Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Sejauh Perjalanan


LANDSKAP ROHANI


Sebelum aku terlahir di atas dunia yang fana ini aku telahpun bersemayam di alam lahut iaitu alam berkumpulnya sekalian roh manusia memeterai janji makrifat tetapi ruh lupa akan perjanjian awal di alam Lahut iaitu hari perjanjian: "Bukankah Aku ini tuhan mu" Ruh menjawab, "Benar, engkau adalah Tuhan kami". Kerana ruh lupa pada perjanjian awal, maka ruh tidak dapat kembali ke alam Lahut sebagai tempat asal. Waktu sangat sempit, jalan hampir tertutup dan sulit tempat untuk kembali ke negeri asal (Alam Lahut).


Sebelum aku, jasad ku terjadi allah menunaikan jodoh kedua ibu bapaku dengan temetrainya nikah melalui alam percintaan mereka. Dengan ilham yang allah berikan kepada pasangan maka bersetubuhlah meraka dengan iradath dan kudrat dan turunnya rahsia-rahsia yang mana berpindahnya mani ke dalam rahim ibu. Maka keesokan harinya aku pun berusia sehari ketika berlaku pertemuan di wadi mani  manikam(sperma dan ovum). Tatkala usia ku mencecah 130 hari telah tumbuh jari telunjuk kanan(penyaksian syahadah). Esoknya iaitu 131 hari jadinya kepala. Tatkala usia ku mencecah 132 hari didalam rahim bonda terbentuklah kedua tanganku, 133 hari kaki ku, 134 hari jadilah 360 tulang belulang . Pada 135 hari jadilah 248 sendi-sendi esoknya pulak jadilah pulak 360 urat-urat besar iaitu pada hari ke 136. Hari ke 137 ditambah daging-daging. Hari ke 138 diselaputi kulit. Usia ku genap 139, 140, 141, 142, 143 dan 144 maka bercambahlah rambut, kuku, hidung, mulut, lidah, dua telinga dan rongga hidung melengkapi wajah yang ciut miut.


Ketika usia ku 145 hari ditiupkan nyawa ke dalam jasad. Melewati usia ke 160 hari idaman iaitu sudah ada uri-uri dan tembuni. Tatkala usia 200 hingga 240 hari nyawa hidup dengan hayat tuhan. Mencecah usia ku 241 hari hingga 270 hari telah lengkap uri-uri, tembuni, ketuban, bali dan hal ini disebut juga sahabat empat. Juga dinamakan kembar manusia. Bermual uri ertinya cahaya dan tembuni ertinya air, ketuban ertinya api dan bali ertinya angin. Melewati hari ke 271 hingga hari ke 280 nyawa ku yang telah lengkap dengan jasad maka jasad itulah penyataan zat oleh sifat. Tatkala itu terzahirlah ilmu yang dikata oleh jibril kepada rasulullah saw bahawasanya alam itu ada dua pertamanya alam qhobir iaitu alam yang nyata. Keduanya alam soqhir iaitu alam di dalam diri manusia. Maka alam di dalam manusia adalah lebih mulia dan berkuasa daripada alam qhobir. Tatkala usia genap mencecah 280 hari aku dilahirkan dengan tangisan kerana hendak mencari mana satu jalan yang hendak ditempuhi kerana jalan ada empat bahagian iaitu JALAN NERAKA, JALAN SYURGA, JALAN YAUMAL MAHSYAR dan JALAN RAHMAHT.


Zaman kanak-kanak yang sememangnya hyper aktif sungguh nakal kerana pada ketika ini aku berpakaian dengan pakaian nafsu yang mementingkan hawa nafsu kehaiwanan – makanan, minuman dan segala jenis rangsangan nafsu. Semua ini adalah keadaan yang dikurniakan Allah yang diperlukan diri. Ketika ini daya pertimbanmgan akal ku dan pemikiran ku belum pun maju lagi. Dan ketika bayi aku akan belajar mengikut sifat-sifat ibu bapa atau masyarakat sekeliling yang biasanya memberi pengaruh kepada perangai diri untuk menempuh alam remaja yang penuh dengan pemberontakan identity.


Suatu malam ketika usia melewati 13 tahun aku tercengang dengan penuh bangang tentang kehadiran wet dream yang menjadikan aku berpengalaman untuk menjadi seorang baligh. Ketika ini aku mula mengenal malaikat atiq dan raqib yang mencatat segala urusan ku setiap hari tanpa jemu dan keluh kesah. Tetapi aku yang mula meresah akibat jiwa remaja itu selalu mengajak kepada ekplorasi. Aku mula belajar mengenal Dia tetapi setakat belajar tanpa pengalaman. Aku mula menjelajah dari ilmu ke ilmu yang membuat aku jatuh cinta kepada HAKIKAT. Sehinggalah meningkat dewasa memasuki alam percintaan sesama insan membuatkan hati ini begitu sesak sehingga membenarkan bisikan syaitan bertakhta pada amal………


Bergelumanglah dengan noda dan dosa namun Dia maha pengasih lagi maha menyayangi kerana DIA lah yang aku ada ketika kepedihan datang melanda akibat keputus asaan. Jiwa yang hampir tergelincir di rentap dengan harapan dan bimbinganNYA sehingga menjadikan aku seorang yang bersyukur dan tunduk kehinaan. Sungguh hina sungguh dhaif sungguh zalim, sungguh ….sungguh…sungguh…


Alam dewasa banyak mengajar aku mengejar DIA tetapi belum mengenali lagi. Kematangan pada setiap langkah menjadikan aku berhati pasti untuk tidak mengulangi kerana hati itu sentiasa berbolak balik. Berbolak balik menunaikan maksiat sungguh tak terperi deritanya melawan nafsu. Bagi aku biarlah menahan sakit terluka akibat pisau yang menghiris daripada menanggung bebanan hawa nafsu yang menbakar sanubari. Biarlah aku menderita kepatahan anggota badan namun itu lebih sedap daripada menikmati kelazatan maksiat hati dan jasad.


Sebelum aku mencapai usia tua mohon kiranya aku berdoa dan meminta dipanjangkan usia subsidi melebihi usia 63 tahun agar aku dapat membongkar penangungan rahsia diri bersatu yang berpisah kanun yang terakhir yang meliputi dan memerintahkan semua yang wujud kembali semua pekara kepada Yang Esa … sebelum aku merasai mati wajiblah berbaik sangka terhadapNya kerana ingatlah bahawa setiap yang hidup dan bernafas akan menghadapi mati dan yang tetap datang apabila samapi masa yang telah dijanjikan dan ianya tidak boleh lagi tertangguh-tangguh walaupun sesaat.


Sebelum aku, jasadku terbenam di liang lahad mohon kiranya DIA mengurniakan notis kematian melalui Ladunni dengan demikian dapatlah aku bersiap sedia kerana jika bergerak sekalian tubuh dan merasai suatu nikmat yang amat sangat - itulah tanda satu tahun lagi akan mati, mohon allah mengurniakan aku ilham bertubat sebanyak-banyaknya. 40 hari lagi hari kematian akan bergeraklah pusat dan jika bergerak pula jantung bermakna lagi 20 hari lagi akan merasai maut. Pada hari yang mana hanya tinggal lagi 7 hari lagi untuk mati berlaku gerakan (getar) dari pusat menghala naik hingga ke ubun-ubun dan berpatah semula (turun balik) dan berhenti di buku leher sama tengah dengan halkum beserta dengan satu nikmat yang amat sangat rasanya. Hanya tinggal lagi 5 hari untuk dijemput ke alam barzakh anak lidak akan bergerak-gerak. Jika bergerak seakan huruf HA MUTALAK(ha simpul) iaitu pergerakan di antara dua kening dengan suatu nikmat yang amat lazat rasanya bermakna tinggal 3 hari sahaja usia di atas dunia yang fana ini. Jika bergerak dahi bermakna hanya tinggal dua hari sahaja lagi. Jika bergerak ubun-ubun di antara waktu zohor dengan asar maka tinggal satu hari sahaja lagi. Maka saatnya telah tiba malaikat izrail memberi salam setelah merasai begetarnya pusat terus menghala ke hujung salbi lalu terus bergerak menghala ke arah tulang belakang dan terus naik ke ubun-ubun, maka dengan kuasa allah yang maha pengasih telah tiba saatnya untuk meninggalkan dunia yang fana ini dan kembalilah ke hadrat ALLAT swt.







0 comments: