Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Hasret....hasrat


LANDSKAP ROHANI



Dalam hati ku tersimpan jutaan. Jutaan kehendak dan keinginan namun segalanya ku simpan menjadi dendam. Agar suatu hari nanti dendam itu itu menjadi rindu dendam yang menghasilkan cinta. Cinta yang ku ingin dan ku dambakan menjadi taruhan bagi ku. Apa katanya itu korban dan di mana itu korban. Korban kepadanya untuk apa dan mengapa sehingga aku lelah dan hilang untuk apakah cinta itu di korbankan melainkan mengorbankan diri itu terlebih dahulu sehingga terluput segala kecintaan selain dia yang maha esa.
Hasrat ku ingin bersama sedang mana mungkin berdua…
Hasret ku ingin berdampingan sedangkan mana mungkin bersama….
Hasret ku ingin menyata sedangkan mana mungkin aku melata….
Hasret ku ingin kesampaian sedangkan mana mungkin berarah sana…
Walaupun aku gagal dalam hasrat ku….., walaupun aku lemah dalam hasrat ku….., walaupun aku tak berdaya menjulang hasrat ku…. Aku redha kerana aku terima apa sahaja hukuman. Oh hati yang dingin mengapa saat ini tidak sehening dahulu. Kelibat mu di sana sini membuat aku makin tak tertahan…. Tak tertahan … tak tertahan menanggung kebuntuan dan kebinggungan… tak tertahan menanggung kebodohan… tak tertahan… tak tertahan….. kurniakanlah aku ketahanan duhai pencipta malam… agar titisan cahaya mu menerangi gelap ku….
Apalah ada pada ku jika tidak merasa
Apalah ada pada ku jika tidak menyapa
Apalah ada pada ku jika hanyut tersiksa
Apalah ada pada ku jika hanya meronta
Apalah kesudahan diri ku jika hanya terpaksa
Diamlah …tinggallah berdiam
Hingga aku menyambut salam
Dari mu teman sepanjang malam
Hingga silam menyimpang alam
Hingga yang berkata dari yang terdalam
Tidak lagi berbalam-balam
Sungguh terang  bersuluh ragam

Continue >>>

Merapu Dana


LANDSKAP ROHANI

Hidupkanlah hati mu wahai manusia dari kalangan yang gelita mohon bertukar segala derita bagi menyelak segala pusaka. Di dalam rintihan yang menderita tidaklah aku yang memaksa melainkan telah tiba segala nestapa terpadam jua. Walau berjuta datang gembira tiada satu akan ku kira melainkan mereka sahaja. Yang segelintir memuja duka. Setelah terbakar segala mahkota masuklah dikau ke dalam kota melihat dikau bertapa melentur derita menjadi cahaya. Bukan aku memuja raksa bukan pula aku memuja punca hanyalah aku melihat saja apakah ada segala cerita. Sungguh segala cerita bagaikan berita telah tersurat di alam waja manakah lagi intan dan permata seandainya tiada pendita.
Demi aku yang jauh nestapa tidaklah terungkai bagi akal dan kata…… hanyalah mata menyaksi cerita yang terdalam lagi terahsia. Apakah syarat untuk mengenal melainkan korban segala cinta kelak akan di Tanya apakah korban mu pada ku wahai hamba. Ketika itu manakan ada segala cerita langsung tiada yang ada hanyalah aku yang tak pernah tahu siapakah aku. Bila menyelak segala hijab manakan tangan mempunyai kudrat melainkan kudrat ilahi ku pinjam sahaja bagaimana inginku bayar kerna saban waktu ku terhias dosa dan noda.
Jika memburu segenap rasa manakan daya aku menguasa kerana daya ku tidak berkuasa untuk mengelak atau menghalang. Lalu ku hilang di dalam raga, sangka ku wujud lagi berkuasa rupanya gagal semata walau sebutir datang menguji. Tidak terdaya aku berkuasa manakan tahan jika memaksa melainkan berserah pada mu yang esa kelak ku mohon bertemu jua.
Aduhai hati ku tidaklah berbau tidaklah berwarna tidaklah bertampan melainkan hanya cahaya terliputi bagaikan gemawan manakan tahan mata memandang melainkan hiba di dalam rawan. Hidup bagai di tawan oleh cinta yang rupawan itulah dia penyuluh hijab mana tahan aku di dalam sawan  menyangka cinta itu bertampan sedang hati ku dimamah sangka wasangka.
Di dalam cinta manakan tahu itu akibat atau musabab… elokanlah jalani dalam landasan yang lurus. Tidaklah engkau akan derita ke hulu ke hilir mencari pusaka …., seandainya bertemu mereka tidaklah jua puas tercipta. Jauh engkau jauh dari ku melainkan engkau kembali merayu ku……. lihat sekeliling hati mu adakah kerajaan ku terdiam atau termaju. Lalu engkau lihat dalam hati ku tidaklah indah terluhur di situ. Seandainya engkau bingkas pasti kau ketemui permata hati.
Jika tuhan ku puja tiada di situ lalu bagaimana akan ku tahu dia bertemu di mana dan kemana seandainya aku itu tidak bertemu. Janganlah duhai pujaan ku kau itu malu mengakui bahawa aku itu tiada siapa yang tahu melainkan bagi mereka yang tahu bahawa diam itu bahasa ku. Sunyi itu tarian ku. Sepi itu nyayian ku. Riang itu kemurkaan ku. Gembira itu musibah ku. Tangis itu minuman ku. Yakin itulah aku.
Continue >>>

Tidak tahu apa-apa pun


LANDSKAP ROHANI



Duhai maha cahaya rindu pulasan dari seberang menerima cita dan citra dari bayangan. Kini aku menanti kapan tibanya saat itu menanti di dalam alunan tasbih mu daku memuji memohon sejuta pengampunan dari kelam semalam. Daku tidak berdaya duhai maha karya ku kerana dikau tidak ternafi atau terisbat. Hamba makin menggali setiap penjuru hati moga-moga terpalit sinarnya mentaati.  Wahai yang maha kasih izinkanlah aku melagukan nyanyian mu di dalam kamar yang usang agar terdiri ku ini menari di atas arasy mu. Menitik angan di haluan rindu itu janganlah di gagali aku ini menjauh dari dodoian mu.
Wahai maha karya ku…..,
Wahai sanjungan ku….
Duhai allah ku…..
Terbitkanlah aku ini menjadi hamba mu…. Izinkanlah penyucian zahir ku menziarahi bathin ini. Walau hamba sering terluka dari afaal mu aku menjadi redha dalam rahmat kasih mu. Izinkanlah hamba benar-benar mentaati mu wahai yang dinanti moga penantian itu bukan menjadi penyiksaan bagi ku. Moga-moga menjadi aku yang bersangka baik pada apa saja hukuman. 
Moga-moga hamba bisa melepaskan segala wasangka…..

Duhai hamba ku tidaklah aku ingin kau tersiksa menderita
Berpalinglah dari segala cinta mu
Kembalilah pada ku
Hingga tiada apa dalam sanubari mu melainkan hanya aku saja
Lihatlah di dalam benak mu adakah aku di situ atau hanya aku di situ
Janganlah kau lekas menderita dari apa yang tiada
Kerana sesungguhnya aku sebenarnya tiada
Tiadalah wujud aku di dalam aku
Melainkan hanya kosong semata
Marilah
Marilah…

Ke mana ingin ku menuju
Akhirnya aku kembali pada mu
Kembali pada mu yang aku tidak kenal menyaksi
Ampunkan daku
Ampunilah hamba mu
Kerana aku tidak tahu…. Tidak tahu…  
Tidak ketahui apa-apa pun
Continue >>>

Sungguh Derhaka Engkau Penzalim


LANDSKAP ROHANI

Continue >>>

He just a WHAT?


LANDSKAP ROHANI

Dari benaknya hati seorang lelaki masih sahaja terdapat sirna dari raut wajahnya. Walau berjuta keringat bertaburan mencari sesuap nasi namun belum lagi benaknya puas melihat lontaran kekuatannya. Lelaki itu bingkas bangun dari alamnya namun dia belum cukup kuat untuk bertahan di situ. Berangkatlah akalnya mencari keadilan diri di manakah yang harus di ikuti melalui denai nafas-nafasnya yang berhamburan itu. Tidak cukup lelaki itu menghampiri tujuannya sekali lagi dirinya digonggongi uji-ujian yang pasti menghancurkan takwanya….
Di medan itu lelaki itu membasuh lukanya dari heningan air mata namun tiada siapa yang sudi bercerita padanya. Maka lelaki itu memujuk hati agar enggan sekali berputus asa dari jiwa yang menguasa diri. Bersama bekal kasih sayangNya lelaki itu melewati helaian ilmu dan akal yang belum dapat di bukakan segala rahsia. Lelaki itu masih terasa binggung dan termangu-mangu perjalanannya…. Tidak tahu dia hala yang di tuju. Segala tujuannya, keinginannya, kehendaknya perlahan-lahan dim amah jiwa yang menghamparkan kebinggungan.
Namun setelah itu kembali lagi ia berkobar dan pasti di situ ada kekasihnya. Kekasihnya tidak ia kenal langsung dia tidak mengerti akibat terlampau banyak diri-diri yang di lalui…. Makin gagal untuk menyakini walau kefahaman itu mutlak ber-diri. Di dalam hakikat itu terdapat perhiasan syariaat yang di ikuti … tetap lelaki itu pada landasannya. Namun belum sempat menikmati syariaat itu jiwanya sekali lagi di lontar api yang menyala-nyala. Aduhhhh  mana tahan lelaki itu mengharungi nya selain hanya dapat berdoa dan memohon. Tiada usaha kerana segala usaha di tiup bagai debu-debu yang kering….
Sambil melirik matanya yang bundar itu merenung kelibat solehin, lelaki itu bertanya pada hatinya…. Bagaimana aku ini?
Itulah dia lelaki itu bernama SAYA….. mengatakan “ bantulah saya”……  hulurkan pertolongan mu wahai ilahi ku… hamba mohon menyerah pada segala-galanya pada mu….. jauhkan hamba dari meminta selain mu….
Continue >>>

cerita sakti


LANDSKAP ROHANI
Continue >>>

Redha itu Bertasbih walau Haq terhimpun Batil


LANDSKAP ROHANI


Taubatlah hamba ku
Dalam penjara mu
Bertemu mati kehendak ku atas mu
berkehendaklah engkau pada ku
hingga tiada sipa yang berkehendak jitu
melainkan hanya AKU bertemu laku

Dalam mencari itu dermaga terlewat sudah aku rasakan pada umur yang makin menghimpun. Selonggok bongkah runtuhan dari gunung dosa-dosa ku makin memancar cahaya gelap hingga aku tak lagi kuat untuk menepis hawa yang gelap pekat itu. Lalu aku semati dan semahu membiarkan diri ku tenggelam dalam pelukan amarah ku dan masih lagi bermohon agar diri ku meredhai dari apa ketentuannya atas ku berupa qhadak dan qhadarNya.
Di sini aku terlontar jauh jauh jauh jauhhhhhh sangat dari rasa yang memikat rasa. Aku sengaja melempar diri seakan inilah yang menyebabkan aku makin benci akan diri ku. saban hari kejian , tohmahan dan herdikan menjadi sajian pagihari hingga dinihari namun amarah ini masih tidak mahu meninggalkan diri apatah lagi ingin membiarkan aku berdiam diri. Benarlah sabda baginda ku junjungan besar Muhammad s.a.w mengatakan Perang Yang Paling Besar Adalah Perang Melawan Nafsu Yang Terletak Antara Dua Lambungmu"
Demi allah nama empunya zat aku merayu pada diri yang bathin agar diri yang zahir ini tidak terikat lagi dengan kehendak yang kuat pada nafsu dan nafsi yang makin menjadi-jadi. Aku tahu segalanya tak bisa terjadi jika aku di beri kekuatan untuk bertahan dari ujianNya….. namun itulah dia namanya ilmu yang diajar kerana setiap apa yang di namakan REDHA itu pasti terdapat 2 yang menglangkaui iaitu ada yang  HAQ ada yang BATIL…..yang haq berdiri pada yang batil dan yang bathil berdiri pada yang haq hingga diri enggak tahu lagi mahu kemana saja haluan maka lelah saja aku biarkan itu diri mentaati haluannya… dan di situlah namanya penyerahan hingga mengetahui aku wajib meredhaiNya atas apa sahaja kehendaknya pada diri, dan tidak sesekali aku meminta DIA yang meredhai segala perbuatan AKU(wujud diri)…. Mana mungkin seorang raja merelakan hambanya(yang mengaku hidup) mengambil takhta pemerintahan ….
Aku kosong hingga terkosng di dalam kekosongan itu tolonglah ilahi ku ,,,,,… isikanlah AKU itu menjadi ketuhanan mu  yang berserta milik mu yang merajai alam mu yang membinasakan  keakuan diri ku yang bernafsi api.

ampunilah allah ku
ampunilah ilahi ku
aku gagal membawa diri ku
hingga kiamat gagal menjemput ku
kerana aku membawa AKU
sedang engkaulah AKU yang memandu……….

Continue >>>

Berkorban Apa Sahaja


LANDSKAP ROHANI
Continue >>>

ketika nafsu bersabda


LANDSKAP ROHANI
Tukar haluan mu wahai ayu
Kembalilah merayu
Biarlah begitu merayu
hingga terbit sayu
lalu aku menunggu
hingga terbit waktu
tuk kita bertemu
dipertemuan aku dan kamu
hinggalah bayang dan cahaya menyatu

Ketika mula diri mu mencari diri tiadalah diri itu kau kenali melainkan diri mu itu disangka memberi kehidupan. Diantara kerlipan bintang di langit yang terlihat hanya Dialah yang berdaya mencipta itu. Sedangkan diri mu tetaplah dianggap diri yang hidup dan menghidupkan. Setelah engkau bergerak untuk mengenali diri, ego mu mula menyepak kebenaran hingga kebenaran itu terus jatuh tersungkur lalu tidak pernah kau ambil peduli. Lalu engkau turuti segala sabda nafsu mu hingga diri mu yang merasa pilu di bawa arus noda dan dosa yang kotor bagai air limbah yang membusuk. Setelah itu kau bagunkan aku kembali dari pelusuk yang berduri semak dan samun itu. Kau basuhi diri mu dengan air mata namun kau belum puas kerana terasa diri  mu masih belum menguasa. Jadi di situ engkau masih teragak melangkah setelah segala percubaan membuahkan paksa.
Esok telah pun bertukar hari, dan semakin hari maut itu mengejari mu… dahulu cukup engkau gentar tentang maut namun kini maut itu yang kau gunakan untuk menakutkan nafsu mu yang bersabda. Lalu diri itu kau simbahi dengan alunan zikri hingga mengentar seluruh indrawi mu.  Namun kau belum puas. Apakah yang kau cari wahai diri. Adakah selain dari ukhrawi atau duniawi.
Wahai diri aku telah sanggup menempuh apa jua halangan menimpa. Bagi ku tiada apa yang bisa menghalang dari apa yang aku kehendaki. Setiap apa yang aku perolehi akan aku amati hingga aku mengenal apakah itu hajat ku. Jika engkau masih belum memenuhi hajat ku layakkah aku berdiam di situ.
Dan jika diri itu bertikam lidah untuk memahami tentang sifat diri yang bertingkat hingga diri adalah yang berdiri untuk menyaksi hanya diri kepada diri. Dan jika diri mentaati diri hingga terlepas simpati masihkah ada diri yang menguasainya melainkan dialah yang lebih berkuasa untuk memaksa. Paksalah, rela dipaksa asal paksa itu tidak menukar diri ku yang beraksa menjadi suasa. Paksalah diri ku ya ilahi ku. Ke mana saja aku rela memaksa nafsu ku
Itulah habuan nafsi malas untuk di mengerti tentang hati. Malas untuk menempah peribadi Muhammad. Malas untuk memahami. Malas untuk ….. malas… malas….
wahai ilahi ku aku mohon pada mu
ingin ketemu kepada mu
aku tak tahu mengapa tertipu
hingga tenggelam segala rayu ku
wahai ilahi ku mengapa begitu
aku malu menoleh kembali itu waktu
terasa pilu
pilu
pilu
pilu……..!

Continue >>>

THE LOST GUARDIAN


LANDSKAP ROHANI


Wahai hamaba jangan terleka
Toleh kepada ku mencari puja
Mari ambil ini derita
Eloknya bagai menghunus senjata
Marilah hamba tebaklah meneka
Di mana ada aduka
Di situkah aku merdeka
Marilah bersama tinggalkan leka
Rayulah aduka bagai aku merdeka
Kelak segala duka mampu bercerita
Cerita tentang dia yang menguasa

Mursyid itu lebih utama dia membimbing mu daripada dia mengekali dirinya dengan kelansungan hidupnya. Jika mursyid itu engkau perdapat akan dia, selidikilah kesesuaiannya bersama mu kerana mursyid itu memahami kedukaan dan kehendak mu. Seandainya engkau ingin bertemu seorang daripada mursyidNya yang ramai itu pilihlah salah satu darinya yang memberi untung kepada mu dari segi rohani dan jasmani, kerana seorang mursyid yang sejati tidak sesekali akan menyusahkan diri mu dengan permintaan yang tak terdaya engkau tanggungi. Jika sekiranya engkau masih gagal bertemu dengan mursyid ku hendaklah engkau mengekali iman dan taqwa mu semata-mata kerana berasa taat terhadap ku.
Wahai hambaNya telah DIA khabarkan buat mu bagaimana usaha dan gerak mu itu tidak akan mendatangkan hasil selagi kamu enggan memahami betapa gerak dan usaha itu dari DIA  jua. Seandainya telah engkau benar-benar mentaati itu gerak dariNYA maka akan DIA bawa engkau bertemu mursyidNYA sehingga di situlah letaknya diri mu untuk bertemu diri mu jua. Jangan sesekali engkau melebihi darinya kerana itu menunjukkan keangkuhan mu. Sesungguhnya walau engkau itu telah mengetahui dari sebahagian rahsiaNYA tetaplah engkau berdiam kerana itulah jalan yang paling selamat bagi mu.
Sesungguhnya mursyidNYA itu telah DIA limpahan nikmat dan kurnia dari rahmatNYA untuk mu. Seandainya engkau di situ bersama mursyidNYA itu hendaklah engkau mengorbankan setiap inci keegoaan mu kerana itu lebih memudahkan mu bertemu AKU. Seandainya engkau masih ragu terhadap mursyid mu eloklah engkau mentaatiNYA seperti DIA mentaati mu dan di situ akan DIA kurniakan rahmat kasih sayangNYA kerana ketabahan dan kesabaran mu itu. Jangan sesekali engkau mendahului mursyid mu kerana itu mengundang kemurkaanNYA.
Mursyid itu bukanlah lawan bicara mu dan mursyid DIA  itu bukanlah rujukan nafsu mu. Tetapi mursyidNYA itu DIA benar-benar khususkan untuk mu bagi menyatukan antara zahir dan bathin mu. Benarkanlah pada DIA duhai hambaNYA  kerana  DIA itu lebih mengetahui dari apa yang kau citakan dan kau dambakan.
Kehendak nafsu mu tidaklah sama dengan kehendak itu AKU. Lalu jika engkau masih ragu itulah kehendak dari sebahagian nafsu mu yang bertempat di alam mulki. Janganlah engkau cuba untuk melihat diri mu lebih tinggi dari sangkaan akal mu sedangkan aqli mu itu hanyalah seumpama bentangan hamparan permaidani yang indah. Namun segala keindahan itu hanya letaknya di bawah telapak kaki sahaja. Seharusnya duhai hambaNYA  engkau perbuat akan diri mu sentiasa taat dan mengenali itu taat yang khusus untuk mereka yang khusus.
Wahai hambaNYA jika itu mursyid telah engkau ketemui sepertimana yang DIA khabarkan untuk mu bersegeralah engkau mengeluarkan hawa dan nafsu dari gelombang  hati mu. Sesungguhnya hati itu tidaklah DIA khususkan untuk mu menghimpun  persoalan hawa nafsu sebagai pelayan untuk ketemu….
Lalu benarlah kata mu tuan
Aku ini umpama tebuan
Melayan kehendak diri yang dipertuan
Akhirnya aku mati keseduan
Mengutip madu untuk mu dipertuan
Tapi nafsu yang bersembunyi menghirup maduan
Hingga terleka diri di persembunyian
Akhirnya bagai kehilangan
Di manakah sebenarnya haluan….?
Tujukkan aku itu habuan
Bukan sekadar menjadi tebusan
Pada ku yang mencari THE LOST GUARDIAN
Continue >>>

The Last Guardian


LANDSKAP ROHANI
Continue >>>

Jika melayan suri jangan di biar duri Menari


LANDSKAP ROHANI

Telah gugur itu pilu
Maka datanglah bertalu
Janganlah dikau ragu
Kerana AKU sedang  menunggu
Pada mu diri perhatilah AKU
Kerana AKU rindu bertemu
Bisa kita jadi tamu
Berdua kita menguasai berdiri mu
Jika telah aku bertamu
Maka tiada dua kita seteru
Disitulah kita menyeru
Padanya yang kaku melihat AKU

Jika menanti dan terus menanti sebutir mutiara adakah dapat merasa nikmat pada sinarnya sedang tangan belum kuat untuk memegang butirannya. Jika begitulah jalan paduka jalanilah aku ini sebagiamana mereka berjalan sedang jalan itu telah terbuka. Jika aku masih meragu dan terus termangu untuk berjalan di jalanan ini masihkah ada hati yang sudi memerhati aku melepasi sempadan mimpi ini. Saban hari aku berjalan namun aku makin tenggelam dalam keheningan kalam –kalam yang agak berbalam. Terkadang aku merasa sayang lalu pilu itu aku bawa tenggelam. Namun esok aku selam namun aku kelam pada mu kalam.
Walau dalam kelam aku masih tercari-cari apakah yang terdalam masih menanti  aku yang berbalam. Sehingga kini aku masih memahami apakah itu diri apakah itu duri. Jika duri aku kenali… ya sungguh aku mengenali sifat itu duri namun aku kini ingin berkenalan pada pencipta itu duri. Jika itu diri sering di tusuk duri esok lusa akan terbiasa di tusuk duri. Cuma rasanya duri itu telah tumpul dan tidak memberi kesan yang asyiik pada diri. Hingga kini itu duri aku asahi namun itu duri tidak mahu akan aku lagi.  Katanya diri sudah bosan bermain duri. Teringin pula bermain api.
Belum pun kenal itu api aku di simbahi cahaya yang memadamkan terang api yang tinggal hanyalah panasnya yang aku perdapat dan aku perhati. Sehingga kini aku teliti itu kepanasan api lalu aku enggan menurutkannya lagi kerana aku telah jatuh percaya bahawa yang terdalam itu sunyi lagi memenuhi ruang ku yang sempit ini.
Ruang ku sungguh sempit ilahi ku. Mengapa begitu sempit. Sehingga sungguh sesak dan aku jatuhkan kepala untuk menuruti  kehendaknya tidur. Lalu tidur itu sungguh nikmat bagi ku  dan itulah yang aku perdapat dari sebahagian cerita cinta. Bila telah aku jatuh suka engkau kosong lalu aku memekik bertanya mengapa. Diamlah. Mana ada cerita segalanya hanya yang menguasa. Kosong-kosong-kosong-kosong dan terus kosong.
Lalu aku usungi badan yang berdiri ini mengikuti denai-denai itu jalan sehingga kini aku terbaring saja hingga terlena tanpa mimpi tanpa geri hanyalah diam yang terbiar kosong lalu kosong  menghiasi aku yang terdalam. Hanya kosong biarlah kosong. Esok lusa siapa tahu kosong itu bisa terisi dengan rasa yang mencipta dari yang maha pencipta… kini aku berkata lahaulawallaqhuwataillbillahiazim menjadi pakaian ku…..
Bak kata orang muka selenger…..
Degil sungguh pada mu dewi
Melihat diri yang mendewa dewi
Jangan kau berkasar pada diri
Kelak diri mantaati mati
Jika ingin kembali
Carilah titi
Itu titian tiada berduri
Hanya disaluti alam mimpi
Hanya yang mimpi akan jadi pasti
Continue >>>

Paksa Hidup Ini Membangunkan Tidur II


LANDSKAP ROHANI


MASA BERTUKAR TELAH HADIR....

jika lewat menunggu masa
jangan ragu tuk kembali menguasa
cubalah berpuasa
dalamnya terkandung rasa
suatu rasa dari maha karya cipta
yang mencipta segala cinta

Dalam riang mana ada duka terlupa segala nestapa walau hindu itu membujuk kaku. Walau aku itu maju tapi engkau menahan hingga segala pagar runtuh di haluan. Tinggal sisa dari nista namun semuanya berlonggok. Tampak nista. Jalan ku Nampak kotor. Aku ingin membersihkannya. Perlahan-lahan aku menyapu. Debu-debu itu berterbangan bagai ada yang yang mengawalinya. Di situ aku makin dekat untuk cuba melihat betapa besar kuasanya menakluki diri ku.
Makin aku cuba berjalan satu persatu denai aku perhati.... ohh banyaknya kemucuk melekat di pakaian ku. Namun itu semua aku tak peduli. Terus berjalan. Akhirnya kemucuk itu menyucuk daging ku. Di situ aku terhent, lagi sibuk pula melayan kemucuk. Cukup membuang masa. Masa terbuang.
Pada jalan ini.... sungguh aku tak faham, sungguh aku tak mengerti. Sungguh aku mahu tahu. Tahu aku itu, bukan ketahuan pada jalannya. Tetapi apakah jalan itu bisa mentauhidkanNya. Jika aku berpegang pada jalannya pasti aku akan terleka dan terbuai dengan keasyikan alunan gemalainya. Namun sebenarnya ada cahaya petunjuk. Tak ku sedari. Tidak aku tak tahu menafsirnya. Aku bergantung penuh kepadaNya. Lalu aku serahkan sahaja segalanya kepada yang empunya kudrat. Semoga aku layak mengetahui jalanNya yang terahsia lagi terbentang luas. Luas pada rasa namun amat sempit pada fikir.
Lalu aku amati lagi jalan ini, namun aku terlupa yang mana harus aku lihat. Kerana terlalu lama melihat yang di luar sehingga terluput yang di dalam. Walau yang terdalam berpesan, namun aku sengaja melontarkan wasangka agar yang terdalam tetaplah terpencil di belantara. Kerana aku melihat di luar. Kerana aku menghiasi tidur. Lalu aku kembali ke belantara mencari denai-denai kecil itu dan bertanya apakah yang ingin di beritahu kepada ku. Bukan jawapan yang aku taksub, namun itulah jawapan yang mematikan segala jalan-jalan keletihan luar.
Jika aku kembali mentaati tidur nan mati, masihkah ada sinar di hujung jalanNya. Walau dia maha pemurah lagi maha mengasihani, namun pasti ada batasnya yang memisahkan rahmat dan kurnia. Kerana rahmatnya sentiasa menyirami diri aku ini, tetapi aku menepis rahmatnya masakan dapat aku akan pengurniaanNya. Hari-hari aku berlawan. Setiap hari aku di tawan. Aku tak tahu mengapa aku tak kuat menahan. Telah berkali aku bangun mencuci sawan. Aku malu mencungkil rawan. Akhirnya Dia berkata bertaubatlah hamba ku…. Hamba ku beristiqfarlah semahu Ku bukan semahu mu.
datanglah pada ku
kembalikanlah rasa ku
hidupkanlah cinta ku
matikanlah hendakku
lontarkanlah aku
jauh dari pelusuk kaku
Continue >>>

TANPA NAMA


LANDSKAP ROHANI


MASIH TERDENGAR NAMA
WALAU BERJUTA BERSUARA
BERHAMBUR KECEWA
MEMUJA RAYA
KELAM KELIBUT TIADA SUARA
MEMUJA…..
TANPA KATA TANPA SUARA
Hendaklah engkau sentiasa memenuhi hati dengan berzikir kerana itulah peringkat mubtadi bagi hambaNYA yang menujui diri menjadi salik. Dan tidaklah DIA perindahkan hati itu dengan hamunan nafsu yang tercela melainkan DIA abadikan degupan jantung itu dengan alunan zikirullah. Wahai hambaNYA hendaklah engkau pasrah dan redha di setiap jalanNYA yang bernama qhadak dan qhadar DIA dengan menyerahkan sepenuh hati mu terhadap DIA sehingga yang tinggal di hati mu hanyalah hiasan tanpa nama  yang engkau sendiri tidak mengetahui apakah namanya yang terlebih baik dari sekalian asmaNYA.
Jika engkau menjadi hamba adalah engkau itu amat berbeza dengan makhlukNYA yang lain kerana makhluk DIA itu adalah hambNYA yang DIA cukupkan pakai dan segala keperluan hidup. Namun engkau hambNYA yang akan DIA angkat menjadi insan maka pakailah dari pakaianNYA(LA MAUJUD BI HAQ ILLALAH) sehingga DIA mencukupkan keperluan mu sebagai hambaNYA yang bertaraf insan.
Hiduplah engkau dengan nafas DIA yang tidak berwarna itu. Begitulah engkau di atas dunia yang fana ini tiadalah engkau punya nama. Jadilah manusia yang sebaik-baik kejadian makhluk untuk melengkapi putaran kehidupan qhadak dan qhadar namun engkaulah jua yang memegang qhadak dan qhadar mu jika sesungguhnya engkau memijak kaki mu ke maqam insan.
Wahai hambaNYA hendaklah engkau menghiasi diri mu yang zahir dari kecelaan diri kerana itu lebih menjinakkan hati mu di khalayak ramai dan sesungguhnya celaan jangan kau hiasinya dengan kenistaan yang tersembunyi yang mana engkau rela di tawani dari nafsu mengadu domba yang amat halus. Sessungguhnya tidaklah tercela diri mu melainkan engkau telah menjerumuskan diri di dalam alam yang di hiasi kesunyian. Sesungguh khalayak ramai itu bagaikan jarum yang di hiasi racun yang berbisa tetapi ia juga adalah penawar bagi setiap pintu nafsu-nafsu mu. Oleh itu janganlah engkau sesekali mencela diri mu di hadapan khalayak cukuplah engkau mencela diri mu di hadapanNYA kerana sesungguhnya DIA itu maha mendengar lagi maha mengetahui.
Wahai hambaNYA hendaklah engkau berdiri di hadapan DIA lalu engkau berikrar di hadapanNYA. Lalu engkau mengangkat tangan mu  membenarkan kalimah shahadat. Membenarkan segala penafian di atas bumiNYA ini dan mengisbatkan DIAlah kehidupan yang mutlak. Wahai hambaNYA hendaklah engkau mentaati DIA sebagaimana DIA mentaati diriNYA pada mu.
Jika alpa menjadi sajian
Mana lagi sadar menjadi panduan
Dalam alpa bebas berterbangan
Namun engkau takut kehilangan
Kembalilah engkau membilang haluan
Continue >>>

Waliyullah vs Ahlullah


LANDSKAP ROHANI

Dalam rayu itu masih jahat
Berdebat  nafi melaung isbat
Terlalu dalam hitam pekat
hendak memikat manikam rupat
sedang jauhari mabuknya syarbat
di mana saja kelam kelibat
di sini saja biar perdapat
aku bukan nisbat
jangan lagi nafi isbat hingga tiba sakarat

Maka tidaklah Dia pertuturkan buat hambaNya dengan kalam yang paling Dia redhai melainkan akan Dia simbahinya dengan penuh rasa kasih dan sayangNya yang melimpahi melebihi dari apa-apa ciptaanNya pada mu. Lalu bagaimanakah akan Dia perhitung atas mu.

Mengapakah wahai hambNya. Kau terlalu angkuh melihat diri mu hingga tiada apa lagi yang menyirna Dia pada mu. Mengapa duhai hambaNya engkau melihat diri mu yang mentadbir sedang Dia itu telah mengkhabarkan pada seluruh maya untuk setia mentaati Dia baik zahir atau bathin. Wahai hambaNya mengapa engkau masih lagi terleka pada ikatan nafsu nafsi yang Dia ciptakan khusus untuk engkau melihat kezalimannya. Tetapi mengpa engkau masih memuja hingga benar-benar engkau terleka kepadanya. Wahai hamba-hambaNya kembalilah kepada  Dia dengan bersungguh-sungguh mengamalkan jihad padaNya. Lalu akan Dia lontarkan ikhlas buat mu hingga engkau terpaku padaNya selamanya.
Dan tidaklah Dia itu menngenal diri mu lagi sekiranya engkau enggan mentaatiNya. Kembalilah duhai hambaNya dengan jalan sabar dan tekun padaNya.
Lalu waliNYA itu DIA kenalinya dengan latihan di jiwanya yang benar-benar DIA bertempat di situ dan tidaklah DIA zahirkan waliNYA itu melainkan ia(wali) adalah DIA yang berjalan pada tapaknya hamba. Jika seorang waliNYA itu mengkhusus kepada perintah dan telunjukNYA hendaklah engkau jua mengkehendaki jiwa raga mu itu mentaatiNYA sebagaimana mereka bebas mentaati DIA atas nama dan sifatNYA  yang agung. Lalu jika engkau ingin berkeadaan bagai seorang waliNYA hendaklah engkau mematikan sebahagian kehendak mu yang terdiri dari kebatilan perintah dan amal. Lalu jika engkau berkehendak hati mu bagaikan si waliNYA hendaklah engkau mempersiapkan hati mu dengan keindahan sifat ar rahmanNYA. Dan tidaklah seorang waliNYA itu terlepas dari qhadak dan qhadar DIA.
WaliNYA itu DIA perintah kepadanya atas urusanNYA  padanya. Hidup dan matinya wali  DIA  itu menurut titah dan perintahNYA  hingga DIAlah yang menempatkan diriNYA  di situ. Jika engkau melihat dari hati seorang waliNYA  tidaklah engkau memandang insan di situ melainkan engkau memandang DIAlah yang di situ. Wali NYA  itu DIA kaguminya di mata umat untuk melihat rahmat kasih sayangNYA yang berhamburan. Tidakkah kau melihatnya wahai hamba-hamba DIA. DIA tugaskan baginya si wali itu atas perintahNYA  untuk mengasihi sekalian alam yang terbit dan sekalian alam yang tenggelam hingga seluruh alam harus mentaati waliNYA  atas lisan perintah DIA jua. Tidaklah DIA  isytiharkan wali  itu hanyalah menjadi alatNYA  di bumi hingga segala awal dan akhir, aman dan bencana terletak di bawah penguasaan waliNYA.  WaliNYA  khusus untuk sekalian hamba-hamba yang DIA perintah untuk taat dan bertemu. Dan jika sekiranya tiada bertemu maka jadilah sebahagian hamba-hamba DIA itu ahli-NYA.
Ahli-NYA adalah hamba-hamba-NYA yang benar-benar  DIA kasihi dan DIA kagumi mereka. Ahli-NYA ini seorang yang memakai pakaian-NYA  maha pengasih. Cintanya hanya pada DIA tidak pernah hatinya terbelah menjadi dua melainkan telah DIA satukan hatinya di atas nama cinta berpaut rindu. Duhai hamba-NYA ini DIA sungguh rindu pada mu hingga DIA ini gemar menguji mu untuk mendengar tutur kata mu yang bersabda redha. Wahai hamba-NYA,  DIA benar ingin pada mu hingga DIA sengaja melemaskan engkau di bawah cabaran yang tidak terdaya makhluk-NYA  rintangi. Engkaulah pujaan DIA wahai ahli-NYA kerana sesungguhnya tegak bumi ini di atas doa dan kasih sayang mu. Ahli-NYA sengaja DIA yang membiasakan engkau berbicara dengan-NYA  kerana DIA rindu munajat mu. Wahai ahli-NYA kembalilah kepada-NYA  akan DIA buka pintu untuk mu. Sekalian ahli-NYA  tidak hati mereka terpaut selain hanya pada-NYA. Hingga DIA benar-benar mencemburui ketaatannya pada-NYA. Wahai ahli-NYA sedarlah engkau itulah naugan-NYA, kerajaan-NYA milik mu hingga akan DIA tewaskan seluruh musuh untuk mu. Wahai ahli-NYA  gembirakanklah hati mu yang sentiasa berduka itu kerana takut kehilangan-NYA. Engkau ahli-NYA yang  DIA angkat engkau menjadi pengantin-NYA. Gembiralah wahai ahli-NYA. Bergembiralah menanti-NYA. Begembiralah memuja DIA. Bergembiralah mengasihi-NYA. Bergembiralah melayani DIA. Bergembiralah memiliki-NYA.

Malu aku duduk beradab pada mu
Maka berdiri bukan kudrat yang maju
Walau sakarat aku mana mampu
Membuang segala karat yang lalu
Makin aku menjengah aku kaku
Tenggelam aku di bawah nafsu
Tersumbat aku di situ menjitu
Hingga sakarat aku tertipu
Mana mungkin aku mampu
Kerana dialah penguasa diri ku
Yang memegang  AKU
Continue >>>

Selamat Hari Raya Wahai Yang Maha Raya


LANDSKAP ROHANI

Di hari lebaran

Banyak yang bertebaran
Di atas nama ku banyak yang berterbangan
Di dalam kalam ku banyak yang berhamburan
Di dalam sifat ku banyak yang tenggelam



Tidaklah sempurna ibadath mu pada-NYA jika sekiranya rindu mu pada-NYA hanya mengenai sahutan dan seruan DIA sahaja. Dan tidak pula DIA cukupkan bagi mu kegumbiraan melainkan setelah engkau memperolehi kemenangan. Hendaklah engkau taati DIA sebagaimana DIA mentaati diri-NYA bagi mu. Lalu bagaimanakah akan DIA perhitung untuk mu duhai hambA-NYA.

Jika engkau telah menghabisi diri mu dengan jalan kemaksiatan sepanjang tempuh bulan ramadhan ini hendaklah engkau perdapatkan DIA dengan bersungguh-sungguh berimarah pada-NYA pada malamnya sebelum terbit fajar syawal. Lalu akan DIA nikmatkan hari mu di pagi syawal dengan kesyahduan dari alunan tasbih-takbirNYA. Ketika itu hendaklah engkau memfanakan diri mu mengikuti alunan dayuan tasbih-takbir DIA itu hingga engkau bertemu DIA di dalam kalamNYA jua. Lalu hendaklah engkau mengisbatkan diri mu itu tiada melainkan hanya DIA yang pernah ada dan sentiasa ada untuk meniadakan dan untuk mengadakan segalanya bagi memihak diri mu untuk tidak berlaku sombng dari sebahagian nikmat kurnian-NYA.

Entahlah wahai hambaNYA hendaknya engkau sahajalah yang mengikuti-NYA dan bukan DIA yang mengikuti mu dalam setiap baris pinta dan doa mu. Jadikanlah diri mu di pagi syawal itu untuk mengingati mati dan bukan untuk mengingati seseorang yang telah lama merasai mati. Hendaklah engkau sentiasa bertasbih-Takbir pada-NYA tidak kira siang atau malam hingga terluput takbir itu dari telinga sekalian umat.

Wahai hamba sahaya-NYA jika engkau merasai hari raya ini tiada bermakna itu tandanya hati mu belum menyudahi sebahagian rukun yang DIA imani. Hendaklah engkau perlihat apakah rukun yang belum engkau sudahi atau yang belum engkau perdapti dengan tonggak ikhlas dan redha. Lalu bagaimana akan DIA anugerahkan kegembiraan pada bathin mu sedangkan zahir mu masih terbelenggu di bawah amalan nafsu mu yang halus lagi tersembunyi. Jika engkau ingin mengetahui rukun yang belum engkau sudahi adalah beriman kepadaNYA. Tidakkah engkau melihat dan mengetahui DIA itu bagaimana. Bagaimana akan DIA itu bagi mu. Adakah AKU itu bagai dia yang engkau ketahui atau yang engkau pelajari dari sebahagian sifat duapuluhNya. Adakah AKU itu perlu engkau imani seperti engkau beriman kepada allah atau kepada DIA. Lalu bagaimana akan DIA perhitung buat mu jika engkau masih gagal mengenal diri mu juga diriNYA juga diri di AKU juga diri di DIA juga diri empunya diri. Adakah engkau mengenal diri segala diri itu hanya pada sebutan dan atau pada nama sahaja. Sedang engkau juga masih gagal menafsir dari sekalian nama-namaNYA yang agung… sesungguhnya engkau maha lemah duhai hambaNYA kerana DIA itu maha raya bagi mu.

Tidaklah DIA itu mengucapkan syukur atas mu melainkan engkaulah jua yang bersyukur kepadaNYA atas nikmat yang DIA kurniakan. Hendaklah engkau wahai sahabat-NYA memohon sepuluh kurnia dari DIA berupa kesihatan yang dipanjangkan umur, dianugerahi rezeki yang halal lagi penuh berkah, memintailah padaNYA keselamatan iman dan amal, peliharakanlah dari segala cubaan yang tidak terdaya engkau tanggungi, mohonlah dilepaskan dari segala percubaan dan kemusnahan bencana (alam soqhir dan qhobir), bersihkanlah hati mu dari wujud prasangka dan berburuk sangka, latihlah hati mu berbicara padaNYA dengan sentiasa meminta pada DIA jua, kecilkanlah segala amalan perut mu dari kesombongan dan kebebalan, sudahilah rukun iman mu yang pertama itu bersungguh—sungguh dan akhirnya hidupkanlah hati mu walau engkau tahu DIA itu adalah dirimu jua iaitu jangan sesekali engkau mematikan sembunyi mu di bawah kesedaran akal dan nafsu.

Ketika di pagi syawal telah terbit segala takbir dan tasbih hendaklah engkau bersiap zahir dan bathin mu dengan persiapan yang indah kerana itu DIA perintah walau engkau seorang yang papa atau seorang yang kaya. Tidaklah DIA memandang pada perhiasan zahir mu melainkan perhiasan bathin mu. Hendaklah engkau sentiasa memakai haruman di hati mu jangan sesekali ternampak cuak di wajah mu. Kerana hati itu adalah singgahsanaNYA maka wajiblah engkau menghiasinya sebagaimana DIA menghiasi zahir mu. Duhai hamba pakailah akan segala sifatNYA di hati mu dan jika engkau tidak mampu memperolehinya walau secebis akhlak DIA maka engkau perdapatlah dari apa yang DIA kurniakan pada zahir Muhammad saw. Sesungguya kekasihNYA itu DIA hiasinya dengan ketampanan wajahNYA di hadapan sekalian makhluk hingga di situlah terbit bayangan wajahNYA. Di hati mu itu engkau perdaptilah akhlak Muhammad yang sebenarnya hingga engkaulah yang menjadi Muhammad yang berjalan di atas zaman mu. Tidaklah engkau itu bersamaan Muhammad saw melainkan engkaulah Muhammad yang abadi. Yang DIA hiasi diri Muhammad itu dengan sifat fathonah, tabligh, amanah dan siddiq. Lalu sampaikanlah semulia-mulia kalamNYA atas mu buat sekalian umat yang engkau perdapti pada diri mu di pagi syawal yang DIA muliakan buat mereka yang benar-benar DIA menangkannya dari segala cubaan perih jasad dan rohaniNYA.

Pada lebaran bukanlah sempat
Menganyam ketupat untuk perdapat
Meneliti sifat walau tidak bertempat
Kerana itulah aku masih merempat

Continue >>>

Pulang Bagai di Nanti


LANDSKAP ROHANI
Jika engkau itu aku
Tetapi aku bukanlah engkau
Lalu engkau keluar dari aku
Mana mungkin jadi Satu
Jika segala seteru itu ialah dikau
mana mungkin aku itu engkau
kerana aku itu bukan engkau
dan engkau tetap engkau
yang zahir itu engkau
dan yang bathin itu aku
aku lihat engkau
dan engkau lihat aku
lihat aku menjadi engkau
engkau menjadi seruan ku.

Hendaklah engkau mentaati setiap kata yang DIA uruskan bagi mu. Wahai pendosa izinkanlah DIA berbicara dari kalam yang terdalam yang mencungkil dari sanubari yang telah lalu di hati mu. Lalu aku nukilkan pada sekeping cebisan menjadi pedoman seantara engkau dan aku untuk menjengok sedikit muhasabah diri. Walau tegar engkau lupakanNYA namun DIA msih menatap wajah mu tanpa rasa jemu dan malu. Walau engkau mengeluarkan sebahagian malu itu letakknya di atas dunia namun DIA masih gagah membantu mu mentadbir bathin yang sengsara. Hingga segala yang ada bagai di fikirkan mudah untuk memiliki apa saja. Dan hendaklah engkau sentiasa menginginkan AKU walau berjuta AKU asuh mu dengan ujian dan pancaroba.

Wahai hambaNYA hendaklah engkau sentiasa mentaati NYA kerana DIA itu lebih baik dari mentaati mu. Lalu bagaimanakah akan DIA perhitung buat mu. Sehingga sudah tenggelam matahari namun kau masih belum bersua pada AKU. Mengapakah duhai hamba engkau masih mentaati diri mu yang berbathin itu. Masihkah ada pesona yang menghijab mu dan DIA. Walau DIA itu engkau tak peduli janganlah engkau degil merelakan hembusan nafas mu tanpa AKU yang sebenarnya mentadbir mu sedang engkau benar-benar leka di buaI arus nafsu yang akan melesukan engkau di akhirat kelak.

Lalu basuhkanlah segala hati mu dari prasangka kepadaNYA biar berkemilau AKU itu di bawah naungannya yang abadi. Kerana AKU itu telah engkau perdapat maka janganlah engkau masih ragu dan malu mempamerkan AKU sebagai pengemudi bahtera tentera mu. Marilah wahai anggota KU kita berperang dan melawan segala kehendaknya yang batil untuk kita menempuh alam zahir ini. Sesungguhnya alam zahir ini bukanlah tujuan mu kerana AKU itu benar-benar bertujuan pada mu yang bathin. Dan tidaklah AKU memerintah mu mengengkariNya melainkan engkau jua yang rela mengengkariNya. Dari itu tidaklah engkau yang merasa pedihnya melainkan AKU yang menanggung keperihan itu. Tidak kita bersama di sana melainkan AKU jualah yang akan pergi ke sana. Bagunlah wahai anggota ku kita memerangi segala ciptaanNya yang memesongkan kita dariNya.

Terima kasih seandainya DIA masih ingin mengingati mu walau engkau sedang di dalam kehanyutan ciptaan nafsunya yang bersifat zahir dan bathin. Dan tidaklah kau perdapat dari AKU itu melutut dan memohon rayu padaNya akibat takut dari kurnian pengujian yang tidak terdaya engkau menahinya. Entahlah wahai segala zahir, tidaklah indahnya ciptaan pengujian itu melainkan engkau benar-benar mampu menahani kehendak yang keras dari hawa nafsu yang ingin membuas. Tidakkah engkau benar ketahui apa yang tersirat dari pengujian itu berupa ilmu atau rahmat yang masing-masing akan menghijab mu dari mentauhidkannya.

Inilah sebenar qhadak dan qhadarNYA jika engkau benar-benar ingin ke sana maka yakinilah bahawa DIA itu bukan seteru bagi nafsu mu melainkan DIA itulah yang memimpin nafsu menjadi sebahagian tentera mu bagi menggerakkan keinginan mu. Tanpa syahwat keinginan ini tewaslah engkau jua dalam segenap penjuru hingga engkau tidak mampu menepis walau sebutir peluru mazmumah atau mahmudah. Hendaklah engkau mentaatiNya yang menganugerahkan sepuluh ribu hijab itu kerana tanpa hijab itu engkau tidak akan bernafsu mencari dan mengenal. Bukanlah nafsu itu di cela melainkan engkau yang suka dicela oleh sebahagian malaikatNya dari akibat pemilihan nafsu mu yang menggoda ke arah kemerosotan iman mu.

Lalu sekiranya engkau masih menilai lagi bagaimana engkau mentadbir AKU itu, lebih baik sahaja engkaulah yang merajai AKU itu di bawah penguasaan anggota mu menghadapi medan perseteruan yang angkuh. Dan sekiranya engkau ingin mengalih pandangan mu selain diri mu yang berbahasa itu hendaklah engkau sahaja yang memerlukan AKU itu untuk mentadbiri alam mu yang soghir itu. Maksudnya engkau cuba melarikan pandangan terhadap hati dari menilai keAKUan itu menjadi telunjuk nasihat mu. Namun engkau tetap tidak merasa bersalah dari pengengkaran nasihat yang di berikan. Tidakkah ini namanya engkau mengalih pandangan bathin mu memilih zahir mu yang ternyata batal dari keimanan dan tauhid yang mutlak.

Dan janganlah sesekali engkau menyesali di atas perbuatan mu yang angkuh itu kerana telah sekian lama DIA memperolehi taat pada mu tetapi hingga kini engkau masih melibatkan taat itu di dalam pekara yang batil.

Lalu bagaimana akan DIA perhitung nikmat dan kurnia bagi mu.

Sesungguhnya bahawa yang bathin itu merujuk sifat keAKUan yang haq dan yang batil itu merujuk sifat keakuan yang zahir. Yang zahir itu lagi tampak sejelasnya mengeruhkan isi-isi bathin itu dan benar-benar yang zahir itu perbuatannya terang-terang melawan dari kehendak bathin yang tersembunyi. Dan dilihat bahawa bathin itu lebih banyak merangkul piala-piala keimanan yang kukuh namun perdebatan batil itu membawa penjelasan kezahiran dari afaal yang kotor. Dan tidaklah yang zahir itu menempatkan(menampakkan) sebahagian dari keimanan yang mutlak melainkan yang bathin itu menguncinya dari dipersembahkan terhadap dunia dan makhluk yang melata baik di bumi mahupun yang bertebaran di langit semesta.

Inilah yang dinamakan pulang bagai dinanti jika sekiranya engkau mengimani sebahagian dari rukun tauhid yang memperlihatkan engkau di bawah tadbiran al affuw yang maha pengampun lagi maha mengasihani. Dan tidaklah DIA itu maha pemurah melainkan DIA akan ganjari mu mendahului sifatNya yang maha pemurah itu. Jika sekiranya taat itu adalah sebahagian dari rukun tauhid pasti tidaklah semua mampu melakukan taat melainkan mereka yang benar-benar mampu mengatasi taat itu di dalam muhasabah yang sebenarnya. Dan taat itu lebih merujuk dari sifat yang nyata dan sifat yang tersembunyi dari pandangan hati. Lalu bagaimana sekiranya jika jiwa mu terilham dari perakuan taat yang batil sehingga diri mu melakukan kebatilan barulah engkau merasa terbebas dari belenggu kebatilan itu. Dan tidaklah namanya taat sekiranya yang diperlakukan itu lebih merujuk kepada yang haq sahaja. Lihatlah betapa ramai yang mengambil taat menjadi sebahagian dari hidupnya namun mereka mengenepikan segala yang batil itu seolah-olah segala yang batil itu adalah wujud dari kehendak mereka sendiri. Mereka masih menipu keAKUan itu dengan meletakkan keAKUan itu di bawah pengaruh nafsu yang menipu. .

Dan tidaklah yang datang pada mu itu melainkan yang di seterukan dari segala seruan yang melampaui batas. Jika engkau merujuk pada ayat ini hendaklah engkau mengosongkan sebahagian fikir mu dariNYA Iaitu dikau usahakan ke arah diri mu dahulu kerana keAKUan itu lebih mengetahui dari sangkaan akal mu yang meleset. Kerana akal itu tidak berdaya untuk mengenal yang ghaib melainkan hati mu itu tercipta dari yang maha bathin. Kerana fikir itu menempatkan diri mu di situ sehingalah akal mu yang merajai pemikiran. Hendaklah akal mu berada di bawah penguasaan hati mu manakala fikir itu adalah tunggangan hati mu dan bukan tunggangan akal mu. Hendaklah engkau merujuk bagaimana permainan nafsu itu merajai akal mu sehingga fikir mu menjadi sebahagian alatan pemuas nafsu mu. Dan jika sekiranya engkau memikiri dirimu yang bathin hendaklah engkau pergunakannya untuk menggenderai sebahagian nafsu itu masuk ke wilayah al hakam. Iaitu engkau menyegerakan di bawah alunan istiqfar sehingga hati mu benar-benar bebas dari kehendak-kehendak batil yang mengeras.Kerana sesungguhnya fikir itu menjadi buah-buah iman yang meletakkan akal mu sebagai penguasa nafsu dan bukan sebagai hamba nafsu mu.

Lalu bagaimanakah akan DIA perhitung untuk mu.

Jika sekiranya yang melihat kepada kebatilan itu sebagai pekara ibadath maka lebih eloklah sekiranya menidakkan yang batil itu lalu kerjakannya menjadi sebahagian pupukan ilmu dari yang maha mengetahui. Tidaklah di namakan ilmu melainkan ianya engkau pelajari dari yang terbit dari sebahagian yang batil dan dari cebisan yang haq. Jika telah engkau benar-benar mengimaninya maka telah lengkap akan dikau dari sebahagian rukun iman iaitu percayakan qhadak dan qhadarNYA yang maha mutlak.

Lebihlah elok sekiranya engkau itu duduk diam dari mentaati diri mu yang palsu itu dan cubalah meneliti bagaimana keAKUan itu sebenarnya mendidik mu mencari denai-denai ihdinalsiratulmustaqim. Kerana telah DIA perindahkan jalan yang lurus itu dengan cahayaNYA dari pentajalian sifatNya yang maha halus lagi tersembunyi. Sekiranya engkau masih gagal untuk melahirkan kandungan keAKUan itu lebih elok bagi mu mengikuti sebahagian ulama fatwa halal haram yang membimbangi syurga atau neraka. Jika sekiranya engkau masih tenggelam dalam maqam hawa nafsu yang amarah lagi mazmumah hendaklah engkau mengalih pandangan hati mu dari mentadbiri hati dengan kata-kata nista. Kerana sesungguhnya kata-kata yang tidak berguna itu menjadi makanan bathin umpama zikir yang mengingati kemaksiatan. Dan jika sekiranya engkau masih belum menikmati iman, berpalinglah diri selain dari yang maha menguasai kerana DIAlah yang utama dan mutlak yang sebenar-benarnya keAKUan yang sejati. Yang benar-benar merajai hati mu dan yang sebenar-benarnya mengasihani diriNya mengatasi kemungkaranNya.

Continue >>>