Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Masih Lagi berJUNUB



LANDSKAP ROHANI



Lewat ketika ini aku masih meneliti, memerhati betapa sukarnya hati apabila diri setiap hari berada dalam JUNUB. Ya allah hamba belum suci dari sekalian junub. Amatlah ruginya diri setiap kali bersusah payah menghiasi landskap rohani tetapi masih gagal bersuci. Jika aku bermimpi janabah mudah sekali bagiku bersuci iaitu hanya mandi hadas dan halal bagi ku mendirikan solat dalam keadaan bersuci diri dari hadis kecil dan besar. Tetapi bukan itu yang merungsingkan dan menganggu diri, kerana diri ini sebenarnya berada dalam junub qalbi iaitu junub batin. Junub batin adalah kelalaian hati sehingga dalam banyak pekara aku lupa kepada allah swt. Aku melupai allah dengan sengaja atau tidak disengajakan. Aku berkasar kepada empunya afaal lalu berlaku kasar dan mencemuh ketika diri dilandai nikmat ujian. Aku ni dah macam anjing malah keburukan diri lebih terhina dari anjing. Sesungguhnya anjing itu akan menyalak-nyalak kemarahan apabila dirinya disakiti oleh batu yang dilontar oleh orang yang melontar. Tidak pula anjing itu memarahi orang yang melontari batu kepadanya. Begitulah aku merungut-rungut dengan kejadian yang menimpa diri dari akibat berhadapan dengan orang yang tidak bersivik. Tetapi itukan semuanya afaal allah yang mana allah berhak menguji sifatnya dengan afaalnya. Aduhhhh!!!!! Bodoh…bodoh….bodohnya kelalaian. Berilmu tidak beramal itulah yang akan menghancurkan nur makrifath. Itulah sebabnya aku namakan ujian itu sebenarnya nikmat bagi mukmin. Seseorang yang berilmu tidak bermakna dia telah merasai, oleh yang demikian untuk mengutip pengalaman dari ilmu tauhid afaal bukannya mudah melainkan aku, kamu dan kita telah merasai ujian yang allah kurniakan. Adakah gagal atau terus berserah diri.


Bagaimana aku, kamu dan kita berhajat memasuki dalam daerah khusus iaitu daerah para arifin ataupun peringkat bawah sikitlah iaitu dalam maqam mutmainah sedangkan saban hari belum lagi bersuci diri dari junub kelalaian. Lalai lalai lalai macam LALANG yang ke kiri bila di hembus oleh nafsu fasik dan ke kanan apabila di ketuk ketaatan soleh. Hati itu ibarat cermin apabila berdebu berhabuk telah padu melekat di atasnya maka cermin itu tidak akan dapat membias bayangan sukma kerana cermin itu telah berkeping-keping karatan di atasnya. Begitu jualah hati aku, kamu dan kita yang kelalaian dari mengingati allah dalam segala urusan walaupun pada urusan qadar hajat sekalipun jangan dibiarkan terbebas hati itu berterbangan tanpa arah berangan-angan duniawi. Kerana itu wajiblah aku dan kita semua mensucikan diri dari junub batiniah dengan mensucikan hati itu dengan upgrade akan zikir dengan lidah juga hati serta seluruh perasaan sekalian anggota zahir. Seraya itu cubalah berfikir mencari jalan penyelesaian agar diri jangan menghampiri jurang kelalaian lalu ditolak jatuh tersungkur tersembam ke dalam gaung-gaung kerugian yang dipenuhi tusukan penyesalan-penyesalan yang tiada berkesudahan.

Apabila setiap hela hembusan nafas tidak dibaluti dengan benang-benang sutera zikirullah mudah setan mengarahkan tentera nafsu itu mengilhamkan kelazatan duaniawi lalu hati yang sepatutnya dijanakan untuk mengenal allah akan dikerah untuk mengenal syahwat. Akal akan mula menayangkan skrin mega dalam lapangan memori lalu anggota pancaindera mulalah berfungsi hanya bertujuan untuk melempiaskan nafsu syahwat yang lebih kepada maksiat zahir ataupun batin. Pengaruh nafsu itu meluas hingga ke urat yang paling dalam walaupun telah di bajai akal itu dengan ilmu yang di fahami dan menyakini tetapi masih jua di kacau bilaukan sehingga yang terlihat itu adalah untuk bersenang lenang dan keuntungan peribadi sahaja. Maka akan hal ini aku, kamu dan kita mesti membatasi akal dari melampaui batasan mengingati hari esok masih adakah kehidupan bagi ku. Banyak mengingati mati, mati, dan mati. Semalam pun ada jiran kawasan perumahan ku yang telah mati menjadi mayat lalu dimandikan, dikafankan, dibenam keliang lahad lalu di injak-injak tanah kuburan itu lalu berlalu pergi setelah di talkinkan. Bye-bye sanak saudara, anak, isteri, harta dunia. Hai-hai mungkar nangkir menyelak carik selimut putih.

Sesungguhnya jika hati, lidah dan seluruh anggota pancaindera itu telah di baluti zikirullah yang meresap sukma maka berpandanganlah hati itu pada sekalian alam bagaikan melihat allah. Iaitu pada ketika melihat alam maka dilihatnya pula bahawa segala sesuatu yang terjadi dalam alam itu adalah menurut kehendak dan kudrat allah. Hati melihat, nafsu mengintai, akal memerhati dan anggota terpatri melihat allah dengan kekuasaanNya dan sifat-sifatNya yang maha suci. Sesuatu usaha itu tidak memberi bekas melainkan dengan hayat, ilmu, iradat dan kudratNya. Apa yang di atur dinisbahkan di susun itu amatlah bersesuaian pada sekalian kehendak. Apalagi jika berpadanan dengan apa yang di idamkan. Oleh itu wahai aku, kamu dan kita jalankanlah perintah-perintah allah dan jauhilah laranganNya dengan selalu mengingati akan hak-hak allah di mana dengannya kehendak syahwat dan nafsu itu terhindar dengan sendirinya…..Yunus ayat 6…. Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang itu dan pada apa yang diciptakan Allah di langit dan di bumi, benar-benar terdapat tanda-tanda (yang menunjukan undang-undang dan peraturan-Nya) bagi orang- orang yang bertakwa.

2 comments:

Insan Marhaen on January 1, 2010 at 8:27 AM said...

muga maal hijrah 1431 memberi kekuatan untuk memperbaiki diri...

Zakir Lazarus on March 2, 2010 at 1:49 PM said...

kekuatan untuk berdiri pun bukan usaha sendiri