Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Bagaikan Mayat



LANDSKAP ROHANI


Pada 8.1.2010 bersamaan hari Jumaat yang lalu berlaku suatu peristiwa. Peristiwa kematian bekas imam masjid Al Khiriah Pengkalan Gate Tambahan. Aku sememangnya tak mengenali langsung siapa imam itu(imam lama) tetapi memandangkan kematiannya pada hari Jumaat maka turut sertalah bersembahyang jenazah. Disebabkan bukan darah daging aku, maka sikit pun tidak terselit dalam hatiku perasaan hiba terhadap mayat tersebut(kesat betul hati ku). Semasa jenazah di kebumikan aku melihat kiri dan kanan bergenangan airmata sanak saudara bekas imam ni. Dalam hati kecil ku berkata kenapa wahai manusia kamu perlu tangisi pada mayat ini? Hati bahagian kanan aku mula menarik perlahan-lahan memberi isyarat melihat keadaan jenazah yang telah pun menjadi mayat itu. Aku lihat aku teliti dari belakang pengali kubur ketika jenazah itu hendak di kebumikan agak kasar juga. Ahh nasiblah kau mayat…. Ohhh mayat rupanya…. Mayat itu berada di dalam liang lahad tiada jalan hormat lagi untuk mengambus tanah kuburan itu. Melainkan mayat itu di langkahi dan tanahnya di injak-injak untuk memadatkan tanahnya. Aku mula terbayang apa pula kiranya ketika mayit ini dimandikan dan dikafankan. Cubalah aku, kamu dan kita renungkan sejenak ketika nasib si mayat ini disucikan.


Ketika mayit di mandikan pastinya segala keaiban terserlah(seksi vs seksa). Mayat ini di kalih ke kanan atau ke kiri sewenang-wenangnya tanpa sikit pun mayat itu membantah. Mayat itu di gosok kulitnya di tekan-tekan urat perutnya walaupun tekanan itu seberat menangung anak gajah tetapi mayat hanya mampu menutup matanya. Ada ke mayat mengaduh. Kalau mayat mengaduh lari lintang pukang pemandi jenazah. Oh mayat oh mayit nama pun sama aja ertinya walaupun ada yang menggelar engkau dengan panggilan jenazah tetapi engkau hanyalah suatu kehidupan yang melalui mati. Mayat mula dikafankan walau kain hanya cukup-cukup ajer untuk menutup aurat, tidak pulak engkau wahai mayat hendakkan suite PRADA, ARMANI. Hanya kapur barus sebagai pewangi tidak engkau mengeluh atau bersungut inginkan CHANNEL No.5 … ahh cukuplah mayat engkau redha ajerlah.



Sebenarnya aku kagum pada engkau mayat aku melihat engkau dengan rahsia hakikat. Ya allah ampunkan kekasaran aku pada mu. Aku malu pada Mu. Cubalah perhatikan pada diri aku sendiri, diri mu dan diri kita… apakah maqam tawakkal diri aku, kamu dan kita bila berhadapan Allah. Mulut memang sedap mengucapkan tawakkal tetapi adakah seluruh zahir dan batin itu bertawakkal seperti mana si mayat itu tawakkal pada si pemandi jenazah dan si penggali kubur. Si mayat benar-benar berserah diri kepada si pemandi jenazah walau di tolak ke kiri atau ke kanan mayat tetap menyerah diri…. Benar-benar menyerah diri… penyerahan diri yang tiada taranya… begitulah hendaknya aku, kamu dan kita bila bertawakkal pada ilahi. Insyallah tuhan akan menyarungkan pakaian tawakkal itu buat kita yang berhajat walaupun maqam tawakkal itu hanya di miliki oleh rasul-rasul dan kekasihnya yang terpilih. Sungguh amat payah untuk menikmati tawakkal mayat ni melainkan kurniaan-Nya. Apakah maqam tawakkal aku, kamu dan kita kepada allah? Adakah maqam tawakkal aku, kamu dan kita seperti tawakkalnya anak kecil yang kelaparan susu yang mana baby itu bertawakkal dengan jalan usaha iaitu menangis dan setelah ia menangis baru ia berserah(tawakkal). Yang mana usahanya di dahulukan kemudian ia bertawakkal kemudian redha. Bagi maqam tawakkal mayat pula ianya bertawakkal kemudian redha dihabisi dengan usaha(qhodirun).

0 comments: