Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





tercelanya nafsu kemaluan







LANDSKAP ROHANI

Wahai tuhan kami janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak bisa kami pikul… al Baqarah : ayat 286



Dan dari bahaya kegelapan (malam) ketika ia telah datang….Al Falaq : ayat 3




Iaitu bangunnya kemaluan lelaki. Apabila kemaluan lelaki itu ereksi niscaya hilanglah 2/3 dari akalnya. Sesungguhnya nafsu kemaluan itu pada hakikatnya adalah jalan kepada penderitaan dan jika ia melepaskan diri daripada terjerumus dengan kelazatan anzal mani pasti ia akan memperolehi kelazatan iman disebabkan kelepasan itu. Jika adalah dari antara kawan-kawan yang lalai melalaikan diri dengan kelazatan nafsu kemaluan ini akan berkesudahan kepada asyik kerinduan dan maksyuk yang pastinya berlaku ketidakpuasan atau tidak merasa lazat dengan hanya menumpahkan nafsu syahwat kemaluan sahaja. Dan ini melampaui batas-batas insan yang telah melewati batas-batas haiwani. Sesungguhnya haiwan itu melaksanakan nafsu syahwatnya di mana berlaku musim mengawan yang di jadualkan lalu ia merasa cukup dengan itu. Tetapi manusia akibat asyik kerinduan dan maksyuk tidak akan merasa puas dan tidak merasa cukup dengan kadar tertentu sehingga ia menggunakan kosentrasi akal fikirannya berusaha untuk melempiaskan nafsu syahwat sahaja. Sesungguhnya merugilah insan ini kerana ia dijadikan supaya menjadi orang yang taat dan bukan semata-mata menjadi pelayan hawa nafsu dan berdaya upaya kerana nafsu syahwat, dan ini benar-benar adalah penyakit landskap rohani yang mana lanskapnya adalah kosong bagai taman-taman yang terbiar yang tidak bercita-cita kepada keindahan lanskap taman-taman syurga.


Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat"…. An Nur : Ayat 30.

Jikalau diberikan cheese cake berserta susu cokelat pada sebahagian perut yang kelaparan niscaya mencukupilah perut itu dengan kekenyangan tetapi nafsu kemaluan yang lapar walau di beri habuan namun ia akan meminta dan menagih sepanjang hayat kerana nafsu kemaluan itu telah mengerasi pada manusia dengan jalan kederhakaan pada akal fikiran ketika ia berkobar-kobar sehingga runtuhlah segala halangan-halangan lalu mudahlah berlakunya zina. Jika seorang hamba allah berbuat maksiat kepadaNya, sesungguhnya allah itu maha penyantun. Apabila hamba itu terjebak semula kepada perbuatan maksiat niscaya allah menutup akan dosa-dosanya. Ketika hamba itu menyarungkan kembali pakaian kemaksiatan niscaya allah taala marah kepadanya, suatu kemarahan di mana langit, bumi, gunung-ganang menjadi sempit daripadanya. Siapakah yang sanggup menahan kemarahanNYA?. …Setiap yang menganggu daripada mengingati Allah Taala itu adalah kekurangan dan kelemahan jadi hendaklah memandang kepada situasi hati itu kembali. Sesungguhnya nafsu syahwat kemaluan itu tiada berputus asa dari seorang pun ditambah dengan bisikan iblis. Terjadinya zina dari kemaluan itu disebabkan banyaknya khayalan yang dimeditasikan dari tidak menjaga pandangan bersyahwat. Mata(pandangan) itu adalah punca tumbuhnya syahwat yang menjadi lintasan hati yang menerbitkan angan-angan dan khayalan lalu memerintah anggota melakukan zina.

 
Bersabda Nabi Muhammad s.a.w….
Tiap-tiap anak adam itu mempunyai bahagian dari zina, dua matanya berzina, dan zina dua mata itu ialah memandang. Dua tangannya berzina, dan zinanya itu memegang. Dua kakinya berzina, dan zinanya itu berjalan(tempat maksiat). Mulutnya berzina dan zinanya itu mencium. Dan hati itu bercita-cita atau berangan-angan. Dan dibenarkan yang demikian itu pada kemaluan atau didustakannya
dirawikan Muslim dari Abu Hurairah…….

Orang yang tidak menjaga pandangan mata sesungguhnya ia tidak akan mampu menjaga nafsu kemaluannya. Sesungguhnya wajiblah dijaga dari permulaannya dengan meninggalkan berulang-ulang kembali melihat dan meninggalkan berfikir tentang itu. Jikalau tidak maka apabila telah bertindis lapisan syahwat kemaluan itu pasti sukar mengikisnya. Untuk mengikis syahwat kemaluan yang membara itu amat pedih pada meniggalkannya. Sungguh payah jrih pedih menjauhkan kerinduan kelazatan itu kecuali dengan kesungguhan yang mendekati membawa kepada tercabutnya nyawa. Ya allah perit sungguh melayani kehendak nafsu ini hanya engkau yang menghujani hidayah dan taufik. Melampaui batasan nafsu syahwat itu akan melemahkan dan menghancurkan logic akal fikiran sehingga sampai ke batasan tertentu dan itu sangatlah tercela dan merugi pada pelaburan saham akhirat melainkan berusaha memeranginya dengan jalan berpanjangn lapar atau berpuasa terus menerus dan meninggalkan makanan yang menaikkan syahwat seperti meninggalkan memakan daging. Ubat penyakit ini ada tiga jenis iaitu lapar, menjaga pandangan mata, dan bekerja dengan pekerjaan yang menguasai hati dan jika segalanya tidak berfaedah dalam mengawal kebuasan syahwat itu penutupnya adalah perkahwinan yang akan memadamkan apinya.

 
Dirawikan Al Hakim dari Ibnu Abbas bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda;
“Siapa yang rindu sekali, lalu menjaga diri serta menyembunyikan, lalu ia meningga, maka orang itu syahid”.

Setiap penyakit itu ada ubatnya dan tidaklah allah membebani seorang hambanya melainkan diberi pengujian hanya untuk menaikkan maqam sesorang hambanya. Setiap kemenangan pada jalan musyahadahtunafsi itu ada rewardnya yang tersembunyi melainkan orang yang dipilih untuk mengetahui kemanisan iman itu. Sesungguhnya formula yang dapat menghancurkan kerinduan maksyuk zina kemaluan itu adalah dengan


TAUBAT + TAHAJJUD + PUASA + ZIKIR + DOA = REWARDS

REWARDS antara anugerah yang menjadi kemanisan iman ialah hati akan mudah beristiqomah tanpa unsur paksaan hati akan terbit lampu isyarat merah hijau dan kuning yang memberi panduan perjalanan bagi memandu lanskap rohani. Lampu isyarat ini menjadi signal tentang perlunya berhati-hati, bahaya dan situasi selamat kepada hati sebelum berlakunya peristiwa dan atau amaran larangan kepada setiap perlakuan maksiat. Wahai kawan sempurnakanlah hati mu dengan memandang kepada ikhlas allah sebelum kamu memandang amalan mu.





0 comments: