Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Menuruti apa sahaja HukumaN


LANDSKAP ROHANI


Ayat 22 : Surah al-Hadiid Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
Semakin jauh berjalan mengawal diri semakin marak kepedihan mendendangkan irama asyik halaman amarah. Menanggung beban amarah yang semakin sudi membuahkan kelogikan sehingga asyik suaranya tiada duka dan tiada nestapa. Sesungguhnya hidup itu di namakan musafir yang benar-benar berjalan untuk membuang segala asmara keduniaan(nafsu). Semakin hari mencari arah semakin cuba mendekati semakin kuat cubaan sehingga lena anggota menghampar bisu… sesungguhnya ilham datang ketika duka untuk menghambat ke jalan akhirat. Walau bintang bercahaya membimbing musafir yang lemas kegelapan tetap pedoman kesesatan itu gembira menemani kesunyian. Benarlah kata mu wahai sahabat terlalu lama mencari cinta tanpa bimbingan mursyid pasti cinta itu lemas di atas cintakan cinta yang berlapis-lapisan sehingga terhijab yang mutlak. Wahai jiwa yang telah lama berdakap dengan alam kejasadan mana mungkin engkau mengadu segala rindu pada yang menurunkan rahmat dari langit sedangkan engkau berada di bumi kehinaan.

Tawaran hidup bukanlah siksa namun tidaklah mudah menjaga panahan asmara hamparan keduniaan. Walau di pejamkan mata dapatkah ingatan itu dipadamkan dari gerbang pengertiannya. Matikanlah memori maksiat dengan prasangka kekesalan dan terimalah diri itu seadanya tidak memaksa dan tidak pula terbiar dengan memandang kepada hukum dan larangan. Sebaik pekara adalah bersederhana walau terpaksa berdepan dengan cacian amarah. Jika jiwa itu dipaksa dengan pemaksaan pensucian untuk membentuk keindahan landskap rohani adakah alam jasad itu mampu bertahan dengan kehendak pensucian itu… untuk membina keteguhan rohani itu perlulah bersabar agar alam jasad itu berjalan seiring dengan pembersihan itu… jika pemaksaan yang berterusan dilakukan kelak akan memeberikan impak yang tidak ceria terhadap alam jasad.. jasad merasakan kepanasan yang melampaui degree celcius…., mula berpeluh, jantung berdegupan sekencang kilat… hati hilang ketetapan lantaran otak terasa mengegelegak… diandaikan memandu kancil 660cc pada kelajuan 240km/jam di atas jalanraya berlopak di waktu hujan. Hanyalah dengan bertenang menyahut kudratNya mohon membalut sopan jiwa untuk berqiyam syahdu. Rasakanlah aliran darah bergermersik bagaikan mata air hingga lenalah segala pemaksaan itu dari mencari hakikat pensucian yang memaksa….

Menetapkan hukuman itu hanyalah haq Allah swt." (al-An'am:57)


Melihat kembali diri yang menjadi fetus di dalam perut induk hanya mampu ia menuruti apa sahaja hukuman. Ia bagaikan singgah di alam tajrid menurut peraturan sebab-akibat kekuasaan Allah s.w.t pada hukum alam itu. Ketika ini usia fetus telah melewati hari ke 271 hingga hari ke 280 nyawa yang telah lengkap dengan jasad maka jasad itulah penyataan zat oleh sifat. Tatkala itu terzahirlah ilmu yang dikata oleh jibril kepada rasulullah saw bahawasanya alam itu ada dua pertamanya alam qhobir iaitu alam yang nyata. Keduanya alam soqhir iaitu alam di dalam diri manusia. Maka alam di dalam manusia adalah lebih mulia dan berkuasa daripada alam qhobir. Tak mengeluh tak buruk sangka. Suci hati suci akal benar-benar memiliki jiwa yang mutlak. Boleh tak aku, kamu dan kita kembali menyingahi maqam ini semula? Diri zahir kita telah pun di latih dalam sebuah dunia yang gelap(perut) dan di dalam dunia yang gelap itu telah pun kita di bekali dengan tawakal yang sebenar-benar tawakal… tetapi apabila usia memasuki 280 hari bayi dilahirkan… menangis…menangis… dengan tangisan yang benar-benar misteri kerana tangisannya menjadi kegembiraan seluruh umat keluarga… setelah dewasa tangisan bayi yang mutlak itu berubah menjadi tangisan kekecewaan dan tiadalah kegembiraan umat mengiringi tangisan itu melainkan menjauhkan diri. Andai dapat ku undurkan putaran dunia ingin jadi fetus sahajalah(inilah kata-kata munafik).


Dalam bersimpuh semakin dekat rasa kasih itu menghampiri namun semakin cuba menghampiri keampunan berbagai bisikan datang bersahutan ada yang bersayup-sayup jauh hingga jiwa hilang kosentrasi untuk memaku taat. Andai di hitung pujukan itu mengikuti logic akal yang dangkal ini pasti terjerumus jiwa itu dengan mengiyakan suara ketuhanan yang palsu. Walau bisikan itu halus dan nafsu itu mulus namun hati itu jauh lebih seni dalam menasihati pro kontra akal. Banyaklah duduk bersimpuh banyakkanlah duduk tahayat akhir kerana itu mendekati impian menuju ilahi membersihkan hati yang sering alpa dusta pada dunia yang penuh kepura-puraan. Banyakanlah duduk bersimpuh(duduk tahyat akhir) hingga anggota jantung itu merasa panas. Ya percayalah kerana aku telah begitu terasa dan sangkaan itu benar kerana membanyakkan duduk bersimpuh dengan hujung ibu jari kaki di tongkatkan dapat membakar lemak-lemak yang melekat sekeliling jantung. Dalam bersimpuh inilah kemesraan yang haq menyahut pensempurnaan kewujudan yang mutlak bukan lagi kewujudan manifestasi yang menerima binasa lantaran pemisah yang baharu dengan azali kerana Dialah yang wujud lagi maujud hingga dinihari, esok hari, akan datang dan …….di bawah takluk ilmu dan kehendakNya dan aku hanya mampu menuruti apa sahaja hukuman.


TIADA SATU NAFAS TERLEPAS DARIPADA KAMU MELAINKAN DI SITU PULA ADA QADAR YANG BERLAKU DI ATAS KAMU


0 comments: