Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





RUNGUTAN dan sewaktu dengannya kembalilah HARAP


LANDSKAP ROHANI

Ibu Lajak merungut, mengeluh dan runsing tak tentu hala memikirkan nasib yang menimpanya…, “apalah nasib aku dapat anak macam Lajak jahat nak mampus tak dapet di ajorkan…. Kalau macam nilah tak ada masa depan ler…. Apalah nasib aku malang bertimpa-timpa. Kenapalah tuhan buat takdir aku macam ni….. dapat anak pun hanya muka lebih hansem dari firaun…. Ya allah macam mana aku nak hidup dengan anak macam ni kau perbuatlah apa yang kau suka padanya, aku redho…” Semua jiran tetangga meluat melihat Lajak iaitu anak yang jahat dan suka menganggu ketenteraman emosi ibunya. Sungguh lajak amat di benci. Lajak mengintai dan mendengar keluhan dan rungutan ibunya yang menangis-nangis sambil memukul lembut dadanya seperti yang terdapat dalam kesemua filem tamil…. Lajak terbentak seraya menyimpan azam untuk membuktikan dirinya bukanlah sekadar tak berguna. Suatu hari Lajak pasti jadi orang. Orang yang disegani.

Baleek menangis sambil tertahan-tahan airmata seorang lelaki dari membasahi pipinya yang berjerawat batu. Namun sebaknya tidak dapat di tahan lagi kerana melihat ibunya yang mengharap kepada ilahi… ya allah ya rabbi hamba mu ini hanyalah wanita yang tidak mampu mentadbir Negara apatah lagi kudrat ini dari menghalang sifat engkar anak ku, namun hamba mu ini yakin hanya kepada mu harapan yang di sandarkan hingga nafas ku terhentin menanti kerana yakin ku pada mu. Hamba pasrahkan harapan pada mu kerana tiada bergerak walau satu zarah pun jika tanpa izin mu lahawlawallah qhuwataillahbillahilazim... Baleek benar-benar terkesima dan tersentuh batinnya seakan hatinya yang mengerasi bagaikan batu yang disalut besi itu mencair mengalir bagaikan airmatanya yang mencurah tak dapat di tahan. Walaupun Baleek adalah mazmumah tegar namun sejak dari peristiwa itu Baleek mempelajari batinnya mengenai HARAP.

Research and development-kanlah diri, sama ada diri yang di dalam atau jasad kepada diri yang berdiri. Memanjai jasad diri dengan belaian keduniaan atau belaian akhirat, masing-masing mempunyai impak maksimanya yang tersendiri. Belaian kedunian ke atas jasad diri menjadi pratonton buat tatapan ahli keduniaan yang memeberi kesan kepada jiwa yang akhirnya jiwa itu dirasakan terpenjara dalam keluhan dan rungutan yang tak habis-habis selagi mata itu memandangnya sebagai keelokan atau kesempurnaan kepercayaan diri(keyakinan diri). Perlakuannya hanya untuk memuaskan kehendak trend keduniaan. Sama ada dirinya atau ahli keluarganya masing-masing menjadi sumber inpirasi mencipta keduniaan. Keduniaan yang bersifat objektif (kebendaan-material) atau bersifat subjektif(dalaman-perasaan), kedua-duanya menjadi HARAP kepada hawa nafsu. Tunganggan keduniaan ini menjadi harapan hawa nafsu sebagai pemutus iman dan menjadi pencetus taat kepada akhlak mazmumah. Puncak pemujaan keduniaan adalah keluh kesah yang akhirnya merasa diri telah terpedaya dengan longgokan rungutan hingga buta dari memandang HARAP.

Begitulah juga ahli akhirat yang memilih ibadah sebagai hiasan jasad diri yang akhirnya meletakkan sanjungan ahli akhirat kepada imbalan pahala-pahala. Walaupun pahala-pahala itu hanyalah untuk menguatkan keyakinan kepada keghaiban mutlak namun jangan menyandarkan pahala-pahala itu sebagai taruhan atau imbuhan yang mana allah terpaksa membayarnya kelak. Menggunakan alat pahala-pahala seperti solat, wirid dan bla,bla,bla bagi mencapai kepuasan tujuan selain allah adalah terpedaya. Akhirnya rungutan dan keluh kesah menjadi qarin yang menemani lantaran tujuan yang belum membuahkan hasil atau lambat sampai. Tujuan selain allah adalah meletakkan allah sebagai subjek kedua dalam mengharungi jalan-jalan ketaatan. Seperti menggunapakai alat pahala seperti qiamulai pada malam hari dengan berkeyakinan dapat melunturkan akhlak terkeji dan membuahkan hasil akhlak terpuji. Sesungguhnya tidaklah ibadat itu yang menjadi kuasa penyembuhan akhlak atau sebaliknya, tetapi yang Maha Melihat itulah yang berfirman kun fa ya kun…. [Al An'aam:73]

Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui

Lajak menjadi seorang yang berjaya, berjaya mengharugi kegelapan ilmu dunia hingga meletakkan dia sebagai seorang sanjungan masyarakat. Kini Lajak mengharumi nama ibunya dan Lajak berjaya membuat ibunya tersenyum sinis namun hati ibunya tidak segembira seperti apa yang dikehendakinya. Kerana kejayaan Lajak menjadikan diri Lajak gilakan sanjungan dan puji-pujian. Lajak gemarkan dirinya dipandang tinggi dan Lajak tidak suka dikatakan kejayaannya adalah hasil pengorbanan orang lain terhadapnya. Bagi lajak kejayaannya adalah dirinya yang berusaha untuk beroleh kejayaan. Hati Lajak sungguh kering, Lajak memandang orang-orang yang menghinanya dahulu bagaikan semut yang kecil. Bila-bila masa sahaja boleh di injak-injakkan. Tak terkecuali ibunya yang terpaksa menyuap sindiran maut dari mulut Lajak yang berpuaka. Keluhan dan rungutan ibu lajak suatu ketika dahulu allah makbulkan walaupun ketika itu ibunya hanya mengeluh, kehendak ibu lajak untuk melihat lajak menjadi orang yang berjaya rupanya menjadikan Lajak tewas dengan iman dan takwa kepada ibunya dan pemeliharanya(tuhan). Lajak mempunyai dua ketewasan iaitu tewas kepada batinnya yang sentiasa mencari jalan kepujian dari sanjungan masyarakat dan jasad Lajak memang dah terlajak kerana hanya menghiasi dirinya dengan trend keduniaan yang angkuh.

Kini Baleek mengerti perjuangan hidup bukanlah hanya membetulkan diri sendiri. Meneruskan perjalanan hidup bukanlah semata-mata mementingkan keimanan diri sendiri, tetapi kebahagiaan hidup itu bermula dari perjuangan dan perjalanan yang sebenar-benar mengHARAP hanya kepadaNYA. Oleh itu setiap akhlak Baleek sungguh bersesuaian dengan pakaian اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ (Tunjukilah kami jalan yang lurus). Baleek berjaya dengan pilihannya sendiri dari HARAPan seorang ibu kepada tuhan yang mentadbir alam. Ibunya menangis tersenyum kerana HARAP kepada allah itu bukanlah dogengan semata-mata tetapi taat melayani HARAP itu adalah ganjaran yang tidak disangka-sangkakan. Baleek mempunyai dua kemenangan iaitu jasadnya balik kembali mentaati syariaat dan batinnya bagaikan dilahirkan semula dari dunia kegelapan.

Harap kepadaNya dengan sifat khauf iaitu takutkan diri itu daripada terpedaya/terjerumus kepada sifat keluh kesah, rungut –rungutan dan sewaktu dengannya yang bersifat menghilangkan keyakinan keesaan tuhan yang mentadbir sekalian alam. Melayan keluh kesah itu menyuburkan semak samun duri ke dalam landskap rohani. Harap itu di umpamakan pemegang(hulu) kepada belati Taat. Dan belati taat(mengerjakan harap) itu yang mencantas semak samun keluh kesah segala rungutan. Khauf(takut diri terjebak kepada keluh kesah) itu bagaikan ukiran yang mencantikan HARAP. Hasilnya diri yang menjalani HARAP itu bersesuaian jiwanya seperti Al-Nesaa' ayat 69

“Barang siapa yang mentaati Allah dan RasulNya, maka mereka itu bersama orang orang yang diberikan Allah nikmat kepada mereka, iaitu nabi nabi, orang orang yang benar, orang orang syahid dan orang orang yang solleh. Alangkah baiknya bertemankan mereka mereka itu! ”

0 comments: