Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Aku ini bukan milik ku



Bagaimana aku berdiam diri kenapa aku berkehendak adakah aku berkuasa segalanya bukan milik ku. Segala pemilikan bukan lagi milik sesiapa pun. Aku menafikan wujud diri ini tetapi masih ternampak pada zahirnya afaal ku… sungguh aku jahil meniti titian siratul mustaqim. Wahai diri mengapa engkau wujud pada alam ini tidak bolehkah engkau berhenti seketika dari kewujudan ini. Wahai diri sesungguhnya aku bukan milik ku lagi. Sekian lama engkau memperdaya dalam kurungan jasad ini dan sesungguhnya engkau maha rakus menodai hakikat ku. Ku cuba menitip hari-hari yang berlalu dengan melupakan mu namun belum lagi laduni memanggil ilham…


Aku bukan milik ku selamanya, tetapi akulah penanggung rahsia sehingga sang gunung melepas diri dari penanggungan rahsia. Besar sangatkah rahsia ini aduhh sungguh tak berdaya aku menanggungnya. Wahai diri aku cuba melindungi mu dengan pakaian takwa namun engkau mengoyaknya saban hari… wahai aku gantungkan semua keperluan kepada Dia, letakkan segala amalan di belakang kerana engkau diri adalah muflis yang teramat uzur dari telepas dari kelalaian dan kecuaian.... wahai diri bertenanglah walau sekejap cuma biarkanlah syariat menyemarakkan warna cinta lagukanlah ASMA`dalam batin  kerana sesungguhnya aku adalah fakir, si fakir di bumi nusantara… Ahh wahai jiwa celaka engkau, tolonglah aku



Continue >>>

google-site-verification: google6a9cbf1c57ce39e5.html
Continue >>>

Faedah dan khasiat solat dari segi fizik




LANDSKAP ROHANI

BERTAKBIR

posisi : niat
period : 5 saat
bacaan : Allahu Akhbar
Badan rasa senang menanggung berat badan kerana beratnya terletak sama rata antara dua kaki. Belakang lurus membuatkan badan itu tidak bongkok. Fikiran dapat dikonsentrasikan. Pandangan mata terfokus ke tempat sujud. Otot-otot atas dan bawah belakang terasa senang dan relaks. Pusat otak yang atas dan bawah bersatu dan ini merupakan kesatuan tujuan.


BERDIRI BETUL
posisi : qiyam
period : 40 -60 saat (atau lebih)bacaan surah-surah al quran terutama al fatihah
menimbulkan kawalan dan kosentrasi dengan merehatkan kaki dan bahagian belakang hingga menimbulkjan rasa rendah diri, kusyuk, tawadduk. Semua bacaan dalam bahasa alquran iaitu bahasa arab dalam keadaan yang terkawal dan sempurna ke seluruh badan dengan meyelerakkan 99 asma allah. Setiap bunyi ayat al quran menekankan tajwid yang mana terdapat getaran vocal panjanh a-i-u yang merangsangkan hati, kelenjar thyroid kelenjar pineal, pituitary, adrenal, dan paru-paru, membersih dan mempertingkatkan semua organ itu.


RUKUK
posisi : 90 darjah kecondongan
period : 12 saat atau lebih

bacaan : tasbih
Merenggangkan sepenuhnya otot-otot bahagian belakang terutama bahagian pinggang , paha , betis,. Darah dipam kebahagian atas. Melembutkan otot-otot perut dan buah pinggang. Lama kelamaan gaya ini mempertingkatkan lagi peribadi dengan menimbulkan kebaikan hati dan mengharmonikan batin.


BERDIRI TEGAK
posisi : iktidal
period : 6saat
bacaan : tahmid
darah yang baru bergerak masuk ke dalam semasa gaya yang dahulu kembali ke keadaan asalnya dengan membawa bahan tidak berguna. Badan mendapatkan semula kerehatan dan melepaskan ketegangan.


SUJUD
posisi : menundukan dahi
period : 12 saat
bacaan : tasbih
lutut berbentuk sudut tepat. Membangunkan otot perut dan menggelakkan perut menjadi buncit. Menambahkan aliran darah ke bahagian atas badan, khuisusnya kepala termasuklah telinga, mata dan hidung juga paru-paru, mental toxin dibersihkan oleh darah. Menyesuaikan dan mewajarkan kedudukan janin bagi wanita yang hamil. Mengurangkan tekanan darah tinggi, menambahkan elasticity sendi-sendi. Membersihkan pernafasan, peredaran darah dan nafas serta system urat saraf. Memberikan keringanan Memberikan keringanan pada badan dan kebahagiaan emosi. Pengoksidenan ke seluruh badan disempurnakan dan mengimbangi system urat saraf. Menghapuskan egoisme dan keangkuhan. Meningkatkan kesabaran dan tawakkal kepada allah. meninggikan maqam ruh dan menimbulkan tenaga landskap rohani yang tinggi keseluruhan badan. Kedudukan sujud ini adalah pati ibadat solat.


DUDUK
Posisi : duduk antara dua sujud /tahyat akhir
Period : 6 saat atau lebih
Bacan : tasbih, tahmid
Membantu mengeluarkan toxid dari hati hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar. Badan mendapat kerehatan yang selesa dan gerakan iniu membantu penghadaman dengan meneka kandungan di dalam peruk bawa ke bawah.

hikmah

Seorang doktor Neurologi dari Amerika Syarikat telah melakukan kajiannya tentang urat saraf (neurologi) telah menemui keajaiban yang tidak dapat diterima akal fikiran.Dalam kajian tersebut,beliau telah mendapati bahawa terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah.Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.Setelah membuat kajian yang memakan masa,akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan solat.Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja.Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat saraf tersebut mengikut kadar solat waktu yang diwajibkan oleh Islam.Begitulah keagungan ciptaan Allah.




Continue >>>

Tukang Gunting jutawan


LANDSKAP ROHANI




Continue >>>

apa yang ku tahu



LANDSKAP ROHANI




Wujudku tenggelam dalam wujudNya....Fana dan baqa dalam adaNya..... Oh alangkah hebat wujudNya.... Maha dekat di samping maha jauhNya.... Maha hampir tidak terkira..... Maha jauh namun hampir jua.... Diam ku diam Dia.... Hidupku pancaran hidupNya....... Klau Dia matahari akulah cahayaNya..... Kalau Dia lautan akulah garamNya...... Kalau Dia manis akulah gulaNya...... Aku seorang berdua denganNya....... Tapi aku berpadu denganNya..................... "barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka seolah-olahnya dia jatuh dari atas langit, lalu dia disambar oleh burung, atau dibawa angin ke tempat yang jauh'....AL-HAJJ:31......


Hampir setiap insan mempunyai kriteria sendiri tentang yang benar dan yang salah sebagai alat yang memandu mereka menempuh jalan keridhaan atau kehancuran. Kawan-kawan yang berlumba-lumba memakmurkan landskap rohani dengan ketamakan dunia yang melampaui batas mempunyai pandangan yang remeh mengenai akhirat lantas sepanjang hidup mereka telah hanya berusaha dengan tamak pada mencari kekayaan, kemuliaan, kekuatan, kemasyhuran, pangkat dan harta sunguh-sungguh telah mengecop di hati mereka dengan pelbagai keinginan hawa nafsu yang mengilhamkan kefasikan


Bukan aku memusuhi kekayaan dan harta malah ianya penting sekadar yang perlu selagi aku hidup terpenjara di dalam dunia ini. Bukan aku membenci pangkat dan kemulian cuma ianya bukan hak aku. Sesungguhnya aku mengharamkan pakaian kemulian bagi diri ini kerana hanya allah sahaja yang berhak dimuliakan. Dialah yang memiliki kekuatan dan kemulian Dialah yang memiliki kekayaan dan dialah yang mengurniakan kekayaan dan kemulian kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Oleh yang demikian kawan-kawan yang menggunakan asbab lain untuk memperolehi kekuatan, kemulian dan kekayaan selain dari berdoa kepada allah sesungguhnya telah menyekutukanNya.


Apa yang aku tahu? Apa yang aku mengetahui mengenai nafsu itu terdapat dua bahagian iaitu nafsu yang tercela dan nafsu yang dididik dengan sempurna rahmat dari allah. Sesungguhnya bersenanglah landskap rohani dengan nafsu yang terdidik kerana kelak akan menempatkan diri di sisi allah. Dari semenjak aku, kamu dan kita lahir adakah kita sentiasa memandang ke dalam iaitu berusaha memajukan roh. Setiap kelahiran manusia akan terlahir dalam maqam nafsu dan inilah maqam yang pertama hidup di alam duniawi iaitu nafsu yang tercela yang memenuhi tuntutan jasmaniah semata-mata. Kehidupan pertumbuhan yang hanya melempiaskan nafsu kehaiwanan yang mementingkan makan, minum dan segala jenis rangsangan syhawat(keinginan)…. Dalam maqam nafsu ini daya pertimbangan akal dan pemikiran logik belum maju dan kelak segala momentum ini akan hadir kemudian dengan iradath allah, oleh yang demikian sebagai hamba allah aku wajib meminta segala ilmu ilham itu dengan beberapa formula iaitu


TAUBAT + DOA + SUJUD + ZIKIR + MUJAHADAH = ANUGERAH ILHAM



Al quran ada menerangkan cara-cara bagaimana memajukan dan mempertingkatkan maqam landskap rohani. Cara hidup yang dikemukakan oleh al quran disebut sebagai As Sirat al Mustaqim. Maka elok kita beramai-ramai meneliti kembali al quran yang sudah berdebu ditinggalkan melihat kembali cahayanya agar hati kita terisi dengan ilham yang akan menganjakkan maqam landskap rohani(maqam nafs) kepada maqam al wisal (maqam kesatuan dengan Allah) maqam tertinggi ( jangan disalah tafsirkan dengan ungkapan bersatu kelak akan terjerumus kedalam syirik-berhati-hati kawan)


Banyak tua bangka tak sedar diri berkeadaan rohnya masih di maqam an nafs(maqam tercela). Mereka tidak merasa puas dan tidak pernah kenyang melempiaskan tuntutan hawa nafsu sahaja. Jika terlalu lamalah manusia berkeadaan begini akan menimbulkan banyak penyakit emosi dan fizikal yang kronik iaitu ketakutan, keresahan batin, syak wasangka, berputus asa, penting diri, nyayuk, menangis tanpa sebab,Parkinson,panyakit jantina, bunuh diri segalanya tertakluk kepada gangguan psychology.


Penyakit fizikal yang bersangkutan dengan maqam an nafs kadang-kadang berlaku serentak dengan penyakit emosi dan psychology. Tetapi bagi badan akibat terlalu lama dalam peringkat an nafs(nafsu tercela) boleh menimbulkan gangguan seperti penyalahgunaan dadah, ketagihan alcohol, jenayah, obesity, penyakit mata, jantung, kanser, demam kuning dan penyakit kelamin.


Cara untuk melepaskan diri dari maqam an nafs dan maju ke peringkat yang lebih atas adalah dengan formula;

TAUBAT + DOA + SUJUD + ZIKIR + MUJAHADAH = ANUGERAH ILHAM



Iaitu mendisplin dan melatih diri dan nafsu dengan menerapkan sifat-sifat yang mulia seperti akhlak rasulullah saw. Jika tak mampu hiduplah dengan mengawal keinginan nafsu walau keinginan itu sekecil sebutir batu. Sebagai contoh jika berkeinginan nak makan spaghetti cabonara maka cepat-cepat padamkan keinginan itu dari melekat di hati kerana keinginan yang kecil itu akan melekakan kamu dari allah, kerana kamu akan disusahkan oleh keinginan nafsu itu pada mencari bahan-bahan untuk memasak dan itu telah membuang masa dan masa itu amat berharga bagaikan mutiara kerana masa yang terbuang itu adalah lebih utama digunakan untuk beribadah kepada allah. Seandainya tak perlu masak pergi sahaja membeli kat pizza hut sesungguhnya kamu telah pun menjerumuskan kecemaran pada hatimu yang mana kamu memakan speghetti cabonara yang tidak diketahui punca halal, haram dan ataupun syubahat walaupun telah mendapat pengesahan Jabatan Agama Islam. Bahaya lain yang hinggap ialah maksiat pada mata apabila berkeliaran ketempat awam dan kelak akan mengeluarkan terbit hati pada mencela ciptaan allah yang tidak gemar dipandang maka bertapuk-tapuklah dosa-dosa kecil dari akibat kejahatan keinginan nafsu memakan speghetti cabonara itu…….. fakir-fikirlah wahai kawan….. jangan terpinga-pinga lagi kawanku kerana sesungguhnya kita lahir dan hidup di dunia ini adalah beramai-ramai menuju kematian dan jagan biar landskap rohani mu terpenjara di penjara sijjin.



Continue >>>

kekasih allah segalanya engkau ajari



Terdapat satu hadis sekiranya seekor lalat masuk dalam minuman yang teringin sangat kita meminumnya hendaklah kamu membenamkan lalat itu ke dalam air minuman itu seluruh badannya sebelum kamu membuangkannya..... eh eh ehh macam pelik aja bunyinya tidakkah akan memudaratkan kesihatan kita kerana lalat adalah vektor utama pembawa penyakit menular seperti taun dan lain-lain penyakit yang mudah merebak. Arrrgh ngerilah.... tetapi kenapa kita hilang rasa syak wasangka apabila Dr. Muhammad M.el-Samahy (pengarah jabatan hadis Universiti Al- Azhar) menyebut bahawa ahli mikrobiologi menjumpai sel-sel berbentuk bujur yang hidup sebagai parasit dalam perut lalat yang nmenganjur melalui saluran penafasan(muncung lalat) lalat itu. Apabila lalat jahat itu ditenggelamkan sepenuhnya ke dalam cecair akan menyebabkan sel itu pecah dari akibat tekanan osmotik dan isi kandungan sel yang pecah itu akan menghasilkan antidot yang dapat menjadi penawar bagi patogen bawaan yang ada pada badan lalat tersebut..... hmmmm nampak jelaskan apa yang diamalkan oleh Nabi s.a.w 1400 tahun dahulu adalah memang tepat dan benar belaka. Yang tidak berilmu itu ialah aku.
Penyakit tidur
Dari Wikipedia Indonesia, ensiklopedia bebas berbahasa Indonesia.
Penyakit tidur atau African trypanosomiasis adalah penyakit yang disebabkan oleh protozoa genus Trypanosoma dan ditularkan oleh lalat tsetse. Penyakit ini mewabah di berbagai negara Afrika, dan saat ini diperkirakan antara 50.000 sampai 70.000 menderita penyakit ini.Gejala awal adalah demam, sakit kepala, dan sakit di sendi, pembengkakan kelenjar limfa, anemia, dan penyakit ginjal. Penderita kemudian mengalami perubahan siklus tidur di mana mereka merasa ngantuk di siang hari dan tidak dapat tidur di malam hari. Bila tidak dirawat, penyakit ini dapat menyebabkan kerusakan sistem syaraf, koma, dan kematian. Selain gigitan lalat tsetse, penyakit ini dapat ditularkan dari ibu ke anak atau lewat transfusi darah.

Mak kata jangan makan garam banyak nanti kena darah tinggi..... hmm ikut ajalah sebab Mak kata macam tu. Lagipun apabila mak tak redho atas pekerjaan kita maka allah juga tidak akan redho atas kita jadi kesimpulannya jangan sesekali mengguris hati ibu. Tapi bab makan garam tidak pulak mengguriskan hati ibunda ianya sekadar petua orang-orang lama tetapi kekasih Allah bagi nasihat supaya memakan sedikit garam sebelum makan. Ini nampaknya berlawanan dengan pendapat orang-orang lama dan perubatan barat yang menyatakan memakan garam yang berlebihan itu membahayakan kesihatan tubuh badan. Tetapi nasihat Nabi saw itu ada benarnya dan baginda memang bijak dan tepat kerana garam mengandungi dua kimia iaitu sodium dan klorida. Sebenarnya dengan ilmu metabolisme jasmani di zaman canggih ini telah mengesahkan bahawa klorida yang terdapat pada garam boleh digunakan oleh badan untuk membuat asid hidroklirik iaitu asid yang bertindak sebagai agen penghadaman. Oleh yang demikian nasihat baginda saw dengan memakan sedikit(secubit kecik) garam sebelum makan dapat mencukupkan asid hiroklorik dalam perut sebelum makanan(stok) yang baru masuk ke dalam perut. Kesan sampingan akibat pengambilan garam yang berlebihan dari julat pemakanan adalah kerana paras sodium meningkat(bukan paras klorida). Bahkan orang yang tiada pengambilan garam dalam rantaian makanan seharian mungkin mendapat penyakit kekurangan asid hidroklorik dalam badannnya.
Garam
Garam itu memiliki kandungan sodium dan klorida.   
 Klorida   tidak terlalu penting bagi tubuh kita, sedangkan sodium memiliki fungsi untuk membuat otot dan saraf bekerja dengan baik. Meskipun kita memerlukan sodium, tetapi tidak boleh terlalu banyak.
 Untuk anak umur 9 hingga 13 tahun seperti kita memerlukan  1.500 hingga 2.200 miligram sodium tiap harinya. Jika terlalu banyak, maka akan menimbulkan penyakit serius pada tubuh kita.
Risikonya pasti ada kerana pengambilan garam yang tinggi boleh meningkatkan tekanan darah
 sekali gus meningkatkan risiko terkena serangan angin ahmar dan penyakit jantung. 
 Kadar garam yang tinggi dalam tubuh juga dikaitkan dengan masalah kesihatan lain
seperti osteoporosis, barah perut, asma dan batu karang.

Hadis bukanlah ketinggalan zaman dan bukan tidak benar tetapi sebenarnya sains belum mencapai tahap millenia  dan belum menjumpai ketepatan dan kebenaran hadis-hadis Nabi Muhammad saw. Segala ujikaji sains sentiasa berubah-ubah dan kadang-kadang sengaja pula dipalsukan mengikut hawa nafsu. Bagi aku cukuplah dengan firman Allah dan sabda Nabi Muhammad saw itu diyakini dengan teguh lalu diamalkan dengan ikhlas kerana ilmu manusia sebenarnya tidak dapat menyangkal atau mengubah ilmu Allah swt.
Continue >>>

biarkan mereka berbuat dosa sesuka hatinya.



Mengapa tidak mahu bertaubat, mengapa tidak merasa menyesal dan mengapa tidak mahu memperbaiki kesalahan? Inilah penagguhan yang merugikan sehingga setiap orang akan di balas dengan apa yang diperbuat bahkan azab siksa makin berat di akhirat kelak. Tetapi mengapa allah tidak menyiksa orang-orang kafir atau orang-orang jahat dengan segera. Banyak orang jahat melata di bumi allah adalah atas kehendak allah tanpa izinNya tak akan bergerak suatu zarah pun melainkan dengan iradath-Nya. Ya Allah suatu ketika dahulu sungguh aku sakit hati melihat kekejaman orang-orang kafir yang menzalimi umat islam telah melata kekejaman mereka walau ke pelusuk dunia yang terpencil sekalipun keengkaran mereka tidak dapat dibendung melainkan Engkau menganugerahi hidayah dan taufik buat landskap rohani mereka. Jika aku pandang dari segi hakikat kekejaman orang-orang kafir dan orang-orang engkar adalah sebagai bahan penguji keunggulan iman buat hamba allah terutama orang-orang islam yang mukmin dan mukminat. Jadi janganlah berasa tertekan akibat perbuatan mereka yang jahat malah berterima kasihlah kepada allah yang maha esa kerana hanya dengan jalan pengujian ini akan meningkatkan maqam kesabaran, kesyukuran dan iman kita. Tetapi jika kamu memandang kekejaman manusia yang kufur itu melalui pandangan keduniaan pasti kamu dilanda keluh kesah dan berputus asa dari rahmat allah kerana pasti nafsu mu mendorong hati supaya melakukan perbuatan fasik yang sama seperti orang yang berlaku kejam dan jahat.


Mengapa allah tidak segera menyiksa orang kafir? Adakah kerana itu kehendak allah menguji iman hamba-hambaNya. Adakah aku, kamu dan kita memang bernasib malang dan celaka?.... segalanya rujuklah kembali akan sifat allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani, sesungguhnya Allah Maha Adil yang mengetuai hari kemudian. Segala umat manusia adalah hamba allah sama ada islam ataupun kafir. Ingatlah hanya hamba yang dikasihi sahaja akan dianugerahi nikmat dan hamba yang engkar dikurniakan azab.Sesungguhnya Allah Maha Adil atas setiap hambanya oleh itu tidak segera dibalas atas perbuatan buruk yang manusia lakukan, tetapi siksa tersebut ditangguhkan hingga waktu tertentu. Inilah penangguhan yang Allah berikan adalah untuk menguji manusia.

dan Tuhanmulah yang Maha Pengampun, lagi mempunyai rahmat. jika Dia mengazab mereka karena perbuatan mereka, tentu Dia akan menyegerakan azab bagi mereka. tetapi bagi mereka ada waktu yang tertentu (untuk mendapat azab) yang mereka sekali-kali tidak akan menemukan tempat berlindung dari padanya.
Al – Kahfi ayat ke 58

dan kalau Sekiranya Allah menyiksa manusia disebabkan usahanya, niscaya Dia tidak akan meninggalkan di atas permukaan bumi suatu mahluk yang melatapun akan tetapi Allah menangguhkan (penyiksaan) mereka, sampai waktu yang tertentu; Maka apabila datang ajal mereka, Maka Sesungguhnya Allah adalah Maha melihat (keadaan) hamba-hamba-Nya.
Al – Fathir ayat ke 45

Allah memberitakan buat aku, kamu dan kita bahawa setiap manusia pasti akan memperolehi balasan, ketika waktu yang ditetapkan tiba, maka masa itu tidak dapat ditunda atau dikembalikan. Bagi iman yang teguh kemenangan di hari kemudian pasti menunggu ganjaran yang tidak pernah terlintas di benak fikiran dan buat orang-orang kafir dan engkar yang berbuat aniaya dan menzalimi sesungguhnya tertutup segala pintu hikmah dan mereka tidak dapat melihat dengan mata landskap rohani bahawa apa yang mereka lakukan akan mendatangkan azab siksaan yang maha pedih tak terperi. Hal ini menyebabkan orang yang engkar dan kafir bertambah anggkuh menyebabkan mereka bertambah kufur malah terjauh dari bertaubat apatah agi menyesal akan kesalahan mereka langsung tidak akan memperbaiki segala kesilapan.

dan janganlah sekali-kali orang-orang kafir menyangka, bahwa pemberian tangguh Kami kepada mereka[253] adalah lebih baik bagi mereka. Sesungguhnya Kami memberi tangguh kepada mereka hanyalah supaya bertambah-tambah dosa mereka; dan bagi mereka azab yang menghinakan… Ali Imran ayat ke 128………………….[253] Yakni: dengan memperpanjang umur mereka dan membiarkan mereka berbuat dosa sesuka hatinya.


dan Sekiranya tidak ada suatu ketetapan dari Allah yang telah terdahulu atau tidak ada ajal yang telah ditentukan, pasti (azab itu) menimpa mereka……
Thaha ayat ke 129


dan aku memberi tangguh kepada mereka. Sesungguhnya rencana-Ku Amat teguh….
Al A`raf ayat ke 183



Continue >>>

"Ya Allah! Aku Malu Kerana Tidak Menyembah Mu Sebagaimana Sepatutnya"



Solat pada pendapat aku memberi erti bersatu dengan seluruh kemanusiaan dan bersatu dengan Allah swt dan solat adalah langkah awal dan langkah terakhir bagi orang-orang yang mencari kebenaran. Solat adalah asas yang diatasnya terdiri amalan-amalan kerohanian yang lebih halus dan murni. Bagi sesiapa yang ingin menikmati kesihatan yang tinggi martabatnya, ingin mengharmonikan kehidupan fizikal, mental dan landskap rohani, maka sedarlah oleh mu “CEPATLAH KERJAKAN SOLAT SEBELUM MASA BERANGKAT TIBA”…. Kerana sejak 1430 tahun dahulu kaedah solat itu tidak pernah berubah dan tidak akab berubah sama sekali.



Solat bukan amalan ritual kerohanian semata-mata kerana allah yang menciptakan manusia jadi Dia maha mengetahui bagaimana senaman yang sesuai bagi organ dalaman manusia. Oleh itu solat menjadi amalan zahir dan batin dan ianya adalah induk latihan jasmani dan makanan buat landskap rohani yang paling tinggi martabatnya. Latihan ritual jasmani Asana dan Yoga adalah tidak sama sekali dengan solat kerana solat itu sendiri ditentukan waktunya menurut peredaran matahari dan planet. Jika kita mengikuti waktu-waktu sembahyang dengan tepat kita sebenarnya dihadapkan dengan sempurna iaitu dengan menghadapkan ke pergerakan planet-planet, pertukaran musim dan perbezaan geografi. Dengan berbuat demikian seseorang itu bersesuaian dan berharmoni dengan semua putaran tabi’I alam raya ini.



“orang yang tidak bersolat tidak ada harapan untuk terus maju(menuju kepada allah) kerana setiap gaya dan posisi badan dalam mengerjakan solat itu ada maksud yang menkjubkan dan ada kesan yang tertentu. Solat perlu dikerjakan sebelum mempelajari rahasia-rahasia ketuhanan. Jika dia tidak maju dalam solat ini, maka tiadalah harapan untuk masa depannya”…….. Inayat Khan………



Dalam bersolat amat banyak gangguan berlaku ke atas landskap rohani dan sangat sukar untuk menghapuskan akar umbi gangguan mental. Cara yang paling baik ialah memberi penumpuan total pada makna yang kita baca itu dan jangan hanya asyik sibuk membetulkan makhraj huruf bacaan sahaja kerana inti itu lebih baik dari kulit. Jika boleh pertingkatkan mutu bacaan dan penghayatan makna itu lebih afdal. Jika masih menerawang fikiran yang fasik itu paksakan kembali ia bertenang dan kembali menghayati makna bacaan moga ada rahmat yang menyeliputi seluruh penghayatan kita. Pada permulaan langkah bersolat wajiblah menghadirkan perasaan rendah hati(diri-tawadduk) dan dengan kesedaran bahawa dia betul-betul bergantung hanya kepada allah sepenuhnya(tawakkal). Buangkanlah jauh-jauh segala khayalan cinta dunia dan hancurkan segala fikiran yang menumpu selain daripa Allah(ghairullah) tatkala kita memohon dan merayu kepadaNya. Semasa bersolat itu anggaplah diri berada di alam akhirat iaitu padang mashyar yang penuh sesak porak peranda dan kita cuba mencari ruang untuk menghadapkan wajah kepada Allah. Lantas kita diseret ke titian siratul mustaqim sehingga menggeletar seluruh anggota…..


“Apabila kamu hendak mengingatiKu, ingatlah Aku sehingga menggeletar anggotamu,dan berpegang eratlah kepada Ku, dan rela kepada ku. Apabila kamu berdiri dihadapan Ku berdirilah seperti hamba yang paling hina dan berkatalah kepada Ku dengan lidah yang benar.





Continue >>>