Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Adakah Namanya Nikmat ataupun Bala Malapetaka Musibah


LANDSKAP ROHANI

Aduh susahnya habislah kalau macam ni aku tak sanggup… hish…! apalah malapetaka menimpa-nimpa pulak ni. Apalah tuhan ni tak habis-habis bala bencana atas hidup aku ni.. Kalau macam ni susah hati aku boleh mampus aku dibuatnya. Hishhhh…! Celaka betullah nasib ni. Tak guna betul ler. Muka mula masam mencuka lalu menjadi merah akibat baran yang tidak terbendung. setiap ketika rasa nak meletup mulalah melenting tidak tentu hala maka itulah namanya SUSAH, PUTUS ASA berpunca dari Maqam Mazmumah.


Itu adalah kata-kata keluh kesah ketika diri ditimpa ujian dari ilahi… kata-kata yang berhambur nista dan keputus asaan adalah kata-kata kefasikan bagi menenangkan jiwa yang sememangnya hitam tidak di basuh dengan iman. Suatu ketika dahulu inilah aku yang menempatkan diri dengan kedudukan kehinaan tanpa sabar tanpa tawakal tanpa takwa. Sememangnya apabila ujian menimpa, ujian itu dianggap bala atau malapetaka yang seharusnya tidak boleh hinggap langsung atas diri. Apabila diri ditimpa ujian berupa kesusahan pasti diri berkeadaan gelisah, keluh dan kesah hingga menganggap ujian itu suatu musibah yang tidak sepatutnya ditanggung dalam seumur hidup. Tetapi apabila menerima ujian dalam bentuk kesenangan di manakah aku, kamu dan kita menempatkan landskap rohani mu. Suatu ketika ketika aku diuji dengan kesenangan pastilah aku melupakan siapa yang menghulurkan kemewahan. Kemewahan yang melimpah ruah hanya dianggap sebagai usaha sendiri hingga diri melarat mengerjakan maksiat . Adakah aku, kamu dan kita sanggup mengahabiskan setiap detik nafas melakukan maksiat zahir dan batin yang akhirnya pasti kamu akan ditinggalkan kehancuran oleh nafsu nafsi.


Namun kekuasaan allah amat luas yang mana diri kita sebenarnya bernaung di bawah payung-payung rahmat dan panji-panji nikmat ilahi. Sebenarnya setiap ujian allah itu adalah nikmat dan tidak boleh di gelarkan ujian itu sebagai bala bencana, malapetaka ataupun musibah. Sesungguhnya allah itu bersifat maha pengasih lagi mengasihani mana mungkin DIA mengkasari hamba-hambanya kerana sesungguhnya allah adalah al latif. Sesungguhnya ujian yang menimpa itu adalah kedekatan atau siren yang memanggil jiwa agar bertenang daripada maksiat yang melampaui batas dan memeriksa segala amal sebelum diri diperiksa di padang mashyar. Nah nampakkan sebenarnya ujian berupa kesusahan itu adalah nikmat yang sebenar nikmat yang lazat lagi indah untuk menyelamatkan diri daripada belenggu neraka. Manakala ujian berbentuk kesenangan dan kebahagiaan itu adalah rahmat yang menghujani qhadak dan qhadar yang tertulis di lauh mahfuz. Banyak orang mengeluh dan tewas dengan ujian kesusahan tetapi lagi banyak orang tergelincir dengan rahmat kesenangan yang tanpa bersyukur berubah menjadi istidraj.

Mengapa ujian itu tidak boleh dianggap bala , malapetaka atau musibah kerana telah pun diketahui sebenarnya kehidupan anak adam itu sesungguhnya adalah ujian selagi mana ia hidup di atas dunia yang fana ini. Setiap hela nafas itu adalah ujian, amal ibadath adalah ujian, solat adalah ujian, hidup juga ialah ujian dan mati pun adalah ujian. Adakah kematian itu suatu bala, musibah, atau bencana? Setiap kalilah berlaku kematian pasti di iringi dengan kalimat: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun"……. Mengapa pada ujian kesusahan dan kebahagian tidak pula terucap kalimat ini….? Sesungguhnya permulaan manusia itu adalah hidup dan kemuncak kehidupan itu adalah kematian. Tanpa menempuh alam kematian maka tidak mungkin manusia itu dapat kembali ke tempat asalnya di alam ghaib. Iaitu kematian itu adalah perpindahan manusia dari alam yang fana ke alam yang kekal sejahtera. Jika manusia itu tiada ujian kematian sudah tentu dunia ini terlalu sesak dengan warga tua bangka sehingga rupa paras lebih gerun dari hantu puaka akibat kedut-kedutan yang beropol-ropol dengan tulang belulang yang hampir mereput. Jadi adakah kematian itu suatu musibah sedangkan perpindahan manusia dari alam yang fana ke alam yang kekal itu adalah meyelamatkan manusia dari terbiar melarat tak mati-mati.


Haruslah aku, kamu dan kita fahami konsep nikmat dan rahmat yang mana ujianNya atas diri akan menjadikan kita lebih bersyukur. Kenapa ujian itu menjadikan kita bersyukur kerana setiap ujian itu ada ganjarannya. Ganjaran itu tidak pula memberi keuntungan bagi allah namun ganjaran berupa nikmat dan rahmat itu hanyalah tersedia untuk dinikmati oleh mereka yang sanggup menempuhinya dengan jalan kesabaran lagi bertakwa. Oleh itu haruslah kita beristifar atas nikmat ujian kesusahan dan bersyukur atas rahmat kebahagian agar kita menjadi hamba yang ikhlas yang merasa puas dengan apa yang diberikan allah dan menjdikan aku, kamu dan kita redha dengan segala kurniaan. Allah tidak sekali membebani seseorang melainkan sesuai dengan kekuatannya. Sikap isqamah dan tawakal yang dipraktikan dalam menghadapi ujian akan membuahkan sifat sabar dan syukur dalam diri.

Surah Ibrahim ayat-7……. dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), Maka Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".


0 comments: