Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Berhati-hati bersendiri


LANDSKAP ROHANI


Ya allah jadikan pada hati ku cahaya
Pada pandangan ku cahaya
Pada pendengaran ku cahaya
Di sebelah kanan ku cahaya
Di sebelah kiri ku cahaya
Di sebelah belakang ku cahaya
Dari bahagian depan ku cahaya
Bahagian atas ku cahaya dan
Dari bahagian bawah ku cahaya
Ya Allah anugerahkan daku cahaya
Jadikan bagi ku cahaya pada urat ku cahaya
Jadikan daging ku cahaya
Pada urat ku cahaya
Pada darah ku cahaya
Pada rambut ku cahaya
Pada kulit ku cahaya
Pada lidah ku cahaya dan
Jadikanlah pada diri ku cahaya dan
Besarkanlah untuk ku cahaya dan
Anugerahkan daku cahaya…….

Setan laknatullah itu memang licik seakan belut yang hidup di tepian sawah di pegang dengan tangan pasti terlepas akibat kelicinan belut itu. Namun teknologi marin menghasilkan mata kail untuk menangkap belut masuk ke dalam kuali menjadi mudah. Begitu juga dengan teknologi cahaya mampu mengatasi cahaya yang terang lagi panas yang di hasilkan oleh api. Kerana sesungguhnya setan itu terbentuk dari api yang amat panas jadi cahayanya dapat menerangi kegelapan namun cahaya api itu akan terbenam di bawah cahaya matahari yang jauh lebih menerangi. Begitulah setan juga mampu menyerupai cahaya ketuhanan kerana sifat ketuhanan itu adalah Jamal iaitu cantik tetapi ia tidak dapat menyerupai cahaya kenabian kerana bahang cahaya kenabian itu tidak dapat ditanggung oleh jisim yang lemah….

Ketika bersendirian istigfar itu memimpin hati dan pujian zat itu memimpin anggota yang zahir. Istiqfar itu mengingatkan anasir dalaman dan akal menafsir tentang pro dan kontra. Puji-pujian itu mengindahkan syariat sehingga akan mengabaikan beberapa sikap al qahru… iaitu sifat kecelaan yang terdapat pada setan. Bersendirian itu indah menghasilkan kosentrasi yang tajam.. tetapi konsentrasi itu perlu disulami dengan penelitian yang tajam juga, kerana serangan-serangan utama setan itu bertumpu pada hati dan otak yang sering membisikan dan merangsang nafsu. Rangsangan sering di tumpukan kepada sesuatu yang dicintai. Jiwa yang asyik berzikir(tanpa mursyid) sehingga tenggelam dengan asyik pada mentaliti mudah terpengaruh oleh anasir hikmah yang itu di anggap bukti kejayaan. Hati dan mentaliti memandang ketuhanan dengan konsep yang berbeza yang mana hati melihat ketuhanan itu meliputi sekalian alam, subjektifnya ialah fana dan mentaliti menafsir ketuhanan itu dalam bentuk peleburan sifat maujud.

Yang berjalan sendirian pada yang tidak bertarikat mudah ianya terikat pada simpang yang memikat sehingga mentaliti yang di serang secara halus-halus mudah terpesona memandang keujuban diri. Al qahru membisikan bahawa setiap amalan yang dilakukan itu adalah amalan yang baik, bagus, cemerlang melebihi upaya masyarakat… tambahi lagi amalan itu kelak beroleh penyatuan(boleh cayer ker). Tipu daya al qahru itu tidak berhenti di situ sahaja, setelah suspek benar-benar yakin itu adalah amalan para wali dan nabi pastinya suspek memandang ke hadapan dan merasakan diri terpilih dari sekalian umat untuk mendukungi beban alam yang berat ini. Jika suspek mampu mengelak dari tipu daya itu setan akan memainkan peranannya mendatangi pandangan ke arah keghaiban secara mimpi atau realiti. Berpakaian lagaknya wali dipandangi hati rupanya memakai sari.

Itulah pentingnya berfikir itu lebih baik dari amalan seribu tahun kerana memikir itu juga mengandungi cahaya ketuhanan yang menghancurkan cahaya al qahru. Bersendiri itu ibarat menyalakan api untuk memasak gulai lemak ayam yang mana ramuan tambahannya di tambahi tempe, sayur pucuk, carrot ,suun wahhhh sedap sungguh rasanya tak terkira, tetapi sedang memasak itu kamu ke simpang yang lain melayani jualan murah di tesco pasti masakan itu akan membakar seluruh rumah mu. Apa yang dapat jiwa yang merempat. Syariat itu bukan sahaja untuk dituruti tetapi menghayatinya untuk mendapatkan patinya.

6 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o on February 27, 2010 at 1:11 PM said...

alhmdulilah

Zakir Lazarus on February 27, 2010 at 1:27 PM said...

rahsia penumbuk beracun

l bro m on February 27, 2010 at 6:43 PM said...

fikir berlandaskan zikir

Zakir Lazarus on March 1, 2010 at 10:30 AM said...

fikir berlandaskan zikir
fikir berteraskan zikir
fikir bertunjangkan zikir
.
.
.
saya perlu masa untuk berfikir bagaimana untuk berfikir di dalam cakupan zikir adakah fikir berlandaskan zikir itu hanya tertumpu pada satu kalimah LAILLAHAILALLAH sahaja atau pun menerokai kalimah itu tanpa sempadan dan batasan.... macam mana yek...........

Hasan Nazam on March 3, 2010 at 1:45 AM said...

Generasi Ulul Albab... mereka adalah orang-orang yang banyak berZIKIR dalam segala keadaan ketika berdiri, duduk dan juga berbaring. Serulah nama Allah, "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka. Di samping itu, berFIKIRlah tentang kekuasaan Allah di alam semesta sehingga dapat menzahirkan penemuan baru dari segala apa yang ada di alam semesta ciptaan ALLAH.

Zakir Lazarus on March 16, 2010 at 6:07 PM said...

terima kasih tuan hasan nazam cukup indah....
apa maksudnya menzahirkan penemuan yang baru yerrr