Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





...... Akulah Tuhan Itu ....


LANDSKAP ROHANI



Ketika aku berjalan mengimbangi diri rohani dan jasmani, tujuh pancaindera ku menjadi alat yang mencari maklumat dan data. Data-data ini di kumpulkan lalu aku membiarkan akal ku menafsir hinggalah hati yang membuat keputusan bagi menggerakkan jentera pancaindera mencari pengenalan…. Mata adalah alat yang paling banyak menerima maklumat dari alam sekeliling. Manakala telinga adalah pancaindera yang banyak memerangkap dialog-dialog manusia yang menjadi tuhan-tuhan tanpa sedar. Saban hari langkah yang ku hayun ini hanya dengan niat untuk mencari seseorang yang benar-benar dapat mempengaruhi persoalan-persoalan yang telah berkubur.



Kerana akulah khalifah yang memerintah alam ku sendiri, akulah raja yang sepatutnya anggota rakyat ku Patuhi tanpa rungutan siksa dan terpaksa. Kerana akulah khalifah yang memerintah negeri kalbun. Kerana akulah jua khalifah yang memerintah galaksi minda tanpa sempadan, sejak itu akulah empunya kebebasan tuk mencari, menganalisa dan mematri keyakinan pada negeri kalbu ku. Sesungguhnya akulah khalifah yang benar. Akulah keegoaan seorang khalifah yang layaknya memerintah dan mentadbir dengan kesombongan raja takhta singgahsana AMARAH. Sesungguhnya tiada anasir yang dapat meruntuhkan kerajaan khalifah melainkan dirinya telah menjadi tuhan di atas kecintaan. Kecintaan ini membawa jiwa khalifah itu menjadi tuhan kerana pentadbiran khalifah itu tertakluk kepada undang-undang negerinya. Namun kecintaan yang mendalam itu rupanya membangkitkan jiwa mempertuhankan diri.

Pentadbiran dan pemerintahan di tunjangi oleh enakman undang-undang yang mengawal keliaran seorang khalifah dan ini adalah kelemahan khalifah. Tetapi apabila khalifah itu mula mempertuhan kecintaannya secara tanpa sedar ianya telah melantik dirinya sebagai tuhan yang menuruti apa sahaja kehendak kecintaan. Kecintan demi kecintaan di bajai oleh hasutan nafsu. Banyak sudah tuhan-tuhan ini mempertuhankan segala keindahan dan kelazatan yang akhirnya tanpa sedar ia akan di perangi oleh kehambaan. Khalifah yang gagah perkasa yang memerintah alam jasad nurani ini bertindak mengikuti anasir ketuhanan nafsu yang akan memerangkap jiwanya ke dalam perhambaan makhluk… kerana sesungguhnya makhluk itu kebanyakkannya bergantung kepada persekitaran…. Makan minum semuanya pergantungan makhluk itu bergantung kepada alam sekeliling(secara teori bukan hakikat). Oleh yang demikian amatlah meruginya jiwa yang mempertuhan dirinya apabila terperangkap di dalam alam makhluk… BATU itu adalah makhluk dan perbuatannya adalah berdiam dan berteleku pada suatu tempat(bosannya). HAIWAN itu juga adalah makhluk yang ketetapan hanya melangsungi hidup dengan turutan makan, minum, seks dan najis. JIN SETAN juga merupakan makhluk yang terperangkap diri mereka dengan tiada peradaban akidah dan syariaat kerana memakai sifat ketuhanan iaitu SOMBONG. MALAIKAT adalah makhluk yang dibatasi afaalnya pada kesetiaan dan kepatuhan. MANUSIA juga hanyalah makhluk iaitu makhluk yang bersifat berperadaban tamadun.



Tuhan yang di pertuhankan manusia kebanyakkannya lahir dari jiwanya sendiri… sehinggalah maksud yang lebih menepati citarasa ketuhanan ialah memelihara nafsu amarahnya dengan kecintaan yang mendalam. Suatu hari ketika aku di pusat servis perodua untuk servis ketuhanan(MyVi) aku berlegar di ruang menunggu mencari tempat untuk melambuhkan kepenatan yang memang tak penat pun. Mata ku mengelilingi 360darjah horizontal view dan sengaja melihat kearah dua orang lama(pakcik 50an) berkopiah putih beraura keimanan. Aku menghampiri dan duduk di sebelah mereka yang asyik berbicara persoalan keagaamaan. Telinga ku mencuri dengar sambil mata dan tangan ku berpura-pura membaca majalah yang paling aku menyampah melihatnya iaitu majalah kisah artis-artis. Kisah kedua pakcik ini bermula dari rentetan zaman kanak-kanak sehinggalah zaman haji dan seterusnya zaman koleksi cucu-cucu dan ketuhanan. Ketuhanan kereta, isteri yang sakit, anak-anak yang berjaya, pak ustaz mata ikan kering yang melepak kat surau masjid tak habis-habis mengajar halal haram, cara berpuasa bulan ramadhan, rukun sembahyang dan bla…bla…bla….…. Adussss pakcik alaf baru banyaknya kecintaan mu… sekali lagi aku hampa dengan ketuhanan ini. Kerana penyakit ketuhanan ini merebak bagaikan wabak tidak mengira usia, darjat dan pangkat.



Aku sebenarya mencari kegilaan ketuhanan bukannya penyakit kecintaan ketuhanan. Hanya merubah diri manusia itu daripada keadaan makhluk kepada keadaan HAMBA sahaja yang dapat merubah manusia itu menjadi insan. Untuk menjadi hambaNya bukanlah semudah hamba abdi, kerana hambaNya mempunyai kualiti iman dan ketahanan seperti sultanul aulia sheikh abdul qadir jailani. Argghhh aku mimpi ke apa? Ya allah aku tak tahu mana suatu aku harus ikuti kerana jika aku memilih menjadi khalifah pasti suatu hari nanti kerajaan ku di perangi tentera AMARAH, jika aku memilih menjadi hamba mu pasti aku akan di hujani kerja-kerja berat aku takut tidak mempunyai ketahanan seperti ketahanan sultanul aulia sheikh abdul qadir jailani. Tetapi jika aku memilih untuk tidak menjadi apa-apa pun kehadiran, pasti kau tidak mempedulikan aku lagi. Hmmmm ……!!!!! Selayaknya aku isytihar diri ini menjadi hambaNya kerana aku telah memilih syahadah sebagai pakaian kerohanian ku bagi menempuh segala kepalsuan nafsu yang banyak mengajari AMARAH ku untuk memilih banyak bentuk ketuhanan. Kini AMARAH ku mula mengajari jiwa tentang peradaban iman dan takwa dan amarah ini kian memanipulasikan syahwat kecintaan kedunian beralih kepada kecintaan yang mutlak iaitu kecintaan terhadap yang Haq. Bermula nafsu amarah itu adalah bertujuan memberi pengalaman kepada mahkhluk manusia tentang cinta, rindu, rasa, sakit, tabah melalui fasa ujian kecintaan terhadap dunia. Apabila di perangi amarah itu, akhirnya amarah itu menjadi hamba yang mula memberi tunjuk ajar mengenai bagaimana rasanya asyik cinta dan seorang hambaNya mampu memanipulasikan kecintaan itu ke arah cinta ketuhanan yang mutlak.





Khalifah – penguasa di bawah enakman



Tuhan diri – keasyikan dalam dunia kecintaan yang hanyut



HambaNya – menuruti tanpa asbab dan musabab



Hamba Makhluk – hanya kelangsungan hidup



Akulah tuhan itu….. tuhan yang terperangkap dalam jiwa yang gelap yang penuh dengan kecintaan yang melalaikan. Akulah tuhan itu…. Tuhan yang tidak mampu memberi pertolongan, akulah tuhan yang akan menghancurkan kamu dengan kelazatan dan kelalaian… akulah tuhan itu…. Aku berikrar menghancurkan tuhan-tuhan dalam manifestasi keAKUan...

Firman Allah yang bermaksud; "Tidakkah engkau orang yang mempertuhankan diri?"-(Al-Quran); dan sabda Nabi Muhammmad SAW.; "Mempertuhankan yang lain dari Allah, yang paling dibenci ialah mempertuhankan diri sendiri".

4 comments:

Dama-Ulan on April 13, 2010 at 9:50 AM said...

Salam,

Tuhan??.. Allah??..

Dalam beberapa ilmu hakikat ada mengatakan bahawa Allah itu hanyalah Asma' (nama). Jadi sebelum adanya Asma', apa yg ada?

Yg ada terlebih dahulu adalah Zat (HU). Setelah Zat, adanya Sifat dan Afaal dan baru datangnya Asma'.

Kita ambil contoh mudah dalam solat.. siapa yg solat? Dari sudut ilmu hakikat yg bersolat itu adalah Sifat yg menyembah Zat maka adanya Afaal (perbuatan). Didalam solat itu sendiri kita mengunakan kalam yg memuji Asma'. Kerana tujuan kita hidup hanya utk mengEsakan (Wahdaniah) Zat yg maha besar.. Dimana pula diri kita? sememangnya tiada, kerana segalanya dalah hak (Haq) Allah s.w.t

Wallahualam....

Zakir Lazarus on April 13, 2010 at 12:39 PM said...

waalaikumussalam whkth...,

terima kasih tuan DAMA ULAN kerana memberi penerangan yang hebat agar aku tidak menjadi DALAI LAMA.... kadang-kadang terpaksa letak tajuk yang menyengat sebab nak pangil sifu-sifu beri pendapat....,

itulah sebabnya zikir itu ada beberapa martabat...seperti Zikir Anggota, Zikir Lisan, Zikir Qalbi, Zikir Sir serta Zikir yang tenggelam dalam Mazkurnya serta zikir zat yang berbunyi Aa Aa' EE UU iaitu zikir yang digelar tanpa suara tanpa huruf

Dama-Ulan on April 16, 2010 at 10:34 AM said...

Assalamualaikum...

Zakir, ko tak yah laa dok panggil aku Tuan.. meremang bulu roma aku..

Aku nie bukan guru.. aku hanya beri pendapat sekadar yg aku faham ajee.. Dalam bab zikir nie aku nk komen cikit..

First yg seelok2nya kita mula dgn zikir cuci nafsu.. Kalau tak silap, aku ada baca en3 ko berkenaan 7 makam.. Oleh kerana nafsu juga ada 7 martabat maka elok digunakan zikir pada 7 makam tu..

Wallahualam....

Zakir Lazarus on April 16, 2010 at 3:46 PM said...

ASSALAMUALAIKUM....

terima kasih tuan