Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





pendusta yang setia ...BAGAIMANA...!!!!!!!!!.......bagaimana


LANDSKAP ROHANI

Izin dari itu hadir dalam kelam. Terpadu manikam al hakam di antara berjuta nikmat satu pun tak kau amati. Dalam rayu mu mana ada tahu segala cinta. Sedang hati mu mati dari mengingati ku sehari-hari. Bagaimana ingin ku izinkan segala cita mu kerana hidup mu hanya sia –sia belaka. Sedang ingin kau bersama ku mana ada gelisah atau payah hanya marah menjadi tarahan hati mu. Hinggar binggar segala rayu mu hanya palsu semata. Mana ada kau cuba segala resah melainkan payah sahaja. Bagaimana ingin ku tukar HATI mu menjadi debu seandainya yang kau tahu hanyalah batu sahaja bukan yang satu



Oh pedihnya selaran di kulit bilal ibnu rabbah
Namun bilal termaktub tabah
Bilal kau tiaada kenal mengalah
Aku pula hanya lelah menjunjung amanah
Oh pedihnya luka yang di tarah
Parah tersasar dari landasan sirah
Belum sempat menjamah ujian aku di gonggong rebah
Sepanjang hayat dikerah amarah
Duhai maha semesta
Hamba parah terhumban derita
Sayup di dalam lahad tiada pelita
Tunjukilah hamba BAGAIMANA cerita
BAGAIMANA… BAGAIMANA.. meraih cinta



ampunilah hamba
Continue >>>

Spaghetti Casanova


LANDSKAP ROHANI



rupernya lebih kurang macam nilah

Butter

Susu segar

Tepung gandum agak-agak 5 sudu kut

Kismis(ikut suka hati)

Cendawan

Saderi

Ayam kisar ramly(goreng dahulu biar jadi berketul-ketul)

oregano(wajib)

3 helai daun bay(tak ade pun tak per aiman tak kisah)


Cairkan butter dengan api perlahan masuk tepung sikit…sikit…sikit…kacau jadi pekat lalu masukkan susu sikit…sikit…sikit… dah agak pekat masukkan chicken soup(dlm tin 400gm) bersama air ikut sukatan 2 tin soup ayam tu. Jangan degil ikut ajer. Jaga api jangan hangit pulak. Masukkan oregano…. Daun bay leaf… Kacau…kacau… hingga pekat masukkan ayam(RAMLY).. campak segala bahan sayur-sayuran hingga masak(salary….cendawan….last skali kismis)


Paling lagi sedap jika di makan bersama sambal tumis…


Testimonial 1
Nur misha aged 6 tahun:
Pak su nih mee apa.. rasa… rasa.. macam pelik


Jawapan:
Makan sajer jangan banyak bunyi kalau tak habis siap ler kamu.


Bertimpuh jiwa melambai halaman jauhari
Masak spaghetti dalam kuali
Di sinilah aku berdiri menanti mati
Sambil berdiri memerhati wasap menari tari
Walau alam berubah janji namun aku masih menanti
Menantikan kuah spaghetti
Di pelantaran sepi meneliti janji jauhari.
Memasak dalam sunyi berdampingan api
Bersiulanlah seruling memanggil jiwa
Ohh rupanya siulan cerek menjerit tandanya
Memanggil jiwa yang berkeliaran mencumbui nista
Tandanya aku ucapkan asta la vista


Continue >>>

Mengapa......?


LANDSKAP ROHANI


Bebaskanlah aku dari rangkuhan gelita
Dakapilah aku dalam cahaya
Butalah pendita memuja suasa
Terasa aku dimamah hampa
Tidak tertahan ini sengsara
tidak mekar ini rindu dan cinta
MENGAPA



Penghambaan bukan dua. Dua bukan pecahan satu. Satu itu ialah aku. Aku itu tiada dua. Mana dua dalam kelambu. Nampak terang bayang itu hanya satu. Hanya satu milik Ku. Milik mu mana ada. Hanya ada dalam nyata mu. Tanpa aku tiada wujud hadir mu. Nyata mu seteru belaka.

Air mata itu umpama debu. Walau bergenang ia tumpah membakar jiwa mu. Tiadalah bernilai hanya kosong di dalam bejana itu. Mungkirilah segala hendak mu selain aku. Kerana aku bukan maianan bagi mu.

Hidupkan hati mu dengan taat. Aku hulur seribu nikmat. Dalam ayat bukan riwayat. Aku khabar kepada zat. Biar memikat segala syariat. Hiduplah menumpang mengemis di atas tariqat. Semoga kesumat di belenggu hakikat. Tiada makrifat melainkan termampat.

lentur bahu mu
kosongkan hidup tanpa nyawa
biar saja ilahi yang hidup
jangan lawan hendakNya
atas kamu itu Aku

Pelukilah aku wahai semesta…. Aku tidak kenal derita… hiba itu penghulu ku…. Bagailah mana aku berteleku… pada Mu ceraikanlah diri dari aku.

Aku menari tarian cahaya
Pada mu cahaya ku ingin menguasa
Paling tidak tinggalkan aku dalam cinta


Continue >>>

Paksa hidup ini mebangunkan tidur I


LANDSKAP ROHANI


Dalam termengah aku bangun menatap rindu. Rindu pada mu mohon bertemu. Ke mana sahaja langkah belum puas terucap. Belum mengucap ……?

Aduhai gelap itu tersirna lagi… tak mampu tertahan……. daya fikir telah berlabuh runsing di pelantaran amarah. Belum pun terlancar itu cahaya aku telah pun tewas pada hendak Mu….. aku yang tersungkur. Aku malu….. aku malu…. aku malu…. bersemayam di takhta mazmumah… aku malu ya rabbi.


Bebaskanlah aku dari rangkuhan gelita
Dakapilah aku dalam cahaya
Butalah pendita memuja suasa
Terasa aku dimamah hampa
Tidak tertahan ini sengsara
tidak mekar ini rindu dan cinta
mengapa…

Di bawah pohon mu aku berteduh. Lamanya rasa teduhan di bawah gelap bayang. Pedih sungguh bahang asmara amarah ini. Tidak aku tahu ianya mengajar takluk atau mengejar neraka. Hanya pada mu hu allah aku mengejar. Mohon aku senantiasa di ajar. Mohon di ajar si kurang ajar. Si kurang ajar ini mohon belayar. Mohon belayar entah ke mana. Tidak menentu haluan tidak tahu ke sana atau di mana. Kepada mu tuan aku memohon kemudilah layar ini ke mana sahaja. Aku telah rela.....izinkanlah kerelaan ini….

Continue >>>

batal sudah AKU


LANDSKAP ROHANI

dalam kelam aku berlari
hanya tumpu bukan mendungu
bila mendungu segala hindu memasang lampu



Telah terbit matahari dari negeri timur yang berbatu batu jauh. Matahari itu telah pun bertugas atas nama Ku yang indah. Mengibarkan cahaya tak kira kepada hamba atau pun pendosa. Cahaya nan indah memikat rasa si pencinta hingga ia tenggelam dalam nikmat maha esa. Akulah yang sering mengibarkan tanpa segala pun sedar. Tiada siapa pun tegar. Tiada siapa pun. Tiada sesiapa pun melainkan yang Aku panggil menghadap Ku dengan tenang. Walau gembira takut mu pada Ku itu hanya seteru yang menyapu malu itu. Indahnya melodi itu di bawah alunan arasy Ku medengarkan siulan asmara buat jauhari yang menanti Ku. Tengelamlah wahai pemuja Ku. Dalam asmara Ku lemparkan senyuman… syahdulah hati mu menginginkan Aku.


Tika rentak itu Engkau lagukan mana tahan aku ini ya kasih pujaan ku. Aku lalu mati pada Mu. Ingin pulang sahaja pada Mu. Ketika rentak itu Kau palukan dalam hati ku mana tahan aku engkari lagi. Kerana Engkaulah tujuan ku yang terawal dan terakhir... Menangis aku. Menggigil aku Menggelupar aku pada Mu. Memohon hanya pada Mu ingin senantiasa asyik pada Mu. Mana tahan aku…. Tak termampu aku menahannya. Tolongilah hamba gugurkan keAkuan batalkan segala pengakuan melainkan penyaksian.



Wahai hamba pemuja Ku engkau itu tahu Aku ini siapa. Jadi mengapa engakau lupa segala cinta

aku ni hanya hamba Mu layaknya menderita tersiksa saja

Kalau kau ingin tersika Aku izinkan engkau menderita

aduhai ya tuan ku ya kasih ku bagaimana aku cinta pada Mu telah berabad waktu aku mencari cinta adakah masih lagi palsu
Segalanya palsu jika kau buntu. Hilangkan buntu dengan berteleku pada Ku. Buang ragu mari maju. Maju dengan fikir pasti kau tersingkir. Datanglah pada Ku dengan mengukir

Antara cinta dan airmata
Mana satu lebih berharga
Harga hanya seteru
Binasa pada ku baru kau tahu


Subhanallah…subhanallah….subhanallah…subhanallah….
.....subhanallahsubhanallah….subhanallah.....
...........subhanallah.........


Eloklah kiranya aku kembali pada Mu dengar kata mu dengan izin mu jua. Dalam ini cinta mana tahan aku saja yang merasa sedang raga hilang entah ke mana saja. Mana tahan aku . Mana tahan kamu. Mana tahan ya rasul ku. Mana tahan tiada tertahan. Tahanilah hamba. Hamba rela di tawani.

dalam hayat si zakir mana dia namanya fikir
hentam saja dia ukir segala yang mungkir
mana dia si fakir ….sifakir itu terbang kembali ke zakir
zakir berhayat bukan mayat. Hayatnya zakir itu sakat menyayat
memetakan segala dosa ke hilir barat
hingga sakarat mencuci karat
benar zakir itu adalah pukat memasang jerat diri yang terpikat
dalam berat itu ada sarat
segalanya berat di tanggung nikmat
bila malam menyingsing zakir pun kencing
kencingnya pusing dunia berkeliling
si zakir yang runsing
sendiri…… sendiri
terus runsing dalam peti
peti disimpan dalam hati hingga mati terus sembunyi
melihat diri tidak lagi terperi menyanggahi janji ilahi
bagaikan besi besi khursani tawanan abadi
adukan emas dan tembaga
mana dia jiwa mana dia raga….?




Continue >>>