Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Bebaskan aku


LANDSKAP ROHANI

Dalam bayangan ini timbul ia tanpa Tanya tanpa amaran. Memadai ia menongkah arus hingga keluar diri bertanya mengapa ini harus berlaku. Kata hati biarlah ia merasai, saban tahun asyik kamu yang bertakhta. Mangkatlah segala hati yang mati itu untuk mempersenyawakan diri itu di dalam kelambu ilahi. Biarlah apa orang nak kata namun diri mu itu berharga tak siapa yang sudi ketahui. Andai aku yang menulis ini tak kau sedari lagi keluarlah wahai badaniah tuk kembali ke rahmatullah. Bisingkanlah ia dengan tari zikirullah untuk menodai alam diri. Palingkanlah wajah mu dari menatapi diri yang berahi. Menodai alam diri dengan hayunan kalam bistari. Lalu malu berteleku di bawah alunan sayu, rindu membekam pada mu ilahi.

Eloklah kiranya aku yang maju bukan lagi kamu yang papa. Pada mencari hakikat yang mangkat bukan lagi tujuan intisari. Intisari ini pada ku hanyalah hiasan diri yang mentadbir mati untuk di belai kekiri. Adakah namanya hanyalah parutan abadi yang meyimpan noda-noda diri. Bersihkanlah baju hakikat ini untuk mempersembah cinta yang abadi dalam hanyut itu aku perhati dia masih merenung dalam kehancuran ilahi. Akulah yang bernama sang abadi yang kian cuba untuk memecah agung. Dalam jauh itu aku tersipu pada mu aku berteleku. Sampai sini sahaja aku coretkan semoga kalamku kias berindah dalam wajah mu aku merayu semoga dikau membuka kelambu ini. Untuk aku yang menagih hakiki yang tak pernah aku bayangkan dalam alunan mu yang suci. Itulah engkau yang masih menyeryupai aku yang terkadang aku malu mempersembahkan laku yang menunjukkan yang satu. Itulah padamu sahaja aku mampu berteleku. Tidak ingin lagi mempersendakan diri di bawah payungan jasad diri. Aduhai ilahi aku maju kerana mampu mu pada ku. Aku terus mengaku wujud aku dalam aku .

Aduhai diri mengapa masih mencari sedangkan telah pasti engkau bukan dalam mimpi. Esok kembali lagi mentadbir diri dalam semangat janji ilahi. Yang pasti aku senda gurau untuk muncul dalam kalungan abadi. Eh tidakkah kau maju untuk menari dalam alunan bistari itu. Mampukah engkau duhai akal mencari ku yang engkau tahu akulah kekaksih mu. Ha hah ha ketawalah mati mu dalam kubur yang satu dialah yang kau cari untuk majukan diri mu. Argghhh aku lah yang mampu mencorakkmu dalam hutan kalimat laillaha illah. Pecahkanlah batin mu menjadi habuk-habuk yang mabuk. Dalam batu akulah yang satu bermenantukan hantu untuk membelai satu yang jitu. Akulah yang baru tahu untuk membenamkan rindu itu menjadi debu debu . Akulah yang satu membakar dalam, rindu mu. Akulah yang menari dalam tari hindu mu.

Bebaskanlah aku dalam munajat mu. Saban hari aku menari untuk mencari mu ilahi. Menari bagai babi yang buta. Buta dari memerhati dengan pasti yang kau itulah tujuan ku. Aduhai ilahi hantarkanlah aku dalam munajat itu agar dia(nafsu) tidak lagi merunsingkan aku ini. Telah berabad lamanya aku menunggu mengapa engkau(nafsu) masih lagi menganggu aku ini. Tidakkkah engkau tahu wahai diri bahawasanya akulah yang menari tarian hantu ini ehh tidaklah namanya aku itu hantu yang menari tetapi engkaulah(jasad) yang menari tarian aku ini. Bebaskanlah aku ini untuk mencari pesta ilahi manakah dia sang jauhari yang mencari manikam puspasari.

Dalam batin ini hanyalah dua yang memerhati. Sehingga mati aku terhukum dalam mencari pesta abadi. Indahkah mereka nun jauh di sana. Aku masih dalam mimpi mencari mu duhai ilahi. Indahkah nun jauh di sana wahai kisana. Aku ini masih jauhkah ilahi. Akulah aku yang mencari aku yang terpaku padamu. Itulah dia aku ini masih mengaku yang aku inilah aku yang haq. Aku ini aku yang mengaku dalam aku. Akulah aku. Aku ini aku. Akulah aku. Akulah aku. Akulah aku. Akulah aku. Aklulah aku itu ini dalam pesta aku yang mampu.

Oleh itu biarlah duka itu bertaut pada Mu yang maju laju dalam pujuk rindu. Akulah jua yang akan jatuh pada Mu yang akan engkau zahirkan pada ku nanti. Hmmm hmmm masihkah ini yang engkau idamkan dalam munajat ini ilahi. Ilahi ku engkau sangat manja manja sekali engkau dengan ku tetapi aku ini sedih kerana aku ini macam lah hantu yang mancari jalan untuk pulang. Hari hari ku hanyalah kosong yang mengajar aku untuk pulang mencari mu entah di mana sahaja aku mencari mu agar diri ni tidak lagi dipesongkanlah oleh mereka yang mencari ku. Akulah itu ini sering tenggelam dalam kepura-puraan mu diri. Sedihku kerana Mu ilahi hanyalah sedih mengingati Mu yang tidak ku kenali lagi. Aku ini baru bermula. Langkah kaki ku ini hanyalah langkah seorang yang pernah tewas dalam alam ini. Layanganlah langkah ini duhai ilahi ku hayunkanlah langkah ini seperti engkau menghayunkan aku itu bersama mereka yang maju nmenuju mu yang babu.

Babu… aku ini hanya babu mu ilahi… esok lusa aku tenggelam seringnya kau ini tenggelam tak pernahlah aku ini akan timbul walau aku tahu timbul itu memenatkan badan. Biarlah aku ini tenggelam dalam mu duhai ilahi kerana aku ingin sangat kepada mu. Bukanlah aku yang menziarahi mu tetapi engkaulah yang menziarahi ku dalam mampu aku ini untuk menari lagi…. Sedih benarlah pagi ini mencengkam aku yang tewas selalu kerana kau ini tidak faham gerak mu menuju ke negeri abadi selalu. Adakah hindu ini mencari mu duhai ilahi…. Benarkanlah pimpinan ini dalam melaungkan munajat sari ku pada mu yang tak habis hentinya mencari mencari mencari tari yang baru untuk ku persembahkan ke alam nan baru ini. Akulah itu ini yang masih malu untuk menari bersama mu kerana langkah ku ini capik benar ketika menari lagu asamara luka di jiwa. Selalulah aku yang mencari mu duhai ilahi kerana aku ini mencari mu dalam kelambu asmara . Izinkanlah aku ini menari bersamamu ilahi agar engkau tahu akulah kekasih mu yang maju ku malu padamu dosaku bertaut batu laksana hantu yang tersipu-sipu melakonkan watak watak nan satu.

0 comments: