Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Synopsis Diri..Rahsia Pelangi


LANDSKAP ROHANI


Amarah
Surah yusof ayat-53…….. dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan



Perangai atau lebih tepatnya kelakuan hati yang menerbitkan sifat-sifat mazmumah yang melampaui batasan. Sepertinya mereka bersultan di mata beraja di hati dengan mandu landskap rohaninya tanpa menggunakan akal.



Lawamah
Mampu ia mengawal perasaan atau kelakuan hati ke suatu penguasaan yang masih lagi lemah. Perasaan ini timbul; pada sudut-sudut hatinya pada ketika melakukan sesuatu kesalahan maka bisikan di dalam hati inilah dikatakan LAWAMAH. Ianya juga dikenali sebagai ISYARAT LARANGAN yang menjadi siren yang memberi amaran pada bahaya kelakuan AMARAH……ianya mesti digilap dengan tidak mempedulikan lagi kehendak amarah yang halus-halus sepertinya makan berlebihan, tidur berlebihan,bersetubuh berlebihan, malas berzikir, mempersendakan solat(melewatkan dengan sengaja) serta merta juga menanggalkan pakaian AMARAH iaitu tinggalkan sikap bermuka-muka, hasad dengki khianat dan lain-lain lagi yang menunjukkan kebinatangan. Istiqamah pada mematuhi isyarat lawamah akan menerbitkan kesyahduan hati dan mula dapat mengikis sifat-sifat seperti gelojoh, mudah marah, kusut fikiran mula menurun dari extreme level dan akhirnya akan mula merasai penyesalan dari kezaliman yang pernah dilakukan.



Al Qiyamah ayat-2…….. dan aku bersumpah dengan jiwa yang Amat menyesali (dirinya sendiri)[1530].[1530] Maksudnya: bila ia berbuat kebaikan ia juga menyesal kenapa ia tidak berbuat lebih banyak, apalagi kalau ia berbuat kejahatan.



Mulhamah
Hampir jayanya menyingkirkan sifat-sifat terkeji yang dikeji Allah swt. bersifat dalam ketenangan, berlapang dada tetapi masih juga kedapatan sifat mazmumah juga masih terindu dalam lintasan hati….namun pada peringkat ini berkat zikir insyallah isyarat lawamah itu akan lebih membesar hingga mampu ia menerima ilmu-ilmu ghaib….. wallhu alam…



Mutmainah
Hai mutmainah bilakah mampu melutut diri pada tangga rumah mu… angan-angan jerlah dulu…. Mana tau kasih sayang allah itu insyallah pasti tergapai. Pada mutmainah zikir meresap 100% dan dah mula dah tenggelam dalam lamunan kasih terhadap Allah. Pastinya kekasih allah pada maqam mutmainah ini di janjikan oleh –Nya syurga.zikir pada tahap ini mula melekat berserta dengan ingatan pada allah setiap keadaan sekalipun…. Bak kata orang allah telah mengurniakan mutmainah ini dengan DYNAMO CINTA yang mengalirkan cahaya-cahaya ingatan kasih mesracinta rasa pandang pertama yang mana seolah cahaya ini bagaikan aliran elektrik yang menghidupkan TV PLASMA.



Al Fajr ayat..27-30…….. Hai jiwa yang tenang.. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya.. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku,. masuklah ke dalam syurga-Ku.



Radhiah
Latihan demi latihan dengan penuh kosentrasi seperti kucing yang sedang mengintai tikus. Pernah tengok tak kalian semua kucing kalau dia bermain sorok-sorok dengan tikus perhatikan bebetul semua pancaindera kucing dari hujung misaim sampai hujung ekor segalanya bertumpu kesentrasi penuh pada tempat persembunyian tikus….sehinggalah tikus keluar bawa sebelum berkibar bendera putih terus din gap… apa cerita nasib tikus busuk. Lebih kurang macam tulah kucing tak pernah terleka terkalih pandangan ker atau apa ke…. Pada maqam radhiah ni zikir berada benar pada hatinya tidak pernah lalai walau setengah saat pun…. Radhiah mengalami FANA akibat kuatnya gelora cinta kepada allah…. Sering kali mulutnya terlatah tentang sesuatu yang bertentangan syariat hidupnya bagai terapung tanpa gravity mazmumah lagi….. segalnya mahmudah dengan jiwa yang bersih hati yang hening segala afaal mendapat redhaNya. Hatinya, nuraninya terus diasyikan cinta hingga terfana ia dikenali sebagai FANA KALBI.



Mardiah
Fana Baqho billah yang sentiasalah ia terfana pada hatinya, jasadnya dan kalbunnya terpatri kerinduan yang amat sangat sehingga mencetuskan kelazatan. Seluruh jiwa raganya tertumpu directly kepada Allah semata-mata. Pada maqam ini meraka telah merasai dan menerima teknologi Allah melalui LADUNNI di peringkat tawassul….. sebenarnya MARDHIAH telah dibawakan mengembara kea lam allah yang maha luas ini termasuklah syurga, neraka, arash dan kursi allah swt. .



Surah Al Thalaq ayat-2…….. Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan Mengadakan baginya jalan keluar.(ke alam lain)



Kamaliah
Inilah insanul kamil yang mampu menjadi solahhudaim…. Berkelakuan zahir dengan kelakuan batin pada cabangnya dengan Allah. Bolehlah dikatakan tidak bercerai diri jasad dengan batinnya… KUN FA YA KUN keadaan ini dinamakan keredhaan allah pada perlakuannya walaupunn dalam keadaan spontaneous. KAMALIAH saktinya cintamu bagaikan sakti segala afaal. Ketika ini KAMALIAH menerima ilmu SYAHADATH iaitu ilmu yang tertinggi yang dapat di terokai oleh manusia yang mana di ajarkan oleh ALLAH sendiri melalui perantaraan guru yang di kenali guru batin… tetapi…tetapi …tetapi …. Hendaklah mereka yang berKAMALIAH ini harus berusaha mengembalikan dirinya ke maqam mutmainah…..



Jariku mencatitkan dan menaip sedangkan jiwa belum berkenalan. Apatahlagi makrifat jauh sekali… apatah lagi perintah mu aku sanggahi dengan sengaja namun tetap rahmat mu mendahului murka. Begitulah aku yang bermaqam pada maqam amarah namun aku syukur dan berserah kerana allah mengurniakan rahmat dan nikmat kefahaman pada ilmunya(hakikat) namun aku belum petah untuk merasai pada pengalamannya seperti orang lain yang merasai. Keresahan dan merasa kosong yang tiada tara benar meragut jiwa menjadi SUNYI MERATAH SEPI DALAM GELAP MERANGKAK TARI TEGAK BERDIRI BUKAN AHLI MENDAKI TINGGI PUNCAK HAKIKI TERURAI MISTERI MENGGEMPAR INDRA DIRI AKU BUKANLAH PENELITI YANG PASTI MOHON MEMPERBAIKI NAFAS SEBELUM MATI PEMBERIAN ILAHI YANG TAK PERNAH BASI MOGA TERFANA PADA EMPUNYA DIRI



Inilah dia maqam nafs atau nafsu yang di bekali oleh allah kepada setiap umat manusia. Yang bertempat dan telahpun bersemayam pada diri anak adam sejak lahir lagi. Segalanya allah yang maha penyayang telahpun bekali diri aku, kamu dan kita ini dengan ilmu-ilmu baik ilmu akhirat atau pun ilmu dunia segalanya ada di dalam hati sekalian manusia tak kiralah ia cacat atau gila isim sekalipun. Sejak berada ruh di alam lahut semuanya telahpun merasai maqam kamaliah semuanya mengenali allah seperti ANTA ANA ANA ANTA…. SEMUANYA RUH BENAR-BENAR TERHIJAB SETELAH LAHIRNYA KE DUNIA YANG FANA INI…… sejak lahir aja terhijab dengan sifat-sifat allah yang mana ia manusia mengakui sifat itu sifat mutlak bagi dirinya… itulah sebabnya ada yang allah jadikan kecacatan bagi sesetengah sifat manusia seperti buta, pekak, bisu dan tempang segalanya untuk menyedarkan diri insan itu selemah-lemah keadaan makhluk dan tak layak hidup pun. Mengapa ada maqam ini maqam itu segalanya memperlihat ketakwaan masing-masing jadi rebutlah nikmat yang allah berikan Cuma jangan gila pangkat/maqam.



Kita lihat dalam organisasi ketenteraan ada kedapatan pelbagai pangkat-pangkat yang membezakan antara jeneral dengan prebet…. Mengapa begini sedangkan manusia sama sahaja darahnya bewarna merah? Ya sudah tentulah itulah hukum alam iaitu manusia perlukan ketua yang memimpin sedangkan kambing pun ada ketua yang memimpin dalam dunia kambing… pangkat-pangkat inilah yang memisahkan I dengan YOU…. I study hard pastilah I dapat kedudukan dari jerih perih usaha sedangkan YOU selayaknya berusaha sedaya upaya untuk sampai ke tahap yang ada sekarang…. Begitulah ALLAH juga menentukan maqam masing-masing bagi membezakan nilai ketakwaan seseorang dengan mengurniakan rahmatNya dengan meng-upgrade-kan kualiti ruh masing-masing… Apakah allah merahsiakan maqam itu pada diri kita? 100% allah tidak akan menyembunyikan kedudukan diri kita atau maqam nafsu kita… segalanya untuk kita lebih manis bertaqarub untuk mendekati allah Cuma allah itu galakkan kita sorokan dari pandangan makhluk agar tiada wujud pada pergantungan makhluk..



Apakah buktinya? Buktinya allah telah melantik nabi Muhammad saw sebagai Rasul yang mulia setelah capainya umur nabi Muhammad saw berusia 40 tahun. Adakah nabi Muhammad tahu dia dilantik sebagai rasul? Ya sudah tentulah ia mengetahui dirinya rasul dengan terbuktinya segala wahyu kepada Muhammad saw.? Maqam ini penting untuk memberitahukan kepada diri agar lebih berusaha kepada yang maha menentukan buat insan. Selebihnya allah yang maha mengetahui….. jikalau kita tak tahu kita berada di maqam yang mana sudah tentu kita akan terawang-awang . Begitulah allah memperlihatkan tangga tidak lain tangga itu di daki hanya untuk pergi atau menuju tingkat yang atas. Apa yang ada di tingkat atas hanya aku, kamu dan kita yang ketahuan. Ah ah aku ketahuan…….
Continue >>>

Malaikat..... suatu bicara sifat...Lemahkah DIA?


LANDSKAP ROHANI


Kerana DIA Maha Sempurna dan Maha Suci.... Suci lagi Maha Suci dari segala perumpamaan....  Maha Besar lagi Agung Dengan Maha Kuasa yang mengatasi  segala-galanya... Maha Kaya Dia memiliki segalanya ianya menolong makhluk terutama diri yang mengaku AKU tentang kehendak, rencana dan karya Tuhan supaya diri tidak membaku laku lalu terpaku mengaku kosong...........

Lemahkah DIA? Lemahkah Khaliq pada menyerahkan segala urusan kepada malaikat... sehingga urusan menurunkan hujan pun malaikat yang kendalikan.... Izrail a.s yang hebatlah yang mencabut nyawa..... Ini hanyalah penyataan bukan iktikad sesiapa yang beriktikad sedemikian lebih baik jangan campur urusan nanti kamu bosan.... pada hari ini aku tak mahu kupas dan tak mahu kerana tak lalu akan ilmu padanya jadi biarlah persoalan ini allah letakkan afaalnya pada hambanya untuk memberi pencerahan kepada aku, kamu dan kita. Berbalik kepada rukun iman PERCAYA KEPADA MALAIKAT. Orang baru tumpang lalu agar tidak melulu...

JANUARI 30/2010
Malaikat itu bukanlah berjantina tiadalah ia memerlukan kepada makanan bagi meneruskan pertumbuhan tidak ia terlahir atau melahirkan…. Tetap ia sebagai makhluk allah yang suci. Asalnya malaikat itu dijadikan daripada cahaya yang satu iaitu tajalli nur iaitu jikalau Nur kenabian itu tiada maka tiadalah namanya makhluk yang bernama malaikat Mlaikat jumlahnya tidak terhinggakan yang berasal dari 10 penghulu malaikat yang wajib kita ketahui dan beriman. Iaitu iman kita kepada alam ghaib speperti mana kita beriman tentang qadhak dan qhadar. Bermulanya malaikat itu di bahasakan dengan pengertian huruf-huruf seperti….


م ……makhluk

ل . …..Milik, bagi,untuk……. Sifat yang ada pada makhluk
أ…..….hamzah mengantikan huruf lam+aliff) ianya adalah Kata pertanyaaan bentuk penyataan…. Bahawa sifat pada makhluk itu menyatakan sifat bagi zat dan siapa yang mengenal sifat makhluk itu sebenarnya adalah sifat bagi Zat
ك………Kurnia daripada allah

ه……….(nya)-nyatalah perbuatan makhluk itu perbuatan bagi zat(Nya)


Inilah yang dikatakan malaikat tapi malaikat itu hanyalah makhluk allah. Nayatalah allah yang maha kuasa dan makhluk itu tiada berkuasa. Malaikat adalah makhluk yang benar-benar taat lagi soleh yang mana ia ditugaskan dengan variasi tugas bagi penampakan sifat-sifat Zatul Haq. Allah mengurniakan bagi sifat yang terpelihara dengan beberapa regim kekuasaan begitulah manusia yang bertaqqarub mentaati lalu mengenali diri empunyai diri lalu allah mengurniakan beberapa kurnia buat insan yang dipilih. Begitulah kedapatan wali-wali yang dikasihi yang dijadikan mereka itu sebagai wakil yang menjadi melihat dengan penglihatan ku mendengar ia dengan pengelihatan ku dan seterusnya…. Itulah sebabnya kita dapat mendengar dan menyaksikan kekeramatan para waliyullah yang mana kekeramatan itu atau karomah yang berlaku ditangan para aulia itu sebenarnya hanyalah untuk menyakinkan mereka bahawasanya DIA(allah) Tuhan dan kita hanyalah hamba sahaya.... itulah sebabnya ada sesetengah para salik terhenti pada satu tahap apabila berlaku hikmat ke atas dirinya kerana salik telah pesona pada hikmah yang berlaku ke atas dirinya lalu mengakui hikmat itu adalah hak mutlak bagi dirinya dari akibat amal-amalannya... sedangkan kurnia itu bukanlah hadiah tetapi lebih kepada penyataan sifat bagi zat.... kerana BUKAN AKU YANG DITANYA TETAPI KAMULAH YANG AKAN DITANYA.

Beriman kepada al quran
Quran itu hanyalah sifat iaitu sifat bagi manifestasi kalam(penampakan). Sesungguhnya sifat itu tiada berkuasa atas apa-apa sekalipun dan hokum sifat itu hanyalah penampakan seperti untuk mengenali seekor kucing. Kucing itu bersifat berbulu, kalam diftongnya –mengiow-miow. Tersusun indah misainya dan yang penting ekornya sebagai pengimbang badan. Itulah yang dinamakan sifat. Sifat itu tiada berkuasa melainkan orang yang mengenal sifat itulah sifat bagi Zat.. barulah benar kalam allah taala. Kalam alllah itu nur dengan tiada ia bersuara, tiada ia berhuruf, tiada ia berbaris tetapi yang mengubah segalanya adalah sifat. Iaitu sifat hidup, ilmu, kudrat, iradath, samak, basher dan kalam yang benar-benar ada pada sekalian insane. Sifat inilah yang menjadikan HURUF,BARIS Ddan segala TITIK…. Quran itu berasal dari perantaraan allah kepada nabi. Sekiranya nabi tiada hidup maka tiadalah terzahir al quran itu. Sedangkan sifat hidup yang ada pada nabi itu adalah sifat manifestasi bagi zat. Jadi barulah al quran itu tiada kuasa kerana ianya hanyalah kalam allah. Nyatalah Zat yang maha berkuasa. Sebab itu barangsiapa yang berpegang atau beriktikad dengan ayat-ayat di dalam al quran itu berkuasa ianya adalah K_._._._.... dengan sebab itulah keyakinan orang yang beramal dengan ayat quran itu sesetengahnya ada yang gila isim kerana ia yakin bebenor kalam itu kalam allah sedangkan apa yang dikatakan kalam itu tiadalah ia bersuara,berhuruf dan …… .
Continue >>>

Bukan Majnun Tapi Bodoh Yang Gelojoh


LANDSKAP ROHANI



Aku datang mencari Tuan agar dapat menghilang keruan moga nanti jadi sehaluan. Aku datang mengenal Tuan agar diri menjadi sunyi semoga nanti tidak merugi. Aku datang lagi mencari Tuan untuk menyingkap persembunyian diri walau diri di dalam diri. Aku datang melihat Tuan mata ku buta mengangkat diri. Aku datang menghampiri Tuan walau jauh tak tercapai dekat tak terasa. Aku datang melayani Tuan walau itu tidak memberi untung pada Tuan. Aku datang mencari Tuan walau diri sebodoh yang alpa maha gelojoh sebab masih bersuasana dalam pesta kekufurun dan kesyirikan. . Duhai Tuan apalah nasib hamba jika kekal menggendong nafsu selamanya aku adalah palsu. Aku datang menyembah Tuan walau kalam bersulam logika tetapi didalamnya bersarang kejijikan lagak megah dengan penuh kekufuran dan kesyirikan.



Pekara kerohanian bukan boleh dapat dengan perasaan atau khayalan ianya perlu bersungguh-sungguh dan bertawakkal. Pekara kerohanian tidak boleh difahami melainkan rahmat dari Yang Maha Esa, berunjurkan saluran Rasulullah saw dan melalui ahli zaman dengan bermunajat kepada Allah swt. Inilah aku yang benar bodoh lagi maha gelojoh walau kumat kamit berdoa tapi jiwa tersembunyi menghidu AMARAH. Walau petah kalimat menentang kekufuran dan kesyirikan dalam persembunyian mengidamkan menjilat hikmah. Aku datang kepada Tuan agaknya bilakan sampai jika petir pun aku tak perasan. Aku mempersembahkan kepada Tuan dengan secangkir mazmumah masakan dapat kenyang setalam rahmat. Sesungguhnya kerohanian yang aku dambakan tidaklah dapat dicari dengan semata-mata akal tetapi menyelamilah ia dengan takwa. Aku datang kepada Tuan dengan kecelikan tetapi kealpaan diri tidak melihat taslim yang gila seperti si buta yang yakin sepenuhnya kepada si celik yang memimpin si buta. Sesungguhnya aku bukan si Majnun, aku hanya bodoh gelojoh yang hanyut tertawa dipukul dibidas ombak tetapi aku lupa di dalam laut tiadanya gelombang ombak tiada lagi pukulan dan bidasan ombak amarah, mazmumah atau malhamah. Aku bukanlah majnun jangan buat aku terleka tiada layak bagi si bodoh yang gelojoh ini. Aku malu pada mu Tuan…… kerana majnun telah pun sampai kepada Mu.  Aku datang mencari Tuan sedang langkah bertahun di sini. Aku bukan majnun kerana aku datang mencari Tuan dengan fikir dan bicara yang melampau. Aku benar-benar inginkan Tuan.... sesungguh-sungguh Tuan....... bagaimana untuk hancur luluh pada mu Tuan......bagaimana lagi Tuan..... bagaimana..... bagaimana.... bagailah mana sekalipun


Continue >>>

Aku Pecah Kepala (....?....)


LANDSKAP ROHANI



Aku mati akal seolah tiada berfungsi ia untuk aku ketika ini. aku tak tahu kerana tak berilmu dan tiada cahaya pada makrifat. Aku mengorek namun tak ku temui. Mungkin pada yang lain sahabat yang hebat amat mudah ertinya namun bagiku tewas sekian lama mencari apa yang tesembunyi..... KENAPAKAH TUHAN ITU BERNAMA ALLAH? aku tewas tiada jawapan. WUJUD... ILMU....NUR... SYUHUD....help me my dear

Pada ketika ini iaitu 13 januari 2010 aku hampir menemui jawapannya namun rasanya agak samar lagilah.... AKU MASIH KELAM NAMUN KABUTNYA HAMPIR HILANG.

January 18/2010.... aku sangkakan teguh rupanya masih rapuh aku menyangka mudah tapi amat payah moga akhir ku di selimuti "ANA AL HAQ"

January 22/2010..... agaknya yang masih terbebal ini berjumpa sesuatu yang aku lenyap melainkan yang ahli mengetahui.......... sunyi jugak nih....  tidak berlawan tidak menolak segalanya terima sesungguhnya aku akui diri tidak terpakai(hampeh)..... buat pekara yang bersesuai dengan nafsu boleh pula tepat pada waktunya..... adakah ini silap mata atau  aku memang banggang tercengang-cengang melayang-layang disambar enggang(setan)
Continue >>>

Bagaikan Mayat



LANDSKAP ROHANI


Pada 8.1.2010 bersamaan hari Jumaat yang lalu berlaku suatu peristiwa. Peristiwa kematian bekas imam masjid Al Khiriah Pengkalan Gate Tambahan. Aku sememangnya tak mengenali langsung siapa imam itu(imam lama) tetapi memandangkan kematiannya pada hari Jumaat maka turut sertalah bersembahyang jenazah. Disebabkan bukan darah daging aku, maka sikit pun tidak terselit dalam hatiku perasaan hiba terhadap mayat tersebut(kesat betul hati ku). Semasa jenazah di kebumikan aku melihat kiri dan kanan bergenangan airmata sanak saudara bekas imam ni. Dalam hati kecil ku berkata kenapa wahai manusia kamu perlu tangisi pada mayat ini? Hati bahagian kanan aku mula menarik perlahan-lahan memberi isyarat melihat keadaan jenazah yang telah pun menjadi mayat itu. Aku lihat aku teliti dari belakang pengali kubur ketika jenazah itu hendak di kebumikan agak kasar juga. Ahh nasiblah kau mayat…. Ohhh mayat rupanya…. Mayat itu berada di dalam liang lahad tiada jalan hormat lagi untuk mengambus tanah kuburan itu. Melainkan mayat itu di langkahi dan tanahnya di injak-injak untuk memadatkan tanahnya. Aku mula terbayang apa pula kiranya ketika mayit ini dimandikan dan dikafankan. Cubalah aku, kamu dan kita renungkan sejenak ketika nasib si mayat ini disucikan.


Ketika mayit di mandikan pastinya segala keaiban terserlah(seksi vs seksa). Mayat ini di kalih ke kanan atau ke kiri sewenang-wenangnya tanpa sikit pun mayat itu membantah. Mayat itu di gosok kulitnya di tekan-tekan urat perutnya walaupun tekanan itu seberat menangung anak gajah tetapi mayat hanya mampu menutup matanya. Ada ke mayat mengaduh. Kalau mayat mengaduh lari lintang pukang pemandi jenazah. Oh mayat oh mayit nama pun sama aja ertinya walaupun ada yang menggelar engkau dengan panggilan jenazah tetapi engkau hanyalah suatu kehidupan yang melalui mati. Mayat mula dikafankan walau kain hanya cukup-cukup ajer untuk menutup aurat, tidak pulak engkau wahai mayat hendakkan suite PRADA, ARMANI. Hanya kapur barus sebagai pewangi tidak engkau mengeluh atau bersungut inginkan CHANNEL No.5 … ahh cukuplah mayat engkau redha ajerlah.



Sebenarnya aku kagum pada engkau mayat aku melihat engkau dengan rahsia hakikat. Ya allah ampunkan kekasaran aku pada mu. Aku malu pada Mu. Cubalah perhatikan pada diri aku sendiri, diri mu dan diri kita… apakah maqam tawakkal diri aku, kamu dan kita bila berhadapan Allah. Mulut memang sedap mengucapkan tawakkal tetapi adakah seluruh zahir dan batin itu bertawakkal seperti mana si mayat itu tawakkal pada si pemandi jenazah dan si penggali kubur. Si mayat benar-benar berserah diri kepada si pemandi jenazah walau di tolak ke kiri atau ke kanan mayat tetap menyerah diri…. Benar-benar menyerah diri… penyerahan diri yang tiada taranya… begitulah hendaknya aku, kamu dan kita bila bertawakkal pada ilahi. Insyallah tuhan akan menyarungkan pakaian tawakkal itu buat kita yang berhajat walaupun maqam tawakkal itu hanya di miliki oleh rasul-rasul dan kekasihnya yang terpilih. Sungguh amat payah untuk menikmati tawakkal mayat ni melainkan kurniaan-Nya. Apakah maqam tawakkal aku, kamu dan kita kepada allah? Adakah maqam tawakkal aku, kamu dan kita seperti tawakkalnya anak kecil yang kelaparan susu yang mana baby itu bertawakkal dengan jalan usaha iaitu menangis dan setelah ia menangis baru ia berserah(tawakkal). Yang mana usahanya di dahulukan kemudian ia bertawakkal kemudian redha. Bagi maqam tawakkal mayat pula ianya bertawakkal kemudian redha dihabisi dengan usaha(qhodirun).
Continue >>>

Sebenarnya aku dah letih



LANDSKAP ROHANI


Tahun baru dan selamat buat jiwa yang baharu semoga mazmumah berhijrah kepada mahmudah. Salam maal hijrah yang mempunyai rahsia yang besar bagi jiwa yang memerhati dan selamat tahun baru syamsiah buat jiwa semoga di lapangkan rasa cinta yang abadi. Namun ungkapan cinta itu hanya meniti di kalam belum lagi cinta itu menyelami hati kerana rasa rindu itu seringkali tempias oleh titisan nafsu dan percikan dunia yang melampaui. Lama jugak aku melupakan tahun baru rasanya aku menyepi diri dari segala bentuk perayaan yang baharu hampir empat tahun. Namun tak rasa terkilan atau terbias bahang tahun baharu mungkin di sebabkan factor usia yang mana bagi aku semakin berusia semakin malas dengan dunia. Malas dengan kerenah, malas dengan komuniti, malas dengan hiburan, malas nak bercakap pun ada juga, entah kadang-kadang jiwa ini sering menarik diri agar jauh makin jauh dari menghiraukan hiruk pikuk dunia. Tak tahulah jiwa ini tak pernah di pandu oleh mana-mana mursyid jadi takut jugalah jika hati ini tersasar dari landasan kesantunan ilahi. Takut juga ini adalah permainan nafsu yang halus-halus. Semoga Hendaklah kamu bersabar dan tunggu jika kamu rasa jemu dalam penyesuaian kamu dengan Dia, dan dalam menunjukkan penyerahan kamu kepadaNya, dan dalam memfana'kan diri kamu kepadaNya, sehinggalah sampai takdir Ilahi dimana tempoh masa itu telah cukup dan masa bertukar telah hadir.


Sebenarnya aku dah letih….. ya! aku sangat letih bermain tarik tali dengan tentera pergolakan dan penipuan. Letih sangat dah jiwa ini di pujuk di rayu dengan pelbagai keindahan keuntungan nafsu. Pada hari ini ketika nafas berhembus aku bertekad, aku ikrarkan kemenangan yang maha besar kemenangan yang tiada taranya walau aku tahu jihad ku ini hanya akan berakhir seandainya aku telah berpindah ke alam barzakh. Agar ikrar ini menjadi penyambut landskap rohani yang tamannya terbiar oleh lalang-lalang yang ke kiri bila di hembus oleh nafsu fasik dan ke kanan apabila di ketuk ketaatan soleh. Al Muthaffifin ayat 14 & 15…. “jangan berfikir begitu bahkan apa yang telah mereka kerjakan itu menjadi karat bagi hati mereka. Jangan lagi mereka berlaku demikian! (kalau tidak), mereka pada hari itu, tetap terdinding dari (rahmat) Tuhannya. Mengerjakan ibadath agama islam pada hakikatnya bukanlah sekadar patuh dan taat kepada allah semata-mata secara membuta tuli tetapi hendaklah aku, kamu dan kita berjalan kepada allah dengan mengenal erti hubungan kita(insan) dengan allah. Sesungguhnya apabila tersedar dari lamunan ke-AKU-an adalah hanya bertujuan menjadi hamba yang memberi khidmat dari ikrar sumpah janji setia bahawasanya hidup sifat akan terus diuji melalui medium afaal tentang kesetian dan keteguhan janji yang telah terpatri.


Telah mengenal erti hubungan itu ke-AKU-an akan lenyap dimamah oleh kedekatan, hapus dalam ilmu, binasa dalam yakin, hancur dalam makrifat, hilang, lenyap dan tiada dalam yang ESA. Tetapi segalanya bukan mudah bagi insan tetapi bukan payah bagi Khaliq, maka bagi insan bersopan santunlah dengan allah tetapi jangan terpedaya dengan kesantunan pahala dan hikmahNYA. Oleh yang demikian maka putuskanlah segala hubungan keakraban diri dari yang bersangkutan dengan kehendak-kehendak hawa nafsu dan syahwat yang sama sekali dapat menjerumuskan diri jauh dari allah. Jika tidak segalanya akan menjadi begitu sulit dan terasa payah serta teramat letih kerana berada dalam tawanan hawa nafsu dan syahwat. Kerana segala punca kedangkalan itu bagaikan sumpahan kerana apabila diri itu berkobar bangun berdiri untuk melangkah setiap kali juga nafsu itu menendang hingga tersepuk jatuh kehendak soleh. Walaupun sanggup lagi diri itu menahan kesakitan penendangan nafsu tadi namuan perjalananya menjadi lembap dan lambat sehingga diri itu lewat lalu tertinggal dan tercicir. Itulah gunanya iktikad iman bagi mengenderai nafsu yang tercela. Tetapi jika tanpa ilmu, diri itu walaupun ia sanggup berjalan pantas bersama kabilah taat tetapi dalam perjalanan itu tidak mustahil ia akan disekat dan disakat akhirnya ia akan dirompak oleh musuh-musuh tradisi iaitu syaitan(pujukan). Akhirnya SEBENARNYA AKU DAH LETIH namun engkau wahai nafsu tidak pernah terlena memfasikkan diri sehingga walaupun tekad aku pada setiap kali terbitnya fajar telah aku kumpulkan sepenuh keinginan yang menjulang-julang bagai tentera fisabililah untuk menuju allah namun petangnya diri tewas dengan tentera diri yang berpaling tadah iaitu syahwat yang melobosi benteng kukuh hati yang berkecai porak poranda. Sengatan beberapa ekor kala atas tubuh-tubuh yang luka lebih ringan dari sengatan syahwat-syahwat atas hati yang menghadap (kepada allah). Apa sahaja bentuk syahwat apabila melekat dalam hati maka ia akan mempengaruhi apa akal sehingga terdindinglah antara akal dan allah sehingga akal tidak dapat meningkatkan makrifatnya kepada allah. Al Baqarah Ayat 282…. Dan bertakwalah kepada allah dan allah akan memberikan ilmu pengetahuan kepada kamu dan allah maha mengetahui ke atas segala sesuatu.


Sesungguhnya manusia itu yang bergelar insan langsung tidak dapat melepaskan diri dari Zat wajibul wujud. Oleh yang demikian selalulah berhajat kepadaNya dan belajar sedikit demi sedikit untuk sampai kepada perasaan yang mantap, bahawa telah aku, kamu dan kita merasa benar-benar cukup dengan sesuatu yang sememangnya telah begitu mengikut dan menurut iradatNya, di mana diri tidak boleh berbuat apa-apa selain diri hanya mampu menerima adaNYa dengan yakin dan berlapang dada bahawa itu semuanya adalah kehendak yang Maha Esa.
Continue >>>