Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Camdetlah Aku..... Pasti Kau Akan diHukum


LANDSKAP ROHANI


Mengikut kamus bahasa Zakir Sdn. Bhd. CAMDET mendukungi maksud iaitu…. Menghina, mengutuk, mengaibkan, menggosipkan, mengejek, sumpah keranah, mencela, mengeji, mencaras dan sewaktu dengannya……



Yang pastinya BLOG aku ni hanyalah sesawang syok sendiri mengisahkan keadaan diri yang masih merasa kewujudan diri. Setiap hari mempamer diri dihadapan cermin mimpi hingga terasa kaki AKU yang berdiri. Sendiri menghitung diri terasa hati bagai ditusuk duri, namun degilnya wahai hati berkali-kali menyangahi janji pada mu Ya Rabbi.



Mengharap kepada pengenalan tetapi jiwa ku akhirnya berlangsung dengan kesunyian yang meratap kesepian. Dahulu setiap detik terasa bosan tetapi kini detik itu ku layan. Sungguh pantas detik itu berlari pergian ya allah…! tak tertahan aku untuk mencukupi amalan. Detik itu amat pantas sehingga terleka diri dicantas dosa nan berdebu. Sometimes rasa amat celaru seluruh anggota bagai terkaku namun fikiran menderu-deru memuas nafsu. Susahnya hidup aku kerana masih berteleku dalam Amarah yang palsu hingga sebu segenap paru-paru ku. Ya Rabbi kasihanilah aku jangan jadikan aku hindu menyembah lembu bertuhankan batu. Hingga otak jadi kayu iman makin layu walaupun aku berbangsa melayu tetap karma tuhan tidak memilih bulu.



Ya Allah walau aku qiyam di atas sejadah baldu berwarna biru namun hati ku masih haru biru. Aku relakan malam ku berteleku namun hajatku masih terpaku. Bilakan berakhir kecelaruan yang mendayu-dayu sedangkan langit telah pun bertukar bayu. Ya allah telah aku mencubai mencium harmoni rindu namun rupanya aku seribu tahun masih tertipu. Aku cuba menyapu segenap penjuru mohon landskap rohani ku jadi baru. Tetapi ketenangan itu hanya sementara waktu, apabila akal mula bertalu-talu mencari nan satu. Aurat Mu ku ungkai satu persatu akhirnya aku bagaikan hantu wujud atau tiada, siapa yang tahu...?



Camdetlah diri kerana itu lebih baik dari aku di cela celaka. Segala keburukan, kedhaifan, kezaliman, kehinaan adalah rebutan aku belaka. Periksalah celaan itu adakah pada diri kerana aku bukanlah Jibrail atau mikail, ataupun si mata kail yang tidak merasa sakit apabila di aib si jahil. Kerana tercipta manusia itu menyintai akan dirinya maka tersembunyilah segala kecelaan dirinya. Sehingga terkubur keaiban yang sebesar-besarnya. Hingga tidak kelihatan oleh aku walaupun sudah nyata lagi bersuluh seterang-terangnya.



Bagaimana menghibur nestapa seandainya aku ini seorang yang setia bagaikan ular. Taat bagaikan kambing liar. Bagaimana untuk damai di jiwa kerana aku sabar bagaikan babi. Aku takwa bagaikan singa safari. Khabarkan pada ku bagaimana ingin aku berpaling seandainya qiyam ku bagaikan anjing, melolong bagaikan gasing berpusing 360darjah berpusing mencari khilaf umat sekeliling. Dalam pilu aku merayu bagaikan ayam piru ketawa menayang bulu. Kiranya KAU hulurkan sisa simpati sebelum aku mati kerana sibuk mengira dosa-dosa yang berdaki.



Telah membekas jiwaku pada rindu sentuhan nafsu. Sungguh celakalah aku, pasti hukuman jatuh pada aku. Hendaklah menghukum diri atas setiap kekhilafan lalu agar amarah tidak setebal bulu kanggaru. Biarkan kedegilan nafsu jatuh berderu-deru bagai abu ditiup bayu. Walau bayangan nafsu indah elok nan ayu akan ku paku dalam lautan salju. Hukumlah batin kerana dia menyangahi karma yang ditentukan akal itu. Moga nanti tulus tangis nafsu termangu-mangu di belai hukuman bagai hirisan sembilu. Biarkan dia tertunggu-tunggu walau beribu datang merayu namun biarlah dia (nafsu amarah) terus terpaku dalam kubu anyaman Al Affu`.

Hendaklah benar perjalanan ku wahai Ar Rashid…. Kerana aku tiada bertemu mursyid. Adakah aku tidak layak bergelar murid jadi bagaimana untuk ku sampai ke maqam tajrid seandainya aku tiada berwarid. Terimalah aku wahai Al Muqit kerana untuk mengenal mu amatlah perit. Biarlah aku di gelar sakit walau di asak hingga terasa serik. Ya Malik aku mengharap dari mu taufik….tolongilah jangan biarkan jiwaku di carik oleh setan-setan munafik yang mendendangkan irama syirik…. Selamatkan aku …selamatkanlah hamba ini dari penyakit yang kian membukit…. Pimpinlah aku ke arah mu Ya Malik biarkanlah aku lemas ke dalam tasik mu yang asyik. Moga suatu hari aku akan terlepas dari gelaran si fasik.

4 comments:

Rbain on February 20, 2010 at 2:34 PM said...

"...Kerana aku tiada bertemu mursyid. Adakah aku tidak layak bergelar murid jadi bagaimana untuk ku sampai ke maqam tajrid seandainya aku tiada berwarid."

Selama engkau mencari, engkau juga akan dicari. Teruskan pencarian itu sehingga bertemu disini atau disana. Tiada yang cepat atau lambat.

Satu lagi karya yang sangat baik dan menarik.

Zakir Lazarus on February 20, 2010 at 3:25 PM said...

buat diri ku tertanya tanya buat diri ku rindukan dia....mana dia pujaan hati yang sejati mengapa bisikan sifatnya berpisah

afzam5607 on February 20, 2010 at 8:33 PM said...

heheh...salam sejahtera!!!salam muhibbah salam sayang buat kalian semua....bertajrib dan bersebab itu suatu perkara yg berbeza dan perlu kepada rujukan dan perlu mengesahkan kefahaman melaluiii...tidak kira melalui sesiapa...kalau melalui diri sendiri nescaya akan terkena duri....

Zakir Lazarus on February 21, 2010 at 3:46 PM said...

arrrrrgghhhhh i m shouted untill haunted.
.
.
.