Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





2 june Hari Lahir Zakir tau....


LANDSKAP ROHANI

Hari ini adalah tarikh kelahiran aku yang telah tercatat di atas surat beranak. Selamat hari lahir kepada makhluk insan yang bernama Zakir tercipta kamu sebagai insan yang diberi pilihan kehidupan. Kamu lahir aku telah lahir cumanya kelahiran itu hanya diiktiraf dari logic akal yang terlihat oleh mata ini. Kelahiran yang berlumuran darah si ibu yang menanggung HARAP selama beberapa bulan… kelahiran yang mengemparkan telinga dengan tangisan…. Siapa yang tahu tangisan itu walau beribu batu terdengar tangisannya. Tak siapa tahu erti tangisan itu melainkan di sambut tangisan itu dengan senyuman ibu yang menghargai pemberian ilahi yang cukup indah dan mendamaikan. Seluruh malaikat menghargai kelahiran itu menyambutlah si abah dengan alunan azan hingga memukau syaitan lalu melarikan diri. Namun rupanya kelahiran aku hanyalah sebagai insan yang aku sendiri tak tahu keupayaan insan itu melainkan aku ketahui upayanya yang hebat adalah untuk menjadi seorang yang lalai lagi lupa melupakan.

Lupa melupakan hanyalah lalai menyambut alunan azan tanpa ada rasa takut atau pilu… sedangkan kalimah azan itu cukup-cukup menikam ke dalam kalbu hingga ke pendalaman negeri AKU. Bilangkan deraian air mata yang bercucuran ketika alunan azan berkumandang berapa gelen ia tumpah….. Aper? setitik pun tarak….. Tak apa redholah dengan harap dan bersyukur alhamdulilah kerana masih dikurniakan hidup pada alam yang mati kerana jika tiada Maani masakan jasad itu hidup… teruskanlah hidup di dalam tadbiran alam yang mati. Hari kelahiran yang disambut manusia dengan alunan melodi HAPPY BIRTHDAY TO YOU seraya tangan memegang pisau untuk memotong kek yang tertulis nama sendiri dihiasi deretan lilin(diri dalam naungan api-setan)….. aku tak pernah pun seumur hidup menyambut hari kelahiran jasad ini tetapi hanya menumpang kegumbiraan insan lain yang menyambutnya. Aku hadiahkan kepada insan itu dengan hadiah yang termampu dengan hanya untuk mengampu seperti orang lain.

Untuk menyambut hari kelahiran ini kuncinya ialah GEMBIRA jika tak ada gembira tidak akan ada sambutan hari jadi ini. Untuk menganggotai hari kematian kuncinya adalah sedih kepiluan kalau tak ada perasaan itu buat-buat muka plastic cair terbakar. Nak pergi kenduri kahwin kuncinya ego menunjuk sebab nak tayang baju baru imported dari seberang longkang sambil menghiasi mulut lidah dengan kata-kata sumbangsih. Nak menghadiri qiamulail kuncinya ialah ikhlas dan nak masuk rumah pun ada kuncinya tetapi apakah kuncinya untuk mengeluarkan diri sebenar diri yang dah lama nafsu itu penjarakannya di dalam pakaian ADAM. Pakaian ADAM tak ada poket, tak ada butang, tak ada zip tetapi hanya ado rongga terbuka… jika di buka rongga itu seluas kawah sekalipun sebenar diri tak keluar juga. Buta ke dia?

Selamat hari jadi/lahir wahai zakir…. Kerana sebenarnya jasad yang dilahirkan itu hanyalah untuk mengerti soal dalam tanah… diri jasad itu hanya akan diujikaji oleh kehidupan dari pakar-pakar alam tanah seperti ulat mayat, cacing tanah, bacteria pengurai dan entah apa-apa lagi. Di ekperimentkan oleh professor alam tanah yang pakar dengan kepakaran menghancur luluh setiap inci daging maging. Apa yang tinggal, hanyalah jeritan sebenar diri. Kasihan dia. Keseorangan diri menanggung penipuan nafsu… mana pergi nafsu ketika itu… tak relakah tanggung bersama. Kasihani diri… kasihan sangat… kasihanilahhh….. Tangan yang memegang pisau untuk memotong kemanisan kek itu, gunakanlah untuk meyiat-nyiat kelazatan nafsu. Mulut yang mendendangkan melodi happy birthday ajukan menjadi alunan asma untuk memecah dinding penjara diri. Kerana aku tahu aku tidak mengenal kuncinya lagi maka biarlah dihancurkan sahaja penjara ini. Agar esok lusa aku tidak lagi diheret dan diseret dihumban ke penjara itu lagi.

Apabila dinding penjara itu mula retak aku melihat dalam aku merenung. Merenung tajam setajam apa pun aku tak tahu. Takut ini telah membawa diri ini lari dari menghampiri penjara yang kian retak itu. Esok aku datang lagi namun impian untuk ketemui hancur maka diri telah mengiyakan kehendak tidak mengharap apa-apa. Kerana lemas dan tenggelam timbul aku jadi punah lantaran taat itu tidak meresapi. Kerana tidak meresapi adalah kerana penyerahan diri kepada pentadbiran nafsu yang mengerjakan ibadat soleh… baru diri tahu dan sedar nafsulah yang menjadi tulang belakang kehendak dan penentu hala tuju ketaatan selama ini…. Kalau Berjaya juga dalam lingkungan taat pasti ada sahaja keluh kesah rungut merungut tak puas hati dan bla…bla…blaa... yang mencela.

Ohh itulah dia hawa taat yang hidup dalam lingkungan tadbir diri yang mati.

Lamunan terhenti kerana amat sukar diri untuk mengelamun seorang diri. Ketika sunyi diri ada sahaja tetamu yang menyapa lamunan. Hish kacau bin bilau. Kerana engkau tetamu tak di undang layaknya aku hulurkan cawan yang kosong…. Ha.. ha.. ha… baru kau tahu siapa aku kerana keksongan adalah hak aku untuk mengisi selamanya. Engkau telah expired date. Taktik engkau dah tak fresh. Kini akan aku habisi diri ini secukup-cukupnya dengan ganas, tetapi akulah yang terlembut makin lembut hingga tak terduga tapi terasa…. Terasa AKU itu telah menunggangi diri walau pejam atau celik… berjalan dan berhenti untuk memerhati bagaikan baby yang merangkak semua mahu ditelaah dan merasa… masih lagi ekplorasi diri keakuan belum lagi terjebak dalam kancah kokurikulum bersepadu….. untuk memasuki kelas kokurikulum bersepadu itu aku perlu jadi tahu…. Ketahuan seperti mereka yang telah tahu menahu untuk menuju ke puncak pengetahuan yang satu agar suatu hari diri tidak menjadi bulu-bulu yang berterbangan lalu tersangkut duri sembilu.

Adakah ini maksudnya kelahiran semula yang diimani oleh penganut agama (Buddha: punabbhava) cuma bezanya meninggalkan penanggungan alam jasad bukannya meninggal dunia seperti fahaman mistik ajaran buddha.

4 comments:

Kak Ina on June 2, 2010 at 6:24 PM said...

selamat dilahirkan ya zakir ...

Zakir Lazarus on June 2, 2010 at 6:26 PM said...

patut tak kalu mintak hadiah sedangkan dah lama diri itu dihadiahkan berbanding makhluk yang lain.... hmmm... kucing di hadiahkan bulu yang cantik

Fiddarbi Yasir on June 2, 2010 at 6:41 PM said...

Selamat hari tua, pakcik~ Hadiah jangan dimintak, hadiah tu pemberian bukan permintaan~huhu

Zakir Lazarus on June 4, 2010 at 10:25 AM said...

ssebenarnya setiap hari dapat hadiah.... setiap detik pun dapat hadiah... allah tu maha penyayang any time boleh mintak... tak mintak DIA bagi jugak... kalu tak mintak nanti sombong pulak.. selagi hidup dalam alam jasad kena mintak itu ini. kena mintak allah hiasi diri dengan kesihatan... kalau tak sihat macam mana nak balut hadiah-hadiah yang DIA beri... hadiah yang tak dibalut akan di curi orang(nafsu-setan)