dalam peringkat roh dan evolusi lanskap rohani, tetapi disamping itu ada pula kesan yang dicapai dari segi jasmaniah. Dari segi jasmaniah penyakit menghinggapi organ-organ dalaman dari akibat gangguan pencernaan dan penghadaman makanan pada satu atau lebih peringkat pencernaan. Bila berpuasa penghadaman dikurangkan dari akibat kurangnya makanan untuk di cerna maka ini dapat merehatkan badan dengan membuang sisa-sisa toksid dan dapat bertindak sebagai agen pembaikpulih oleh salah guna diet dalam jangka panjang. Buktinya tindakan pertama yang dirasai ialah peningkatan suhu badan dan terasa bagai ingin demam. Malangnya krisis penyembuhan ini dianggap media perubatan barat sebagai penyakit dan kebanyakan orang yang tidak memahami tidak dapat menahan diri dari kesakitan yang menyembuhkan lalu memakan ubat kimia yang malangnya menghapuskan serta merta proses penyembuhan oleh badan sendiri secara semulajadi.



Puasa ditentukan Allah buat hambaNya sebagai rahmatNya kepada umat manusia. Allah maha mengetahui teknik dan latihan yang terbaik untuk kesihatan manusia kerana Allah adalah pencipta program dan software manusia. Bukan saha menjaga kesihatan malah berpuasa memberi impak yang besar kepada landskap rohani. Puasa yang sebetulnya adalah menurut pusingan bulan, planet dan juga fenomen yang lain. Puasa adalah kemuncak cara hidup yang amat semulajadi untuk mengawal dan menghapus hawa nafsu yang bergelojak akibat cinta kepada hidup kebendaan dan kedunian yang menimbulkan banyak penyakit jasmani dan menjejaskan landskap rohani.



Berpuasa dapat menundukkan nafsu kerana nafsu manusia merupakan kekuatan dari dalam yang mengilhamkan kefasikan. Nafsu itu sifatnya sombong hanya mementingkan diri sendiri dan hanya mencari kesenangan sahaja dan nafsu itu tidak pernah berhenti kerja kefasikannya walau seminit jua untuk memperdaya manusia. Dengan berpuasa dapat memtenteramkan landskap rohani dengan mengungkapkan kepada orang-orang yang berpuasa lagi beriman agar takut kepada Allah. Namun hanya orang-orang yang takut kepada Allah sahaja yang dapat membersihkan landskap rohaninya.

 
dan nafsu serta penyempurnaanya, maka Allah mengilhamkan kepada nafsu itu kefasikan dan ketakwaannya. sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan nafsu itu".....asy-syams : 7-9....



0 comments: