Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....

zakirlazarus@gmail.com

Tawanan Rindu

LANDSKAP ROHANI

“Berilah aku izin mendekati mu wahai lampu, aku ingin cahayamu yang terang bederang itu……”

“Hmmm….! sia-sia…..! benar-benar sia-sia permintaan mu…. Sebab keinginanmu itu mesti bertemu bahaya.

“Bahaya apakah itu gerangan tuan lampu…..?

“Di dalam perjalanan engkau pasti bertemu dengan burung layang-layang yang jahat dan engkau akan dijadikan mangsanya yang sadis”.

“Itu bukannya bahaya tuanku lampu yang indah. Itu adalah keberuntungan iaitu mati dalam merempuh cita-cita….!”

“Sia-sia, semata-mata sia-sia perbuatan mu itu”.

“Mengapa tuan lampu mengatakan sia-sia…. bagi orang yang mencintai bahaya… tuan”.

“Tidakkah engkau lihat bangsamu telah jatuh tersungkur mati bertimbun-timbun di bawah naungan keindahan ku lantaran mencari cahaya ku….”

“Itu bukan sia-sia duhai tuan ku. Itulah namanya keberuntungan. Kami datang dari tempat yang jauh sejauh perjalanan mencari cahaya kerana kami tidak tahan akan kegelapan. Kami datang kepadamu hampir dengan mu dekat berkeliling mancari cahaya. Izinkanlah kami mati lantaran panasnya cahaya itu kerana kematian itulah kelazatan yang tiada taranya”.

“Tidakkah engkau ngeri melihat bangkai yang bertimbunan itu wahai yang sia-sia”.

“Biarkan….biarkanlah sahaja bangkai yang bertimbunan itu ya tuanku. Bertimbuan dan mati di bawah naunganmu. Kami cari cahayamu setelah maksud kami berhasil biarlah kematian datang asalkan kami di redhakan datang…diredhakan fana…”.

Maka bertimbunlah bangkai kelkatu…. sedang yang datang masih banyak dan yang akan datang masih dalam perjalanan. Sebuah mahakarya cipta sufi

3 comments:

Rbain on February 17, 2010 at 5:28 PM said...

Menarik sekali..Perjalanan mengapai kehampiran kepada Tuhan perlukan keberanian. Keberanian yang hanya mampu dimiliki oleh pencinta sejati..

Zakir Lazarus on February 17, 2010 at 5:54 PM said...

eh ehhh baby datang lagilah....

inilah karya dari abang-abang sufi dahulu kala bila lepak sorang-sorang sunyi sepi tak ado kerja mereka pun berkaryalah buat-buat sibuk tapi sungguh bermakna kesibukan itu hingga dinihari kerana itulah jalan kedua setelah lama terperangkap dalam sifat al qahru.jalan kedua di sini bermula hingga dinihari. jalan pertama ialah jalan sirah yang hebat jalan kedua ialah hamba yang bertaubat dan jalan ketiga ialah lambat hingga terhambat tersumbat neraka laknat