Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Bukan Majnun Tapi Bodoh Yang Gelojoh


LANDSKAP ROHANI



Aku datang mencari Tuan agar dapat menghilang keruan moga nanti jadi sehaluan. Aku datang mengenal Tuan agar diri menjadi sunyi semoga nanti tidak merugi. Aku datang lagi mencari Tuan untuk menyingkap persembunyian diri walau diri di dalam diri. Aku datang melihat Tuan mata ku buta mengangkat diri. Aku datang menghampiri Tuan walau jauh tak tercapai dekat tak terasa. Aku datang melayani Tuan walau itu tidak memberi untung pada Tuan. Aku datang mencari Tuan walau diri sebodoh yang alpa maha gelojoh sebab masih bersuasana dalam pesta kekufurun dan kesyirikan. . Duhai Tuan apalah nasib hamba jika kekal menggendong nafsu selamanya aku adalah palsu. Aku datang menyembah Tuan walau kalam bersulam logika tetapi didalamnya bersarang kejijikan lagak megah dengan penuh kekufuran dan kesyirikan.



Pekara kerohanian bukan boleh dapat dengan perasaan atau khayalan ianya perlu bersungguh-sungguh dan bertawakkal. Pekara kerohanian tidak boleh difahami melainkan rahmat dari Yang Maha Esa, berunjurkan saluran Rasulullah saw dan melalui ahli zaman dengan bermunajat kepada Allah swt. Inilah aku yang benar bodoh lagi maha gelojoh walau kumat kamit berdoa tapi jiwa tersembunyi menghidu AMARAH. Walau petah kalimat menentang kekufuran dan kesyirikan dalam persembunyian mengidamkan menjilat hikmah. Aku datang kepada Tuan agaknya bilakan sampai jika petir pun aku tak perasan. Aku mempersembahkan kepada Tuan dengan secangkir mazmumah masakan dapat kenyang setalam rahmat. Sesungguhnya kerohanian yang aku dambakan tidaklah dapat dicari dengan semata-mata akal tetapi menyelamilah ia dengan takwa. Aku datang kepada Tuan dengan kecelikan tetapi kealpaan diri tidak melihat taslim yang gila seperti si buta yang yakin sepenuhnya kepada si celik yang memimpin si buta. Sesungguhnya aku bukan si Majnun, aku hanya bodoh gelojoh yang hanyut tertawa dipukul dibidas ombak tetapi aku lupa di dalam laut tiadanya gelombang ombak tiada lagi pukulan dan bidasan ombak amarah, mazmumah atau malhamah. Aku bukanlah majnun jangan buat aku terleka tiada layak bagi si bodoh yang gelojoh ini. Aku malu pada mu Tuan…… kerana majnun telah pun sampai kepada Mu.  Aku datang mencari Tuan sedang langkah bertahun di sini. Aku bukan majnun kerana aku datang mencari Tuan dengan fikir dan bicara yang melampau. Aku benar-benar inginkan Tuan.... sesungguh-sungguh Tuan....... bagaimana untuk hancur luluh pada mu Tuan......bagaimana lagi Tuan..... bagaimana..... bagaimana.... bagailah mana sekalipun


0 comments: