Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Ada saudara ku masih kristian



LANDSKAP ROHANI

Krismas telahpun berlalu namun bahang tidak pernah aku rasakan walaupun mereka yang kafir berlapang dada meraikan hari yang mereka pun tak tahu adakah perayaan ini suatu perintah dari tuhan ataupun sebaliknya. Sebenarnya perayaan krismas yang diada-adakan ini bertujuan meraikan kelahiran nabi Isa(jesus) namun hakikat sebenarnya mereka tidak tahupun bilakah tarikh kelahiran Jesus. Kesimpulan yang lebih afdhal ialah mereka iaitu kritianity meraikan hari pembunuhan Jesus iaitu ketika ia di salib. Malam krismas pada tahun 2009 kali ini jatuh pada hari khamis malam jumaaat ketika umat islam berlapang dada membaca surah Ya`asin berkumpul-kumpul sama ada di masjid ataupun di rumah. Tetapi aku tak pi masjid kerana menjadi khalifah Yaasin untuk recite bersama mak dan kakak-kakak serta ipar duai. Surah Yaasin hanya satu namun ianya di pelbagaikan menjadi Yaasin Tahlil, Yaasin 40, Yaasin Hajat, Yaasin Waqaf dan itu sahaja yang aku berilmu padanya…. Yang lain aku tak tahu…. Banyak pendapat mengatakan ianya bidaah dan aku pun tak arif langsung mengenai hal ini. Bagi aku al quran itu bukan setakat kitab yang hebat namun ianya kompleks boleh di guna pakai menjadi ubat dan penyembuh penyakit jasad dan roh. Sebagai contoh nak buat ramuan ubat, terlebih dahulu kita akan mendapatkan ramuannya dengan pelbagai campuran herba-herba tertentu, jadi setelah melalui percampuran itu maka terbitlah ubat. Begitu juga dengan pelbagai surah di dalam alquran juga perlu kita berilmu dan beramal untuk mendapatkan kesempurnaan penyembuhannya.


Ada saudaraku masih kristian. Ya mereka masih kristian namun hubungan macam biasa jer. Malah sesekali berjumpa rasanya lebih bermakna lagi. Cuma nak berdakwah terus terjah mana mungkin berlaku bagi menjaga situasi jamuan makan malam pada ketika itu. Apa yang mampu di dakwahkan hanyalah pada mempamerkan akhlak yang baik terutama menjaga hawa pertuturan serta pakaian yang lebih bertamadun iaitu menutup aurat baik lelaki dan wanita. Jamuan makan malam ini bukanlah bertujuan meraikan malam krismas namun ianya hanyalah hari perjumpaan keluarga. Kalau aku serta keluarga membaca doa makan mereka pun masih mengaminkan juga. Sebenarnya hubungan kekeluargaan ini terjalin dari akibat ikatan perkahwinan antara kakak ku dengan bang ipar ku yang beragama kristian berdarah keturunan campur. Hasilnya sungguh membahagiakan kerana dikurniakan anak yang hebat paras rupa yang kini telah pun berusia 9 tahun namun ikatan perkahwinan itu telah putus hampir 8 tahun yang lalu. Allah maha mengetahui hikmahnya dan walaupun telah tiada ikatan rasmi namun hubungan itu seolah dah melekat seperti kulit dan isi yang hanya mampu di pisahkan dengan mata pisau sahaja. Allah juga mengetahui mereka dalam diam mengakui kebenaran pada islam. Jadi kesimpulannya walaupun lidah kita tidak punya keberanian membicarakan tentang kebenaran islam namun terdapat lagi pelbagai cara berdakwah yang lebih berkesan Cuma kita perlu kreatif menterjemahkan islam sebagai agama yang benar dan selamat. Itulah allah mengurniakan al quran kepada umat Muhammad agar terus berilmu dan beramal. Kerana pembacaan al quran itu merupakan sesi latihan pernafasan yang terunggul, iaitu nafas juga bertanggungjawab membawa sifatullah dari hati ke pelbagai pusat badan, fikiran dan landskap rohani. Sesungguhnya membaca al quran dengan makraj dan tajwid yang tepat akan menimbul nafas yang seimbang dan harmoni kepada suatu ragam fizikal. Kesimpulannya ialah membaca al quran itu menjadikan kita lebih berakal insan. Dengan akal insan kita mampu mendakwahkan islam dengan pelbagai kesempurnaan gaya, budaya, ilmu, amal, hubungan, tamadun, fesyen, intelektual, makanan, dan yang paling penting ialah Katakanlah: "Dia-lah Allah, yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia."

Semoga esok, lusa, tulat, minggu depan, tahun depan atau hingga nyawa berada di kerongkong sekalipun islamlah saudara ku. Dengan izin allah mana tahu nasib mereka lebih baik di akhirat berbanding kita yang terlahir islam namun masih terhijab memandang pada kekuatan diri. Hindarkan kami dari berburuk sangka wahai rabbul alamin.



4 comments:

UstazCahaya on December 26, 2009 at 3:33 PM said...

Salam Ziarah.

Entry yang menarik saudara. Anda ada bakat menulis..

Memahami realiti kehidupan seperti yang saudara tuliskan di sini, saya telah menulis sebuah artikel berkenaan Krismas.

Rujuk link di bawah untuk membacanya:

http://mombloggersplanet.com/2558/guide-for-muslim-during-christmas/

Insan Marhaen on December 26, 2009 at 8:50 PM said...

Banyak pengalaman aku menyatakan bahawa berdakwah melalui lisanul hal memberi kesan lebih dalam....

Liyana on December 26, 2009 at 8:57 PM said...

amin...=)

zakir lazarus on December 28, 2009 at 10:13 AM said...

setelah menghayati pendakwahan rasulullah maka hamba bersetuju dengan insan marhaen bahawa berdakwah dengan lisanul hal lebih besar impaknya seperti yang nabi muhammad saw lakukan. cuma walau kita cetek ilmu sekalipun yang paling penting ada kenaran dan keberanian menegakkan syiar islam.