Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Sebenarnya aku dah letih



LANDSKAP ROHANI


Tahun baru dan selamat buat jiwa yang baharu semoga mazmumah berhijrah kepada mahmudah. Salam maal hijrah yang mempunyai rahsia yang besar bagi jiwa yang memerhati dan selamat tahun baru syamsiah buat jiwa semoga di lapangkan rasa cinta yang abadi. Namun ungkapan cinta itu hanya meniti di kalam belum lagi cinta itu menyelami hati kerana rasa rindu itu seringkali tempias oleh titisan nafsu dan percikan dunia yang melampaui. Lama jugak aku melupakan tahun baru rasanya aku menyepi diri dari segala bentuk perayaan yang baharu hampir empat tahun. Namun tak rasa terkilan atau terbias bahang tahun baharu mungkin di sebabkan factor usia yang mana bagi aku semakin berusia semakin malas dengan dunia. Malas dengan kerenah, malas dengan komuniti, malas dengan hiburan, malas nak bercakap pun ada juga, entah kadang-kadang jiwa ini sering menarik diri agar jauh makin jauh dari menghiraukan hiruk pikuk dunia. Tak tahulah jiwa ini tak pernah di pandu oleh mana-mana mursyid jadi takut jugalah jika hati ini tersasar dari landasan kesantunan ilahi. Takut juga ini adalah permainan nafsu yang halus-halus. Semoga Hendaklah kamu bersabar dan tunggu jika kamu rasa jemu dalam penyesuaian kamu dengan Dia, dan dalam menunjukkan penyerahan kamu kepadaNya, dan dalam memfana'kan diri kamu kepadaNya, sehinggalah sampai takdir Ilahi dimana tempoh masa itu telah cukup dan masa bertukar telah hadir.


Sebenarnya aku dah letih….. ya! aku sangat letih bermain tarik tali dengan tentera pergolakan dan penipuan. Letih sangat dah jiwa ini di pujuk di rayu dengan pelbagai keindahan keuntungan nafsu. Pada hari ini ketika nafas berhembus aku bertekad, aku ikrarkan kemenangan yang maha besar kemenangan yang tiada taranya walau aku tahu jihad ku ini hanya akan berakhir seandainya aku telah berpindah ke alam barzakh. Agar ikrar ini menjadi penyambut landskap rohani yang tamannya terbiar oleh lalang-lalang yang ke kiri bila di hembus oleh nafsu fasik dan ke kanan apabila di ketuk ketaatan soleh. Al Muthaffifin ayat 14 & 15…. “jangan berfikir begitu bahkan apa yang telah mereka kerjakan itu menjadi karat bagi hati mereka. Jangan lagi mereka berlaku demikian! (kalau tidak), mereka pada hari itu, tetap terdinding dari (rahmat) Tuhannya. Mengerjakan ibadath agama islam pada hakikatnya bukanlah sekadar patuh dan taat kepada allah semata-mata secara membuta tuli tetapi hendaklah aku, kamu dan kita berjalan kepada allah dengan mengenal erti hubungan kita(insan) dengan allah. Sesungguhnya apabila tersedar dari lamunan ke-AKU-an adalah hanya bertujuan menjadi hamba yang memberi khidmat dari ikrar sumpah janji setia bahawasanya hidup sifat akan terus diuji melalui medium afaal tentang kesetian dan keteguhan janji yang telah terpatri.


Telah mengenal erti hubungan itu ke-AKU-an akan lenyap dimamah oleh kedekatan, hapus dalam ilmu, binasa dalam yakin, hancur dalam makrifat, hilang, lenyap dan tiada dalam yang ESA. Tetapi segalanya bukan mudah bagi insan tetapi bukan payah bagi Khaliq, maka bagi insan bersopan santunlah dengan allah tetapi jangan terpedaya dengan kesantunan pahala dan hikmahNYA. Oleh yang demikian maka putuskanlah segala hubungan keakraban diri dari yang bersangkutan dengan kehendak-kehendak hawa nafsu dan syahwat yang sama sekali dapat menjerumuskan diri jauh dari allah. Jika tidak segalanya akan menjadi begitu sulit dan terasa payah serta teramat letih kerana berada dalam tawanan hawa nafsu dan syahwat. Kerana segala punca kedangkalan itu bagaikan sumpahan kerana apabila diri itu berkobar bangun berdiri untuk melangkah setiap kali juga nafsu itu menendang hingga tersepuk jatuh kehendak soleh. Walaupun sanggup lagi diri itu menahan kesakitan penendangan nafsu tadi namuan perjalananya menjadi lembap dan lambat sehingga diri itu lewat lalu tertinggal dan tercicir. Itulah gunanya iktikad iman bagi mengenderai nafsu yang tercela. Tetapi jika tanpa ilmu, diri itu walaupun ia sanggup berjalan pantas bersama kabilah taat tetapi dalam perjalanan itu tidak mustahil ia akan disekat dan disakat akhirnya ia akan dirompak oleh musuh-musuh tradisi iaitu syaitan(pujukan). Akhirnya SEBENARNYA AKU DAH LETIH namun engkau wahai nafsu tidak pernah terlena memfasikkan diri sehingga walaupun tekad aku pada setiap kali terbitnya fajar telah aku kumpulkan sepenuh keinginan yang menjulang-julang bagai tentera fisabililah untuk menuju allah namun petangnya diri tewas dengan tentera diri yang berpaling tadah iaitu syahwat yang melobosi benteng kukuh hati yang berkecai porak poranda. Sengatan beberapa ekor kala atas tubuh-tubuh yang luka lebih ringan dari sengatan syahwat-syahwat atas hati yang menghadap (kepada allah). Apa sahaja bentuk syahwat apabila melekat dalam hati maka ia akan mempengaruhi apa akal sehingga terdindinglah antara akal dan allah sehingga akal tidak dapat meningkatkan makrifatnya kepada allah. Al Baqarah Ayat 282…. Dan bertakwalah kepada allah dan allah akan memberikan ilmu pengetahuan kepada kamu dan allah maha mengetahui ke atas segala sesuatu.


Sesungguhnya manusia itu yang bergelar insan langsung tidak dapat melepaskan diri dari Zat wajibul wujud. Oleh yang demikian selalulah berhajat kepadaNya dan belajar sedikit demi sedikit untuk sampai kepada perasaan yang mantap, bahawa telah aku, kamu dan kita merasa benar-benar cukup dengan sesuatu yang sememangnya telah begitu mengikut dan menurut iradatNya, di mana diri tidak boleh berbuat apa-apa selain diri hanya mampu menerima adaNYa dengan yakin dan berlapang dada bahawa itu semuanya adalah kehendak yang Maha Esa.

0 comments: