Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Taat itu ubat maksiat.....ketaatan itu perangkap nafsu



LANDSKAP ROHANI


Ketika aku berpakaian jahiliyah, maksiat itu aku memandang umpama menepis lalat yang hinggap di hujung hidung sedikit pun tidak memberi bekas kepada penyesalan. Kelazatan mengerjakan maksiat bagaikan makanan ruji bagi landskap rohani ku sehingga aku pernah terlupa dan leka seharian suntuk selama 48 jam aku menghembuskan nafas hanya untuk bersenang-senang dengan rakan karib ku yang bernama maksiat. Maksiat itu sungguh jinak dan penyayang membelai nafsu dengan lembut dan rapi. Bila bersama maksiat zahir akan kepuasan dan batin pasti bertenang. Sehingga itulah segala pintu ketakwaan tertutup rapat. Telah jatuh perintah hijab, telah pudar warna iman, telah ranum buah-buah dosa, telah membusuk darah kotor yang menutupi hati, telah hilang cahaya rahsia, telah terbiar dari rahmatNya namun Dia amatlah pengasih lagi maha menyayangi sanggup mengutip diri ini dari limbah kehinaan, sanggup Dia memandikan diri ini dari telaga rahmat, sanggup diri meniup zat kasih sayangNya dari rasa rindu dan cinta sehinggalah diri ini kehabisan airmata penyesalan.


Ketika aku telah terjaga dari belaian maksiat ketika aku telah tesedar dari lamunan dosa dan ketika itu jugalah maksiat itu selalu mencemuhi dan menjadikan aku musuhnya tetapi dalam diam maksiat kembali memujuk rayu belas kasihan. Aku selalu di perangi maksiat sehingga aku tak terdaya melainkan aku bangkit kembali menentang mereka. Ketika Dia meruntuhkan tembok hijab ku baru aku nampak kawan baik ku iaitu maksiat sungguh ramai tenteranya namun dengan keyakinan asma allah yang Dia bekali mana mungkin lagi kawan makan kawan. Kini aku hampir bebas hampir menang hampir kepada yang menghampiri iaitu maut. Tuan Izarail makin menghampiri jasad ku. Tuan raqib pun makin rindu hendak mencatatkan kebaikan dan kebajikan ku. Kerana sesungguhnya ajal itu boleh datang pada bila-bila masa pun. Maka pendekkanlah cita-cita dunia untuk menunggu maut. Janganlah aku, kamu dan kita menjadi kaum yang berpenat lelah di dunia malah terus dan berterusan kepenatan lagi di dalam julangan api neraka. Sesungguhnya maksiat itu umpama menempah tiket kelas kedua menuju destinasi pelancongan kesiksaan yang kekal. Syirik mensyirikan itu adalah tiket kelas pertama yang tiada keampunan bagi manusia selama-lamanya. Jadi jangan kamu terpedaya dengan kelazatan syirik dan jangan kamu sekali-kali bersenag-lenang dengan maksiat walau sesaat sekalipun. Kerana bermula dari yang sedikit menjadi banyak dari yang banyak akan mengerasi dari yang mengerasi akan menjadi kekalan bakaran bahan api neraka.


Oleh yang demikian melaksanakan taat zahir dan batin itu ialah dengan menghayati dan memperlihatkan kehinaan aku, kamu dan kita kepada allah dan timbulkan kefakiran yang meminta-minta kepadaNya. Sesungguhnya jasad yang melakukan kemaksiatan itu berpunca dari kehendak landskap rohani yang semak samun namun cantaslah ia dengan taubat yang berterusan kerana ketaatan dalam bertaubat itu akan meraih kunci-kunci ketakwaan. Meskipun seseorang itu merasa senang melakukan maksiat tetapi jika aku, kamu dan kita tersedar dari lamunan maksiat lantas insaf atas kederhakaan itu dan mengaku akan kehinaan diri serta berikrar kelemahan diri insyallah pastinya allah menjadikan taat itu sebagai ubatnya maksiat. Aku adalah makhlukNa yang lemah, yang fakir, yang miskin dan yang hina, pada keagungganNya dan kurnianNya yang teramat luasnya. Dengan demikian allah mengampunkan dosa hambaNya bahkan pada hakikatnya maksiat zahir yang nampak itu lebih diampuni dari perbuatan zahir yang taat kepada allah tetapi hatinya masih diliputi dengan berbagai macam penyakit-penyakit hati yang halus lagi tesembunyi. Kesedihan orang yang derhaka kepada allah adalah lebih baik daripada kekerasan hati(merasa megah,ujub dll) dari orang yang taat kepadaNya. Walaupun banyak melakukan dosa-dosa dan telah meletakkan diri pada carta kederhakaan syariat janganlah sesekali berputus asa daripada rahmat Allah kerana itu akan meraih kesedaran kehambaan. Kesedaran yang demikian itu akan membenihkan takwa, menghapuskan  maksiat dan juga melenyapkan dosa dengan redha allah aku, kamu dan kita akan menjadi seorang yang Taat zahir dan batin.

Setiap penyakit itu ada ubatnya yang mana maksiat itu adalah penyakit dan TAAT itu adalah ubatnya. Takutilah kepada Allah kerana jika masih mengulangi lagi perbuatan maksiat setelah bertaubat dan bertaubat, bertaubat, bertaubat, bertaubat dan bertaubat walaupun pada maksiat yang sama mungkin kita akhirnya akan di kecewakan dan tertipu oleh hawa nafsu. Jadi sibukkanlah hati itu dengan allah, berdiri di hadapanNya dalam keadaan kosong dari wujud diri dan kosong dari sekalian pengharapan manusia. Tinggalkan dunia, akhirat dan manusia, jangan biarkan lagi terpengaruh dengan ketaatan diri sehingga merasa bangga dengannya.... jangan merasa bangga dengan setiap ketaatan....jangan sesekali  terpedaya dengan nafsu yang menyeru kepada ketaatan kerana jika sekiranya ketaat itu berpunca dari nafsu selidikilah dengan sehalus-halusnya bimbang akan terjerumus dengan ketaatan yang palsu. Iaitu mendirikan suatu ketaatan yang diserukan oleh nafsu adalah tidak menghasilkan ikhlas kerana setiap pelaksanaan nafsu itu inginkan habuan, inginkan martabat, inginkan dipandang-pandang. Oleh yang demikian berfikirlah sejenak tentang maksiat yang diampuni dan ketaatan yang tercela.........?


0 comments: