Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Surah Pembukaan


Landskap Rohani



Setan meraung menangis sambil mengoyak-ngoyak rambutnya mengenai 4 kejadian iaitu


Apabila ia dilaknati….. apabila ia dihumban dihalau dari syurga….. tatkala Muhammad saw diangkat menjadi rasul……... ketika surah al fatihah diturunkan.


Kenapa ya surah al fatihah ini besar rahsianya . Kenapa amat sukar untuk menelaah rahsianya. Itulah sukarnya aku meneliti akan rahsia al fatihah ini dek kerana iman yang goyah dan mata hati yang terhijab… mata zahir juga pun terhijab yang mana anjing itu lebih mulia dari aku walaupun ia haram kerana Allah mengurniakan sepasang mata untuknya melihat keghaiban alam jin lalu anjing itu melolong…. Ayam itu lebih tinggi martabatnya dari aku kerana aku tak nampak malaikat turun dari langit sedangkan ayam awal-awal malam gelap pekat telah berkokok melihat makhluk allah yang suci.


Mana tempat aku wahai kawan mana tempat kamu wahai sahabat. Adakah aku memerlukan tempat? Ya aku memerlukn tempat selagi aku memakai jasad sebagai kenderaan bagi diri landskap rohani. Lalat yang menghinggapi sampah itu lebih kemuliannya dari aku kerana lalat boleh terbang…. Tetapi itu semua tak penting yang terbaik adalah landskap rohani yang bertakwa kepada allah menggunakan pancaran akal kerohanian untuk menghisab diri ke jalan yang lurus lagi diredhai…


6. Tunjukilah[8] Kami jalan yang lurus,


7. (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.[9]


[8] Ihdina (tunjukilah kami), dari kata hidayaat: memberi petunjuk ke suatu jalan yang benar. yang dimaksud dengan ayat ini bukan sekedar memberi hidayah saja, tetapi juga memberi taufik.


[9] Yang dimaksud dengan mereka yang dimurkai dan mereka yang sesat ialah semua golongan yang menyimpang dari ajaran Islam.


Buat ketika ini aku belum lagi dapat mencari rahsia al fatihah secara detail kerana rahsia yang allah turunkan buat landskap rohani seseorang adalah berbeza-beza kerana rahmat yang hujani ke atas hambanya mengikut nisbah ketakwaan dan keimanan seseorang bukan kerana nilai ibadah yang dikerjakan walau beratus rakaat solat sehari sekalipun. Walaupun umat manusia qhadak dan qhadarnya telah ditentutukan dan telah tertulis di papan Lauh Mahfuz janganlah aku kamu dan kita berputus asa dan bersangka buruk terhadap allah yang dirindui. Sesungguhnya allah maha pengasih dan penyanyang diturunkan al fatihah menjadi ubat penawar dan penyembuh kesakitan landskap rohani dan segala penyakit zahir.


Nabi Muhammad saw bersabda:


….dalam surah al fatihah ada ubat yang dapat menyembuhkan segala penyakit…..

Dengan membaca surah al fatihah berulang-ulang kali secara istiqomah adalah ubat yang paling mujarab untuk keperluan seseorang sambil mensedekahkan bacaan itu buat jasad dan roh ibu bapa kita walaupun mereka masih hidup. Kerana setiap kelahiran bayi-bayi kecil di dunia sebenarnya adalah menuju kematian bagi jasad maka jadikanlah al fatihah ini sebagai amalan yang menjadi penyembuh zahir dan batin dengan membaca sebanyak 41kali selama 40 hari berturut-turut antara solat sunat dan solat fardhu. Dalam bacaan ini ayat pertama dan kedua disambung jangan di wakafkan lalu ayat selebihnya di baca seperti kelaziman. Sesungguhnya rahmat allah itu tidak terbatas sekiranya ditimpa musibah kesakitan hendaklah memohon kepada allah dan hendaklah membaca al fatihah dan ditiup pada air dan dibuat minum…..



0 comments: