Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





RUNGUTAN dan sewaktu dengannya kembalilah HARAP


LANDSKAP ROHANI

Ibu Lajak merungut, mengeluh dan runsing tak tentu hala memikirkan nasib yang menimpanya…, “apalah nasib aku dapat anak macam Lajak jahat nak mampus tak dapet di ajorkan…. Kalau macam nilah tak ada masa depan ler…. Apalah nasib aku malang bertimpa-timpa. Kenapalah tuhan buat takdir aku macam ni….. dapat anak pun hanya muka lebih hansem dari firaun…. Ya allah macam mana aku nak hidup dengan anak macam ni kau perbuatlah apa yang kau suka padanya, aku redho…” Semua jiran tetangga meluat melihat Lajak iaitu anak yang jahat dan suka menganggu ketenteraman emosi ibunya. Sungguh lajak amat di benci. Lajak mengintai dan mendengar keluhan dan rungutan ibunya yang menangis-nangis sambil memukul lembut dadanya seperti yang terdapat dalam kesemua filem tamil…. Lajak terbentak seraya menyimpan azam untuk membuktikan dirinya bukanlah sekadar tak berguna. Suatu hari Lajak pasti jadi orang. Orang yang disegani.

Baleek menangis sambil tertahan-tahan airmata seorang lelaki dari membasahi pipinya yang berjerawat batu. Namun sebaknya tidak dapat di tahan lagi kerana melihat ibunya yang mengharap kepada ilahi… ya allah ya rabbi hamba mu ini hanyalah wanita yang tidak mampu mentadbir Negara apatah lagi kudrat ini dari menghalang sifat engkar anak ku, namun hamba mu ini yakin hanya kepada mu harapan yang di sandarkan hingga nafas ku terhentin menanti kerana yakin ku pada mu. Hamba pasrahkan harapan pada mu kerana tiada bergerak walau satu zarah pun jika tanpa izin mu lahawlawallah qhuwataillahbillahilazim... Baleek benar-benar terkesima dan tersentuh batinnya seakan hatinya yang mengerasi bagaikan batu yang disalut besi itu mencair mengalir bagaikan airmatanya yang mencurah tak dapat di tahan. Walaupun Baleek adalah mazmumah tegar namun sejak dari peristiwa itu Baleek mempelajari batinnya mengenai HARAP.

Research and development-kanlah diri, sama ada diri yang di dalam atau jasad kepada diri yang berdiri. Memanjai jasad diri dengan belaian keduniaan atau belaian akhirat, masing-masing mempunyai impak maksimanya yang tersendiri. Belaian kedunian ke atas jasad diri menjadi pratonton buat tatapan ahli keduniaan yang memeberi kesan kepada jiwa yang akhirnya jiwa itu dirasakan terpenjara dalam keluhan dan rungutan yang tak habis-habis selagi mata itu memandangnya sebagai keelokan atau kesempurnaan kepercayaan diri(keyakinan diri). Perlakuannya hanya untuk memuaskan kehendak trend keduniaan. Sama ada dirinya atau ahli keluarganya masing-masing menjadi sumber inpirasi mencipta keduniaan. Keduniaan yang bersifat objektif (kebendaan-material) atau bersifat subjektif(dalaman-perasaan), kedua-duanya menjadi HARAP kepada hawa nafsu. Tunganggan keduniaan ini menjadi harapan hawa nafsu sebagai pemutus iman dan menjadi pencetus taat kepada akhlak mazmumah. Puncak pemujaan keduniaan adalah keluh kesah yang akhirnya merasa diri telah terpedaya dengan longgokan rungutan hingga buta dari memandang HARAP.

Begitulah juga ahli akhirat yang memilih ibadah sebagai hiasan jasad diri yang akhirnya meletakkan sanjungan ahli akhirat kepada imbalan pahala-pahala. Walaupun pahala-pahala itu hanyalah untuk menguatkan keyakinan kepada keghaiban mutlak namun jangan menyandarkan pahala-pahala itu sebagai taruhan atau imbuhan yang mana allah terpaksa membayarnya kelak. Menggunakan alat pahala-pahala seperti solat, wirid dan bla,bla,bla bagi mencapai kepuasan tujuan selain allah adalah terpedaya. Akhirnya rungutan dan keluh kesah menjadi qarin yang menemani lantaran tujuan yang belum membuahkan hasil atau lambat sampai. Tujuan selain allah adalah meletakkan allah sebagai subjek kedua dalam mengharungi jalan-jalan ketaatan. Seperti menggunapakai alat pahala seperti qiamulai pada malam hari dengan berkeyakinan dapat melunturkan akhlak terkeji dan membuahkan hasil akhlak terpuji. Sesungguhnya tidaklah ibadat itu yang menjadi kuasa penyembuhan akhlak atau sebaliknya, tetapi yang Maha Melihat itulah yang berfirman kun fa ya kun…. [Al An'aam:73]

Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui

Lajak menjadi seorang yang berjaya, berjaya mengharugi kegelapan ilmu dunia hingga meletakkan dia sebagai seorang sanjungan masyarakat. Kini Lajak mengharumi nama ibunya dan Lajak berjaya membuat ibunya tersenyum sinis namun hati ibunya tidak segembira seperti apa yang dikehendakinya. Kerana kejayaan Lajak menjadikan diri Lajak gilakan sanjungan dan puji-pujian. Lajak gemarkan dirinya dipandang tinggi dan Lajak tidak suka dikatakan kejayaannya adalah hasil pengorbanan orang lain terhadapnya. Bagi lajak kejayaannya adalah dirinya yang berusaha untuk beroleh kejayaan. Hati Lajak sungguh kering, Lajak memandang orang-orang yang menghinanya dahulu bagaikan semut yang kecil. Bila-bila masa sahaja boleh di injak-injakkan. Tak terkecuali ibunya yang terpaksa menyuap sindiran maut dari mulut Lajak yang berpuaka. Keluhan dan rungutan ibu lajak suatu ketika dahulu allah makbulkan walaupun ketika itu ibunya hanya mengeluh, kehendak ibu lajak untuk melihat lajak menjadi orang yang berjaya rupanya menjadikan Lajak tewas dengan iman dan takwa kepada ibunya dan pemeliharanya(tuhan). Lajak mempunyai dua ketewasan iaitu tewas kepada batinnya yang sentiasa mencari jalan kepujian dari sanjungan masyarakat dan jasad Lajak memang dah terlajak kerana hanya menghiasi dirinya dengan trend keduniaan yang angkuh.

Kini Baleek mengerti perjuangan hidup bukanlah hanya membetulkan diri sendiri. Meneruskan perjalanan hidup bukanlah semata-mata mementingkan keimanan diri sendiri, tetapi kebahagiaan hidup itu bermula dari perjuangan dan perjalanan yang sebenar-benar mengHARAP hanya kepadaNYA. Oleh itu setiap akhlak Baleek sungguh bersesuaian dengan pakaian اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ (Tunjukilah kami jalan yang lurus). Baleek berjaya dengan pilihannya sendiri dari HARAPan seorang ibu kepada tuhan yang mentadbir alam. Ibunya menangis tersenyum kerana HARAP kepada allah itu bukanlah dogengan semata-mata tetapi taat melayani HARAP itu adalah ganjaran yang tidak disangka-sangkakan. Baleek mempunyai dua kemenangan iaitu jasadnya balik kembali mentaati syariaat dan batinnya bagaikan dilahirkan semula dari dunia kegelapan.

Harap kepadaNya dengan sifat khauf iaitu takutkan diri itu daripada terpedaya/terjerumus kepada sifat keluh kesah, rungut –rungutan dan sewaktu dengannya yang bersifat menghilangkan keyakinan keesaan tuhan yang mentadbir sekalian alam. Melayan keluh kesah itu menyuburkan semak samun duri ke dalam landskap rohani. Harap itu di umpamakan pemegang(hulu) kepada belati Taat. Dan belati taat(mengerjakan harap) itu yang mencantas semak samun keluh kesah segala rungutan. Khauf(takut diri terjebak kepada keluh kesah) itu bagaikan ukiran yang mencantikan HARAP. Hasilnya diri yang menjalani HARAP itu bersesuaian jiwanya seperti Al-Nesaa' ayat 69

“Barang siapa yang mentaati Allah dan RasulNya, maka mereka itu bersama orang orang yang diberikan Allah nikmat kepada mereka, iaitu nabi nabi, orang orang yang benar, orang orang syahid dan orang orang yang solleh. Alangkah baiknya bertemankan mereka mereka itu! ”
Continue >>>

ALAM TAAT di dalam interpretasi ALAM MUNGKAR


LANDSKAP ROHANI

Amarah yang sukar untuk di hakisi ini benar-benar memenatkan. Langkah perjalanan seakan terhenti hingga dada kian terasa sesak dengan oksigen mazmumah. Begitulah nafsu nafsi yang sifatnya berbolak balik terkadang ianya berada di alam TAAT terkadang ia mampu menjejakkan dirinya ke alam MUNGKAR. Ketika seluruh jasad dan landskap rohani menghayunkan perjalanan ke alam TAAT seluruh alam bagaikan membantu dan saling setuju menyetujui perjalanan ini sehingga diri terleka terlalu lama menghirup nafas cahaya ketaatan… taat kepadaNya dengan meninggalkan apa sahaja bentuk larangan yang termaktub oleh alam kejasadan seolah enakmen itu hanya diperintahkan hanya untuk mendidik alam jasad. Segalanya di praktikan kepada alam jasad sehingga leka kononnya diri itu telah benar-benar TAAT. Mungkin pada pandangan mata manusia itulah ketaatan mutlak yang mana meninggalkan nahi mungkar alam jasad tetapi bagaimana alam ketaatan diri sebenar diri.

Banyak suara-suara yang datangnya tanpa vocal tanpa bentuk ketika berada di alam taat. Hingga diri amat keliru dan terkeliru lagi dengan percanggahan keruan pada martabat ilmu yang lemah. Akibat kelemahan dari akal yang sifatnya dangkal, diri hanya memakai pakaian TAAT itu disarungkan hanya kepada alam jasad sahaja. Oleh yang demikian lantaran ketiadaan guru yang membimbing TAAT itu hanya di guna pakai bagi menghiasi wajah jasad sehingga berketerampilan seperti orang solehin. Apakah menghiasi wajah soleh itu lebih baik atau menjadi jalan keutamaan bagi diri sebenar diri….? Inilah perangkap dan permainan nafsu nafsi yang keliru dari akibat kurangnya strategi permainannya. Macam permainan caturlah… perjalanannya lembap dari akibat memikirkan strategi namun bagi mereka yang arif dengan CATUR ini, bukan lagi strategi itu yang menguasai perjalanannya tetapi akal dan psikologilah yang menjadi senjatanya untuk menyerang dan mempertahankan kejayaannya.

Alam TAAT itu hanyalah perjalanan bagi musafir di alam persinggahannya. Di situ siapa yang menentukan perjalanannya? Adakah nafsu atau akal atau diri atau ruh atau tuhan…, yang mana satu yang lebih dikenali itulah yang menentukan perjalanannya. Jika tuhan yang dikenali dari ilmu makrifatullah insyallah hilanglah bebannya menanggung diri di alam kejasadan(keduniaan-syirik). Jasad melihat(mata) akal memerhati melihat siput babi yang sifatnya lembap mengatur langkah kerana beban cengkerang(pergantungan) yang berat yang menjadi pelindungan jasadnya yang lemah dan lembik. Begitulah diri itu jika tidak mengenal tuhan(diri), keduniaan atau kejasadan akan menjadi galasan(pergantungan) yang super membebankan. Lantaran berasa kebebanan itu, nafsu nafsi dari pemakaian amarah yang tersembunyi menyuntik stress/tekanan tanpa sedar hingga merasakan/mengalihkan TAAT itu sebagai bebanan batin yang halus.

Bagaimana dikatakan terjebak hidup di alam MUNGKAR sedangkan pemakaian TAAT itu telah menghiasi jasad sehingga wajah tercerminan indah dengan sifat kesolehan. Tidakkah ketaatan itu menyerapi ke dalam hati sedikit demi sedikit(khauf-takut). Adakah tuhan itu begitu sombong dari rahmat dan kurniannnya. Inilah selok belok yang sungguh berliku-liku bagai duri yang melekat di tangkaian bunga mawar. Apa-apa ajerlah. Hanya yang dipimpin si arif bisa mengendalikan tipu daya nafsu nafsi. Kerana hidup itulah perjalanan maka ianya juga adalah persinggahan. Perjalanan diri itu memerhati dan persinggahan diri itu meneliti. Meneliti untuk mengubati kelukaan jiwa secara perlahan-lahan bagaikan sel-sel yang bercantum untuk menutupi luka. Luka itu adalah torehan dari belati amarah yang terpendam(stress).

Tuhan itu layaknya ia sombong tetapi rahmatnya mendahului kesombongannya… allah itu cemburu amat mencemburui terhadap hambanya yang memburu perhiasan kesolehan. Namun kurniaanNya mengatasi cemburu. Beginilah diri yang terlantar tanpa bimbingan sekejap dilanda kepuasan asmaraNya sekejap lagi dilanda kejauhanNya. Apabila perjalanan TAAT itu letih maka diri itu akan singgah. Singgah sebentar untuk merenung. Persinggahan yang adakalanya bersifat eksperimen untuk mengenali sejauh mana kebenaran suara-suara yang hadirnya tanpa vocal tanpa bentuk. Sekian lama berkelana pada persinggahan, diri ini di landa dua suara yang carik mencarik. Satu suara yang mencarik ketaatan dan suatu suara mencarik kemungkaran. KeTAATan yang disemai rupanya tidak mencambahkan khauf apatah lagi takwa kerana dikeranakan oleh pemaksaan. Pemaksaan selalunya akan menghiasi diri dengan rasa tidak ikhlas tidak redho tidak memerhati. Oleh yang demikian segala amal TAAT menjadi kurang berkesan walaupun diri itu cuba ingin keluar dari elemen mazmumah dan kesyirikan.

Alam MUNGKAR bukanlah sifatnya untuk menjerumuskan diri ke dalam kawah kehancuran. Tetapi campakkanlah alam MUNGKAR itu ke dalam kawah pemerhatian untuk di masak menjadi makanan ikhlas dan redho yang suatu hari nanti hati itu tidak lagi mengenal keluh kesah atau rungutan apabila diri di uji dengan kejauhanNYA. Apabila diri ini di eksperimentasikan oleh kemungkaran, jiwa ini mengikuti suara-suara kemungkaran dengan berhati-hati sehingga terasakan TAAT itu adalah bebanan yang besar untuk ditanggung oleh sifat ikhlas. Kerana keikhlasan itu amat payah jerih pedih untuk di realisasikan menjadi sebuah kota amalan. Melainkan ianya dicemari oleh panahan bisikan dan hasutan sehingga kota ikhlas itu pecah dan hancur dalam kawalan mazmumah. Sungguh tidak tahu untuk mengerti ikhlas melainkan DIA juga yang maha mengetahui. Pengalaman akan menimbulkan hakikat rasa untuk menghilangkan khayalan akal yang meletihkan.

Amalan MUNGKAR tafsiran Landskap Rohani :

• Melewatkan solat

• Menggugurkan amalan sunat muakad dengan sengaja

• Melihat sesuatu yang haram(menonton tv tanpa ingatan-zikr)

• Berniat taat untuk imbalan(untuk dikasihi tuhan)

• Beribadah kerana ingin menghapuskan sifat mazmumah

• Melewatkan permintaan ibu bapa

• Memperlekehkan makhluk(walaupun semut di dalam toilet)

• Melayan was-was, melayan kebimbangan, keluh kesah, rungut-rungutan, sengaja mencipta kerunsingan jiwa(tiada tawakal)

• Banyak makan, banyak tidur, banyak minum

• Bicara diri melampau hingga luput zikir(ingatan)

• Berketerampilan soleh kerana islam semata-mata

• Memandang diri berusaha membangunkan TAAT

• Mengharap kepada TAAT dan zikir semata-mata

• Bimbangkan mata-mata manusia

• Selalu merasakan diri tidak sempurna(terasa ada padahal tak ada)

• Melayani ilham/akal dengan asyik(islam menuntut bersederhana-takut saraf otak putus nanti beron pulak)

Persinggahan di alam MUNGKAR tidak memberi kebahagian yang dicari. Apa tidaknya di dalam alam MUNGKAR ini terdapat jutaan penyesalan untuk di hidangkan kepada alam TAAT. Penyesalan ini bagus jika dihiasi dengan azam dan dijanakan dengan kekukuhan kehendak afaal namun jika penyesalan ini di layan secara serius, dibimbangi menjerumuskan akal berfikiran negatif(aku bodoh, aku tak guna, aku apa-apa  jerlah). Namun demikian perjalanan ke alam TAAT memerlukan pemerhatian yang tepat mengikut darjah sifat kemungkaran. Sejauh mana hati itu suka menjilati sesuatu amalan nafsu amarah(kelalaian-bersenang-senang) haruslah TAAT itu di bagunkan dengan hasil penelitian untuk merobohkan kembali kota MUNGKAR agar kemungkaran itu tidak menjadi sebuah empayar yang akan mengimperialisme negeri ketaatan yang gersang. Biarlah diri itu memikuli TAAT yang sedikit daripada mengungguli TAAT yang major kerana setiap kekayaan itu bermula dari yang sedikit. Perlaburan TAAT itu harus di kaji untuk mencari ketelusan yang sebenar agar ketaatan itu tidak ada unsur MUNGKAR(balasan) yang akan membatasi(hijab) diri menuju empunya diri.

Continue >>>

Adakah Shalawat Itu Lebih Utama?


LANDSKAP ROHANI


Entry 40 day Hidup Tanpa Selawat tidak dapat di posting setelah tidak mendapat kelulusan melalui sembahyang Istikharah. Walaupun hampa kerana ia berisi keaiban dan bla…bla…bla… maka tajuk di atas menjadi pemilihan yang tepat pada hari Jumaat ini melalui penulisan Al Ustadz Mahmud Samiy.

Abu Abdillaah al Radhdhaa di dalam kitab Tuhfatul Akhyaar mengatakan bahawa banyak sekali atsar yang disebutkan oleh sebahagian ulama menyatakan bahawa salawat atas Nabi saw itu lebih utama dari sedekah fardhu dan sunnah. Pernah seorang ulama dari Damaskus pernah ditanya apakah salawat atas nabi s.a.w itu lebih utama daripada sedekah fardhu atau sebaliknya? Beliau menjawab salawat itu lebih utama…apakah alasannya? Beliau menjawabnya suatu kewajiban yang dikerjakan oleh allah sendiri, dan dilakukan oleh para malaikatNya serta diperintahkanNya kepada hamba-hambaNya , tentu tidak sama dengan kewajiban yang hanya diwajibkanNya atas hamba-hambaNya saja(al Qaul al Badi).

Mana lebih utama membaca al quran atau membaca selawat nabi?

Al Khirzi berkata Membaca salawat atas Nabi saw pada tempat-tempat yang ada nash supaya dibacakan salawat di situ adalah lebih utama daripada membaca al quran. Sedangkan pada tempat-tempat lainya membaca al quran itu lebih utama. Tilawah al quran itu adalah zikir umum yang tidak tertentu dengan waktu atau tempat. Adapun ditentukan dengan nash walau dengan jalan yang lemah(dhaif), maka ia adalah lebih utama kerana adanya nash tersebut. Dan beliau (ibn Hajar) mengatakan yang jelas, membanyakkan pembacaan salawat dan salam pada tempat-tempat dan waktu-waktu tersebut lebih utama daripada membaca al quran sebab itu dituntut pada tempat tertentu. Para ulama berkata “membaca al quran itu lebih utama dari zikir yang dimaksudkan adalah zikir yang belum ditentukan sedangkan yang sudah ditentukan, naka zikir itulah yang lebih utama”.

“barangsiapa mengucapkan salawat atasmu, maka Aku pun berselawat atasnya,

Lalu baginda bersabda;

“pasti orang yang diberi salawat oleh Allah itu tidak akan disiksaNya dengan api neraka”.

Dari sini dapat di tarik kesimpulan bahawa salawat atas Nabi saw jika diucapkan oleh seorang fasiq(derhaka) adalah lebih baik baginya daripada membaca al quran sebab salawat tadi dapat menjadi syaafi(pemberi syafaat) baginya dalam mencari keredhaan Tuhan, dan dalam menghapuskan dosanya serta memasukkannya ke dalam kelompok orang-orang yang beruntung di akhirat. Lain halnya dengan membaca Quran, sekalipun ia lebih utama dari salawat atas Nabi Muhammad saw, namun ia merupakan tempat yang dekat dengan hadhirat ilahi, dan tidak halal bagi orang yang menuntutnya untuk melakukan adab yang buruk, kerana itu, orang yang pada hakikatnya Fasik(derhaka) yang layak mendapat kutukan dan pengusiran dari Allah, betapa akan mendapat pahala atas bacaannya itu? Oleh kerana itu, bagi orang yang memiliki sifat demikian ini, pembacaan salawat itu lebih baik baginya daripada membaca al quran, sehingga Allah mengizinkan baginya keluar dari kederhakaan dan kesesatannya itu.

Ketika Syihaab Ramli ditanya; mana yang lebih utama antara membaca salawat dan istighfar, beliau menjawab. ”Menyibukkan diri dengan membaca salawat dan salam atas Nabi Muhammadsaw itu lebih utama daripada membaca istighfar.

Salawat atas nabi saw itu disunnahkan untuk dibaca pada tempat-tempat yang telah dikemukan oleh hadis-hadis sepertui;

• Sesudah menjawab azan

• Pada ermulaan membaca doa, pertengahannya dan penutupnya.

• Pada akhir pembacaan doa qunuut

• Pada pertengahan takbir eid

• Ketika masuk dan keluar masjid

• Ketika bertemu dan berpisah

• Ketika berlayar dan datang dari pelayaran

• Ketika bangun untuk melakukan solat malam

• Ketika selesai mengerjakan solat

• Ketika selesai membaca al quran

• Keyika mengalami kecemasan dan kesedihan

• Ketika membaca hadis, menyampaikan ilmu dan zikir

• Ketika lupa akan sesuatu

• Ketika mencium hajar aswad di dalam thawaf

• Ketika membaca talbiah

• Ketika kelinga berdengung

• Sehabis wudhu

• Ketika menyembelih dan bersin

Namun ada pula hadis yang melarang membacanya di dua tempat terakhir ini. Selain itu tempat0tempat yang khusus untuk dibacakan salawat padanya berdasarkan nash adalah hai jumaat dan malam jumaat sesuai dengan sabda Rasul saw;

“ Perbanyakkanlah membaca salawat pada malam jumaat dan siang jumaat sebab pada ketika salawat kamu diperlihatkan kepada ku”.

Continue >>>

Malu Antara Dua Dunia


LANDSKAP ROHANI

Bagaimanakah berhadapan dengan Mu seandainya nafsu amarah ini telah menghiasi landskap rohani. Apabila amarah sebagai perhiasan kecantikan akhlak landskap rohani, sudikah sifat malu itu bertata tertib pada iman. Kerana iman itu sarangnya di hati di mana ia dapat dilihat dan diketahui oleh Allah sahaja. Jika telah meninggi draft amarah itu lebih banyaklah kerugian yang datang menempel pada segala gerak geri diri zahir itu. Ya allah kau maha maha pengampun. Ampunilah segala istirehat anggota badan ini. Kasih sayang mu tuhan dapatlah hati ini memperbaharui batin dengan bersendirian memperhatikan agar menjaga waktu tanpa menoleh dari taat itu kepada waktu dan keadaan yang tertunda-tunda. Buatlah sesuka hati mu kerana buta dari melihat allah akhbar tetapi tidak malukah kerana allah sentiasa melihat mu walaupun ketika jasad melayan mati(tidur). Muncul bicara diri. Kemudian risau, datang fikiran, terbit niat, menggengam azam, lalu bercita-cita sehinggalah menjadi amalan yang zahir. Terlalu lemah terlalu banyak berbolak-balik hati lalu mudah benar di selimuti syahwat. Tetapi syahwat amarah ini di manipuilasikan agar sentiasa berkehendak untuk memenuhi pesta anjuran syariaat.

Lampu-lampu nafsu amarah masih ada di setiap pelusuk kesunyian. Laksana bulan yang mengambang di malam hari. Tiadalah erti dan tiadalah sempurna kesunyian itu seandainya hati itu kosong dari hakikat MALU. Malu terhadap manusia itu dapat dikesan dan dieksploitasikan. Namun bagaimana kelakuan tabii MALU?.... Entahlah…entah hanya batin yang merasai amat mengerti dan memahami. Malu itu datang ketika berduka. Malu itu datang ketika rebah. Malu itu menghampiri ketika terlalai. Malu itu datang ketika terbang tinggi. Malu itu mencengkam dalam munajat. Malu itu malu itu malu itu di campak ke dalam hati dengan tiba-tiba tanpa bertanya keperluannya pada diri. Berkelana MALU itu dengan sahabatnya yang bernama RENDAH DIRI, malu dan merendah diri kepada tuhan kerana iaNya bernama ALLAHUAKBAR… allahuakbar…., Allahuakbar ikrar diri jasad dan rohani kerana akbarNya sewajibnya setiap perlakuan niat, kehendak dan cita-cita itu di dahului kehendak tuhan atas diri lantaran diri yang sering alpa mengaku hidup mentadbir. Malunya kerana lidah berkata allahuakbar namun hati dan anggota masuk ke dalam perangkap hawa nafsu dengan di sengajakan…. MALU…MALu…MAlu..Malu..malu namun musuhnya malu itu adalah ego(pandai tak dapat di ajar bodoh tak dapat di tunjuk) dari tentera amarah dan senjatanya adalah khalayak ramai, taulan, keluarga, kekasih-kekasih dan dot..dot..dot…. Ego itu mati dengan cacian MALU dari pujian sifatnya yang mengerti. Malu dapat menyahtoksidkan rembesan enzim hawa nafsu yang di redhai setan. Tetapi selidikilah terbit malu itu adakah malu yang sebenarnya(iman) atau sebenarnya hanya malu terbitan nafsu.

Seandainya malu nafsu menguasai jiwa lebih baik banyakanlah berbicara dengan penguasa ilmu kerana ungkapan ada mengatakan malu(nafsu) bertanya sesat jalan. Jika malu yang terbit dari iman akan membenihkan peribadi merendah diri sehingga mebuahkan cahaya bicara mudah mencari pusaka nabi dan rasul(rahsia-rahsia). Malu(nafsu) yang terbit dari perasaan rendah diri dikeranakan oleh fizikal atau kurang akal adalah merupakan senjata setan memanipulasikan akal manusia untuk lebih cenderung menjauhi dan menyendiri dalam kesunyian. Kesunyian yang kosong iman ini menjadikan perasaan malu itu musnah lalu kesumatnya berubah menjadi seorang yang sering berburuk sangka. Sehingga masyarakat sekeliling dikatakan hanya untuk menghina dan mentertawakannya. Akhirnya malu(nafsu) yang bertukar menjadi buruk sangka ini akan lebih parah lagi apabila tuhan diperlekehkan kerana menciptakan sifat fisiologi yang tak sempurna untuknya. Maka dalam diam tanpa sedar dengan sikap yang disengajakan orang ini telah menjadikan dirinya tuhan yang menetapkan hukum dan merubah kurniaan tuhan yang haq. Samada melakukan pengubahsuaian fizikal atau tidak orang ini telah menetapkan undang-undangnya sendiri ke atas takdir dirinya sehingga ada yang telah membunuh diri(al fatihah untuk seorang kenalan). Cita-citanya, kebergantungannya dan kebajikannya di serahkan kepada bisikan ketuhanan yang batal(palsu).

YA TUHAN KAMI JANGANLAH SERAHKAN KAMI KEPADA DIRI KAMI

Sesungguhnya hamba yang malu dan merendahkan diri dengan kejernihan iman tidak menyerahkan apa-apa jua sekalipun selain dari Allah. Tidak…tidak ….tidak sedikitpun menyerahkan dirinya pada ketaatan dan ingatan(zikir) kepada allah melainkan hanya melazimi diri agar diri tidak dibelenggui oleh kelalaian. Sesungguhnya taat dan ingatn(zikir) itu tidak mampu walau sebesar zarah pun untuk dijadikan modal untuk memohon kurniaan tuhan. Apatah lagi untuk memerintah allah memasukkan makrifah ke dalam hati. Sungguh sedihkan kadang-kadang apabila hati di bolak balikan pada apa harus hati itu berpaut melainkan ketetapan hati itu berikrar tiada aku hanya kamu. Malu kepada ilahi sungguh pelik kerana jiwa itu akan membuka semua kekurangan dan kelemahan untuk dipamerkan. Mempamerkan kezaliman diri, menunjukan kebodohan diri, memperlihatkan ketidakwarasan akal, mengakui segala kecurangan sehingga dunia itu lari dari menyambut salam tangan-tangan kehancuran. Malu(nafsu) akan berusaha menyelimuti dirinya dengan kata-kata pujian(egoisme) untuk merahsiakan kekurangannya dari ketahuan manusia dan juga malu(nafsu) akan menjauhkan dirinya dari setiap masalah yang menimbulkan perasaan rendah diri kemudian mencari kecacatan ke atas ciptaanNya untuk merawat perasaanya yang terbakar dari sikap yang tidak menerima diri seadanya. Kasihani kerana tidak menghayatinya kerana takut diri yang berbeza.

Wahai tuhan yang maha sempurna landskap rohani ini kealpaan kerana dinihari di sebalik mentari ada bayangan gelap yang timbul dari gunung yang gagagh berdiri. Hanya menghancurkan gunung itu cahaya mentari dapat bersinar terang tanpa sempadan. Kudrat manusia ini amat lemah untuk meruntuhkan keteguhan gunung itu. Ilmu orang ini kosong dan gagal untuk mencari kelemahan gunung ini. Hamba sungguh hina hanyalah dapat merayu untuk bergantung dan berserah kepada cahaya mentari semoga terbakar hangus kesombongan gunung itu selama-lamanya.

Continue >>>

Menuruti apa sahaja HukumaN


LANDSKAP ROHANI


Ayat 22 : Surah al-Hadiid Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
Semakin jauh berjalan mengawal diri semakin marak kepedihan mendendangkan irama asyik halaman amarah. Menanggung beban amarah yang semakin sudi membuahkan kelogikan sehingga asyik suaranya tiada duka dan tiada nestapa. Sesungguhnya hidup itu di namakan musafir yang benar-benar berjalan untuk membuang segala asmara keduniaan(nafsu). Semakin hari mencari arah semakin cuba mendekati semakin kuat cubaan sehingga lena anggota menghampar bisu… sesungguhnya ilham datang ketika duka untuk menghambat ke jalan akhirat. Walau bintang bercahaya membimbing musafir yang lemas kegelapan tetap pedoman kesesatan itu gembira menemani kesunyian. Benarlah kata mu wahai sahabat terlalu lama mencari cinta tanpa bimbingan mursyid pasti cinta itu lemas di atas cintakan cinta yang berlapis-lapisan sehingga terhijab yang mutlak. Wahai jiwa yang telah lama berdakap dengan alam kejasadan mana mungkin engkau mengadu segala rindu pada yang menurunkan rahmat dari langit sedangkan engkau berada di bumi kehinaan.

Tawaran hidup bukanlah siksa namun tidaklah mudah menjaga panahan asmara hamparan keduniaan. Walau di pejamkan mata dapatkah ingatan itu dipadamkan dari gerbang pengertiannya. Matikanlah memori maksiat dengan prasangka kekesalan dan terimalah diri itu seadanya tidak memaksa dan tidak pula terbiar dengan memandang kepada hukum dan larangan. Sebaik pekara adalah bersederhana walau terpaksa berdepan dengan cacian amarah. Jika jiwa itu dipaksa dengan pemaksaan pensucian untuk membentuk keindahan landskap rohani adakah alam jasad itu mampu bertahan dengan kehendak pensucian itu… untuk membina keteguhan rohani itu perlulah bersabar agar alam jasad itu berjalan seiring dengan pembersihan itu… jika pemaksaan yang berterusan dilakukan kelak akan memeberikan impak yang tidak ceria terhadap alam jasad.. jasad merasakan kepanasan yang melampaui degree celcius…., mula berpeluh, jantung berdegupan sekencang kilat… hati hilang ketetapan lantaran otak terasa mengegelegak… diandaikan memandu kancil 660cc pada kelajuan 240km/jam di atas jalanraya berlopak di waktu hujan. Hanyalah dengan bertenang menyahut kudratNya mohon membalut sopan jiwa untuk berqiyam syahdu. Rasakanlah aliran darah bergermersik bagaikan mata air hingga lenalah segala pemaksaan itu dari mencari hakikat pensucian yang memaksa….

Menetapkan hukuman itu hanyalah haq Allah swt." (al-An'am:57)


Melihat kembali diri yang menjadi fetus di dalam perut induk hanya mampu ia menuruti apa sahaja hukuman. Ia bagaikan singgah di alam tajrid menurut peraturan sebab-akibat kekuasaan Allah s.w.t pada hukum alam itu. Ketika ini usia fetus telah melewati hari ke 271 hingga hari ke 280 nyawa yang telah lengkap dengan jasad maka jasad itulah penyataan zat oleh sifat. Tatkala itu terzahirlah ilmu yang dikata oleh jibril kepada rasulullah saw bahawasanya alam itu ada dua pertamanya alam qhobir iaitu alam yang nyata. Keduanya alam soqhir iaitu alam di dalam diri manusia. Maka alam di dalam manusia adalah lebih mulia dan berkuasa daripada alam qhobir. Tak mengeluh tak buruk sangka. Suci hati suci akal benar-benar memiliki jiwa yang mutlak. Boleh tak aku, kamu dan kita kembali menyingahi maqam ini semula? Diri zahir kita telah pun di latih dalam sebuah dunia yang gelap(perut) dan di dalam dunia yang gelap itu telah pun kita di bekali dengan tawakal yang sebenar-benar tawakal… tetapi apabila usia memasuki 280 hari bayi dilahirkan… menangis…menangis… dengan tangisan yang benar-benar misteri kerana tangisannya menjadi kegembiraan seluruh umat keluarga… setelah dewasa tangisan bayi yang mutlak itu berubah menjadi tangisan kekecewaan dan tiadalah kegembiraan umat mengiringi tangisan itu melainkan menjauhkan diri. Andai dapat ku undurkan putaran dunia ingin jadi fetus sahajalah(inilah kata-kata munafik).


Dalam bersimpuh semakin dekat rasa kasih itu menghampiri namun semakin cuba menghampiri keampunan berbagai bisikan datang bersahutan ada yang bersayup-sayup jauh hingga jiwa hilang kosentrasi untuk memaku taat. Andai di hitung pujukan itu mengikuti logic akal yang dangkal ini pasti terjerumus jiwa itu dengan mengiyakan suara ketuhanan yang palsu. Walau bisikan itu halus dan nafsu itu mulus namun hati itu jauh lebih seni dalam menasihati pro kontra akal. Banyaklah duduk bersimpuh banyakkanlah duduk tahayat akhir kerana itu mendekati impian menuju ilahi membersihkan hati yang sering alpa dusta pada dunia yang penuh kepura-puraan. Banyakanlah duduk bersimpuh(duduk tahyat akhir) hingga anggota jantung itu merasa panas. Ya percayalah kerana aku telah begitu terasa dan sangkaan itu benar kerana membanyakkan duduk bersimpuh dengan hujung ibu jari kaki di tongkatkan dapat membakar lemak-lemak yang melekat sekeliling jantung. Dalam bersimpuh inilah kemesraan yang haq menyahut pensempurnaan kewujudan yang mutlak bukan lagi kewujudan manifestasi yang menerima binasa lantaran pemisah yang baharu dengan azali kerana Dialah yang wujud lagi maujud hingga dinihari, esok hari, akan datang dan …….di bawah takluk ilmu dan kehendakNya dan aku hanya mampu menuruti apa sahaja hukuman.


TIADA SATU NAFAS TERLEPAS DARIPADA KAMU MELAINKAN DI SITU PULA ADA QADAR YANG BERLAKU DI ATAS KAMU


Continue >>>