Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Hoi kamu ni solat ker sembah menyembah lagi nih


 LANDSKAP ROHANI


Hmmmmm....., terkejut betul lahhh... berlembutlah sikit.....
.
.
.
.
.
.
nantilahhhhh..........,


Al anbiyaa ayat 53……… mereka menjawab: "Kami mendapati bapak-bapak Kami menyembahnya".(lalu kami ikut menyembahnya)

Sengaja aku sembahyang ___rakaat kerana allah taala… betulah tu namun yang menjadi persoalannya ialah ketika bersolat sedemikian landskap rohani mula merayap ke taman-taman nafsi yang menyembah keindahan sembah Yang Maha Berkuasa, sembah Yang Maha Penyayang. Dan sembah lalu menyembah hingga hati pun memang dah sah aku menyembah. Menyembah pada apa iaitu menyembah pada nama lantaran diri yang tak mengenal tuhan….. apakah yang dikatakan sembahyang itu atau lebih tepatnya ialah SOLAT. Solat ditakrifkan sebagai satu ibadath yang dimulakan dengan niat diakhiri dengan salam mengikut syarat dan rukun pada mazhab tertentu yang diawasi pada perlakuan syariat sunnah dan diakui al quran.

Selama hari ni aku berSEMBAHyang pada iktikad beginilah iaitu sepenuh hati meletakkan pada syariat yang mana jasad ini sujud menyembah sedang diri khayal di buai ke taman-taman landskap rohani yang benar-benar gersang terbiar(lampu jalan pun tak ada). Jenuhlah puja itu puja ini, rayu terus mendayu akhirnya layu sebelum memakai baju hakikat. Hmmmm hari-hari membilang detik mati itulah tugas kita mencari hakiki…. Hinggalah akhirnya melihat batu disembah dan batu itu special pulak siap ada namanya yang tersendiri(budhha,murugan, dll)…. Ehh ehhh batu itu ada nama. Allah juga adalah nama. Hindu menyembah dewa murugan dalam bentuk batu nampak dan ketahui apa yang disembah terang tang tang.. Aku pulak menyembah nama. Menyembah nama yang ghaib. Kan lebih elok rasanya tulis kalimah ALLah besar-besar kat dingding lepas tu pakat panggil seluruh umat menyembah. Ehh tak mungkinlah aku lain aku special aku ni islam tau. Aku sembah allah… wahai hati kau jangan perdayakan akidah aku yang kononnya murni sangatlah tu.

Apa salahnya aku menyembah kan aku ini hambanya? Selayaknya begitulah hamba berhadapan dengan tuan yang berkuasa, tuan yang memiliki segala keperluan ke atas diri si hamba. Pada hakikatnya penyembahan itu berlaku lantaran perakuan diri pada sifat pinjaman dikatakan sifat mutlak hamba. Oleh yang demikian wujudlah suasana penyembahan dengan siri lontaran kata-kata manis(doa dayu-dayu) penyembahan mohon simpati dengan berteleku diri pada pengesahan afaal adalah afaal diri yang hidup. Terus menerus meminta kepada yang disembah dan mengarahkan kepada yang disembah agar memperbaiki nasib buruk yang menimpa qhadak dan qhadar. Sesungguhnya cubalah bayangkan segala afaal yang berdiri pada sifat itu aku nafikan…. Nafikan sehingga jadi naïf….terima apa ajer kehendak Dia atas diri… menafikan diri segala sifat yang hak mutlaknya adalah hak mutlak yang maha esa. Mana lagi datang penyembahan apabila diri itu tiada. Pada ketika ini hilanglah penyembahan pada hakikat yang ada cuma PENYAKSIAN hakikat diri dengan diri sahaja…

Apa makna sembah…..? sembah ialah upacara atau ritual yang melibatkan dua subjek iaitu yang menyembah(orang yang sembah) dan yang disembah(orang yang kena sembah) tiap-tiap yang menyembah pasti 100% ada yang kena sembah yang posisinya bertempat di hadapan. Apa gilanya nak sembah sesuatu itu yang disembah itu berada di belakang ponggung mu. Nah lihatlah wahai diri setiap ritual penyembahan dalam dunia ataupun sejak zaman dinosaur segala bentuk penyembahan memerlukan yang di sembah itu berada di hadapan (bertempat) sedangkan MAHA SUCI ZAT ALLAH ITU BERTEMPAT.

Oklah aku terima wahai hati yang pasti mengajari hakiki diri itu sebenarnya mati pada hidup(wujud). Tetrapi….tetapinya setiap penyaksian wajib atasnya berlaku aku tengok kamu kamu tengok aku….. hish hish hish degil betul kamu ni amarah…. Mana pulak kamu ni hidup setelah kamu menafikan LA MAUJUD, LA HAYYUN, LA SAMIUN, LA BASIRUN, LA QODHIRUN, LA MUTAKKALIMUN BI HAQI ILLAHLAH….. Jadi kalau kamu, aku tahu apa yang aku, kamu ikrarkan wajiblah atas diri menyaksikan pada syahadaht. LA ILLA HA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH. Tiada lagi yang nyata untuk menyatakan selain nyatalah pada diri kita hanyalah diri batin(lu pikiag sendiri) dan (lu pikiaq sendiri) adalah diri zahir yang menenggung rahasia allah. Tiada wujud dua melainkan kembali pada yang maha esa.

Rasanya tak sempurna kalau tak cerita bab sujud menyujud ni… berlakunya sujud bukanlah sembh tetapi bagi pendapat akulah(minta maaf kerana melampau) kerana sujud itu bagi membasuh pakaian kesombongan membasuh sifat-sifat ALLAHUAKBAR iaitu megah,sombong, kemulian, kebesaran yang ada pada diri. Diri tidak layak menyarung pakaian allahuakbar ini melainkan diri hanyak layak menyempurnakan ALLAHUAKBAR dengan menerima atau redha bahawasanya DIA ALLAH yang AKBAR…. Allahuakbar adalah status yang dipuja untuk menjadikan diri aku lebih berdisplin kerana Dia maha besar maka aku mendahuluiNya pada setiap urusan diri. Lebih mudah lagi Allah itu zat akbar itu sifatNya….. mana kamu mau pergi….. mana aku boleh pergi segalanya, sekelilingnya adalah Dia mana ada aku lagi….. apa kamu rasa wahai diri… hmmmmm malulah… malu betul mengakui diri…..

Seandai wahai kawan yang membaca aku silap langkah yang tak biasa ni, maafkan dan betulkan celalah aku dengan kalam allah yang maha sempurna kejadian dan keindahan pada asma al hafiz. Tolongilah aku pemeliharaan diri dari gelojoh babi sebelum mati.

2 comments:

assyaheed on February 10, 2010 at 5:32 PM said...

bismillah-hirahman-nirahim...Artinya: Bermula hati (bukan lidah) menyebut nama allah..(banyak2)..mendapat rahmat dan kasih sayang dari ALLAH...

Iqraq bismirabbikal lazi kholak : Bacalah, sebutlah, zikirlah, dengan nama tuhan mu - ALLAH (alif lam lam ha) (Ar-rahman, ar-razzak, al-malik itu nama sifat, bukan nama Allah) dia yg menjadikan semua makhluk (pokok, batu angin, langit bumi, malaikat, jin syaitan.)

Kholakal insanamin alaq. (Tetapi dijadikan manusia(insan) dari alaq(HATI) alangkah mulianya insan dibanding dengan semua makhluk tadi(ayat 1) kerana punyai HATI(rohani dan Nurani)

Tetapi manusia punyai jasad dan hati, tetapi tidak mahu menggunakan satu-satunya ciptaan allah yg memberikan kemuliaan allah iaitu kepada hati yg sentiasa mengingati ALLAH.

maka jatuhlah martabat manusia itu lebih hina dari haiwan ternakan...

semoga kita sama-sama mencari mutmainnah...itulah roh manusia...hidupkan hati sebut allah tanda org beriman

salam..
mukminblog.blogspot.com

Zakir Lazarus on February 11, 2010 at 10:48 AM said...

terima kaceh tuan makin banyak ilmu makin hancem tuan sekarang ni....

mintak tuan jelaskan lebih terperinci lagi.... jelaskanlah yang tersembunyi tu tak elok tau simpan sorang-sorang....