Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Ideologi takwa medan pertempuran Istiqomah


LANDSKAP ROHANI

Suatu ketika hati itu masih dalam penderitaan, menderita akibat tembakan peluru sasar M15 nafsu amarah. Pasukan bulan sabit syariat memberi rawatan menampal lubang luka pada akal agar diri sentiasa takut akan ilahi… kerana bersumberkan takwa itu akan mewarisi makrifatullah. Namun untuk menyelami lautan takwa itu bukanlah seperti snorkeling di perairan tetapi memerlukan istiqomah dalam mujahadah nafsi. Cakap memang senang memang nampak mudah namun jalan-jalan istiqomah itu rupanya banyak pintu-pintu kebosanan yang akan memerangkap jiwa ke arah putus asa. Aduh!!! Lagi-lagi kegagalan itu akan menyambut diri itu dengan bujukan yang akan mengatakan allah itu maha penyayang lagi maha mengampuni… tak perlah hari ini kalut esok mula semula…. Tetapi sampai bila landskap rohani ini akan terpedaya dengan kesantunan sifat allah yang maha pengampun itu…. Sampai bila maa!!! Sampai bila akan berterusan memula langkah baru…



Adakah masih mengira, menambah, menolak, membahagikan segala kepenatan istiqomah pada amalan… jika masih merenung nilai istiqomah baliklah kamu wahai jiwa ke negeri HUTOMAH agar pensucian api itu dapat membersihkan niat-niat itu agar menjadi istiqomah yang tidak pernah mengetahui langsung tentang fadhilat bla..bla…bla…atau apa-apa ajerlah janji nampak sempoi. Ketika jiwa benar-benar pada jalan yang cukup sempoi iaitu langkah hati telah tetap meniti jalan mustaqim dengan segala amalan hanya mendambakan keredhoaannya yang mutlak tetapkanlah jiwa itu pada jalan istiqomah kerana bermula jalan istiqomah itu ialah dari dalam jiwa itu sendiri yang lambat laun akan menghasilkan amalan zahir dan batin yang akan menjadikan jiwa itu sendiri akan ketagih, ketagih, ketagih tapi tak mabuk lagi. Bukan ketagih kerana sedapnya rasa amalan itu tetapi ketagih kerana rutin… rutinkan diri itu pada denai-denai syariat dengan berpendirian teguh pada akidah sehingga jika tercicirlah walau satu malam tahajud kamu akan memaki hamun sumpah seranah jiwa itu. Tetapi berhati-hatilah dengan permakian kerana takut terjerumus ke dalam kawah buruk sangka terhadapNYA… segalaNYA di bawah takluk afaalNya… hati-hati my boy berbaik sangka selalu dan senyum-senyumlah jangan macam senyum kambing. Semailah ketagihan itu menjadi lazat sehingga ketagihan itu bertukar rindu lalu mabuk…KERNA DIA



Memang hukum adat dan akal bagi memulakan pekerjaan zahir atau batin yang bertentangan dengan kehendak nafsu amarah pasti sukar. Sukar tak terkata kalau dapat buat pun tiada kemanisan seolah rasa terpaksa namun kalau tengok tv berjam-jam hati tak kesah sebabnya bersesuaian dengan kehendak nafsu yang palsu… namun sampai bila… sampai bilakah nak begini….. sampai bila? Untuk melazatkan kerohanian itu tak perlah jika melihat pada fadhilat amalan itu… itu hanyalah sebagai pembakar darah kejinan yang menjalar dalam tubuh.. itu sebabnya syurga itu terbina dengan pelbagai keindahan dan kelazatan kerana bermula manusia itu semuanya inginkan kesenangan… tetapi jika belajar dan berlatih mengecapi kesusahan akan menjadikan jiwa itu lebih patuh kepada takwa. Semua boleh cakap takwa semua boleh ungkapkan takwa itu ini, tetapi macam mana nak dapatkan ketakwaan itu secara outomatik…. Nak dapat ketakwaan itu secara tindakan refleks… macam mana…macam mana nak buat… macam-macam aper? Ada kau kesah. Setan diri memang tak kesah tapi jiwa itu mula dah meresah-resah akhirnya tersembam dalam longgokan airmata…. Tapi istanaNya belum terbuka lagilah. Carilah jalan pada istiqomah semoga dipertemuankan jiwa itu dengan takwa.



Ideologi medan pertempuran Istiqomah bermula apabila kehendak landskap rohani itu inginkan takwa. Pertempuran itu berlaku dari akibat ideology ketakwaan itu sendiri… adakah hati itu benar-benar takwa kerana allah atau takwa akan hukum allah atau bertakwa akan allah(membuta tuli-adat). Jalan untuk mencapai takwa itu memerlukan ilmu yang dapat mengenal tuhan yang bernama allah. Dengan teguhnya ilmu tentang ketuhanan maka bermulalah episode istiqomah yang benar-sebenarnya atau sekadar gagal esok cuba lagi… tetapi itu tak kesahlah sapa-sapa pun semuanya bermula dari kegagalan namun yang terpenting ialah memegang istiqamah hati yang bermaksud mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap kebenaran. Jiwa memang sentiasa teruji tak pernah dapat rehat sekajap pun lantas dalam mimpi pun akan teruji juga… jadi eloklah jika bermula kehidupan ini dengan langkah beristiqomah dengan permulaan satu amalan…. Apa-apa ajerlah janji cabang-cabang istiqomah itu dapat melunturkan wajah setan diri itu sendiri. Akhir kata istiqomah itu jadikan ia sebagai salah satu jalan pensucian peringkat awam…



Surah Fusilat-Ayat 30-32……. Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinan dengan berkata : "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah Malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah di janjikan kepada kamu."…….."Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang kamu ingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari ituapa yang kamu cita-citakan mendapatnya." "(pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani !"





0 comments: