Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Hilangkan diri





LANDSKAP ROHANI

Sedetik seketika cuba rasailah suatu perasaan yang sesungguhnya bahawa diri aku , kamu dan kita ini tidak mempunyai apa-apa langsung dalam daerah alam ini. Dengan mengandaikan diri itu tidak mempunyai apa-apa sifat pun seperti tidak aku berkuasa, tidak aku berkehendak, tidak aku mendengar, tidak aku melihat, tidak aku berkata—kata dan tidak ….tidak….. tidak…… ketika ini apa yang kamu nampak dan lihat hanya fanaaa! Rasailah seluruh anggota zahir itu bergetar tanpa sedar hingga mengalir airmata betapa hancurnya diri itu dimamah keagungan Allah. Mana tempatnya keegoaan itu, mana kedudukan kesombongan itu mana hilangnya aku itu, aku ini, aku, aku, aku. Ketika ini tiada hina, tiada dhoif tiada lemah kerana sesungguhnya penafian diri itu telah terbit menggantikan AKU(hu). Ke-AKU-an itu telahpun hanyut di lautan kalimah syahadath untuk melemaskan diri di dasar makrifath… mencari mutiara yang terpendam.

Yang hakiki itu adalah hakikat keesaan allah bila sahaja telah hilang ke-AKU-an itu lafazkanlah dua kalimah syahadath itu secara sekali lafaz iaitu tidak diwakafkan di mana-mana bahagian kalimah. Ironinya dua kalimah syahadath itu hendaklah di baca di dalam satu nafas kerana jika diwakafkan kalimah yang dua ini maka bermakna kita telah menafikan pada HAKIKATnya dengan memisahkan diri rohani kita dengan diri kita yang jasmani. Sesungguhnya ketahuilah diri kita yang zahir ini tidak boleh dipisahkan dengan diri batin kita. Sebab itulah kalimah syahadath itu harus dilafazkan terus habis tanpa diwakafkan di dalam satu nafas sahaja. Yang pastinya asbabkanlah hidup aku, ilmu aku, pandangan aku, penglihatan aku, kuasa, aku, kata-kata aku, semuanya itu adalah hak Allah semata-mata dan bukan sekali hak aku dan sesungguhnya pegangan ini adalah determinasi pengertian HAKIKAT.

Jika manusia itu terputus hubungan dengan tuhannya atau memutuskan diri zahir dengan diri batin manusia itu akan hilang akal, hilang perasaannya, hilang pertimbangannya, hilang fikiran baiknya yang akan menyebabkan benih-benih iman pada dirinya menjadi gersang, tandus dan akhirnya mati berangan. Manusia itu yang iman telah mati akan menjadi sesat larat dan terlupa amanah dengan Allah. Jika terbiar landskap rohani itu akan terus kekal kegersangan kontang di panah kesiksaan batin menyebabkan jiwanya, matanya, pendengarannya di bungkam oleh hijab-hijab yang tebal dan terputuslah hubungan dirinya dengan Empunya diri. Tiada yang wujud hanya Zatnya semata-mata, maka setiap sesuatu(yang zahir) adalah terhapus (tiada sebenarnya) kecuali semua yang zahir itu adalah wajahNya semat-mata. Dialah yang benar-benar berhak dan kepadaNya haruslah dikembalikan.

Al Qashash Ayat 88…...
 janganlah kamu sembah di samping (menyembah) Allah,
Tuhan apapun yang lain. tidak ada Tuhan (yang berhak disembah)
 melainkan Dia. tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali Allah.
 Bagi-Nyalah segala penentuan, dan hanya kepada-Nyalah
 kamu dikembalikan.







Andai tubuh ini boneka


nalurinya benang sutera


engkau dalang mengawalnya


ketimur keutara kemana jua


aku hanya menuruti


mengikut apa saja hukuman


Continue >>>

Sejauh Perjalanan


LANDSKAP ROHANI


Sebelum aku terlahir di atas dunia yang fana ini aku telahpun bersemayam di alam lahut iaitu alam berkumpulnya sekalian roh manusia memeterai janji makrifat tetapi ruh lupa akan perjanjian awal di alam Lahut iaitu hari perjanjian: "Bukankah Aku ini tuhan mu" Ruh menjawab, "Benar, engkau adalah Tuhan kami". Kerana ruh lupa pada perjanjian awal, maka ruh tidak dapat kembali ke alam Lahut sebagai tempat asal. Waktu sangat sempit, jalan hampir tertutup dan sulit tempat untuk kembali ke negeri asal (Alam Lahut).


Sebelum aku, jasad ku terjadi allah menunaikan jodoh kedua ibu bapaku dengan temetrainya nikah melalui alam percintaan mereka. Dengan ilham yang allah berikan kepada pasangan maka bersetubuhlah meraka dengan iradath dan kudrat dan turunnya rahsia-rahsia yang mana berpindahnya mani ke dalam rahim ibu. Maka keesokan harinya aku pun berusia sehari ketika berlaku pertemuan di wadi mani  manikam(sperma dan ovum). Tatkala usia ku mencecah 130 hari telah tumbuh jari telunjuk kanan(penyaksian syahadah). Esoknya iaitu 131 hari jadinya kepala. Tatkala usia ku mencecah 132 hari didalam rahim bonda terbentuklah kedua tanganku, 133 hari kaki ku, 134 hari jadilah 360 tulang belulang . Pada 135 hari jadilah 248 sendi-sendi esoknya pulak jadilah pulak 360 urat-urat besar iaitu pada hari ke 136. Hari ke 137 ditambah daging-daging. Hari ke 138 diselaputi kulit. Usia ku genap 139, 140, 141, 142, 143 dan 144 maka bercambahlah rambut, kuku, hidung, mulut, lidah, dua telinga dan rongga hidung melengkapi wajah yang ciut miut.


Ketika usia ku 145 hari ditiupkan nyawa ke dalam jasad. Melewati usia ke 160 hari idaman iaitu sudah ada uri-uri dan tembuni. Tatkala usia 200 hingga 240 hari nyawa hidup dengan hayat tuhan. Mencecah usia ku 241 hari hingga 270 hari telah lengkap uri-uri, tembuni, ketuban, bali dan hal ini disebut juga sahabat empat. Juga dinamakan kembar manusia. Bermual uri ertinya cahaya dan tembuni ertinya air, ketuban ertinya api dan bali ertinya angin. Melewati hari ke 271 hingga hari ke 280 nyawa ku yang telah lengkap dengan jasad maka jasad itulah penyataan zat oleh sifat. Tatkala itu terzahirlah ilmu yang dikata oleh jibril kepada rasulullah saw bahawasanya alam itu ada dua pertamanya alam qhobir iaitu alam yang nyata. Keduanya alam soqhir iaitu alam di dalam diri manusia. Maka alam di dalam manusia adalah lebih mulia dan berkuasa daripada alam qhobir. Tatkala usia genap mencecah 280 hari aku dilahirkan dengan tangisan kerana hendak mencari mana satu jalan yang hendak ditempuhi kerana jalan ada empat bahagian iaitu JALAN NERAKA, JALAN SYURGA, JALAN YAUMAL MAHSYAR dan JALAN RAHMAHT.


Zaman kanak-kanak yang sememangnya hyper aktif sungguh nakal kerana pada ketika ini aku berpakaian dengan pakaian nafsu yang mementingkan hawa nafsu kehaiwanan – makanan, minuman dan segala jenis rangsangan nafsu. Semua ini adalah keadaan yang dikurniakan Allah yang diperlukan diri. Ketika ini daya pertimbanmgan akal ku dan pemikiran ku belum pun maju lagi. Dan ketika bayi aku akan belajar mengikut sifat-sifat ibu bapa atau masyarakat sekeliling yang biasanya memberi pengaruh kepada perangai diri untuk menempuh alam remaja yang penuh dengan pemberontakan identity.


Suatu malam ketika usia melewati 13 tahun aku tercengang dengan penuh bangang tentang kehadiran wet dream yang menjadikan aku berpengalaman untuk menjadi seorang baligh. Ketika ini aku mula mengenal malaikat atiq dan raqib yang mencatat segala urusan ku setiap hari tanpa jemu dan keluh kesah. Tetapi aku yang mula meresah akibat jiwa remaja itu selalu mengajak kepada ekplorasi. Aku mula belajar mengenal Dia tetapi setakat belajar tanpa pengalaman. Aku mula menjelajah dari ilmu ke ilmu yang membuat aku jatuh cinta kepada HAKIKAT. Sehinggalah meningkat dewasa memasuki alam percintaan sesama insan membuatkan hati ini begitu sesak sehingga membenarkan bisikan syaitan bertakhta pada amal………


Bergelumanglah dengan noda dan dosa namun Dia maha pengasih lagi maha menyayangi kerana DIA lah yang aku ada ketika kepedihan datang melanda akibat keputus asaan. Jiwa yang hampir tergelincir di rentap dengan harapan dan bimbinganNYA sehingga menjadikan aku seorang yang bersyukur dan tunduk kehinaan. Sungguh hina sungguh dhaif sungguh zalim, sungguh ….sungguh…sungguh…


Alam dewasa banyak mengajar aku mengejar DIA tetapi belum mengenali lagi. Kematangan pada setiap langkah menjadikan aku berhati pasti untuk tidak mengulangi kerana hati itu sentiasa berbolak balik. Berbolak balik menunaikan maksiat sungguh tak terperi deritanya melawan nafsu. Bagi aku biarlah menahan sakit terluka akibat pisau yang menghiris daripada menanggung bebanan hawa nafsu yang menbakar sanubari. Biarlah aku menderita kepatahan anggota badan namun itu lebih sedap daripada menikmati kelazatan maksiat hati dan jasad.


Sebelum aku mencapai usia tua mohon kiranya aku berdoa dan meminta dipanjangkan usia subsidi melebihi usia 63 tahun agar aku dapat membongkar penangungan rahsia diri bersatu yang berpisah kanun yang terakhir yang meliputi dan memerintahkan semua yang wujud kembali semua pekara kepada Yang Esa … sebelum aku merasai mati wajiblah berbaik sangka terhadapNya kerana ingatlah bahawa setiap yang hidup dan bernafas akan menghadapi mati dan yang tetap datang apabila samapi masa yang telah dijanjikan dan ianya tidak boleh lagi tertangguh-tangguh walaupun sesaat.


Sebelum aku, jasadku terbenam di liang lahad mohon kiranya DIA mengurniakan notis kematian melalui Ladunni dengan demikian dapatlah aku bersiap sedia kerana jika bergerak sekalian tubuh dan merasai suatu nikmat yang amat sangat - itulah tanda satu tahun lagi akan mati, mohon allah mengurniakan aku ilham bertubat sebanyak-banyaknya. 40 hari lagi hari kematian akan bergeraklah pusat dan jika bergerak pula jantung bermakna lagi 20 hari lagi akan merasai maut. Pada hari yang mana hanya tinggal lagi 7 hari lagi untuk mati berlaku gerakan (getar) dari pusat menghala naik hingga ke ubun-ubun dan berpatah semula (turun balik) dan berhenti di buku leher sama tengah dengan halkum beserta dengan satu nikmat yang amat sangat rasanya. Hanya tinggal lagi 5 hari untuk dijemput ke alam barzakh anak lidak akan bergerak-gerak. Jika bergerak seakan huruf HA MUTALAK(ha simpul) iaitu pergerakan di antara dua kening dengan suatu nikmat yang amat lazat rasanya bermakna tinggal 3 hari sahaja usia di atas dunia yang fana ini. Jika bergerak dahi bermakna hanya tinggal dua hari sahaja lagi. Jika bergerak ubun-ubun di antara waktu zohor dengan asar maka tinggal satu hari sahaja lagi. Maka saatnya telah tiba malaikat izrail memberi salam setelah merasai begetarnya pusat terus menghala ke hujung salbi lalu terus bergerak menghala ke arah tulang belakang dan terus naik ke ubun-ubun, maka dengan kuasa allah yang maha pengasih telah tiba saatnya untuk meninggalkan dunia yang fana ini dan kembalilah ke hadrat ALLAT swt.







Continue >>>

Sebelum Adam




LANDSKAP ROHANI


" Berpikir sesaat di malam dan siang hari lebih baik dari pada ibadah seribu tahun.”


Berfikir mampu menggerakkan jentera makrifath dan menjana hikmah dari ilmu yang allah kurniakan rahmat ke atasnya. Berfikir dengan berhati-hati juga benar-benar menajamkan akal tentang sensiviti kita terhadap keupayaan mata hati. Berfikirlah aku, kamu dan kita dengan mengembangkan empayar landskap rohani hingga sidratul muntaha. Namun seharusnya berhati-hati ketika berfikir menggunakan akal kerana sesungguhnya akal itu adalah lemah yang tidak mampu tercapai apa pun kerana ia terhijab dan tidak dapat menjangkau pengetahuan tentang erti hakikat-hakikat yang tersembunyi. Sesungguhnya akal itu hanya dijadikan alatan bagi hati untuk mengenal hukum logistic duniawi.


Di sini aku menjemput visitor sekalian yang bijak laksana memohon kalian berlapang dada mengosongkan minda untuk bersama mengasah akal yang diterajui landskap rohani yang terindah bagi merungkaikan persoalan akal yang segan dan malu mengenai ketepatan ungkapan dan di mohonkan kepada allah agar aku tidak terjerumus di kalangan hamba yang melampaui batas dan tergelincir……,


Mohon iktikad iman kita tidak goyah…., Amin


Persoalannya begini... Adakah ada diciptakan makhluk yang menyerupai manusia sebelumnya Adam as..?...?...?


Pada pendapat aku yang totally miskin ilmu ini (mohon allah memberikan hidayah taufiq) berpendapat telah ada makhluk yang seakan menyerupai bentuk manusia mendiami bumi. Dan ketika era itu juga tiada peradaban tamadun yang mengiringi makhluk tersebut dan makhluk tersebut tidak mempunyai kecangihan ilmu ilham seperti manusia yang bergelar insan. Ketika era itu makhluk tersebut bersama makhluk lain seperti zaman pra sejarah iaitu sebelum terbitnya zaman ais mendominasi hierarki teratas mendiami planet bumi. Makhluk ini atau di kenali sebagai Homo Habilis oleh Darwin yang bodoh. Makhluk (homo Habilis) ini bersosialis lagaknya seperti haiwan-haiwan yang lain. Saling berbunuhan dan melangsungkan kehidupan tanpa sebarang anutan dan kefahaman. Allah menganugerahi makhluk ini dengan sedikit kebijaksanaan akal tanpa jiwa yang mana akal itu di gunapakai hanya untuk keperluan seharian bagi makhluk homo habilis ini sahaja. Akal yang di gunakan bagi mencipta alat-alat tajam seperti senjata dan lain-lainlah. Aku pun tak tahu apa lagi zaman tu ada. Ketika allah berfirman untuk menciptakan adam a.s kepada malaikat….;

Al Baqarah 30…..
ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Para Malaikat: "Sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, Padahal Kami Senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."



Sesungguhnya allah itu maha mengetahui dan allah menghujani hujan meteor ke atas bumi dan menghancurkan bumi berperingkat-peringkat sehinggalah terbitnya zaman ais meliputi bumi bagi menggantikan bumi dengan kehidupan baru dan diturunkan Adam a.s sebagai makhluk yang sebaik-baiknya dilantik sebagai khalifah seluruh alam jasad dan alam roh.

Al Baqarah ayat 34…...
dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada Para Malaikat: "Sujudlah[36] kamu kepada Adam," Maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia Termasuk golongan orang-orang yang kafir.



Sehingga kini tertanam rahsia mengapa allah memerintahkan agar sekalian makhluk langit iaitu malaikat dan iblis tunduk sujud kepada adam. Dan rahsia itu benar-benar telah pun dipatri di dalam hati seluruh keturunan jasad nabi adam as., dan kita sebagai keturunan adam as sememangnya mengetahui apa yang syaitan itu tidak ketahui iaitu…. lu pikirlah sendiri….?


Kembali kepada ayat ….."Sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah ……. Jika diperhatikan maksudnya sebelum penciptaan jasad adam itu malaikat telah mengetahui bahawa makhluk menyerupai manusia itu saling bunuh berbunuhan dan merupakan perosak… dan adakah makhluk itu yang malaikat saksikan keperibadiannya terdapat di syurga…? Adakah malaikat telah di ajarkan untuk berkata-kata sebegitu…? sesungguhnya malaikat adalah makhluk allah yang suci lagi setia kasih. Ironinya segala keperibadian yang merupakan perosak yang dimiliki makhluk itu telah pun malaikat saksikan bertapak di atas bumi. Dan malaikat adalah saksi yang menyaksikan manusia(homo habilis) itu adalah perosak berdiri pada akal dan nafsu tanpa hati. Makhluk yang menyerupai manusia itu tidak sama seperti apa yang ada di dalam adam a.s. Makhluk itu berkeperibadian tetapi tidak berjiwa insan.


Segalanya adalah imaginasi aku semata-mata dan ungkapan ini tidaklah mengoyahkan tauhid dan persoalan ini sekadar hiburan minda untuk membangunkan sel-sel otak. Segala pemikiran segala focus adalah kerana allah dan Katakanlah:

 "Dia-lah Allah, yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia."



Sebagai penutup wadah renugkanlah wahai teman visitor…;


Yang tidak kita ketahui janganlah dianggap dikatakan salah dan yang kita ketahui jangan sekali dianggap mudah. Justeru itu pelajari dan belajarlah apa yang kita tidak tahu supaya kita tidak terkeliru lagi.


Continue >>>

tercelanya nafsu kemaluan







LANDSKAP ROHANI

Wahai tuhan kami janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak bisa kami pikul… al Baqarah : ayat 286



Dan dari bahaya kegelapan (malam) ketika ia telah datang….Al Falaq : ayat 3




Iaitu bangunnya kemaluan lelaki. Apabila kemaluan lelaki itu ereksi niscaya hilanglah 2/3 dari akalnya. Sesungguhnya nafsu kemaluan itu pada hakikatnya adalah jalan kepada penderitaan dan jika ia melepaskan diri daripada terjerumus dengan kelazatan anzal mani pasti ia akan memperolehi kelazatan iman disebabkan kelepasan itu. Jika adalah dari antara kawan-kawan yang lalai melalaikan diri dengan kelazatan nafsu kemaluan ini akan berkesudahan kepada asyik kerinduan dan maksyuk yang pastinya berlaku ketidakpuasan atau tidak merasa lazat dengan hanya menumpahkan nafsu syahwat kemaluan sahaja. Dan ini melampaui batas-batas insan yang telah melewati batas-batas haiwani. Sesungguhnya haiwan itu melaksanakan nafsu syahwatnya di mana berlaku musim mengawan yang di jadualkan lalu ia merasa cukup dengan itu. Tetapi manusia akibat asyik kerinduan dan maksyuk tidak akan merasa puas dan tidak merasa cukup dengan kadar tertentu sehingga ia menggunakan kosentrasi akal fikirannya berusaha untuk melempiaskan nafsu syahwat sahaja. Sesungguhnya merugilah insan ini kerana ia dijadikan supaya menjadi orang yang taat dan bukan semata-mata menjadi pelayan hawa nafsu dan berdaya upaya kerana nafsu syahwat, dan ini benar-benar adalah penyakit landskap rohani yang mana lanskapnya adalah kosong bagai taman-taman yang terbiar yang tidak bercita-cita kepada keindahan lanskap taman-taman syurga.


Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat"…. An Nur : Ayat 30.

Jikalau diberikan cheese cake berserta susu cokelat pada sebahagian perut yang kelaparan niscaya mencukupilah perut itu dengan kekenyangan tetapi nafsu kemaluan yang lapar walau di beri habuan namun ia akan meminta dan menagih sepanjang hayat kerana nafsu kemaluan itu telah mengerasi pada manusia dengan jalan kederhakaan pada akal fikiran ketika ia berkobar-kobar sehingga runtuhlah segala halangan-halangan lalu mudahlah berlakunya zina. Jika seorang hamba allah berbuat maksiat kepadaNya, sesungguhnya allah itu maha penyantun. Apabila hamba itu terjebak semula kepada perbuatan maksiat niscaya allah menutup akan dosa-dosanya. Ketika hamba itu menyarungkan kembali pakaian kemaksiatan niscaya allah taala marah kepadanya, suatu kemarahan di mana langit, bumi, gunung-ganang menjadi sempit daripadanya. Siapakah yang sanggup menahan kemarahanNYA?. …Setiap yang menganggu daripada mengingati Allah Taala itu adalah kekurangan dan kelemahan jadi hendaklah memandang kepada situasi hati itu kembali. Sesungguhnya nafsu syahwat kemaluan itu tiada berputus asa dari seorang pun ditambah dengan bisikan iblis. Terjadinya zina dari kemaluan itu disebabkan banyaknya khayalan yang dimeditasikan dari tidak menjaga pandangan bersyahwat. Mata(pandangan) itu adalah punca tumbuhnya syahwat yang menjadi lintasan hati yang menerbitkan angan-angan dan khayalan lalu memerintah anggota melakukan zina.

 
Bersabda Nabi Muhammad s.a.w….
Tiap-tiap anak adam itu mempunyai bahagian dari zina, dua matanya berzina, dan zina dua mata itu ialah memandang. Dua tangannya berzina, dan zinanya itu memegang. Dua kakinya berzina, dan zinanya itu berjalan(tempat maksiat). Mulutnya berzina dan zinanya itu mencium. Dan hati itu bercita-cita atau berangan-angan. Dan dibenarkan yang demikian itu pada kemaluan atau didustakannya
dirawikan Muslim dari Abu Hurairah…….

Orang yang tidak menjaga pandangan mata sesungguhnya ia tidak akan mampu menjaga nafsu kemaluannya. Sesungguhnya wajiblah dijaga dari permulaannya dengan meninggalkan berulang-ulang kembali melihat dan meninggalkan berfikir tentang itu. Jikalau tidak maka apabila telah bertindis lapisan syahwat kemaluan itu pasti sukar mengikisnya. Untuk mengikis syahwat kemaluan yang membara itu amat pedih pada meniggalkannya. Sungguh payah jrih pedih menjauhkan kerinduan kelazatan itu kecuali dengan kesungguhan yang mendekati membawa kepada tercabutnya nyawa. Ya allah perit sungguh melayani kehendak nafsu ini hanya engkau yang menghujani hidayah dan taufik. Melampaui batasan nafsu syahwat itu akan melemahkan dan menghancurkan logic akal fikiran sehingga sampai ke batasan tertentu dan itu sangatlah tercela dan merugi pada pelaburan saham akhirat melainkan berusaha memeranginya dengan jalan berpanjangn lapar atau berpuasa terus menerus dan meninggalkan makanan yang menaikkan syahwat seperti meninggalkan memakan daging. Ubat penyakit ini ada tiga jenis iaitu lapar, menjaga pandangan mata, dan bekerja dengan pekerjaan yang menguasai hati dan jika segalanya tidak berfaedah dalam mengawal kebuasan syahwat itu penutupnya adalah perkahwinan yang akan memadamkan apinya.

 
Dirawikan Al Hakim dari Ibnu Abbas bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda;
“Siapa yang rindu sekali, lalu menjaga diri serta menyembunyikan, lalu ia meningga, maka orang itu syahid”.

Setiap penyakit itu ada ubatnya dan tidaklah allah membebani seorang hambanya melainkan diberi pengujian hanya untuk menaikkan maqam sesorang hambanya. Setiap kemenangan pada jalan musyahadahtunafsi itu ada rewardnya yang tersembunyi melainkan orang yang dipilih untuk mengetahui kemanisan iman itu. Sesungguhnya formula yang dapat menghancurkan kerinduan maksyuk zina kemaluan itu adalah dengan


TAUBAT + TAHAJJUD + PUASA + ZIKIR + DOA = REWARDS

REWARDS antara anugerah yang menjadi kemanisan iman ialah hati akan mudah beristiqomah tanpa unsur paksaan hati akan terbit lampu isyarat merah hijau dan kuning yang memberi panduan perjalanan bagi memandu lanskap rohani. Lampu isyarat ini menjadi signal tentang perlunya berhati-hati, bahaya dan situasi selamat kepada hati sebelum berlakunya peristiwa dan atau amaran larangan kepada setiap perlakuan maksiat. Wahai kawan sempurnakanlah hati mu dengan memandang kepada ikhlas allah sebelum kamu memandang amalan mu.





Continue >>>

kesatnya hati ini



LANDSKAP ROHANI


Sungguh kesat hati aku ini kerana membiarkan wujud diri pada afaal hingga ketika ini aku sungguh malu untuk bertemu kepadaNya dengan kekotoran dosa dan noda. Ketika waktu itu lepas berlalu namun nafsu ini maseh tidak jemu menerkam hati ku yang berbolak balik. Ketika hari kian berganjak namun hati ku kian memusuhi taubat. Ketika malam berganti siang namun aku lena di ulit mimpi dan angan-angan.


Asy Syam : Ayat 9-10
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan Sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.

Dan setiap hati yang bersih lagi suci maka di terima sebagaimana kain yang bersih, maka ia diterima… tetapi bagaimana dengan penutup amal ku sekian hari bercampur debu dan habuk-habuk dosa zahir dan batin. Bagaimana jikalau aku menanyakan diri mengenai penyucian batin yang dengan tanpa alat sepertimana mencuci kekotoran pada zahir jasmani. Sungguh mudah sekali mencuci kekotoran yang melekat tepu pada badan aku dan hmmm agak senang juga membersihkan toksid yang terlarut dalam organ-organ dalaman. Segalanya mudah bagi apa yang terzahir dengan hanya mengunapakai alatan yang tersedia seperti buih-buih sabun bagi mencuci palitan kotoran di badan dan gunakan JUVANEX 7 day detoxification bagi menyingkirkan toksid berbahaya yang melekat padu di dingding organ dalaman kita.


Tetapi bagaimana aku hendak mensucikan landskap rohani ku yang tidak bisa aku memandang dengan kornea mata ini. Adakah terdapat bahan magis yang mampu dibeli di gedung-gedung hypermarket. Beribu tahun hingga ke melenia namun aku tidak akan jumpa walau secebis alat pegun melainkan anugerah dari allah yang memberi rahmat akan ilmu iktikad iman. Apa yang aku tahu memakaikan landskap rohani dengan pakaian nafsu syahwat itu mengotorkan hati dan sesungguhnya hati itu berbekas dengan perbuatan maksiat dan perbuatan taat. Bahawasanya dosa-dosa itu bertindis berlapisan sehingga menjadi tabiat dan karat-karatan di atas hati. Maka hati(landskap rohani) yang seperti ini tiada akan kembali dan tiada akan bertaubat.


Dosa-dosa itu apabila diikuti dengan lapan amal perbuatan sesungguhnya dapatlah diharap kemaafan;


Empat dari amal hati (batin)
1. Taubat atau berazam kepada taubat


2. Berkeinginan mencabut atau melepaskan diri dari merebut sekalian dosa-dosa


3. Betakawa lagi takut akan siksaan atas dosanya


4. Mengharapkan keampunan baginya


Empat dari amal perbuatan zahir(anggota)
1. Solat dua rakaat selepas terlanjur berbuat dosa


2. Istigfar 70X dan ucapkan SUBHAANA’LLAAHI’L-ADHIIMI WA BIHAMDIH sebanyak 100X


3. Bersedekah dengan sesuatu sedekah (material ataupun doa-doa arwah)


4. Berpuasa sehari


Sesungguhnya menyarung landskap rohani itu dengan nafsu syahwat pasti mengundang kekesatan hati lalu mengotorkan hati dan membasuhnya dengan air mata berderai-derai lalu membakar penyesalan itu niscaya akan membersihkannya, mensucikannya dan mencermerlangkannya.


Patut diingat bukanlah amal atau usaha itu memberi bekas sehingga tercapai maksud.
 Konsep seperti ini adalah salah, sesat dan membahayakan dari segi
 tauhid dan boleh menjerumuskan kepada syirik.


Continue >>>

tanda - tanda sakit


article ini saya copy/paste dari blog superb...... semoga wadah rencana ini mampu membina pengetahuan cemerlang ilmu fisiolagi tubuh badan kita... maka dengan ini berterima kaseh kepada http://halalansihat.blogspot.com/



Posted by Zaid at 3:07 AM


Salam semua..Sedar tak sedar Ramadhan semakin menghampiri ke penamatnya..semoga kita mendapat pahala yang berganda2 dan sentiasa mendapat Rahmat dari ALLAH S.W.T.Info kali ini saya dapat melalui email saya



supaya menjaga kesihatan kita dengan sebaiknya.....


Tanda² Sakit - This is Good..!!


Risalah ini bagus untuk anda semua....... .....


Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-






1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).


i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.


Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.


ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.


iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku.. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.


iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja


v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.




2. HIDUNG


Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.


i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).


ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.


Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


iii) Bersin


a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong..


b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


3. Batuk


a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.


b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG..


c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.






4. KERONGKONG


i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku


di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.


ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.






5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)


i) Bibir pucat


a. Sistem penghadaman yang lemah.


b. Perut mengandungi angin.


c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.


ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.






6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.


i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.


ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.


iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.


i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.


ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8. KULIT Berpeluh :


a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.


b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


9. RUAM DAN BISUL :


Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :


Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR :


Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


12. RAMBUT GUGUR :


Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI


a. Sakit Sendi


i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).


ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .


iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.


b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.


c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.


d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar..


e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.


f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.


g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.


h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).






14. TANDA-TANDA DALAMAN


A. KEPALA.


Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.


B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA


Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.


C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA


i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi..


ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.


D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.


E. BISUL TERJADI DI KEPALA


Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.


F. RASA PENING YANG MEMUSING


Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.






15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH


a. LOYA/MUNTAH .. Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.


b. MUNTAH DARAH


i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan


ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.






16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.






17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .


Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman






18. KENCING


a) KERAP KENCING ; Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang


b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.


c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.


d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.


e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.






19. BUANG AIR BESAR


a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.


b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.


c) NAJIS BERDARAH


i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.


ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.


d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.






20. BADAN


a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.


i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.


ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.


iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.


iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.


b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan.. Proses penyeimbangan


c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.


d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.






21. RASA TAKUT MENGEJUT :


Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.






22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.






23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.






24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :


i) Sistem jantung yang lemah.


ii) Sistem saraf otak yang lemah.


iii) Masalah pengaliran darah.






25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.


wassalam..















Continue >>>