Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Berhati-hati bersendiri


LANDSKAP ROHANI


Ya allah jadikan pada hati ku cahaya
Pada pandangan ku cahaya
Pada pendengaran ku cahaya
Di sebelah kanan ku cahaya
Di sebelah kiri ku cahaya
Di sebelah belakang ku cahaya
Dari bahagian depan ku cahaya
Bahagian atas ku cahaya dan
Dari bahagian bawah ku cahaya
Ya Allah anugerahkan daku cahaya
Jadikan bagi ku cahaya pada urat ku cahaya
Jadikan daging ku cahaya
Pada urat ku cahaya
Pada darah ku cahaya
Pada rambut ku cahaya
Pada kulit ku cahaya
Pada lidah ku cahaya dan
Jadikanlah pada diri ku cahaya dan
Besarkanlah untuk ku cahaya dan
Anugerahkan daku cahaya…….

Setan laknatullah itu memang licik seakan belut yang hidup di tepian sawah di pegang dengan tangan pasti terlepas akibat kelicinan belut itu. Namun teknologi marin menghasilkan mata kail untuk menangkap belut masuk ke dalam kuali menjadi mudah. Begitu juga dengan teknologi cahaya mampu mengatasi cahaya yang terang lagi panas yang di hasilkan oleh api. Kerana sesungguhnya setan itu terbentuk dari api yang amat panas jadi cahayanya dapat menerangi kegelapan namun cahaya api itu akan terbenam di bawah cahaya matahari yang jauh lebih menerangi. Begitulah setan juga mampu menyerupai cahaya ketuhanan kerana sifat ketuhanan itu adalah Jamal iaitu cantik tetapi ia tidak dapat menyerupai cahaya kenabian kerana bahang cahaya kenabian itu tidak dapat ditanggung oleh jisim yang lemah….

Ketika bersendirian istigfar itu memimpin hati dan pujian zat itu memimpin anggota yang zahir. Istiqfar itu mengingatkan anasir dalaman dan akal menafsir tentang pro dan kontra. Puji-pujian itu mengindahkan syariat sehingga akan mengabaikan beberapa sikap al qahru… iaitu sifat kecelaan yang terdapat pada setan. Bersendirian itu indah menghasilkan kosentrasi yang tajam.. tetapi konsentrasi itu perlu disulami dengan penelitian yang tajam juga, kerana serangan-serangan utama setan itu bertumpu pada hati dan otak yang sering membisikan dan merangsang nafsu. Rangsangan sering di tumpukan kepada sesuatu yang dicintai. Jiwa yang asyik berzikir(tanpa mursyid) sehingga tenggelam dengan asyik pada mentaliti mudah terpengaruh oleh anasir hikmah yang itu di anggap bukti kejayaan. Hati dan mentaliti memandang ketuhanan dengan konsep yang berbeza yang mana hati melihat ketuhanan itu meliputi sekalian alam, subjektifnya ialah fana dan mentaliti menafsir ketuhanan itu dalam bentuk peleburan sifat maujud.

Yang berjalan sendirian pada yang tidak bertarikat mudah ianya terikat pada simpang yang memikat sehingga mentaliti yang di serang secara halus-halus mudah terpesona memandang keujuban diri. Al qahru membisikan bahawa setiap amalan yang dilakukan itu adalah amalan yang baik, bagus, cemerlang melebihi upaya masyarakat… tambahi lagi amalan itu kelak beroleh penyatuan(boleh cayer ker). Tipu daya al qahru itu tidak berhenti di situ sahaja, setelah suspek benar-benar yakin itu adalah amalan para wali dan nabi pastinya suspek memandang ke hadapan dan merasakan diri terpilih dari sekalian umat untuk mendukungi beban alam yang berat ini. Jika suspek mampu mengelak dari tipu daya itu setan akan memainkan peranannya mendatangi pandangan ke arah keghaiban secara mimpi atau realiti. Berpakaian lagaknya wali dipandangi hati rupanya memakai sari.

Itulah pentingnya berfikir itu lebih baik dari amalan seribu tahun kerana memikir itu juga mengandungi cahaya ketuhanan yang menghancurkan cahaya al qahru. Bersendiri itu ibarat menyalakan api untuk memasak gulai lemak ayam yang mana ramuan tambahannya di tambahi tempe, sayur pucuk, carrot ,suun wahhhh sedap sungguh rasanya tak terkira, tetapi sedang memasak itu kamu ke simpang yang lain melayani jualan murah di tesco pasti masakan itu akan membakar seluruh rumah mu. Apa yang dapat jiwa yang merempat. Syariat itu bukan sahaja untuk dituruti tetapi menghayatinya untuk mendapatkan patinya.
Continue >>>

Camdetlah Aku..... Pasti Kau Akan diHukum


LANDSKAP ROHANI


Mengikut kamus bahasa Zakir Sdn. Bhd. CAMDET mendukungi maksud iaitu…. Menghina, mengutuk, mengaibkan, menggosipkan, mengejek, sumpah keranah, mencela, mengeji, mencaras dan sewaktu dengannya……



Yang pastinya BLOG aku ni hanyalah sesawang syok sendiri mengisahkan keadaan diri yang masih merasa kewujudan diri. Setiap hari mempamer diri dihadapan cermin mimpi hingga terasa kaki AKU yang berdiri. Sendiri menghitung diri terasa hati bagai ditusuk duri, namun degilnya wahai hati berkali-kali menyangahi janji pada mu Ya Rabbi.



Mengharap kepada pengenalan tetapi jiwa ku akhirnya berlangsung dengan kesunyian yang meratap kesepian. Dahulu setiap detik terasa bosan tetapi kini detik itu ku layan. Sungguh pantas detik itu berlari pergian ya allah…! tak tertahan aku untuk mencukupi amalan. Detik itu amat pantas sehingga terleka diri dicantas dosa nan berdebu. Sometimes rasa amat celaru seluruh anggota bagai terkaku namun fikiran menderu-deru memuas nafsu. Susahnya hidup aku kerana masih berteleku dalam Amarah yang palsu hingga sebu segenap paru-paru ku. Ya Rabbi kasihanilah aku jangan jadikan aku hindu menyembah lembu bertuhankan batu. Hingga otak jadi kayu iman makin layu walaupun aku berbangsa melayu tetap karma tuhan tidak memilih bulu.



Ya Allah walau aku qiyam di atas sejadah baldu berwarna biru namun hati ku masih haru biru. Aku relakan malam ku berteleku namun hajatku masih terpaku. Bilakan berakhir kecelaruan yang mendayu-dayu sedangkan langit telah pun bertukar bayu. Ya allah telah aku mencubai mencium harmoni rindu namun rupanya aku seribu tahun masih tertipu. Aku cuba menyapu segenap penjuru mohon landskap rohani ku jadi baru. Tetapi ketenangan itu hanya sementara waktu, apabila akal mula bertalu-talu mencari nan satu. Aurat Mu ku ungkai satu persatu akhirnya aku bagaikan hantu wujud atau tiada, siapa yang tahu...?



Camdetlah diri kerana itu lebih baik dari aku di cela celaka. Segala keburukan, kedhaifan, kezaliman, kehinaan adalah rebutan aku belaka. Periksalah celaan itu adakah pada diri kerana aku bukanlah Jibrail atau mikail, ataupun si mata kail yang tidak merasa sakit apabila di aib si jahil. Kerana tercipta manusia itu menyintai akan dirinya maka tersembunyilah segala kecelaan dirinya. Sehingga terkubur keaiban yang sebesar-besarnya. Hingga tidak kelihatan oleh aku walaupun sudah nyata lagi bersuluh seterang-terangnya.



Bagaimana menghibur nestapa seandainya aku ini seorang yang setia bagaikan ular. Taat bagaikan kambing liar. Bagaimana untuk damai di jiwa kerana aku sabar bagaikan babi. Aku takwa bagaikan singa safari. Khabarkan pada ku bagaimana ingin aku berpaling seandainya qiyam ku bagaikan anjing, melolong bagaikan gasing berpusing 360darjah berpusing mencari khilaf umat sekeliling. Dalam pilu aku merayu bagaikan ayam piru ketawa menayang bulu. Kiranya KAU hulurkan sisa simpati sebelum aku mati kerana sibuk mengira dosa-dosa yang berdaki.



Telah membekas jiwaku pada rindu sentuhan nafsu. Sungguh celakalah aku, pasti hukuman jatuh pada aku. Hendaklah menghukum diri atas setiap kekhilafan lalu agar amarah tidak setebal bulu kanggaru. Biarkan kedegilan nafsu jatuh berderu-deru bagai abu ditiup bayu. Walau bayangan nafsu indah elok nan ayu akan ku paku dalam lautan salju. Hukumlah batin kerana dia menyangahi karma yang ditentukan akal itu. Moga nanti tulus tangis nafsu termangu-mangu di belai hukuman bagai hirisan sembilu. Biarkan dia tertunggu-tunggu walau beribu datang merayu namun biarlah dia (nafsu amarah) terus terpaku dalam kubu anyaman Al Affu`.

Hendaklah benar perjalanan ku wahai Ar Rashid…. Kerana aku tiada bertemu mursyid. Adakah aku tidak layak bergelar murid jadi bagaimana untuk ku sampai ke maqam tajrid seandainya aku tiada berwarid. Terimalah aku wahai Al Muqit kerana untuk mengenal mu amatlah perit. Biarlah aku di gelar sakit walau di asak hingga terasa serik. Ya Malik aku mengharap dari mu taufik….tolongilah jangan biarkan jiwaku di carik oleh setan-setan munafik yang mendendangkan irama syirik…. Selamatkan aku …selamatkanlah hamba ini dari penyakit yang kian membukit…. Pimpinlah aku ke arah mu Ya Malik biarkanlah aku lemas ke dalam tasik mu yang asyik. Moga suatu hari aku akan terlepas dari gelaran si fasik.

Continue >>>

Haaah!!!!! Arak .....Seks


LANDSKAP ROHANI

Dasar otak jin tanah…mengalir darah mambang kuning tak ader benda lain ker yang direnung. Lurah puaka dendam juga jadi renungan…. Hmmm meleset akal… tetapi itulah kesempurnaan pada akal yang waras apabila ia melihat lalu otak itu menafsir dengan tepat pasti yang terlihat adalah objek botol dan gambaran pasangan yang intim…. Tidak pula akan mengatakan melihat kerusi atau meja atau gambar biawak air sedang berdansa…Kesempurnaan pada akal yang waras apabila ia mengenal….. sebagai contoh kalau di perhatikan tanpa teliti iaitu pandangan sekilas pandang nampaknya sekujur tubuh wanita yang berbogel di peluki seorang lelaki from anywhere?... itu tandanya akal itu sihat kerana mengenal pada gambaran tetapi jika aku berkata ohh botol mabik tok sami sah aku hanya melihat pada objek… itupun betul juga…. begitulah gambarannya untuk mengenal allah melihat objek itulah bukti baharu sekalian alam bukti kewujudan tuhan…. Melihat objek manusia ada tangan ada mata ada telinga dan bla….bla…bla…. Melihat gambaran itu bermakna melihat sifat…. Melihat objek botol yang berbentuk dan bergambar….iaitu diertikan melihat kepada objek tangan yang sifatnya berkuasa, objek mata yang sifatnya melihat, objek telinga yang sifatnya mendengar dan bla…bla…bla…. Ituylah dinamakan sebagai gambaran(maujud)…Jika lebih kasyaf lagi akan terlihat dolphin…. Hilang objek manusia bogel yang timbul pada akal yang yakin tulus mengatakan ianya dolphin. Hati kita pun jadi tenang apabila hakikat yang muncul dari gambaran itu ial ah dolphin….. tetapi apabila kita masih melihat kepada gambaran pasangan yang melampaui itu pasti perasaan kita jadi tak keruankan…. Begitulah pengenalan diri yang akhirnya tidak akan menempatkan diri di mana-mana tempat. Iaitu tidaklah sama zat tuhan itu dengan sesuatu yang baharu…. Apabila jalan yang dilalui tidak jelas dan tidak tepat, maka hasil yang didapati juga sangat tidak meyakinkan. . Kadangkala sayyidina Umar r.a tersenyum sendirian mengenangkan kebodohannya menyembah patung yang dibuatnya sendiri dari gandum sewaktu jahiliyah, apabila terasa lapar dimakannya pujaan itu.







berjalan dengan sekutu

akan menempa jadi batu

berlari mengejar hampa

pasti neraka hilang bara







……maha suci allah dari sebarang perumpamaan…..

Continue >>>

Tawanan Rindu


LANDSKAP ROHANI


“Berilah aku izin mendekati mu wahai lampu, aku ingin cahayamu yang terang bederang itu……”

“Hmmm….! sia-sia…..! benar-benar sia-sia permintaan mu…. Sebab keinginanmu itu mesti bertemu bahaya.

“Bahaya apakah itu gerangan tuan lampu…..?

“Di dalam perjalanan engkau pasti bertemu dengan burung layang-layang yang jahat dan engkau akan dijadikan mangsanya yang sadis”.

“Itu bukannya bahaya tuanku lampu yang indah. Itu adalah keberuntungan iaitu mati dalam merempuh cita-cita….!”

“Sia-sia, semata-mata sia-sia perbuatan mu itu”.

“Mengapa tuan lampu mengatakan sia-sia…. bagi orang yang mencintai bahaya… tuan”.

“Tidakkah engkau lihat bangsamu telah jatuh tersungkur mati bertimbun-timbun di bawah naungan keindahan ku lantaran mencari cahaya ku….”

“Itu bukan sia-sia duhai tuan ku. Itulah namanya keberuntungan. Kami datang dari tempat yang jauh sejauh perjalanan mencari cahaya kerana kami tidak tahan akan kegelapan. Kami datang kepadamu hampir dengan mu dekat berkeliling mancari cahaya. Izinkanlah kami mati lantaran panasnya cahaya itu kerana kematian itulah kelazatan yang tiada taranya”.

“Tidakkah engkau ngeri melihat bangkai yang bertimbunan itu wahai yang sia-sia”.

“Biarkan….biarkanlah sahaja bangkai yang bertimbunan itu ya tuanku. Bertimbuan dan mati di bawah naunganmu. Kami cari cahayamu setelah maksud kami berhasil biarlah kematian datang asalkan kami di redhakan datang…diredhakan fana…”.

Maka bertimbunlah bangkai kelkatu…. sedang yang datang masih banyak dan yang akan datang masih dalam perjalanan. Sebuah mahakarya cipta sufi

Continue >>>

Segalanya tiada ...jangan nak mengada-ngada


LANDSKAP ROHANI

....nk cari apa lagi...semuanya dah ada... apa yang ada bukanlah ada pada rasa hanya pada akal... akal dan rasa dua pekara berbeza.... orang gila tidak berakal namun ada perasaan....... setan ada akal namun tak berperasaan... zakir pulak dekat mana Tuan...... mana aku mau peligi loh….

Tarik nafas sedalam-dalamnya hingga ke ruang angkasa gaban. Memang tak nampak gaban. Yang nampak hanya diri…. Iaitu diri yang sedang bergaban dengan ruang angkasa nafsu yang segalanya palsu……. Tidaklah nafsu itu tercela 100%.., ada nafsu yang bagus contohnya nafsu ingin mengenal tuhan dan jikalau tiada nafsu pasti lesu syawat kepada allah. Kalau tidak bersyawat macam mana nak terangsang akibatnya gersang, jasad dan ruh kian usang jadilah aku macam musang yang lari akidah nak makan pisang. Sebabnya hanya monyet ajer berakidah makan pisang dan musang bukanlah vegetarian.

Nak cari apa lagi…. Ya memang tak puas kalau minum secawan air kalau diri tercampak di gurun sahara. Kalau nak cari cik sahara jangan cari di gurun sahara cubalah skodeng di rumah macik sebelah mana tau ada anaknya bernama sahara. Begitulah kalau mencari fahaman hakiki sebelum melihat alam yang luas lihatlah alam yang paling hampir dengan aku iaitu dalam diri tersembunyi seketul batu(hati yang keras-berhala mencari pahala). Akal dan rasa dua pekara berbeza.... orang gila tidak berakal namun ada perasaan....... setan ada akal namun tak berperasaan... kerana sesuatu yang paling berat dan gerun untuk ditanggunggi ialah bagaimana untuk membedakan mana yang baik dan mana yang jahat…. Tetapi semata-mata akal memang aku tak puas kerana ada ketika akal akan berhenti pada perjalanan walaupun hakikatnya akal tidak terbatas. Yang aku cari ialah rasa nurani… adakah dengan menangis berderai tup tap tup tap airmata akan terbentuk jambatan dari air mata menuju makrifat ohhhh tidakkk pasti tidak kerana penguin yang menangis menitis air matanya di kutub utara pun airmatanya tidak membeku menjadi jambatan menuju negeri yang penuh kehijauan. Kantoilah penguin hanya di kutub utara mengadap muka cengkung beruang kutub.

mana aku mau peligi loh…. Nak pergi mana lepak ajerlah di sini mencari pasti sebenarnya akal adalah kelemahan…. Kerana akal tidak dapat membuat keputusan sesuatu itu baik atau buruk. Tugas akal hanya menceritakan tentang pro dan kontra.. Tetapi IRADAHT-lah yang menjadi perantaraan akal dengan maksud(ketenangan,bahagia, atau apa-apa aje) iradath-lah yang menggerakkan hajat… kalau hajat itu kuat timbullah iradath(kehendak) sehingga dapatlah aku menakluk segala perintah amal dengan tenang dan bahagia tanpa rasa was-was yang dipaksa atau terpaksa sehingga kadang kala menjadi putus asa akibat diri makin dewasa menjadi penguasa bangsa segala afaal terasa ada…. Terima kasih allah aku syukur telah apa yang telah engkau hilangkan dari kusut ini. Sebagai contoh aku tahu tentang ilmu pembedahan setiap urat dan tali pusat menjadi mainan hingga berkarat namun suatu hari hamster sakit perut mintak tolong di bedah akibat anak dalam perut songsang tapi aku terus berkulat di situ kerana tali pusat dan segala urat yang aku pelajari tak sama dengan yang realiti yang aku bayangkan hanyalah fantasi.

Walau aku menangis setiap detik saat mengenangkan DIA yang maha Memerhati segalanya tidak pasti menanti diri kerana segala rintihan itu harus seiringan dengan kehendak…. Iaitu meletakkan kehendak(iradath) itu pada jentera amal… kajilah setiap wali allah yang melata tiada satupun yang disajikan kesenangan mutlak melainkan jerih perih yang terpatri diri. Keuntungan yang sejati itu didapati dengan kepedihan yang tak terperikan. Sebagai contoh mamat nak pi beli dadah heroin perjalanan nak pi membeli amat jerih dikejar poilisi dengan pelbagai mara bahaya namun iradathnya menggerakkan upaya agar berusaha memenuhi tuntutan kerinduan kelazatan heroin… tapi mamat dah tahu hukum karma menyentuh heroin itu merosakkan tubuh badan menghancurkan akal tetapi kenapa sekian lama mamat kembali tegar juga mengisap heroin…. Semuanya berlaku atas kehendak untuk mencapai rindu hingga menjadi ketagihan…. Begitulah pada aku setakat berangan berfantasia bulan madu tidak akan sama sekali terjebak rindu pada Al Waduud seandainya tiada Iradath yang mutlak……Sekarang mengertilah aku bahawa segala sesuatu di alam ini pro atau kontranya bukanlah pada zat sesuatu itu sahaja tetapi pada penghargaan kehendak aku atasnya menurut tinggi atau rendahnya akal. Setelah itu lihatlah kepada alam yang luas terbentang tapi tengok belakang rumah pun jadilah… tengoklah fikirlah dan tafsirlah pada ulat beluncas yang busuk dan lembik berwarna hijau sesunguhnya beluncas benar lemah kuat makan tak sedar diri membuang taik jatuh ke bumi menimpa denai-denai perjalanan semut… semut pun asyik marah ajer “nantilah beluncas jangan sampai aku berjaya memanjat pokok mencabut nyawa mu…. Beluncas yang ketakutan akhirnya menyembunyikan diri di dalam kepompong setelah beberapa lamanya ia pun keluar dengan keadaan yang amat cantik dengan sayap yang bewarna warni dan jangan marah sebab beluncas yang dulunya lemah kini mampu terbang mengembara galaksi yang dulunya terperuk atas pokok.

Continue >>>

Hoi kamu ni solat ker sembah menyembah lagi nih


 LANDSKAP ROHANI


Hmmmmm....., terkejut betul lahhh... berlembutlah sikit.....
.
.
.
.
.
.
nantilahhhhh..........,


Al anbiyaa ayat 53……… mereka menjawab: "Kami mendapati bapak-bapak Kami menyembahnya".(lalu kami ikut menyembahnya)

Sengaja aku sembahyang ___rakaat kerana allah taala… betulah tu namun yang menjadi persoalannya ialah ketika bersolat sedemikian landskap rohani mula merayap ke taman-taman nafsi yang menyembah keindahan sembah Yang Maha Berkuasa, sembah Yang Maha Penyayang. Dan sembah lalu menyembah hingga hati pun memang dah sah aku menyembah. Menyembah pada apa iaitu menyembah pada nama lantaran diri yang tak mengenal tuhan….. apakah yang dikatakan sembahyang itu atau lebih tepatnya ialah SOLAT. Solat ditakrifkan sebagai satu ibadath yang dimulakan dengan niat diakhiri dengan salam mengikut syarat dan rukun pada mazhab tertentu yang diawasi pada perlakuan syariat sunnah dan diakui al quran.

Selama hari ni aku berSEMBAHyang pada iktikad beginilah iaitu sepenuh hati meletakkan pada syariat yang mana jasad ini sujud menyembah sedang diri khayal di buai ke taman-taman landskap rohani yang benar-benar gersang terbiar(lampu jalan pun tak ada). Jenuhlah puja itu puja ini, rayu terus mendayu akhirnya layu sebelum memakai baju hakikat. Hmmmm hari-hari membilang detik mati itulah tugas kita mencari hakiki…. Hinggalah akhirnya melihat batu disembah dan batu itu special pulak siap ada namanya yang tersendiri(budhha,murugan, dll)…. Ehh ehhh batu itu ada nama. Allah juga adalah nama. Hindu menyembah dewa murugan dalam bentuk batu nampak dan ketahui apa yang disembah terang tang tang.. Aku pulak menyembah nama. Menyembah nama yang ghaib. Kan lebih elok rasanya tulis kalimah ALLah besar-besar kat dingding lepas tu pakat panggil seluruh umat menyembah. Ehh tak mungkinlah aku lain aku special aku ni islam tau. Aku sembah allah… wahai hati kau jangan perdayakan akidah aku yang kononnya murni sangatlah tu.

Apa salahnya aku menyembah kan aku ini hambanya? Selayaknya begitulah hamba berhadapan dengan tuan yang berkuasa, tuan yang memiliki segala keperluan ke atas diri si hamba. Pada hakikatnya penyembahan itu berlaku lantaran perakuan diri pada sifat pinjaman dikatakan sifat mutlak hamba. Oleh yang demikian wujudlah suasana penyembahan dengan siri lontaran kata-kata manis(doa dayu-dayu) penyembahan mohon simpati dengan berteleku diri pada pengesahan afaal adalah afaal diri yang hidup. Terus menerus meminta kepada yang disembah dan mengarahkan kepada yang disembah agar memperbaiki nasib buruk yang menimpa qhadak dan qhadar. Sesungguhnya cubalah bayangkan segala afaal yang berdiri pada sifat itu aku nafikan…. Nafikan sehingga jadi naïf….terima apa ajer kehendak Dia atas diri… menafikan diri segala sifat yang hak mutlaknya adalah hak mutlak yang maha esa. Mana lagi datang penyembahan apabila diri itu tiada. Pada ketika ini hilanglah penyembahan pada hakikat yang ada cuma PENYAKSIAN hakikat diri dengan diri sahaja…

Apa makna sembah…..? sembah ialah upacara atau ritual yang melibatkan dua subjek iaitu yang menyembah(orang yang sembah) dan yang disembah(orang yang kena sembah) tiap-tiap yang menyembah pasti 100% ada yang kena sembah yang posisinya bertempat di hadapan. Apa gilanya nak sembah sesuatu itu yang disembah itu berada di belakang ponggung mu. Nah lihatlah wahai diri setiap ritual penyembahan dalam dunia ataupun sejak zaman dinosaur segala bentuk penyembahan memerlukan yang di sembah itu berada di hadapan (bertempat) sedangkan MAHA SUCI ZAT ALLAH ITU BERTEMPAT.

Oklah aku terima wahai hati yang pasti mengajari hakiki diri itu sebenarnya mati pada hidup(wujud). Tetrapi….tetapinya setiap penyaksian wajib atasnya berlaku aku tengok kamu kamu tengok aku….. hish hish hish degil betul kamu ni amarah…. Mana pulak kamu ni hidup setelah kamu menafikan LA MAUJUD, LA HAYYUN, LA SAMIUN, LA BASIRUN, LA QODHIRUN, LA MUTAKKALIMUN BI HAQI ILLAHLAH….. Jadi kalau kamu, aku tahu apa yang aku, kamu ikrarkan wajiblah atas diri menyaksikan pada syahadaht. LA ILLA HA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH. Tiada lagi yang nyata untuk menyatakan selain nyatalah pada diri kita hanyalah diri batin(lu pikiag sendiri) dan (lu pikiaq sendiri) adalah diri zahir yang menenggung rahasia allah. Tiada wujud dua melainkan kembali pada yang maha esa.

Rasanya tak sempurna kalau tak cerita bab sujud menyujud ni… berlakunya sujud bukanlah sembh tetapi bagi pendapat akulah(minta maaf kerana melampau) kerana sujud itu bagi membasuh pakaian kesombongan membasuh sifat-sifat ALLAHUAKBAR iaitu megah,sombong, kemulian, kebesaran yang ada pada diri. Diri tidak layak menyarung pakaian allahuakbar ini melainkan diri hanyak layak menyempurnakan ALLAHUAKBAR dengan menerima atau redha bahawasanya DIA ALLAH yang AKBAR…. Allahuakbar adalah status yang dipuja untuk menjadikan diri aku lebih berdisplin kerana Dia maha besar maka aku mendahuluiNya pada setiap urusan diri. Lebih mudah lagi Allah itu zat akbar itu sifatNya….. mana kamu mau pergi….. mana aku boleh pergi segalanya, sekelilingnya adalah Dia mana ada aku lagi….. apa kamu rasa wahai diri… hmmmmm malulah… malu betul mengakui diri…..

Seandai wahai kawan yang membaca aku silap langkah yang tak biasa ni, maafkan dan betulkan celalah aku dengan kalam allah yang maha sempurna kejadian dan keindahan pada asma al hafiz. Tolongilah aku pemeliharaan diri dari gelojoh babi sebelum mati.

Continue >>>