Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Malu Antara Dua Dunia


LANDSKAP ROHANI

Bagaimanakah berhadapan dengan Mu seandainya nafsu amarah ini telah menghiasi landskap rohani. Apabila amarah sebagai perhiasan kecantikan akhlak landskap rohani, sudikah sifat malu itu bertata tertib pada iman. Kerana iman itu sarangnya di hati di mana ia dapat dilihat dan diketahui oleh Allah sahaja. Jika telah meninggi draft amarah itu lebih banyaklah kerugian yang datang menempel pada segala gerak geri diri zahir itu. Ya allah kau maha maha pengampun. Ampunilah segala istirehat anggota badan ini. Kasih sayang mu tuhan dapatlah hati ini memperbaharui batin dengan bersendirian memperhatikan agar menjaga waktu tanpa menoleh dari taat itu kepada waktu dan keadaan yang tertunda-tunda. Buatlah sesuka hati mu kerana buta dari melihat allah akhbar tetapi tidak malukah kerana allah sentiasa melihat mu walaupun ketika jasad melayan mati(tidur). Muncul bicara diri. Kemudian risau, datang fikiran, terbit niat, menggengam azam, lalu bercita-cita sehinggalah menjadi amalan yang zahir. Terlalu lemah terlalu banyak berbolak-balik hati lalu mudah benar di selimuti syahwat. Tetapi syahwat amarah ini di manipuilasikan agar sentiasa berkehendak untuk memenuhi pesta anjuran syariaat.

Lampu-lampu nafsu amarah masih ada di setiap pelusuk kesunyian. Laksana bulan yang mengambang di malam hari. Tiadalah erti dan tiadalah sempurna kesunyian itu seandainya hati itu kosong dari hakikat MALU. Malu terhadap manusia itu dapat dikesan dan dieksploitasikan. Namun bagaimana kelakuan tabii MALU?.... Entahlah…entah hanya batin yang merasai amat mengerti dan memahami. Malu itu datang ketika berduka. Malu itu datang ketika rebah. Malu itu menghampiri ketika terlalai. Malu itu datang ketika terbang tinggi. Malu itu mencengkam dalam munajat. Malu itu malu itu malu itu di campak ke dalam hati dengan tiba-tiba tanpa bertanya keperluannya pada diri. Berkelana MALU itu dengan sahabatnya yang bernama RENDAH DIRI, malu dan merendah diri kepada tuhan kerana iaNya bernama ALLAHUAKBAR… allahuakbar…., Allahuakbar ikrar diri jasad dan rohani kerana akbarNya sewajibnya setiap perlakuan niat, kehendak dan cita-cita itu di dahului kehendak tuhan atas diri lantaran diri yang sering alpa mengaku hidup mentadbir. Malunya kerana lidah berkata allahuakbar namun hati dan anggota masuk ke dalam perangkap hawa nafsu dengan di sengajakan…. MALU…MALu…MAlu..Malu..malu namun musuhnya malu itu adalah ego(pandai tak dapat di ajar bodoh tak dapat di tunjuk) dari tentera amarah dan senjatanya adalah khalayak ramai, taulan, keluarga, kekasih-kekasih dan dot..dot..dot…. Ego itu mati dengan cacian MALU dari pujian sifatnya yang mengerti. Malu dapat menyahtoksidkan rembesan enzim hawa nafsu yang di redhai setan. Tetapi selidikilah terbit malu itu adakah malu yang sebenarnya(iman) atau sebenarnya hanya malu terbitan nafsu.

Seandainya malu nafsu menguasai jiwa lebih baik banyakanlah berbicara dengan penguasa ilmu kerana ungkapan ada mengatakan malu(nafsu) bertanya sesat jalan. Jika malu yang terbit dari iman akan membenihkan peribadi merendah diri sehingga mebuahkan cahaya bicara mudah mencari pusaka nabi dan rasul(rahsia-rahsia). Malu(nafsu) yang terbit dari perasaan rendah diri dikeranakan oleh fizikal atau kurang akal adalah merupakan senjata setan memanipulasikan akal manusia untuk lebih cenderung menjauhi dan menyendiri dalam kesunyian. Kesunyian yang kosong iman ini menjadikan perasaan malu itu musnah lalu kesumatnya berubah menjadi seorang yang sering berburuk sangka. Sehingga masyarakat sekeliling dikatakan hanya untuk menghina dan mentertawakannya. Akhirnya malu(nafsu) yang bertukar menjadi buruk sangka ini akan lebih parah lagi apabila tuhan diperlekehkan kerana menciptakan sifat fisiologi yang tak sempurna untuknya. Maka dalam diam tanpa sedar dengan sikap yang disengajakan orang ini telah menjadikan dirinya tuhan yang menetapkan hukum dan merubah kurniaan tuhan yang haq. Samada melakukan pengubahsuaian fizikal atau tidak orang ini telah menetapkan undang-undangnya sendiri ke atas takdir dirinya sehingga ada yang telah membunuh diri(al fatihah untuk seorang kenalan). Cita-citanya, kebergantungannya dan kebajikannya di serahkan kepada bisikan ketuhanan yang batal(palsu).

YA TUHAN KAMI JANGANLAH SERAHKAN KAMI KEPADA DIRI KAMI

Sesungguhnya hamba yang malu dan merendahkan diri dengan kejernihan iman tidak menyerahkan apa-apa jua sekalipun selain dari Allah. Tidak…tidak ….tidak sedikitpun menyerahkan dirinya pada ketaatan dan ingatan(zikir) kepada allah melainkan hanya melazimi diri agar diri tidak dibelenggui oleh kelalaian. Sesungguhnya taat dan ingatn(zikir) itu tidak mampu walau sebesar zarah pun untuk dijadikan modal untuk memohon kurniaan tuhan. Apatah lagi untuk memerintah allah memasukkan makrifah ke dalam hati. Sungguh sedihkan kadang-kadang apabila hati di bolak balikan pada apa harus hati itu berpaut melainkan ketetapan hati itu berikrar tiada aku hanya kamu. Malu kepada ilahi sungguh pelik kerana jiwa itu akan membuka semua kekurangan dan kelemahan untuk dipamerkan. Mempamerkan kezaliman diri, menunjukan kebodohan diri, memperlihatkan ketidakwarasan akal, mengakui segala kecurangan sehingga dunia itu lari dari menyambut salam tangan-tangan kehancuran. Malu(nafsu) akan berusaha menyelimuti dirinya dengan kata-kata pujian(egoisme) untuk merahsiakan kekurangannya dari ketahuan manusia dan juga malu(nafsu) akan menjauhkan dirinya dari setiap masalah yang menimbulkan perasaan rendah diri kemudian mencari kecacatan ke atas ciptaanNya untuk merawat perasaanya yang terbakar dari sikap yang tidak menerima diri seadanya. Kasihani kerana tidak menghayatinya kerana takut diri yang berbeza.

Wahai tuhan yang maha sempurna landskap rohani ini kealpaan kerana dinihari di sebalik mentari ada bayangan gelap yang timbul dari gunung yang gagagh berdiri. Hanya menghancurkan gunung itu cahaya mentari dapat bersinar terang tanpa sempadan. Kudrat manusia ini amat lemah untuk meruntuhkan keteguhan gunung itu. Ilmu orang ini kosong dan gagal untuk mencari kelemahan gunung ini. Hamba sungguh hina hanyalah dapat merayu untuk bergantung dan berserah kepada cahaya mentari semoga terbakar hangus kesombongan gunung itu selama-lamanya.

2 comments:

Kak Ina on May 6, 2010 at 7:55 PM said...

indahnya ungkapan yang di bentang...nyaman rohani..

Zakir Lazarus on May 7, 2010 at 10:48 AM said...

i luv u kak ina nanti nak blajaq bua roti dgn kak ina