Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Meng-Konglomerat-kan Amal Ibadat


LANDSKAP ROHANI

Dalam pencarian yang masih belum berjumpa pada noktah adakah terdapat pengenalan yang lebih baik daripada titik noktah itu … adakah selama berabad mengharungi perjalanan duka dan lara hanya untuk bertemu noktah… arrrgh itu semua hanyalah pengetahuan pada akal namun mata jiwa ini belum pun kenal bagaimanakah titik noktah itu… dalam mengatur langkah yang dah berterabur ini sekejap mati sekejap hidup memang payah untuk bertanya pada diri sendiri melainkan beribu alasan dan bosan kerana telah memahami pendirian AMARAH itu hanya untuk menentang penetapan TAAT yang dilahirkan oleh taqwa. Walaupun aku ini di katakan terlebih baik dari makhluk yang selain empat unsur namun aku sendiri tidak mengenal apakah unsur-unsur yang dapat menjajah AMARAH itu…. Ha…ha…ha.. aku ketawa besar punya!!!! kerana aku terlebih baik ciptaanya berbanding makhluk yang lain. Namun dalam sanubari yang paling dalam siapa yang tahu… mak atau abah pun tak tahu. Malaikat raqib dan atiq pun tak tahu juga bagaimana penanggungan ini……ada kamu kisah..? Tiada siapa yang nak ambil tahu, tak siapa kisah pun kerana tiada siapa perlu untuk memberitahu keaiban batin seseorang. Tak siapa pun yang kisah akan afaalNya melainkan memandang segalanya perbuatan diri sendiri yang punya. Apabila telah memandang segalanya atas perbuatan sendiri maka jiwa itu akan redho setiap elemen amarah. Maka boleh dikatakan jua asal segala dosa dan maksiat berpunca daripada redho  dengan kehendak nafsu syahwat yang terlarang oleh syariaat. Bertambah kecoh lagi apabila telah memandang maksiat yang halus itu hanyalah boleh dilenyapkan dengan berderainya air titisan dari wudhuk yang di ambil… aduhhhh lagi parah manipulasi ini apabila keyakinan itu di biakan menjadi embrio MUBAH.

Mubah adalah hukum yang boleh untuk dilakukan, bahkan lebih condong kepada dianjurkan (bersifat perintah), namun tidak ada janji berupa konsekuensi berupa pahala terhadapnya. Hukum ini cenderung diterapkan pada perkara yang lebih bersifat keduniaan. Walaupun kedunian itu perlu pada hayat amarah namun ianya adalah wabak kronik yang akan mengikis taat dan istiqomah jika pemeliharaan mubah pada keduniaan itu di ambil secara melampaui batas. Namun peranan amarah itu akan memujuk jiwa agar mengambil mubah lalu dikatakannya itulah rahmat dari ilahi bersesuai dengan pemberian nikmat dan rezeki. Walaupun landskap rohani itu di hiasi dengan ilmu yang bertepatan dengan kehendak hakikat namun ianya masih di anggap buta sebuta-butanya kerana ketiadaan rahmat dan taufik dari yang maha esa. Kerana tipu daya tiga serangkai iaitu setan, amarah dan mubah pasti akan memerangkap jiwa itu dengan usaha jiwa itu sendiri yang akan mencemarkan sebahagian taman-taman indah landskap rohani…

Antaranya pada mubah menghayati kelazatan… manusia sememangnya cenderung kepada sesuatu pada yang melazat anggotanya iaitu lazat pada lidahnya apabila berbicara dengan sahabat ramai…, berlazat-lazatan dengan makanan yang sememangnya sedap lalu berlebihan… bersedap..sedap…sedappppp pada meraih kelazatan nafsu kemaluan… dan beroleh kelazatan bathin yang halus dalam mengerjakan amal ibadat yang menjerumus kepada bilangan yang luar biasa hingga tanpa sedar telah menyemaikan benih-benih ujub. Juga mubah mencari harta kekayaan dunia namun masa atau waktu itu adalah perangkap kepada kemelesetan istiqomah. Wah banyak sungguh perangkap yang harus di teliti hingga pasti agar ianya tidak mencari diri untuk dijadikan mangsa MUBAH. Untuk mengelak jiwa mencari rakusan amarah hiasilah landskap rohani itu dengan keindahan akhlak yang penuh dengan kasih sayang sehingga jiwa itu amat sayang hingga takut untuk mencemarkan zahir dan batin nya dengan perhiasan dosa-dosa yang berbalam-balam kegelapannya… apabila maksiat halus ini telah menyerang, hukum mubah ini sedikit sebanyak memberi impak kepada perindustrian amal mahmudah. Oleh yang demikian industri amal ini perlu seiring dengan ilmu dan mata hati agar industri yang besar itu akan terus berkembang menjadi sebuah sector….. sebuah syarikat industri kecil tidak mampu berdaya saing dengan sector konglomerat lantaran sector konglomerat itu banyak modalnya(ilmu)….. besar pasarannya(mata hati).

Pencegahan itu adalah ubat yang paling mujarab bagi menghindari jiwa itu dari terperangkap dengan kehendak syahwat di atas nama MUBAH. Yang terutama selain berhati-hati ialah berilmu… kerana ilmulah yang mengajar akal itu berpesan-pesan pada khalifahnya(hati) hingga hati itu akan menghidupkan niat untuk menggerakkan jentera  afaal. Oleh yang demikian galilah ilmu qanaah dan berusaha beramal dengan qanaah pada setiap aspek kudrat afaal untuk mencegah jiwa itu masuk perangkap syahwat di atas nama MUBAH.. Walaupun jiwa amarah itu bukanlah jiwa yang layak untuk menyusun heirarki qanaah pada amalnya lantaran bukan  pada MAQAM yang sesuai namun adalah MUBAH bagi jiwa amarah itu untuk mempraktikan amalan qanaah itu sebagai bersiap siaga bagi menempuh penggembaraan alam Nafsu yang terbentang luas agar suatu hari jiwa itu tidak lagi terenang-renang di dalam MAQAM qanaah yang luas. Qanaah itu priskripsinya amat luas dan banyak pecahannya.. justeru itu rujuklah kepada laman blog  http://superbrands-afzam.blogspot.com/ untuk mendapat cerminan hati bagi membangkitkan kematian ke arah kehidupan... akhir sekali aku sudahi dengan aa` ee` uu` esok lusa kita nangis lagi hingga terharu tapi jangan pulak haru biru…. Wabillahi taufik wa hidayah…. 

0 comments: