Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Aku Pecah Kepala (....?....)


LANDSKAP ROHANI



Aku mati akal seolah tiada berfungsi ia untuk aku ketika ini. aku tak tahu kerana tak berilmu dan tiada cahaya pada makrifat. Aku mengorek namun tak ku temui. Mungkin pada yang lain sahabat yang hebat amat mudah ertinya namun bagiku tewas sekian lama mencari apa yang tesembunyi..... KENAPAKAH TUHAN ITU BERNAMA ALLAH? aku tewas tiada jawapan. WUJUD... ILMU....NUR... SYUHUD....help me my dear

Pada ketika ini iaitu 13 januari 2010 aku hampir menemui jawapannya namun rasanya agak samar lagilah.... AKU MASIH KELAM NAMUN KABUTNYA HAMPIR HILANG.

January 18/2010.... aku sangkakan teguh rupanya masih rapuh aku menyangka mudah tapi amat payah moga akhir ku di selimuti "ANA AL HAQ"

January 22/2010..... agaknya yang masih terbebal ini berjumpa sesuatu yang aku lenyap melainkan yang ahli mengetahui.......... sunyi jugak nih....  tidak berlawan tidak menolak segalanya terima sesungguhnya aku akui diri tidak terpakai(hampeh)..... buat pekara yang bersesuai dengan nafsu boleh pula tepat pada waktunya..... adakah ini silap mata atau  aku memang banggang tercengang-cengang melayang-layang disambar enggang(setan)

17 comments:

Insan Marhaen on January 3, 2010 at 11:26 AM said...

relaks... jangan fikir sesuatu yang di luar keupayaan...

zakir lazarus on January 4, 2010 at 9:50 AM said...

terima kaceh tuan marhaen.... suatu pesanan yang penuh berkat

zakir lazarus on January 4, 2010 at 9:50 AM said...

terima kaceh tuan marhaen.... suatu pesanan yang penuh berkat

zakir lazarus on January 4, 2010 at 9:50 AM said...

terima kaceh tuan marhaen.... suatu pesanan yang penuh berkat

Fiddarbi Yasir on January 9, 2010 at 6:32 PM said...

Antara byk2 perkara, kenapa nk pikir yang ni leh?

Apa kata pikir apa yg baby mimpi sewaktu dlm kandungan..? heheh..

Zakir Lazarus on January 11, 2010 at 12:42 PM said...

tak tahulah apa yang baby mimpi dalam kandungan ibu namun rasanya baby tu belajar apa yang si ibu lakukan ataupun baby tu sedang melawan kesusahan akibat dia akan terhijab dengan hijab-hijab yang tebal itulah sebabnya baby kadang kala ia menendang-nendang seolah-olah menendang hijab-hijab yang terdinding kepadanya... agaknya lah kut.

Fiddarbi Yasir on January 11, 2010 at 7:44 PM said...

Saya xrasa macam tu. Ingat tak dalam perut, baby ada buat perjanjian dengan Tuhan dia? Rasanya dia mimpikan yang tu...

Dia tendang2 sebab nak main2 je tu. Kalau kita tunggu bila dia nak tendang, mesti dia tak tendnag, bila tak tunggu, baru dia tendang... Si baby kan suka main2 dalam perut. Nanti dia explore kepala dia, pegang kepala, teliga, tali pusat...

Zakir Lazarus on January 12, 2010 at 1:14 PM said...

oh baby uat perjanjian ngan tuhan yer..... baby maknawi lah tu yaa.

hmm macam tu baby nendang nendang tu sebab xplorasi lah, baru zakir tau.... zakir tak pernah tahu pun ini kali pertama tau maklumlah zakir tak kawin lagi..... agak-agaknya apa bendalah baby tu mimpikan yerk.... keluar-keluar jer trus nangis hmmm bising.

Fiddarbi Yasir on January 12, 2010 at 1:31 PM said...

Macam mana org mcm kamu ni bleh tak tau pasal perjanjian?

Bukan takat explorasi je, kalau kamu duduk dlm satu posisi, mesti kejap2 nak ubah2 kan? Mana ada yg duduk mcm patung.

Tak perlu tunggu kawin untuk tau pasal baby la Pakcik...haih..

Tengok, berapa bayak perkara yang sepatutnya orang tua macam pakcik pikir, tapi tak pikir...

Zakir Lazarus on January 13, 2010 at 12:43 PM said...

ya pokcik memang dhaif, lemah dan tak berilmu dan sememangnya pakcik lagi benak hati kerana pakcik tak tahu langsung akan perjanjian yang temetri semasa baby di dalam perut seperti ungkapan tuan yang bijak laksana dewa iaitu....Ingat tak dalam perut, baby ada buat perjanjian dengan Tuhan dia?....

yang pakcik(muda lagi lah) tau persumpahan janji taat setia kasih itu telah pun terpatri sebelum wujudnya alam lagi iaitu Pada alam ghaibul ghaib iaitu dalam keadaan entah berentah pada zat semata-mata pada belum awal, belum akhir, belum ada bulan, belum ada matahari, belum ada bintang dan belum ada sesuatu pun jua. Malahan belum ada TUHAN yang bernama ALLAH, maka dalam keadaan ini diri empunya Zat tersebut telah mentajallikan diriNYA untuk memujiNYA. lantas ditajallinya Nurullah. Dan yang kemudiannya ditajalliNYA pula Nur Muhammad (insanul kamil) pada peringkat ini dikatakan martabat ANTA ANA, ANA ANTA. Maka dalam keadaan ini empunya zat telah pun bertanya kepada Nur Muhammad dan sekalian roh untuk menentukan kedudukan dan taraf ketuhanan dan taraf hamba. Lantas ditanyakan kepada Nur Muhammad. Apakah Aku ini tuhanmu? Maka jawablah Nur Muhammad yang mewakili seluruh ruh insani ataupun ruh alkuddus menjawab “Ya engkaulah tuhan ku.
Selepas persumpahan roh ini dilaksanakan maka bermulalah era baru di dalam pengwujudan Allah swt. Apa yang dimaksudkan dengan makhluk ini ialah Nur Muhammad sebab seluruh kejadian alam maya ini adalah dijadikan daripada Nur Muhammad maka sesudah persumpahan roh itu jadilah alam maya ini iaitu alam qhobir. Jika baby yang dikandung ibu yang membuat perjanjian lemahlah perjanjian itu kerana di tanggung oleh roh yang berjisim maka perjanjian itu bernilai hanya untuk di langgari kerana tercipta manusia itu dengan nafsu yang mengilhamkan kefasikan. oleh yang demikian perjanjian itu di buat berdasarkan pengenalan iaitu makrifat antara nur muhammad dan sekalian roh dengan empunya zatulhaq iaitu tuhan yang ketika itu masih belum bernama allah itulah sebabnya allah menjadikan alam ini dari akibat perjanjian sekalian ruh yang mana alam ini (termasuk tubuh badan)hanyalah untuk berkhidmat kepada roh untuk ruh menggunakannya sebagai kemudahan(bertafakur) untuk mengenal tuhan yang bernama allah... setiap kejadian itu ada hakikatnya seperti kejadian baby yang tendang menendang semasa dalam perut ibu yang pakcik tak nafikan tujuan tendang sepak penerajang itu bertujuan menggerakkan anggota badan dan xplorasi si baby. Dan itu pakcik yang tak tahu menahu ini mengatakan dari segi sains memanglah baby berkeadaan begitu namun dari segi hakikatnya baby tendang-tendangan itu ada maksud yang tersirat. terpulang apa capaian fikiran orang terhadap maksudnya... tetapi dari segi logiknya jika seorang budak yang sedang gembira menonton tv(national geografic) dan tiba masanya pula ia terpaksa berhenti menonton untuk menolong bapaknya bekerja berat pasti anak itu akan mengeluh keluh kesah hingga segala pekerjaannya menjadi susah(anak derhaka). Begitu juga baby dalam perut ibu dia belajar bukan setakat raba-raba kepala, raba-raba muka dan meraba-raba tak tentu hala tetapi ia belajar rahsia-rahsia yang di ilhamkan yang mana telah ada di dalam pembentukan software manusia. Oleh kerana baby itu pandai dan mengetahui dunia itu sungguh tercela dan jasadnya adalah hijab maka bila ia keluar dari perut si ibu ia akan menangis kerana hendak mencari mana satu jalan yang hendak ditempuhi kerana jalan ada empat bahagian iaitu JALAN NERAKA, JALAN SYURGA, JALAN YAUMAL MAHSYAR dan JALAN RAHMAHT.

pakcik memang tak tahu menahu dan itu ajalah yang pakcik tahu pun... dan pakcik awet muda tau bacaan AMALANnya ialah ROH WUJUD BADAN NYAWA, DARAH DANGING, TULANG KULIT, PULANG PULIH SEDIAKALA..... ado sambongnya.... ha ha ha asta la vista

Fiddarbi Yasir on January 13, 2010 at 6:55 PM said...

Rupa2nya pura2 xtau.. (Menganalisa) Ayat pertama: Pakcik (tua 8thn dr anak muda ini) ter-offend-kah dgn kata2 sy? Sy tidak bermaksud spt yg kamu tulis. Sebab sy alert pakcik hidup di dunia 8thn lebih dr sy. Kan ayat tu nampak spt sy ni sedang hairan..kan? Pasal si baby tu, mmg sy maksudkan..

Perjanjian tu kat alam ghahibul ghaib? Mama kata dlm perut... (bukan salahkn org lain, sbb tu anak muda di sini cakap 'mungkin'). Terpaksa membaca semula mengenai mimpi si baby..haih~

Pakcik si ahli filsuf, otak kamu ni terlalu jauh utk dicapai... patut la suka pikiaq hingga ke tahap 'aku pecah kepala'.

Zakir Lazarus on January 14, 2010 at 3:33 PM said...

yak ampun anak muda yang manis bukan lentingan tetapi tegas pada hak allah akan ilmuNya... ilmunya bukan mainan dan bukan mungkin... bukan kalau... tetapi yakin dengan hak yang benar pada ilmunya.

Zakir Lazarus on January 14, 2010 at 4:29 PM said...

jika kita mungkin atau beriktikad kalau itu, kalau ini, mungkin macam itu, mungkin begini.... ianya adalah iktikad yang salah kerana ia adalah iktikad yang was-was yang mana sumber ilhamnya adalah syaitan yang mengilhamkan was-was.... berhati-hati yer anak-anak termasuklah diri pakcik yang kadang kala tidak berlaku adil pada diri sendiri... wallahualam

Fiddarbi Yasir on January 14, 2010 at 6:53 PM said...

Tu kan namanya proses berfikir... Anak muda yg manis ni tidak menyatakan 'pernyataan' berkaitan perjanjian pada awalnya dengan penggunaan kata2 yg was2 itu (boleh rujuk semula).. Tp i'll take ur advice, dun use 'maybe' if u're not certain about it. okay~ Kita boleh panggil itu sebagai set induksi, dan itulah pengetahuan sedia ada anak ini. Yg akhirnya telah dikenalpasti sebagai having misconception.

'Pernyataan2' anak ini ialah mengenai pergerakan si baby yg mana itu ialah bidang saya.. Jumpa pakcik di post yg lain ye.. sudah berbelas ni commentnya..haha.

p/s: boleh anak muda yg manis ni 'quote' kata2 pakcik utk cerpen seterusnya di Firdabbi Yasir? Tetiba dpt idea utk menulis~

Zakir Lazarus on January 15, 2010 at 5:02 PM said...

yerlah anak-anak wawasan..... apa apa jerlah... yang pasti iktikad iman jangan digoyahkan....Persaksikanlah pada yang banyak itu kepada yang satu.... Persaksikanlah pada yang satu itu pada yang banyak... persaksikanlah pada yang satu itu hanya pada yang satu.... Persaksikanlah pada yang satu di dalam rahsia yang satu.....

apa-apa pun pakcik tua bangka ni suka memandang yang hakikat dari yang tersurat(sains fisiologi)....


yang tersurat(sains) menjadikan kita sekadar ketahuan tetapi yang hakikat menjadikan kita seorang guru yang mendidik diri

afzam on January 18, 2010 at 5:57 PM said...

Salamualaikum...kepada tuan punya tanah dan saudara2 ri yg lain duk berkomen2....ttg pecah kepala dan bla bla....ermm,saya pun tk pandai nk komen...just nk menyampuk jer skit2 apa yg patut...

lumrahnya dari kita mula2 dilahirkan, kalau sibidan yg menyambut kita masa kita dilahirkan..apakah perkataan pertama dikeluarkan oleh mrk2 yg berhampiran...isk..isk...budak ni hitamnya dia....baby ni cantik laa...baby ni mcm mak dia laa...baby ni tk mcm ayah dia laa...ermm laaa kenapa baby ni idungnya kemek....

jadi oleh itu,dari kecil lagi kita diajar utk berkomen2 tentang apa saja..jadi oleh itu lautan ilmu yg difahami masing2 plk tidak selaras dan tdk sama level antara sama lain..bila dibahas2 dan dikomen..semakin panjang plk tajuknya...tajuk asal plk lari entah kemana....heheheh

ohya zakir!!!nama pun zakir,semestinya seorang yg rajin berzikir...lidahnya selalu dibasahi dengan zikir serta amalan2 lain...jadi oleh itu, semakin kuat seseorg itu berzikir dan mengamalkan wirid2 yg diajarkan oleh sufi masing2..maka semakin kuat tahap pemikiran bermain diminda...ibarat kata:berfikir diluar kotak dlm erti kata utk org awam kata buat apa berfikir benda2 yg tak sepatutnya difikir....ermm,itulah org yg kata...tapi diri sendiri yg tk mahu berfikir pun...dipaksa oleh allah utk memikirkan segala2nya...akhirnya,allah tutup terus pemikiran...sehinggakan rasa mcm nk pecah kepala..itu adalah utk kebaikan kita juga...ianya akan tenang,setelah pemikiran kita sampai dikemuncak dan masih buntu dengan jawapan..maka akan keluarlah air mata kelemahan diri..disitulah akan dpt suatu kuasa ghaib bahawa...diri sudah berada ditahap kawalan tuhan...aminnn ya rabbal alamin..

afzam5607 on January 19, 2010 at 6:01 AM said...

salam saudara zakir....kehadapan saudara saudari islam seagama...terdahulu saya memohon kemaafan di atas tersalah kata dalam coretan komen...jadi di sini saya mencelah dari sumber2 ilmu yg saya dapati dari kengkawan kita semua..bahawa tahap pemikiran dan idea spontan yang dialami oleh sizakir kita agak luar biasa dan diluar kotak pemikiran manusia biasa...

jadi oleh itu,sebelum saya perlu lebih jauh..secara fitrah semulajadi manusia sememangnya kaya dengan sumber komen dan tafsir mengikut pengetahuan masing2 serta level kefahaman suatu ilmu..maka:satu contoh saya suka bawakan di sini ialah...sewaktu kita kecil,keluar aje dari perut ibu,maka disitulah terciptanya komen dr2 org2 yg bersama dgn ibubapa kita saudara kita melihat rupa paras kita...ala baby ni hitamnya dia.....ehh ehh baby ni hidungnya mancung laa...tk macam abah dia.....isk isk isk... kenapalah baby ni kulitnya jadi macam ni...

oleh itu marilah kita renung2kan bahawa dr kecil lagi,kita sudah diajar menjadi seorg pemberi komen....

jadi kalau nk berkomen2 ni,sampai kiamat pun tk abis2....lain yg diceritakan lain pula tajuk isu diperbesarkan....heheh

ohya!!situasi si zakir ni adalah agak luarbiasa
...otak,hati,jiwa,perasaan,roh agak berat utk menanggung kuasa pengetahuan ttg keagungan allah. oleh itu allah akan berikan kepada sesiapa tk kira brp usianya,brp byk ujian yg ditempuhi,brp byk amalan yg dilakukan,brp byk kejahatan yg dilakukan...sampai bila2 pun,kalau seseorg itu tenggelam dlm sifat lemah,hina,jahil serta miskin..selama itu tuhan akan celupkan dlm dirinya suatu ilmu mengenal allah...maka akan ditanggungnya tktau nk cakap..hanya empunya badan yg dpt merasai...

kesan ini berlaku disbbkan suatu kuasa amalan zikir yg diamalkan oleh si zakir kita ni....dan amalan2 wirid yg diambil dr sifunya atau dr sesaper laa...

jadi,kuasa frekuensi serta gelombang magnetik kesan dr zikir memenuhi ruang dlm badannya diantara roh n hati....pastu bila tiba suatu masa,pemikirannya akan jadi buntu....adakalahnya jiwanya tktau apa sebenar dirinya,kemana akan pergi...last2 sekali setelah gagal menemui jawapannya jgk...bagaikan suatu aura nk pecahkan kepalanya....inilah yg akan terjadi kpd seseorg itu,apabila rajin mencari mengkaji mengorek dan mengamalkan zikir khusus......akhirnya ia akan menangis tanpa diundang...setlh airmatanya kering,terciptalah suatu aura baru yg mengemaskini kan sofware dalamannya....