Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Dialah Zat Yang Wujud Lagi Maujud - takluk ilmu dan iradathNya


LANDSKAP ROHANI


Muhammad s.a.w in Hindu Scriptures

Artikel yang di petik dari http://suarapesanan.blogspot.com/  kebenaran bersumber dari penulisan Dr. Ved Prakash Uphadday, penulis buku tersebut, telah menganut agama Islam.... "buku bertajuk 'Muhammad in Hindu Scriptures'  Sila kunjungi blog beliau untuk membaca banyak artikel menarik…..

Pundit Vedaprakash Upadhyay, a Hindu professor, in his stunning book claims that the description of the "Avatar" found in the holy books of the Hindu religion, matches the Holy Prophet Mohammed (PUBH). Recently in India, a fact-revealing book has been published.

The book has been the topic of discussion and gossip all over the country. If the author of this book were a Muslim, he probably would have been arrested or murdered. Perhaps all copies of this book would have been confiscated. Maybe, even a ban would have been extended. A riot and violence would have broken out against innocent Muslims and their blood would have been shed.

Amazingly the author of this book, Pundit Vedaprakash Upadhyay, is a learned and famous Hindu professor. Pundit Vedaprakash Upadhyay is a Hindu Brahmin of Bengali origin. He is a research scholar at Allahabad University. After years of research, he published this book, and no less than eight pundits have endorsed and certified his points of argument as authentic.

According to Hindu belief, the Hindu world awaits "the guide and leader", named Kalki Avatar. However, the description as given in the holy scriptures of the Hindu points only to the Prophet Mohammed (PBUH) of Arabia. Therefore, the Hindus of the whole world should not wait any longer for the arrival of Kalki Avatar (the spirit) and should readily accept Prophet Mohammed (PBUH) as Kalki Avatar.

These are the FACTS verified and supported by eight other eminent pundits. What the author says is that Hindus, who are still anxiously awaiting the arrival of Kalki Avatar, are simply subjecting themselves to never ending pain. Because, such a great messenger has already arrived and departed from this world fourteen centuries ago. The author produces the following sound evidences from the Vedas and other holy books of the Hindu religion in support of his claim:

1. In the Puranas (Hindu scriptures), it is stated that Kalki Avatar would be the last messenger of God in this world. He would be for guidance of the whole world and all human beings.

2. According to a Hindu religion prediction the birth of Kalki Avatar would take place in an isle, which again according to Hindu religion is Arab Region.

3. In books of Hindus, the names of the father and the mother of Kalki Avatar are given as VISHNUBHAGAT and SUMAANI respectively. If we examine the meaning of these names we shall come to some very interesting conclusion. VISHNU (meaning God) + BHAGAT (meaning Slave). Slave of God = ABDULLAH (in Arabic) is the name of Prophet's (PBUH) Father. SUMAANI (meaning peace or calmness). Aamenah (in Arabic means peace) is the name of Prophet's (PBUH) mother.

4. In the religious books of Hindus, it is mentioned that the staple food of Kalki Avatar would be dates and olives and he would be the most honest and truthful person in the region. Without any doubt the Prophet Mohammed (PBUH) is acclaimed to possess these qualities.

5. It is stated in Vedas (holy book of Hindu Religion) that the birth of Kalki Avatar would take place in an honourable clan. This perfectly fits the Quraysh where Prophet Mohammed (PBUH) belonged to.

6. God would teach Kalki Avatar through His messenger (angel) in a cave. Allah taught Prophet Mohammed (PBUH) through His messenger Jibraeel (Gabriel) in a cave known as Ghaar-e-Hira.

7. God would provide Kalki Avatar with a very speedy horse to ride and travel the whole world and the seven skies. Indication of burraq (horse) and Me'raaj (the night when Prophet [PBUH] travelled the seven skies).

8. God would provide Kalki Avatar with divine help. This was particularly proved in the Battle of Uhud.

9. Another dazzling account given about Kalki Avatar was that he would be born on the 12th of a month. Whereas the Prophet Mohammed (PBUH) was born on the 12th of Rabbiul Awwal (Hijra Calendar).

10. Kalki Avatar would be an excellent horse rider and a swordsman. The author here draws the attention of Hindus that the real days of horses and swords have gone and the present time of guns and missiles. So it would be foolish on the part of those who still expect Kalki Avatar, who should be an excellent rider and swordsman to come. In fact, the divine book, the Holy Qur'an, contains qualities and signs attributed to Kalki Avatar reflecting on the Prophet Mohammed (PBUH).

The author has given numerous arguments in favour of his claim that Kalki Avatar is in fact Prophet Mohammed (PBUH) and those who still await the arrival of Kalki Avatar should not waste time.
Continue >>>

Dialah Zat Yang Wujud Lagi Maujud - takluk afaalNya


LANDSKAP ROHANI

Entry yang di-copy-paste originally darihttp://muttaqiah.blogspot.com/


Nama saya ialah salleh bin omar, nama kristian Joseph. Saya dilahirkan di kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang india muslim dan mak saya orang banting selangor. Bapa saya telah pulang ke india dan emak saya berada di kedah, pondok kg pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke johor baharu untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan tetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretaapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama father chong. Kami diberi layanan istimewa, tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami di ajar sembahyang dalam bahsa inggeris.

Pada suatu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di malaysia, dari kuala lumpur bernama kamaruddin hj ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal di seksyen 14 jalan gasing petaling jaya. Kami belajar selok belok agama kristian di gereja jalan gasing dan di bina khas! Untuk orang melyu beragama islam (ada hingga sekarang). Setelah satu tahun saya tinggal di sana, saya telah dihantar ke indonesia selama 6bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkn orang dan macam-macam lagi dalam bahasa malaysia.

Saya belajar sekali dengan ibu tien suharto yang menjadi pemimpin agong wanita kristian seluruh asia dan bendahari agong wanita kristian seluruh indonesia. Saya pulang ke malaysia, kmudian dilantik sebagai pendakwah dari perlis hingga ke johor bahru.
Oleh! Kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke filipina selama 1 bulan, belajar selok belok kritstian dalam bahasa inggeris dan bahasa malaysia kerana terdapat orang malaysia, singapura dan orang filipina.

Kemudian saya balik ke malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6orang. Selepas itu dihantar ke singapura selama 1 bulan di port carzy bersama en aziz orang teluk intan. Beliau adlah setiausaha agong persatuan melayu kristian singapura. Beliau juga adalah bekas tentera udara di raja dan berhenti memegang jawatan setiausaha agong kristian singapura. Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.

Saya di hantar ke baptish church di ipoh, dibekalkan duit RM1400.00 bersama 2orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelaajr dan pemuda-pmuda negeri perak. Pada bulan januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu denagn tuan ibrahim, kadi daerah ipoh dan membawa saya bertemu muftinegeri perak dan en.azlan, pengarah jabatan agama dan saya terus bertaubat.

Jumlah kristian seramai 3000 orang telah d kristiankn terutama penduduk negeri perak dan johor baharu, manjoi dan rapat setia (perak).

Cara hendak mengenali mereka lelaki – berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg james bond(elaun 1hari Rm60). Perempuan-berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di kuala lumpur- daya bumi,kota raya dan sg.wang plaza.

Cara-cara berdakwah :
Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mpelawa tmpat tinggal (asrama 120katil,makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang yang akan diberi sejenis air hitam (HOLY WATER). Setelah diberi minum 1minggu lidah menjadi hitam! Tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang islam sahaja. Kewangan gereja Rm12.6juta, sumber dari sabah, sarawak, filipina dan singapura.
Motorola adalah penyokong dakwah kristian ini(terletak di petaling jaya,pulau pinang dan senawang,). Senawang terlibat seramai 200orang.ketua di senawang, haji hanapi saat dan haji ismail orang petani kedah. 

Haji hanapi bekas guru-akibat desakan hidup terpengaruh dengan kristian. Sekolah yang paling teruk di landa kristian ialah victorian institution. Pengetuanya en.ismail rahim, 20orang telah kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakkanya anak menteri dan datuk-datuk. Di ipoh sekolah tengku abd rahman(STAR)-2orang sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main sahaja, akhirnya dia bertaubat. Banting kamariah bt sidek-le! Pasan sekolah ditarik oleh seorang guru cina (pendakwah cina dibayar RM165 sehari) en.salleh omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada yusof Noor untuk mengadakan persidangan kristian sedunia(sebagaimana tersebar di akhbar)1982.

Salasiah bt sidek-sekolah tengku khursiah, seremban balik ke nibongtebal,accident motor, ddalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam kristian:
1. Desakan hidup
2. Kurang agama

Beliau telah menarik semula 300-400 orang kepada kristian.
Beliau sekarang bekerja dengan badan kebajikan islam perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu malaysia/brunei kepada kristian. Paderi besar di malaysia ialah kamaruddin hj ahmad. Pairin ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah di hantar ke melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid untuk bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat islam malas ke masjid. Selepas mesyuarat 3hari saya hantar 6orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk kristian di melaka.

Target kristian: pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu fatihah dan rock-pameran di kapal-kapal.

Cara untuk masuk kristian, mereka perlu gambar 2keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di selangor, kedah, kuala lumpur angkat sumpah.nama dalam kad pengenalan tidak ditukar(! Sukar nak dikesan) beliau beri penerangan kepada :
1. Polis bukit aman
2. Pusat islam (untuk menyedarkan umat islam) bila kitab dibaca tidak akan terpengaruh dengan kristian ini.

Seorang bekas paderi abd rahman yaakob (pengarah anti dadah,batu gajah) pernah menjadi paderi selama 23tahun.en abd rahman adalah berdakwah didalam bahasa inggeris. Beliau sebagai paderi dikenakn 4syarat :
1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda2 berdarah
4. Tidak boleh kahwin

Holy water dibawa dari indonesia (ketua paderi indonesia) bapak bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku kristian di cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua paderi kamaruddin hj.ahmad. dalam pada berdakwah kristian sebanyak 3negeri tak boleh dimasuk kristian iaitu kelantan,terengganu dan kedah, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

PENGUMUMAN- HARAP DISAMPAIKAN! KEPADA ORANG ISLAM KITA “SEBARKANLAH AWLAU SATU AYAT PUN” (sabda Rasulullah SAW) “nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

(surah al-azhab:71) demi kebaikan kita bersama untuk suami,isteri,anak2,kaumkeliarga,saudara mara,sahabat handai dan generasi akan datang yang kita sayangi.’ AGUNGKANLAH DAN LAUNGKANLAH “ALLAH HU AKBAR..MAHA SUCI ALLAH.
ALLAHU AKHBAR!!! ALLAHU AKHBAR!!! ALLAHU AKHBAR!!!

kata-kata mutiara dari tok belagak....."see u in jannah"...........
Continue >>>

Meng-Konglomerat-kan Amal Ibadat


LANDSKAP ROHANI

Dalam pencarian yang masih belum berjumpa pada noktah adakah terdapat pengenalan yang lebih baik daripada titik noktah itu … adakah selama berabad mengharungi perjalanan duka dan lara hanya untuk bertemu noktah… arrrgh itu semua hanyalah pengetahuan pada akal namun mata jiwa ini belum pun kenal bagaimanakah titik noktah itu… dalam mengatur langkah yang dah berterabur ini sekejap mati sekejap hidup memang payah untuk bertanya pada diri sendiri melainkan beribu alasan dan bosan kerana telah memahami pendirian AMARAH itu hanya untuk menentang penetapan TAAT yang dilahirkan oleh taqwa. Walaupun aku ini di katakan terlebih baik dari makhluk yang selain empat unsur namun aku sendiri tidak mengenal apakah unsur-unsur yang dapat menjajah AMARAH itu…. Ha…ha…ha.. aku ketawa besar punya!!!! kerana aku terlebih baik ciptaanya berbanding makhluk yang lain. Namun dalam sanubari yang paling dalam siapa yang tahu… mak atau abah pun tak tahu. Malaikat raqib dan atiq pun tak tahu juga bagaimana penanggungan ini……ada kamu kisah..? Tiada siapa yang nak ambil tahu, tak siapa kisah pun kerana tiada siapa perlu untuk memberitahu keaiban batin seseorang. Tak siapa pun yang kisah akan afaalNya melainkan memandang segalanya perbuatan diri sendiri yang punya. Apabila telah memandang segalanya atas perbuatan sendiri maka jiwa itu akan redho setiap elemen amarah. Maka boleh dikatakan jua asal segala dosa dan maksiat berpunca daripada redho  dengan kehendak nafsu syahwat yang terlarang oleh syariaat. Bertambah kecoh lagi apabila telah memandang maksiat yang halus itu hanyalah boleh dilenyapkan dengan berderainya air titisan dari wudhuk yang di ambil… aduhhhh lagi parah manipulasi ini apabila keyakinan itu di biakan menjadi embrio MUBAH.

Mubah adalah hukum yang boleh untuk dilakukan, bahkan lebih condong kepada dianjurkan (bersifat perintah), namun tidak ada janji berupa konsekuensi berupa pahala terhadapnya. Hukum ini cenderung diterapkan pada perkara yang lebih bersifat keduniaan. Walaupun kedunian itu perlu pada hayat amarah namun ianya adalah wabak kronik yang akan mengikis taat dan istiqomah jika pemeliharaan mubah pada keduniaan itu di ambil secara melampaui batas. Namun peranan amarah itu akan memujuk jiwa agar mengambil mubah lalu dikatakannya itulah rahmat dari ilahi bersesuai dengan pemberian nikmat dan rezeki. Walaupun landskap rohani itu di hiasi dengan ilmu yang bertepatan dengan kehendak hakikat namun ianya masih di anggap buta sebuta-butanya kerana ketiadaan rahmat dan taufik dari yang maha esa. Kerana tipu daya tiga serangkai iaitu setan, amarah dan mubah pasti akan memerangkap jiwa itu dengan usaha jiwa itu sendiri yang akan mencemarkan sebahagian taman-taman indah landskap rohani…

Antaranya pada mubah menghayati kelazatan… manusia sememangnya cenderung kepada sesuatu pada yang melazat anggotanya iaitu lazat pada lidahnya apabila berbicara dengan sahabat ramai…, berlazat-lazatan dengan makanan yang sememangnya sedap lalu berlebihan… bersedap..sedap…sedappppp pada meraih kelazatan nafsu kemaluan… dan beroleh kelazatan bathin yang halus dalam mengerjakan amal ibadat yang menjerumus kepada bilangan yang luar biasa hingga tanpa sedar telah menyemaikan benih-benih ujub. Juga mubah mencari harta kekayaan dunia namun masa atau waktu itu adalah perangkap kepada kemelesetan istiqomah. Wah banyak sungguh perangkap yang harus di teliti hingga pasti agar ianya tidak mencari diri untuk dijadikan mangsa MUBAH. Untuk mengelak jiwa mencari rakusan amarah hiasilah landskap rohani itu dengan keindahan akhlak yang penuh dengan kasih sayang sehingga jiwa itu amat sayang hingga takut untuk mencemarkan zahir dan batin nya dengan perhiasan dosa-dosa yang berbalam-balam kegelapannya… apabila maksiat halus ini telah menyerang, hukum mubah ini sedikit sebanyak memberi impak kepada perindustrian amal mahmudah. Oleh yang demikian industri amal ini perlu seiring dengan ilmu dan mata hati agar industri yang besar itu akan terus berkembang menjadi sebuah sector….. sebuah syarikat industri kecil tidak mampu berdaya saing dengan sector konglomerat lantaran sector konglomerat itu banyak modalnya(ilmu)….. besar pasarannya(mata hati).

Pencegahan itu adalah ubat yang paling mujarab bagi menghindari jiwa itu dari terperangkap dengan kehendak syahwat di atas nama MUBAH. Yang terutama selain berhati-hati ialah berilmu… kerana ilmulah yang mengajar akal itu berpesan-pesan pada khalifahnya(hati) hingga hati itu akan menghidupkan niat untuk menggerakkan jentera  afaal. Oleh yang demikian galilah ilmu qanaah dan berusaha beramal dengan qanaah pada setiap aspek kudrat afaal untuk mencegah jiwa itu masuk perangkap syahwat di atas nama MUBAH.. Walaupun jiwa amarah itu bukanlah jiwa yang layak untuk menyusun heirarki qanaah pada amalnya lantaran bukan  pada MAQAM yang sesuai namun adalah MUBAH bagi jiwa amarah itu untuk mempraktikan amalan qanaah itu sebagai bersiap siaga bagi menempuh penggembaraan alam Nafsu yang terbentang luas agar suatu hari jiwa itu tidak lagi terenang-renang di dalam MAQAM qanaah yang luas. Qanaah itu priskripsinya amat luas dan banyak pecahannya.. justeru itu rujuklah kepada laman blog  http://superbrands-afzam.blogspot.com/ untuk mendapat cerminan hati bagi membangkitkan kematian ke arah kehidupan... akhir sekali aku sudahi dengan aa` ee` uu` esok lusa kita nangis lagi hingga terharu tapi jangan pulak haru biru…. Wabillahi taufik wa hidayah…. 
Continue >>>

...... Akulah Tuhan Itu ....


LANDSKAP ROHANI



Ketika aku berjalan mengimbangi diri rohani dan jasmani, tujuh pancaindera ku menjadi alat yang mencari maklumat dan data. Data-data ini di kumpulkan lalu aku membiarkan akal ku menafsir hinggalah hati yang membuat keputusan bagi menggerakkan jentera pancaindera mencari pengenalan…. Mata adalah alat yang paling banyak menerima maklumat dari alam sekeliling. Manakala telinga adalah pancaindera yang banyak memerangkap dialog-dialog manusia yang menjadi tuhan-tuhan tanpa sedar. Saban hari langkah yang ku hayun ini hanya dengan niat untuk mencari seseorang yang benar-benar dapat mempengaruhi persoalan-persoalan yang telah berkubur.



Kerana akulah khalifah yang memerintah alam ku sendiri, akulah raja yang sepatutnya anggota rakyat ku Patuhi tanpa rungutan siksa dan terpaksa. Kerana akulah khalifah yang memerintah negeri kalbun. Kerana akulah jua khalifah yang memerintah galaksi minda tanpa sempadan, sejak itu akulah empunya kebebasan tuk mencari, menganalisa dan mematri keyakinan pada negeri kalbu ku. Sesungguhnya akulah khalifah yang benar. Akulah keegoaan seorang khalifah yang layaknya memerintah dan mentadbir dengan kesombongan raja takhta singgahsana AMARAH. Sesungguhnya tiada anasir yang dapat meruntuhkan kerajaan khalifah melainkan dirinya telah menjadi tuhan di atas kecintaan. Kecintaan ini membawa jiwa khalifah itu menjadi tuhan kerana pentadbiran khalifah itu tertakluk kepada undang-undang negerinya. Namun kecintaan yang mendalam itu rupanya membangkitkan jiwa mempertuhankan diri.

Pentadbiran dan pemerintahan di tunjangi oleh enakman undang-undang yang mengawal keliaran seorang khalifah dan ini adalah kelemahan khalifah. Tetapi apabila khalifah itu mula mempertuhan kecintaannya secara tanpa sedar ianya telah melantik dirinya sebagai tuhan yang menuruti apa sahaja kehendak kecintaan. Kecintan demi kecintaan di bajai oleh hasutan nafsu. Banyak sudah tuhan-tuhan ini mempertuhankan segala keindahan dan kelazatan yang akhirnya tanpa sedar ia akan di perangi oleh kehambaan. Khalifah yang gagah perkasa yang memerintah alam jasad nurani ini bertindak mengikuti anasir ketuhanan nafsu yang akan memerangkap jiwanya ke dalam perhambaan makhluk… kerana sesungguhnya makhluk itu kebanyakkannya bergantung kepada persekitaran…. Makan minum semuanya pergantungan makhluk itu bergantung kepada alam sekeliling(secara teori bukan hakikat). Oleh yang demikian amatlah meruginya jiwa yang mempertuhan dirinya apabila terperangkap di dalam alam makhluk… BATU itu adalah makhluk dan perbuatannya adalah berdiam dan berteleku pada suatu tempat(bosannya). HAIWAN itu juga adalah makhluk yang ketetapan hanya melangsungi hidup dengan turutan makan, minum, seks dan najis. JIN SETAN juga merupakan makhluk yang terperangkap diri mereka dengan tiada peradaban akidah dan syariaat kerana memakai sifat ketuhanan iaitu SOMBONG. MALAIKAT adalah makhluk yang dibatasi afaalnya pada kesetiaan dan kepatuhan. MANUSIA juga hanyalah makhluk iaitu makhluk yang bersifat berperadaban tamadun.



Tuhan yang di pertuhankan manusia kebanyakkannya lahir dari jiwanya sendiri… sehinggalah maksud yang lebih menepati citarasa ketuhanan ialah memelihara nafsu amarahnya dengan kecintaan yang mendalam. Suatu hari ketika aku di pusat servis perodua untuk servis ketuhanan(MyVi) aku berlegar di ruang menunggu mencari tempat untuk melambuhkan kepenatan yang memang tak penat pun. Mata ku mengelilingi 360darjah horizontal view dan sengaja melihat kearah dua orang lama(pakcik 50an) berkopiah putih beraura keimanan. Aku menghampiri dan duduk di sebelah mereka yang asyik berbicara persoalan keagaamaan. Telinga ku mencuri dengar sambil mata dan tangan ku berpura-pura membaca majalah yang paling aku menyampah melihatnya iaitu majalah kisah artis-artis. Kisah kedua pakcik ini bermula dari rentetan zaman kanak-kanak sehinggalah zaman haji dan seterusnya zaman koleksi cucu-cucu dan ketuhanan. Ketuhanan kereta, isteri yang sakit, anak-anak yang berjaya, pak ustaz mata ikan kering yang melepak kat surau masjid tak habis-habis mengajar halal haram, cara berpuasa bulan ramadhan, rukun sembahyang dan bla…bla…bla….…. Adussss pakcik alaf baru banyaknya kecintaan mu… sekali lagi aku hampa dengan ketuhanan ini. Kerana penyakit ketuhanan ini merebak bagaikan wabak tidak mengira usia, darjat dan pangkat.



Aku sebenarya mencari kegilaan ketuhanan bukannya penyakit kecintaan ketuhanan. Hanya merubah diri manusia itu daripada keadaan makhluk kepada keadaan HAMBA sahaja yang dapat merubah manusia itu menjadi insan. Untuk menjadi hambaNya bukanlah semudah hamba abdi, kerana hambaNya mempunyai kualiti iman dan ketahanan seperti sultanul aulia sheikh abdul qadir jailani. Argghhh aku mimpi ke apa? Ya allah aku tak tahu mana suatu aku harus ikuti kerana jika aku memilih menjadi khalifah pasti suatu hari nanti kerajaan ku di perangi tentera AMARAH, jika aku memilih menjadi hamba mu pasti aku akan di hujani kerja-kerja berat aku takut tidak mempunyai ketahanan seperti ketahanan sultanul aulia sheikh abdul qadir jailani. Tetapi jika aku memilih untuk tidak menjadi apa-apa pun kehadiran, pasti kau tidak mempedulikan aku lagi. Hmmmm ……!!!!! Selayaknya aku isytihar diri ini menjadi hambaNya kerana aku telah memilih syahadah sebagai pakaian kerohanian ku bagi menempuh segala kepalsuan nafsu yang banyak mengajari AMARAH ku untuk memilih banyak bentuk ketuhanan. Kini AMARAH ku mula mengajari jiwa tentang peradaban iman dan takwa dan amarah ini kian memanipulasikan syahwat kecintaan kedunian beralih kepada kecintaan yang mutlak iaitu kecintaan terhadap yang Haq. Bermula nafsu amarah itu adalah bertujuan memberi pengalaman kepada mahkhluk manusia tentang cinta, rindu, rasa, sakit, tabah melalui fasa ujian kecintaan terhadap dunia. Apabila di perangi amarah itu, akhirnya amarah itu menjadi hamba yang mula memberi tunjuk ajar mengenai bagaimana rasanya asyik cinta dan seorang hambaNya mampu memanipulasikan kecintaan itu ke arah cinta ketuhanan yang mutlak.





Khalifah – penguasa di bawah enakman



Tuhan diri – keasyikan dalam dunia kecintaan yang hanyut



HambaNya – menuruti tanpa asbab dan musabab



Hamba Makhluk – hanya kelangsungan hidup



Akulah tuhan itu….. tuhan yang terperangkap dalam jiwa yang gelap yang penuh dengan kecintaan yang melalaikan. Akulah tuhan itu…. Tuhan yang tidak mampu memberi pertolongan, akulah tuhan yang akan menghancurkan kamu dengan kelazatan dan kelalaian… akulah tuhan itu…. Aku berikrar menghancurkan tuhan-tuhan dalam manifestasi keAKUan...

Firman Allah yang bermaksud; "Tidakkah engkau orang yang mempertuhankan diri?"-(Al-Quran); dan sabda Nabi Muhammmad SAW.; "Mempertuhankan yang lain dari Allah, yang paling dibenci ialah mempertuhankan diri sendiri".

Continue >>>

Manipulasi Syahwat Untuk Mengadaptasikan Nafsu


LANDSKAP ROHANI



Mengapa sering melihat jiwa itu seolah dipandu oleh nafsu sehingga tanpa sedar atau di dalam pemikiran yang waras masih ternilai rohani itu di dalam perancangan nafsu. Walau berjuta ilmu dan kaedah untuk mengawal nafsu namun nafsu itu tidak dapat jua di tumpaskan kerana nafsu itu adalah terdiri daripada sebahagian struktur ROH. Oleh yang demikian bagi yang bernafsu amarah yang akal dan perasaannya sering di bisikan dengan penawaran dan permintaan maksiat wajarlah ia meneruskan hembusan nafas dengan menyimpan azam yang suatu hari nanti kehendak amarah itu akan luntur dan layu sendiri. Namun untuk menunggu dan terus menunggu SUATU HARI NANTI pun dah tak sanggup untuk menempuhinya. Jadi wajarkah kiranya hidup sekian lama hanya untuk menahan nafsu nafsi dan apa-apa sahaja jenis nafsu yang halus-halus bakal menjahanamkan kelazatan tawajjuh. Dalam banyak-banyak soal kehidupan pasti sukar menemui jawapan daripa persoalan yang berkaitan tentang nafas kehidupan itu sendiri…begitulah jua kepayahan memelihara nafsu nafsi serta hawa yang terbit tanpa pengawasan secara reflect melainkan perkataan taubat yang akan terbit secara automatis setelah terbentuknya kecaman maksiat yang meliar pada dada-dada iman seorang muslim. Walaupun taubat itu mencuci dosa namun dapatkah seorang insan amarah memelihara kesucian nafsu itu agar dirinya bisa terbentuk menjadi hamba yang diiktiraf sebagai hamba yang di kasihi. Mengejar maqam KAMALIAH sememangnya hanya mimpi buat si pemuja AMARAH namun jika di pandang dari aspek yang positif pastinya ianya menjadi impian AMARAH. Bagi jiwa yang berkerak-kerak AMARAH memerlukan penghayatan serta pengawasan yang jitu oleh seorang SIFU dan tidak perlu lagi bertanya sama itu hud-hud. Tetapi bagi yang ketiadaan kesempatan bertemu kekasih allah mencarilah sinar nur hidayat bagaikan mendaki bukit yang curam. Jika umur panjang selamatlah ke puncak namun setiap curam adanya jurang yang tidak dapat dilangkau dengan hanya melompat dan memanjat. Oleh yang demikian kesukaran untuk melunturkan amarah adalah dengan memanipulasikan syahwat itu dengan cuba mengadaptasikan hawa nafsu nafsi kepada yang lebih bersifat soleh…..



Seandainya nafsu itu gemarkan akhlak yang keji seperti memandang lawan jantina dengan syahwat(kehendak) berahi maka cubalah memanipulasikan syahwat berahi itu kepada berahi akan allah taala. Bagaimana mengolah tahap keberahian itu ialah dengan mengandaikan sifat mata yang memandang akan makhluk sehingga terbit syahwat di guna pakai untk mencipta pandangan yang hanya allah berhak ke atas segalanya. Jika dahulu terbiasa mata itu di gunakan untuk berzina memandang yang haram hingga menaikkan syahwat seks, maka manipulasikan ideologi pemahaman nafsu syahwat berahi itu dengan menanamkan bahawa dengan memandang masjid itu hati ku kian berahi untuk bertaqarub kepada allah yang maha esa. Naikkan gelojak nafsu berahi itu untuk di adaptasikan untuk beroleh amal ibadat sehingga akal itu terlupa bagaimana rupanya berahi terhadap seks. Kita tak perlu cucuk mata apabila terpandang sesuatu yang sifatnya zina Cuma biarkan sahaja sehingga mata itu diperintah untuk tidak mencuri pandangan terhadap pekara yang haram. Latihan itu yang penting namun ibu kepada latihan itu adalah sentiasa beristiqomah pada jalan yang diredhai. Sebelum menerima latihan maka untuk mengadapatsikan nafsu itu seharusnya manipulasikanlah syahwat (kehendak) itu kearah yang sifatnya lebih kepada yang positif seperti impian untuk lepak kat maqam KAMALIAH atau apa-apa ajerlah.



Adaptasi adalah cara bagaimana organisme mengatasi tekanan lingkungan sekitarnya untuk bertahan hidup. Organisme yang mampu beradaptasi terhadap lingkungannya mampu untuk mempertahankan hidup dari musuh alaminya dan merespon perubahan yang terjadi di sekitarnya. Organisme yang mampu beradaptasi akan bertahan hidup, sedangkan yang tidak mampu beradaptasi akan menghadapi kepunahan…. MENGADAPTASIKAN nafsu itu adalah daya pembangunan landskap rohani yang mana diri dan atau jiwa itu tertahan daripada melakukan HIJRAH. Kerana unsur HIJRAH itu sendiri memerlukan sebuah pengorbanan yang besar dan ia adalah sebaik-baik ibadat yang di tuntut. Walaubagaimanapun penghijran itu tertakluk kepada kekuatan syahwat(kehendak) pada jiwa itu yang menghancurkan segala regim ketidakyakinan. Was-was atau ketidakyakinan lantaran peratusan iman yang rendah adalah penghalang besar kepada HIJRAH namun latihan untuk memanipulasikan syahwat itu dengan mengadaptiskan nafsu itu mampu menjadi jalan keluar bagi jiwa yang tertawan oleh semangat kotor dan atau bisikan maksiat yang mencengkam.



Akal adalah agen yang mempermudahkan proses pro dan kontra yang akan meletakkan jiwa itu di bawah takluk syahwat. Dengan akal yang di bajai ilmu serta syahwat yang telah di manipulasikan dengan pengaruh iman akan dapatlah nafsu itu berjalan dengan proses isolasi dengan mengunakannya sebagai agen yang dapat melembutkan pengaruh nafsu yang radikal. Nafsu amarah itu terkandung di dalam pengaruh yang radikal. Amarah itu hendaklah di adaptasikan ianya dengan nilai keimanan yang akan dapat meluntur segala kesongsangan yang muncul tanpa sempadan. Sesungguhnya nafsu itu sendiri adalah perkaitan ROH maka nafsu itu amat payah untuk di bunuh atau mungkin tidak sama sekali untuk membunuh nafsu Cuma yang dapat dilakukan jiwa itu ialah menjinakkan nafsu yang liar atau memenjarakan keliaran itu dari medan kebuasannya. Nafsu amarah itu bukanlah nafsu yang layak di nikmati selain ianya di gunakan kelak sebagai senjata untuk mempertahankan diri sahaja. Sebagai contoh menggunakan kemarahan yang terbit dari nafsu amarah itu untuk memepertahankan diri atau menggunakan sifat garang untuk menakuti musuh dan apa-apa ajerlah yang sama waktu dengannya. Akhirkata mari manipulasi syahwat untuk mengadaptasikan segala amarah sebelum memakai pakaian HIJRAH untuk mujahadahtunnafsi.
Continue >>>

Ideologi takwa medan pertempuran Istiqomah


LANDSKAP ROHANI

Suatu ketika hati itu masih dalam penderitaan, menderita akibat tembakan peluru sasar M15 nafsu amarah. Pasukan bulan sabit syariat memberi rawatan menampal lubang luka pada akal agar diri sentiasa takut akan ilahi… kerana bersumberkan takwa itu akan mewarisi makrifatullah. Namun untuk menyelami lautan takwa itu bukanlah seperti snorkeling di perairan tetapi memerlukan istiqomah dalam mujahadah nafsi. Cakap memang senang memang nampak mudah namun jalan-jalan istiqomah itu rupanya banyak pintu-pintu kebosanan yang akan memerangkap jiwa ke arah putus asa. Aduh!!! Lagi-lagi kegagalan itu akan menyambut diri itu dengan bujukan yang akan mengatakan allah itu maha penyayang lagi maha mengampuni… tak perlah hari ini kalut esok mula semula…. Tetapi sampai bila landskap rohani ini akan terpedaya dengan kesantunan sifat allah yang maha pengampun itu…. Sampai bila maa!!! Sampai bila akan berterusan memula langkah baru…



Adakah masih mengira, menambah, menolak, membahagikan segala kepenatan istiqomah pada amalan… jika masih merenung nilai istiqomah baliklah kamu wahai jiwa ke negeri HUTOMAH agar pensucian api itu dapat membersihkan niat-niat itu agar menjadi istiqomah yang tidak pernah mengetahui langsung tentang fadhilat bla..bla…bla…atau apa-apa ajerlah janji nampak sempoi. Ketika jiwa benar-benar pada jalan yang cukup sempoi iaitu langkah hati telah tetap meniti jalan mustaqim dengan segala amalan hanya mendambakan keredhoaannya yang mutlak tetapkanlah jiwa itu pada jalan istiqomah kerana bermula jalan istiqomah itu ialah dari dalam jiwa itu sendiri yang lambat laun akan menghasilkan amalan zahir dan batin yang akan menjadikan jiwa itu sendiri akan ketagih, ketagih, ketagih tapi tak mabuk lagi. Bukan ketagih kerana sedapnya rasa amalan itu tetapi ketagih kerana rutin… rutinkan diri itu pada denai-denai syariat dengan berpendirian teguh pada akidah sehingga jika tercicirlah walau satu malam tahajud kamu akan memaki hamun sumpah seranah jiwa itu. Tetapi berhati-hatilah dengan permakian kerana takut terjerumus ke dalam kawah buruk sangka terhadapNYA… segalaNYA di bawah takluk afaalNya… hati-hati my boy berbaik sangka selalu dan senyum-senyumlah jangan macam senyum kambing. Semailah ketagihan itu menjadi lazat sehingga ketagihan itu bertukar rindu lalu mabuk…KERNA DIA



Memang hukum adat dan akal bagi memulakan pekerjaan zahir atau batin yang bertentangan dengan kehendak nafsu amarah pasti sukar. Sukar tak terkata kalau dapat buat pun tiada kemanisan seolah rasa terpaksa namun kalau tengok tv berjam-jam hati tak kesah sebabnya bersesuaian dengan kehendak nafsu yang palsu… namun sampai bila… sampai bilakah nak begini….. sampai bila? Untuk melazatkan kerohanian itu tak perlah jika melihat pada fadhilat amalan itu… itu hanyalah sebagai pembakar darah kejinan yang menjalar dalam tubuh.. itu sebabnya syurga itu terbina dengan pelbagai keindahan dan kelazatan kerana bermula manusia itu semuanya inginkan kesenangan… tetapi jika belajar dan berlatih mengecapi kesusahan akan menjadikan jiwa itu lebih patuh kepada takwa. Semua boleh cakap takwa semua boleh ungkapkan takwa itu ini, tetapi macam mana nak dapatkan ketakwaan itu secara outomatik…. Nak dapat ketakwaan itu secara tindakan refleks… macam mana…macam mana nak buat… macam-macam aper? Ada kau kesah. Setan diri memang tak kesah tapi jiwa itu mula dah meresah-resah akhirnya tersembam dalam longgokan airmata…. Tapi istanaNya belum terbuka lagilah. Carilah jalan pada istiqomah semoga dipertemuankan jiwa itu dengan takwa.



Ideologi medan pertempuran Istiqomah bermula apabila kehendak landskap rohani itu inginkan takwa. Pertempuran itu berlaku dari akibat ideology ketakwaan itu sendiri… adakah hati itu benar-benar takwa kerana allah atau takwa akan hukum allah atau bertakwa akan allah(membuta tuli-adat). Jalan untuk mencapai takwa itu memerlukan ilmu yang dapat mengenal tuhan yang bernama allah. Dengan teguhnya ilmu tentang ketuhanan maka bermulalah episode istiqomah yang benar-sebenarnya atau sekadar gagal esok cuba lagi… tetapi itu tak kesahlah sapa-sapa pun semuanya bermula dari kegagalan namun yang terpenting ialah memegang istiqamah hati yang bermaksud mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap kebenaran. Jiwa memang sentiasa teruji tak pernah dapat rehat sekajap pun lantas dalam mimpi pun akan teruji juga… jadi eloklah jika bermula kehidupan ini dengan langkah beristiqomah dengan permulaan satu amalan…. Apa-apa ajerlah janji cabang-cabang istiqomah itu dapat melunturkan wajah setan diri itu sendiri. Akhir kata istiqomah itu jadikan ia sebagai salah satu jalan pensucian peringkat awam…



Surah Fusilat-Ayat 30-32……. Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinan dengan berkata : "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah Malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah di janjikan kepada kamu."…….."Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang kamu ingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari ituapa yang kamu cita-citakan mendapatnya." "(pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani !"





Continue >>>