Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Hilangkan diri





LANDSKAP ROHANI

Sedetik seketika cuba rasailah suatu perasaan yang sesungguhnya bahawa diri aku , kamu dan kita ini tidak mempunyai apa-apa langsung dalam daerah alam ini. Dengan mengandaikan diri itu tidak mempunyai apa-apa sifat pun seperti tidak aku berkuasa, tidak aku berkehendak, tidak aku mendengar, tidak aku melihat, tidak aku berkata—kata dan tidak ….tidak….. tidak…… ketika ini apa yang kamu nampak dan lihat hanya fanaaa! Rasailah seluruh anggota zahir itu bergetar tanpa sedar hingga mengalir airmata betapa hancurnya diri itu dimamah keagungan Allah. Mana tempatnya keegoaan itu, mana kedudukan kesombongan itu mana hilangnya aku itu, aku ini, aku, aku, aku. Ketika ini tiada hina, tiada dhoif tiada lemah kerana sesungguhnya penafian diri itu telah terbit menggantikan AKU(hu). Ke-AKU-an itu telahpun hanyut di lautan kalimah syahadath untuk melemaskan diri di dasar makrifath… mencari mutiara yang terpendam.

Yang hakiki itu adalah hakikat keesaan allah bila sahaja telah hilang ke-AKU-an itu lafazkanlah dua kalimah syahadath itu secara sekali lafaz iaitu tidak diwakafkan di mana-mana bahagian kalimah. Ironinya dua kalimah syahadath itu hendaklah di baca di dalam satu nafas kerana jika diwakafkan kalimah yang dua ini maka bermakna kita telah menafikan pada HAKIKATnya dengan memisahkan diri rohani kita dengan diri kita yang jasmani. Sesungguhnya ketahuilah diri kita yang zahir ini tidak boleh dipisahkan dengan diri batin kita. Sebab itulah kalimah syahadath itu harus dilafazkan terus habis tanpa diwakafkan di dalam satu nafas sahaja. Yang pastinya asbabkanlah hidup aku, ilmu aku, pandangan aku, penglihatan aku, kuasa, aku, kata-kata aku, semuanya itu adalah hak Allah semata-mata dan bukan sekali hak aku dan sesungguhnya pegangan ini adalah determinasi pengertian HAKIKAT.

Jika manusia itu terputus hubungan dengan tuhannya atau memutuskan diri zahir dengan diri batin manusia itu akan hilang akal, hilang perasaannya, hilang pertimbangannya, hilang fikiran baiknya yang akan menyebabkan benih-benih iman pada dirinya menjadi gersang, tandus dan akhirnya mati berangan. Manusia itu yang iman telah mati akan menjadi sesat larat dan terlupa amanah dengan Allah. Jika terbiar landskap rohani itu akan terus kekal kegersangan kontang di panah kesiksaan batin menyebabkan jiwanya, matanya, pendengarannya di bungkam oleh hijab-hijab yang tebal dan terputuslah hubungan dirinya dengan Empunya diri. Tiada yang wujud hanya Zatnya semata-mata, maka setiap sesuatu(yang zahir) adalah terhapus (tiada sebenarnya) kecuali semua yang zahir itu adalah wajahNya semat-mata. Dialah yang benar-benar berhak dan kepadaNya haruslah dikembalikan.

Al Qashash Ayat 88…...
 janganlah kamu sembah di samping (menyembah) Allah,
Tuhan apapun yang lain. tidak ada Tuhan (yang berhak disembah)
 melainkan Dia. tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali Allah.
 Bagi-Nyalah segala penentuan, dan hanya kepada-Nyalah
 kamu dikembalikan.







Andai tubuh ini boneka


nalurinya benang sutera


engkau dalang mengawalnya


ketimur keutara kemana jua


aku hanya menuruti


mengikut apa saja hukuman


0 comments: