Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





a Long Wait in Forbidden Love


LANDSKAP ROHANI


Tidak hadir hati ku pada mu mengapa duhai kasih ku yang abadi. Aku persembahkan cinta yang tahyul ini pada mu mana mungkin ragu ini kau layani. Singgah sebentar aku di alam kefanaan ini hanya memerhati diri. Rupanya aku tewas untuk menterjemahkan erti kasih yang mutlak. Kelak aku pasti mengelak jika aku terus kecundang di bawah payungan mu. Tika gerimis ini hulurkan aku arak itu. Sungguh haus benar hati ini dahagakan wajah mu. Lapar benar takdir ku untuk mengotakan istana buat kasih ku. Inikah rindu dari mu untuk ku.... bebaskanlah aku menari agar kau berhibur. Berhiburlah duhai kasih ku. Agar engkau terus terhibur. Aku rela menjadi penghibur mu selama-lamanya. Biarlah selama-lamanya aku merindu. Aku rela pada mu biar berabad di dalam sendu.



Marilah sini wahai aduka hinggapi aku yang berpesta duka. Aku ini nangis nangis nangis kerana pilu ku lebih kuat dari mu. Terbakar aku dengan air mata ini. Mana mungkin padam kembali api pilu ini. Aduh sungguh aku tidak dapat bertahan lagi dengan ini sayu cipta. Aku menangung seluruh penyesalan alam yang jitu. Ya allah sungguh sakit aku ini menahan seribu jutaan ragu. Kirimlah aku ke sana yang aku tak ketahui itu. Aku telah pun rela atas apa sahaja kehendakmu. Terimalah aku kembali... terimalah aku kembali ya rabbi ku. Aku takut hilang mu. Aku dahulu telah kenal pada mu tapi aku lupa segala waktu itu. Waktu itu engkau ku puja diatas kesatuan. Namun aku jumpa penyatuan dalam diri yang berdiri memungkiri janji. Janji yang terpatri itu ku ungkai sendiri. Sendiri lagi mencari diri. Temanilah aku ya rabbi ku. Ya rabbi ku.... datanglah ke sini lagi. Aku lemah membawa diri. Berat rasanya harga diri ini. Tiada daya tiada upaya aku menangung melainkan anugerah mu yang agung.



Aku itu makanan Mu

Dalam wajah Mu itu aku

Terpaku aku menatap Mu

Hilang segala rosak binasa

Hadir Mu menyayat rasa

Hingga duka bertukar suka

Tapi adakah ......

Adakah......

Adakah itu namanya cinta

Jika kata hanya dusta

Dusta semata merata-rata

Dalam kelompok si pendusta

Bertebaran menjual cinta

banyak yang menjual cinta

hingga lupa menawar bisa

Bisa ini sungguh berbisa

racunnya perosak binasa

Mana tahan aku rasa

Memaksa aku jadi binasa

Sedih benar duhai diri

Mengapa jauhari ini terus bermimpi

Masihkan di alam mencari

Tercari lagi pesta diri

Diri itu sembunyi

Sembunyi di sebalik aku ini

Tirainya besi

Tidak tertawan si rupawan

Rupawan jauhari menyingkap rohani
Continue >>>

Lemahnya AKU Melepasi Sempadan Waktu


LANDSKAP ROHANI






Lalu juga ia dengan hati ini. Menagih lagi dalam jeritan itu duka. Aku makin hampar lelah dalam bayangan mu abadi. Izinkanlah aku ini mengeluar kata dari lubuk yang paling dalam itu Uzurkan aduka itu segera untuk aku keluar ke sana juga. Apalah hanya ku yang kau puja. Jangan aduka keciwa raya. Mungkin itu pasti lagi bukan mungkin yang nyata. Ianya sang cipta pinta dalam jambangan waktu itu. Hunjurkan lelah aduka itu dalam baringannya untuk segera keluar aku meraya. Arrgggh aduka jangan jerit kecewa kerana bukan luka pun. Aku hanya semantara melihat kembali syahwat abadi. Masihkah ada ku ulangi itu pilu untuk mu. Jangan kau baru tahu kerana telah lama aku di bisukan.

Hidup mu aduka palsu semata. Beroleh aku itu suka dalam duka. Puaka jika suka. Raganya dalam duka. Hidup ku ini hidup yang pasti. Mencari erti di sebalik tadbir besi. Besi apa dia? Teguh itu mengukuh dalam layu si jambangan waktu. Waktu bukan apa-apa bagi aku itu. Waktu itu bagi ku hanya satu. Tiada ia meninggalkan aku. Tiada dia waktu itu mengharukan aku. Aku itu bebas walau dalam kelambu. Kaku ku itu bukan dia suka juga. Juga aku itu juga yang mangalih waktu demi Mu. Haru biru warnanya pilu. Dalam waktu aku buka segala pinta. Lalu aku malu pada Mu. Lari aku kembali mencari sipu-sipu yang lalu untuk aku meraih satu. Duhai ayah bonda restuilah aku yang mencari aku. Demi waktu yang maju. Saluti aku itu dengan puja-puja. Jauhari menari tarian manikam hingga mencengkam wujudnya bidadari. Hilangkanlah bistari pagi itu untuk mengwujud aku dalam kaku mu aduka. Indah sungguh aku itu jangan kau cemburui dulu. Hancur mu baju bukan mahu ku. Aku mahu aku juga ganti mu. Aku haru mu bukan hendak mu. Namun aku juga adalah kamu yang terbias juga. Lalu aku pulangkan diri ke sana. Walau itu telah umum saja waktu tiba. Bila tiba waktu itu, Pulang jua aku. Aku buka baju ini nampak satu aja. Aku buka baju nampak aku saja. Aku bukak baju mohon maju saja. Jangan ragu memohon berteleku pada dia yang maha satu. Dia maha tahu. Tahu dia segala waktu. Waktu dia hanya satu. Satu dia hanya tiada. Tiada dia dalam ada. Ada dia ada aku. Aku tiada dia tetapnya mengada. Mengadakan segala yang hendak dia ada. Kerana bagi dia hanya mengada itu bukan waktu. Melainkan seteru bagi yang terbuku. Walau lelah aku memaku. Wujud aku dalam aku atau wujud aku hanya dalam satu. Itu bukan aku tahu. Kerana tahu aku itu tahunya seteru.

Allah ku aku ini hanya seteru bagi mu jika aku ini hanya palsu. Allah ku, aku ini hanya baju mu. Tergantung aku bergantungan di bawah hendak mu. Allah ku, aku ini ingin tahu, apakah ada di sebalik kamu? Allah ku, aku itu makin ingin tahu segalanya. Hidup aku itu apa dia allah ku? Aku ini hanya satu antara beribu pendosa cipta. Allah ku tolongilah aku kerana aku itu, bagai haru di bawah pilu.Pilu ku ini tiada noktah lagi. Memalingkan segala hendak di bawah redho mu. Allah ku aku ini hanya pilu. Sepilu pilunya sembilu yang menusuk kalbu. Allah ku, aku ini, aku ini, aku ini ingin pulang. Pulang kepada \Mu. Pulang .. pulang kepada mu yang satu mohon restu. Allah ku aku ini ingin saja kepada mu. Hanya aku kepada Mu. Allah ku...allah ku hadir ku untukmu.

Lalu aku ini bagaimana ingin pulang sedang tambang ku hilang sebelum pulang.


360darjah Mengejar Cahaya

Telah letih si aduka hingga kini. Masih mencari di dalam bistari. Namun bistari bukan bijaksana kerana bistari tidak mengenal tari. Tari ini tariannya sermbahan kepada si muluk. Hanya si muluk aja yang rela memujuk. Rajuk hati ku ini kepada sang cipta. Kalanya aku dicipta untuk apakah dia.? Elok jika aku itu aja yang tahu akan segala cerita dan waktu. Agar aku bebas dari segala seteru. Hingar binggar dalam hempedu. Aku telan seribu duka. Suka dia melihat aku. Aku yang termanggu-manggu dalam kelambuNya.

Aduka : apa yang kau lakukan

AKU : LIHAT AKU

Aduka : ok

Dalam keadaan berdiri badan berpusing 360darjah perlahan-lahan tanpa henti.... hingga laju... lawan arah jam.... makin laju.. semakin laju... segala bentuk hilang rupa... jadi selari.....

Aduka : takut... tak nak... hentikan...

AKU : TENANG

Aduka : aku takut mati... aku tak nak mati.... janganlah macam nih

Badan pun di campakan ke lantai..... gedebuk....

Aduka : huh.. huhh.. huhh.. penat.. eh kenapa tak sakit pun

AKU : (hanya membisu)

AKU : (terus membisu)

Continue >>>

lenyapkan aduka atau AKU membatu.....mana satu rindu mu


LANDSKAP ROHANI

Jalan pulang langsung tak Nampak lantaran keliru mengikuti tingkah yang mana batil yang mana haq kerana aduka telah terlalu lamanya hidup dalam panduan amarah. Detik demi detik langsung tidak pernah aduka hadapinya seperti selayaknya tentera fisabililah menghadapi syahid. Sesungguhnya adakah aduka yang zalim lagi kejam ataupun masa itu terlalu angkuh meninggalkan insan tanpa sedar diri itu sebenarnya wajib mati meninggalkan AKU. Hari hari dalam butiran dosa menghadapinya dalam paksaan hidup yang sementara. Namun itu jauh benar rasa seandainya masih lagi kaku dalam bertemu. Lewat hati ini bagai tertahan oleh bimbangan makhluk yang memerhati gerak diri yang aneh yang bagaikan menyembah segala taksuban berhala. Bukan AKU yang melayaninya tetapi adukalah yang masih terpaut dalam belantara dunia yang basi itu. AKU ini agaknya macam menderita dikalih rasa menghadapi jiwa. Jiwa yang buas bermaharajalela membunuh laku yang haq dengan lembut pesona. Aduhai sungguh lapar aku kepada mu ilahi. Suapilah aku dengan taat dalam munajat soleh agar aku bisa menghadapi gurau senda nafsu amarah ni dengan hemat yang cermat. Letih benar saban hari berlalu dengan keluhan menggapai bintang dalam alam binatang. Ya allah ku, aku ini ingin benar akan mu. Aku ini sukar melayang bagaikan layang-layang. Berduka aku bagai camar yang pulang petang.

Bagaimana akan aduka mendewasakan AKU seperti zahir aduka yang dewasa. Letih melihat engkau bertatih melayani diri. Dalam bentak ini aku itu menoleh lagi tarinya. Tak sudah akhirnya. Indahkah aku itu hingga bosan lakunya aduka memandang kelam. Bosan…bosan dah letih amarah itu memujuk..bosan /…bosan amarah aduka dalam raungan…. Bosan …. Bosannya aku ni ya allah yang asyik menjadi tebusan amarah…. Ya allah… allah ku … aku , aku… aku ingin sahaja meninggalkan segalanya. Allah ku ya allah ku dengan apakah aku ingin ke mana? Ke mana apa negerinya. Ke mana hala tujuan hidup ku ini andai engkau ku sembah puja hanya nama sepalit di jiwa yang kontang. Duhai aduka tinggalkanlah diri mu.. Segeralah cabutlah diri mu itu duhai aduka… tidakkah engkau itu letih melihat diri mu itu aduka…aduka…aduka esok jangan kau terluka kerana aku ini adalah amaran akhirat mu. Jangan aduka menangis melihat bintang di langit sedangkan aduka dalam alam binatang.

Ya allah aku tahu engkau itu. Aku tahu engkau itu maha karya ku. Aku tahu aku derita. Dalam aku itu engkau itulah dia. Dia itu engkau suka. Ciptakan aku dalam satu. Hingga dewasa aduka hidup bagai sepatu. Duhai aku allah itu hanyalah satu. pujaan di sebalik penampakan berhala dermawan. Indanya dia itu tidak tetawanan hingga melukut segala kaku. Itulah aku itu dan ini. Kakulah aduka ini kerana mengaku melawan. Biarlah aku itu rela kaku melayan. Aku ingin duduk bagaikan bangku. Dudukkan aku ya ilahi ku. Agar aku menjadi satu, menjadi satu, tetap satu dalam itu. Aku mengaku aku tiada apa-apa punya. Tiada apa-apa pun. Aku itu telah pun ketahui. Tapi aduka memang tak mahu ambil tahu. Mengapa aduka engkau tertawan. Tertawan pada siapa lagi aduka. Berakhirlah aduka kepada pujaan mereka. Bukan payah sangat wahai aduka. Matikanlah hendak mu biar aku memukul segala senyap itu agar engkau juga kembali tertawan dengan indah ku aduka. Lekas aduka jangan berhenti tapak mu mengejari aku ini. Wahai aduka ke mari pada aku ini. Bagus bahasa pada mu aduka. Akulah raja mu aduka biarkan aku tawan mereka hingga mereka sebak terluka. Terluka kerana sangka merdeka. Mereka bukanlah merdeka yang mutlak melainkan penjara bagi mu aduka. Aku pembebasan mu aduka.

Kurang sungguh aduka tika ini bagai dihiris-hiris belati kembali…. Aduka benarlah tak tahan lagi tika ini. Asyik mengairi sungai air mata, namun aduka tewas lagi nanti. Seolah aduka telah tahu esoknya apa pula. Sebak aduka memikiri aku ini apa. Tiada aduka fahami dalam mimpi melainkan terpesong menyonsong diri kembali. Aduh buntu aduka memikiri mu aku. Namun aduka telah rela membiarkan mu wahai aku mentadbiri sesaat waktu. Melihat aku yang sebenarnya bukan hidup terkaku.

Continue >>>

tadbiran Aku sebalik tadbir diri


LANDSKAP ROHANI

Inilah yang hangat menerpa jauh di sebalik rindu yang satu. Inilah dianya yang mencari dalam puncak yang hakiki. Masihkkah ada rimbunan ini teguh bagaikan sakti. Di medan itu aduka gagal lagi menempuh. Tewas kah duhai aduka untk mencari dia yang tinggi. Bersihkanlah jiwa ini dalam adab paksaan jasmani dan rohani. Aduka bukanlah cuba mengutuk mu duhai patri tapi aduka  masih tenggelam dalam maqam pemuja diri. Duhai kasih ku ilahi inikah namanya jauhari mencari manikam. Sungguh ia benar-benar menikam dalam sebak jantung hayat ku. Indahnya khabar bukan pemikat rasa ku, tapi izinkanlah ia menari kembali untuk ku persembahkan dalam munajat abadi. Tari ini gemar menari dalam kehancuran mu duhai diri yang bisa mati....

Hentak ku ini hentakan kala cipta melangit tinggi mengapai esensi. Hahhhhh memalingkan wajah ini bukanlah bistari kerana aduka masih maju tanpa diri mu guru. Indahkah itu tari yang menari saban diri bagai dibaji di bawah taklukan abadi. Duhai... duhai itu dan ini kala suria tercipta aduka telah pun lemas di bawah naungan ilahiyatullah..... kejutan apakah ini sungguh menggempar indrawi. Aduhai dunia ...aduhai dunia masih apakah yang tersimpan dalam kalungan rasa ku pada mu... Tutup indahnya segala bagiku bisa diri ini terbang mencari sang abadi lagi... duhai diri yang makanan mu dan suapan mu bernama tewas berpalinglah menongkah arus yang deras itu kelak kamu enggan terkapai walau bisa meraih ribuan jauhari yang mengenal manikam.

Telah terbit itu punca walau lemah tarinya jangan kau tenggelam punca lagi. Mengingatkan itu sungguh jauh. Jangan lekas kamu mabuk dalam cambukan asmara yang tewas... khusyuk kan hati itu di bawah payungan rindunya ilahi. Semoga aduka  yang tak ketahui ini lekas bergerak dalam alunan melodi  nan satu. Telah terbit sang mentari jauh ke timur di balik rimbunan cahaya itu, aduka mencuba menggerakkan tari namun aduka gagal dalam abad yang tewas. Terpakulah hati itu dalam amukan amarah hingga kecut segala waspada hinggar binggar penuh duka memaling dia dari terus terluka... sungguh aduka kejam menghempas mu duhai aku. Dalam zalim ini mencari sembuhan luka mana mungkin dia kembali jika hati ini menangis dan merintih untuk memuja luka-luka itu. Iskk...iskk... manakah dia...manakah dia pujaan hati ku. Gembira ini bukanlah penawar cipta.

Dalam guguran itu aduka perlukan bantuan demi bantuan. Berselerakan jawapan tiada satu pun yang menyeri. Bukan sahaja sunyi tanpa hawa malah bewarna dengan limpahan noda dan berdosa. Lelah sungguh tika ini mencari jawapan yang belum pun terpatri. Allah ku itu hanya nama yang terpuja. Mencarilah aduka dalam duka akan isinya yang mutlak. Walau tidak bisa ketahuan engkar duka wujud dalam aduka. Telah memadai seandainya manifestasi pada diri yang kian duka berhambur kecewa silam. Aduka layani melayani diri sekian lama tanpa berasa sikit pun derita, kerana itu sebati sehingga betul segala tingkah dan laku yang sebenarnya kaku. Kaku.....kaku.....sekaku... kematian yang tanpa hayat serta kudrat untuk melangkah walau setapak jua. Indah sangatkah pujaan itu wahai aduka.....! indahkah dia pujaan itu yang sering menjanjikan kezaliman diri.... di hiris hiris cebisan landskap rohani kerana  tersebar pemaluan itu ke seluruh pelusuk negeri diri, namun engkau tak sedari lagi masih mengilhamkan wujud diri dengan longokan tawaran nafsi.
Continue >>>

Bebaskan aku


LANDSKAP ROHANI

Dalam bayangan ini timbul ia tanpa Tanya tanpa amaran. Memadai ia menongkah arus hingga keluar diri bertanya mengapa ini harus berlaku. Kata hati biarlah ia merasai, saban tahun asyik kamu yang bertakhta. Mangkatlah segala hati yang mati itu untuk mempersenyawakan diri itu di dalam kelambu ilahi. Biarlah apa orang nak kata namun diri mu itu berharga tak siapa yang sudi ketahui. Andai aku yang menulis ini tak kau sedari lagi keluarlah wahai badaniah tuk kembali ke rahmatullah. Bisingkanlah ia dengan tari zikirullah untuk menodai alam diri. Palingkanlah wajah mu dari menatapi diri yang berahi. Menodai alam diri dengan hayunan kalam bistari. Lalu malu berteleku di bawah alunan sayu, rindu membekam pada mu ilahi.

Eloklah kiranya aku yang maju bukan lagi kamu yang papa. Pada mencari hakikat yang mangkat bukan lagi tujuan intisari. Intisari ini pada ku hanyalah hiasan diri yang mentadbir mati untuk di belai kekiri. Adakah namanya hanyalah parutan abadi yang meyimpan noda-noda diri. Bersihkanlah baju hakikat ini untuk mempersembah cinta yang abadi dalam hanyut itu aku perhati dia masih merenung dalam kehancuran ilahi. Akulah yang bernama sang abadi yang kian cuba untuk memecah agung. Dalam jauh itu aku tersipu pada mu aku berteleku. Sampai sini sahaja aku coretkan semoga kalamku kias berindah dalam wajah mu aku merayu semoga dikau membuka kelambu ini. Untuk aku yang menagih hakiki yang tak pernah aku bayangkan dalam alunan mu yang suci. Itulah engkau yang masih menyeryupai aku yang terkadang aku malu mempersembahkan laku yang menunjukkan yang satu. Itulah padamu sahaja aku mampu berteleku. Tidak ingin lagi mempersendakan diri di bawah payungan jasad diri. Aduhai ilahi aku maju kerana mampu mu pada ku. Aku terus mengaku wujud aku dalam aku .

Aduhai diri mengapa masih mencari sedangkan telah pasti engkau bukan dalam mimpi. Esok kembali lagi mentadbir diri dalam semangat janji ilahi. Yang pasti aku senda gurau untuk muncul dalam kalungan abadi. Eh tidakkah kau maju untuk menari dalam alunan bistari itu. Mampukah engkau duhai akal mencari ku yang engkau tahu akulah kekaksih mu. Ha hah ha ketawalah mati mu dalam kubur yang satu dialah yang kau cari untuk majukan diri mu. Argghhh aku lah yang mampu mencorakkmu dalam hutan kalimat laillaha illah. Pecahkanlah batin mu menjadi habuk-habuk yang mabuk. Dalam batu akulah yang satu bermenantukan hantu untuk membelai satu yang jitu. Akulah yang baru tahu untuk membenamkan rindu itu menjadi debu debu . Akulah yang satu membakar dalam, rindu mu. Akulah yang menari dalam tari hindu mu.

Bebaskanlah aku dalam munajat mu. Saban hari aku menari untuk mencari mu ilahi. Menari bagai babi yang buta. Buta dari memerhati dengan pasti yang kau itulah tujuan ku. Aduhai ilahi hantarkanlah aku dalam munajat itu agar dia(nafsu) tidak lagi merunsingkan aku ini. Telah berabad lamanya aku menunggu mengapa engkau(nafsu) masih lagi menganggu aku ini. Tidakkkah engkau tahu wahai diri bahawasanya akulah yang menari tarian hantu ini ehh tidaklah namanya aku itu hantu yang menari tetapi engkaulah(jasad) yang menari tarian aku ini. Bebaskanlah aku ini untuk mencari pesta ilahi manakah dia sang jauhari yang mencari manikam puspasari.

Dalam batin ini hanyalah dua yang memerhati. Sehingga mati aku terhukum dalam mencari pesta abadi. Indahkah mereka nun jauh di sana. Aku masih dalam mimpi mencari mu duhai ilahi. Indahkah nun jauh di sana wahai kisana. Aku ini masih jauhkah ilahi. Akulah aku yang mencari aku yang terpaku padamu. Itulah dia aku ini masih mengaku yang aku inilah aku yang haq. Aku ini aku yang mengaku dalam aku. Akulah aku. Aku ini aku. Akulah aku. Akulah aku. Akulah aku. Akulah aku. Aklulah aku itu ini dalam pesta aku yang mampu.

Oleh itu biarlah duka itu bertaut pada Mu yang maju laju dalam pujuk rindu. Akulah jua yang akan jatuh pada Mu yang akan engkau zahirkan pada ku nanti. Hmmm hmmm masihkah ini yang engkau idamkan dalam munajat ini ilahi. Ilahi ku engkau sangat manja manja sekali engkau dengan ku tetapi aku ini sedih kerana aku ini macam lah hantu yang mancari jalan untuk pulang. Hari hari ku hanyalah kosong yang mengajar aku untuk pulang mencari mu entah di mana sahaja aku mencari mu agar diri ni tidak lagi dipesongkanlah oleh mereka yang mencari ku. Akulah itu ini sering tenggelam dalam kepura-puraan mu diri. Sedihku kerana Mu ilahi hanyalah sedih mengingati Mu yang tidak ku kenali lagi. Aku ini baru bermula. Langkah kaki ku ini hanyalah langkah seorang yang pernah tewas dalam alam ini. Layanganlah langkah ini duhai ilahi ku hayunkanlah langkah ini seperti engkau menghayunkan aku itu bersama mereka yang maju nmenuju mu yang babu.

Babu… aku ini hanya babu mu ilahi… esok lusa aku tenggelam seringnya kau ini tenggelam tak pernahlah aku ini akan timbul walau aku tahu timbul itu memenatkan badan. Biarlah aku ini tenggelam dalam mu duhai ilahi kerana aku ingin sangat kepada mu. Bukanlah aku yang menziarahi mu tetapi engkaulah yang menziarahi ku dalam mampu aku ini untuk menari lagi…. Sedih benarlah pagi ini mencengkam aku yang tewas selalu kerana kau ini tidak faham gerak mu menuju ke negeri abadi selalu. Adakah hindu ini mencari mu duhai ilahi…. Benarkanlah pimpinan ini dalam melaungkan munajat sari ku pada mu yang tak habis hentinya mencari mencari mencari tari yang baru untuk ku persembahkan ke alam nan baru ini. Akulah itu ini yang masih malu untuk menari bersama mu kerana langkah ku ini capik benar ketika menari lagu asamara luka di jiwa. Selalulah aku yang mencari mu duhai ilahi kerana aku ini mencari mu dalam kelambu asmara . Izinkanlah aku ini menari bersamamu ilahi agar engkau tahu akulah kekasih mu yang maju ku malu padamu dosaku bertaut batu laksana hantu yang tersipu-sipu melakonkan watak watak nan satu.

Continue >>>

2 june Hari Lahir Zakir tau....


LANDSKAP ROHANI

Hari ini adalah tarikh kelahiran aku yang telah tercatat di atas surat beranak. Selamat hari lahir kepada makhluk insan yang bernama Zakir tercipta kamu sebagai insan yang diberi pilihan kehidupan. Kamu lahir aku telah lahir cumanya kelahiran itu hanya diiktiraf dari logic akal yang terlihat oleh mata ini. Kelahiran yang berlumuran darah si ibu yang menanggung HARAP selama beberapa bulan… kelahiran yang mengemparkan telinga dengan tangisan…. Siapa yang tahu tangisan itu walau beribu batu terdengar tangisannya. Tak siapa tahu erti tangisan itu melainkan di sambut tangisan itu dengan senyuman ibu yang menghargai pemberian ilahi yang cukup indah dan mendamaikan. Seluruh malaikat menghargai kelahiran itu menyambutlah si abah dengan alunan azan hingga memukau syaitan lalu melarikan diri. Namun rupanya kelahiran aku hanyalah sebagai insan yang aku sendiri tak tahu keupayaan insan itu melainkan aku ketahui upayanya yang hebat adalah untuk menjadi seorang yang lalai lagi lupa melupakan.

Lupa melupakan hanyalah lalai menyambut alunan azan tanpa ada rasa takut atau pilu… sedangkan kalimah azan itu cukup-cukup menikam ke dalam kalbu hingga ke pendalaman negeri AKU. Bilangkan deraian air mata yang bercucuran ketika alunan azan berkumandang berapa gelen ia tumpah….. Aper? setitik pun tarak….. Tak apa redholah dengan harap dan bersyukur alhamdulilah kerana masih dikurniakan hidup pada alam yang mati kerana jika tiada Maani masakan jasad itu hidup… teruskanlah hidup di dalam tadbiran alam yang mati. Hari kelahiran yang disambut manusia dengan alunan melodi HAPPY BIRTHDAY TO YOU seraya tangan memegang pisau untuk memotong kek yang tertulis nama sendiri dihiasi deretan lilin(diri dalam naungan api-setan)….. aku tak pernah pun seumur hidup menyambut hari kelahiran jasad ini tetapi hanya menumpang kegumbiraan insan lain yang menyambutnya. Aku hadiahkan kepada insan itu dengan hadiah yang termampu dengan hanya untuk mengampu seperti orang lain.

Untuk menyambut hari kelahiran ini kuncinya ialah GEMBIRA jika tak ada gembira tidak akan ada sambutan hari jadi ini. Untuk menganggotai hari kematian kuncinya adalah sedih kepiluan kalau tak ada perasaan itu buat-buat muka plastic cair terbakar. Nak pergi kenduri kahwin kuncinya ego menunjuk sebab nak tayang baju baru imported dari seberang longkang sambil menghiasi mulut lidah dengan kata-kata sumbangsih. Nak menghadiri qiamulail kuncinya ialah ikhlas dan nak masuk rumah pun ada kuncinya tetapi apakah kuncinya untuk mengeluarkan diri sebenar diri yang dah lama nafsu itu penjarakannya di dalam pakaian ADAM. Pakaian ADAM tak ada poket, tak ada butang, tak ada zip tetapi hanya ado rongga terbuka… jika di buka rongga itu seluas kawah sekalipun sebenar diri tak keluar juga. Buta ke dia?

Selamat hari jadi/lahir wahai zakir…. Kerana sebenarnya jasad yang dilahirkan itu hanyalah untuk mengerti soal dalam tanah… diri jasad itu hanya akan diujikaji oleh kehidupan dari pakar-pakar alam tanah seperti ulat mayat, cacing tanah, bacteria pengurai dan entah apa-apa lagi. Di ekperimentkan oleh professor alam tanah yang pakar dengan kepakaran menghancur luluh setiap inci daging maging. Apa yang tinggal, hanyalah jeritan sebenar diri. Kasihan dia. Keseorangan diri menanggung penipuan nafsu… mana pergi nafsu ketika itu… tak relakah tanggung bersama. Kasihani diri… kasihan sangat… kasihanilahhh….. Tangan yang memegang pisau untuk memotong kemanisan kek itu, gunakanlah untuk meyiat-nyiat kelazatan nafsu. Mulut yang mendendangkan melodi happy birthday ajukan menjadi alunan asma untuk memecah dinding penjara diri. Kerana aku tahu aku tidak mengenal kuncinya lagi maka biarlah dihancurkan sahaja penjara ini. Agar esok lusa aku tidak lagi diheret dan diseret dihumban ke penjara itu lagi.

Apabila dinding penjara itu mula retak aku melihat dalam aku merenung. Merenung tajam setajam apa pun aku tak tahu. Takut ini telah membawa diri ini lari dari menghampiri penjara yang kian retak itu. Esok aku datang lagi namun impian untuk ketemui hancur maka diri telah mengiyakan kehendak tidak mengharap apa-apa. Kerana lemas dan tenggelam timbul aku jadi punah lantaran taat itu tidak meresapi. Kerana tidak meresapi adalah kerana penyerahan diri kepada pentadbiran nafsu yang mengerjakan ibadat soleh… baru diri tahu dan sedar nafsulah yang menjadi tulang belakang kehendak dan penentu hala tuju ketaatan selama ini…. Kalau Berjaya juga dalam lingkungan taat pasti ada sahaja keluh kesah rungut merungut tak puas hati dan bla…bla…blaa... yang mencela.

Ohh itulah dia hawa taat yang hidup dalam lingkungan tadbir diri yang mati.

Lamunan terhenti kerana amat sukar diri untuk mengelamun seorang diri. Ketika sunyi diri ada sahaja tetamu yang menyapa lamunan. Hish kacau bin bilau. Kerana engkau tetamu tak di undang layaknya aku hulurkan cawan yang kosong…. Ha.. ha.. ha… baru kau tahu siapa aku kerana keksongan adalah hak aku untuk mengisi selamanya. Engkau telah expired date. Taktik engkau dah tak fresh. Kini akan aku habisi diri ini secukup-cukupnya dengan ganas, tetapi akulah yang terlembut makin lembut hingga tak terduga tapi terasa…. Terasa AKU itu telah menunggangi diri walau pejam atau celik… berjalan dan berhenti untuk memerhati bagaikan baby yang merangkak semua mahu ditelaah dan merasa… masih lagi ekplorasi diri keakuan belum lagi terjebak dalam kancah kokurikulum bersepadu….. untuk memasuki kelas kokurikulum bersepadu itu aku perlu jadi tahu…. Ketahuan seperti mereka yang telah tahu menahu untuk menuju ke puncak pengetahuan yang satu agar suatu hari diri tidak menjadi bulu-bulu yang berterbangan lalu tersangkut duri sembilu.

Adakah ini maksudnya kelahiran semula yang diimani oleh penganut agama (Buddha: punabbhava) cuma bezanya meninggalkan penanggungan alam jasad bukannya meninggal dunia seperti fahaman mistik ajaran buddha.

Continue >>>