Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Aku ini bukan milik ku



Bagaimana aku berdiam diri kenapa aku berkehendak adakah aku berkuasa segalanya bukan milik ku. Segala pemilikan bukan lagi milik sesiapa pun. Aku menafikan wujud diri ini tetapi masih ternampak pada zahirnya afaal ku… sungguh aku jahil meniti titian siratul mustaqim. Wahai diri mengapa engkau wujud pada alam ini tidak bolehkah engkau berhenti seketika dari kewujudan ini. Wahai diri sesungguhnya aku bukan milik ku lagi. Sekian lama engkau memperdaya dalam kurungan jasad ini dan sesungguhnya engkau maha rakus menodai hakikat ku. Ku cuba menitip hari-hari yang berlalu dengan melupakan mu namun belum lagi laduni memanggil ilham…


Aku bukan milik ku selamanya, tetapi akulah penanggung rahsia sehingga sang gunung melepas diri dari penanggungan rahsia. Besar sangatkah rahsia ini aduhh sungguh tak berdaya aku menanggungnya. Wahai diri aku cuba melindungi mu dengan pakaian takwa namun engkau mengoyaknya saban hari… wahai aku gantungkan semua keperluan kepada Dia, letakkan segala amalan di belakang kerana engkau diri adalah muflis yang teramat uzur dari telepas dari kelalaian dan kecuaian.... wahai diri bertenanglah walau sekejap cuma biarkanlah syariat menyemarakkan warna cinta lagukanlah ASMA`dalam batin  kerana sesungguhnya aku adalah fakir, si fakir di bumi nusantara… Ahh wahai jiwa celaka engkau, tolonglah aku



2 comments:

cah ndueso on October 31, 2009 at 1:33 PM said...

TUBUH INI HANYALAH TITIPAN BELAKA

zakir lazarus on December 4, 2009 at 11:33 AM said...

titipan.....titipan..... titipan yang menanggung rahsia.... alam semesta juga dijadikan mengukuti teknologi jasad yang terdiri daripa pelbagai fisiologi urat, saraf, rerambut, tulang belulang segala kandungannya adalah rahsia tercipta