Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Lemahnya AKU Melepasi Sempadan Waktu


LANDSKAP ROHANI






Lalu juga ia dengan hati ini. Menagih lagi dalam jeritan itu duka. Aku makin hampar lelah dalam bayangan mu abadi. Izinkanlah aku ini mengeluar kata dari lubuk yang paling dalam itu Uzurkan aduka itu segera untuk aku keluar ke sana juga. Apalah hanya ku yang kau puja. Jangan aduka keciwa raya. Mungkin itu pasti lagi bukan mungkin yang nyata. Ianya sang cipta pinta dalam jambangan waktu itu. Hunjurkan lelah aduka itu dalam baringannya untuk segera keluar aku meraya. Arrgggh aduka jangan jerit kecewa kerana bukan luka pun. Aku hanya semantara melihat kembali syahwat abadi. Masihkah ada ku ulangi itu pilu untuk mu. Jangan kau baru tahu kerana telah lama aku di bisukan.

Hidup mu aduka palsu semata. Beroleh aku itu suka dalam duka. Puaka jika suka. Raganya dalam duka. Hidup ku ini hidup yang pasti. Mencari erti di sebalik tadbir besi. Besi apa dia? Teguh itu mengukuh dalam layu si jambangan waktu. Waktu bukan apa-apa bagi aku itu. Waktu itu bagi ku hanya satu. Tiada ia meninggalkan aku. Tiada dia waktu itu mengharukan aku. Aku itu bebas walau dalam kelambu. Kaku ku itu bukan dia suka juga. Juga aku itu juga yang mangalih waktu demi Mu. Haru biru warnanya pilu. Dalam waktu aku buka segala pinta. Lalu aku malu pada Mu. Lari aku kembali mencari sipu-sipu yang lalu untuk aku meraih satu. Duhai ayah bonda restuilah aku yang mencari aku. Demi waktu yang maju. Saluti aku itu dengan puja-puja. Jauhari menari tarian manikam hingga mencengkam wujudnya bidadari. Hilangkanlah bistari pagi itu untuk mengwujud aku dalam kaku mu aduka. Indah sungguh aku itu jangan kau cemburui dulu. Hancur mu baju bukan mahu ku. Aku mahu aku juga ganti mu. Aku haru mu bukan hendak mu. Namun aku juga adalah kamu yang terbias juga. Lalu aku pulangkan diri ke sana. Walau itu telah umum saja waktu tiba. Bila tiba waktu itu, Pulang jua aku. Aku buka baju ini nampak satu aja. Aku buka baju nampak aku saja. Aku bukak baju mohon maju saja. Jangan ragu memohon berteleku pada dia yang maha satu. Dia maha tahu. Tahu dia segala waktu. Waktu dia hanya satu. Satu dia hanya tiada. Tiada dia dalam ada. Ada dia ada aku. Aku tiada dia tetapnya mengada. Mengadakan segala yang hendak dia ada. Kerana bagi dia hanya mengada itu bukan waktu. Melainkan seteru bagi yang terbuku. Walau lelah aku memaku. Wujud aku dalam aku atau wujud aku hanya dalam satu. Itu bukan aku tahu. Kerana tahu aku itu tahunya seteru.

Allah ku aku ini hanya seteru bagi mu jika aku ini hanya palsu. Allah ku, aku ini hanya baju mu. Tergantung aku bergantungan di bawah hendak mu. Allah ku, aku ini ingin tahu, apakah ada di sebalik kamu? Allah ku, aku itu makin ingin tahu segalanya. Hidup aku itu apa dia allah ku? Aku ini hanya satu antara beribu pendosa cipta. Allah ku tolongilah aku kerana aku itu, bagai haru di bawah pilu.Pilu ku ini tiada noktah lagi. Memalingkan segala hendak di bawah redho mu. Allah ku aku ini hanya pilu. Sepilu pilunya sembilu yang menusuk kalbu. Allah ku, aku ini, aku ini, aku ini ingin pulang. Pulang kepada \Mu. Pulang .. pulang kepada mu yang satu mohon restu. Allah ku aku ini ingin saja kepada mu. Hanya aku kepada Mu. Allah ku...allah ku hadir ku untukmu.

Lalu aku ini bagaimana ingin pulang sedang tambang ku hilang sebelum pulang.


360darjah Mengejar Cahaya

Telah letih si aduka hingga kini. Masih mencari di dalam bistari. Namun bistari bukan bijaksana kerana bistari tidak mengenal tari. Tari ini tariannya sermbahan kepada si muluk. Hanya si muluk aja yang rela memujuk. Rajuk hati ku ini kepada sang cipta. Kalanya aku dicipta untuk apakah dia.? Elok jika aku itu aja yang tahu akan segala cerita dan waktu. Agar aku bebas dari segala seteru. Hingar binggar dalam hempedu. Aku telan seribu duka. Suka dia melihat aku. Aku yang termanggu-manggu dalam kelambuNya.

Aduka : apa yang kau lakukan

AKU : LIHAT AKU

Aduka : ok

Dalam keadaan berdiri badan berpusing 360darjah perlahan-lahan tanpa henti.... hingga laju... lawan arah jam.... makin laju.. semakin laju... segala bentuk hilang rupa... jadi selari.....

Aduka : takut... tak nak... hentikan...

AKU : TENANG

Aduka : aku takut mati... aku tak nak mati.... janganlah macam nih

Badan pun di campakan ke lantai..... gedebuk....

Aduka : huh.. huhh.. huhh.. penat.. eh kenapa tak sakit pun

AKU : (hanya membisu)

AKU : (terus membisu)

0 comments: