Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Sembahan Lalai Amal Ibadat Ku


LANDSKAP ROHANI

Oh lalai sungguh terbuai
Tari mu lemah lembut gemalai
terutuplah segala tirai
tirai aku dan dia seusai
air mata jatuh berderai
tidak dapat di tebus permai
bagaimana tewas pada mu lalai
sedang awas ini meniup serunai
masih lagi tidakkah tersemai



Lalai mu kerana dia mengizinkan lalai dari mu. Lalai mu kerana dia berkuasa atas mu. Lalai mu kerana dia mengetahui diri mu. Lalai mu kerana dia menguasai mu. Lalai mu kerana dia maha bijaksana dari mu. Lalai mu kerana dia mebiasakan lemah atas mu. Lalai mu kerana hidup mu terpenjara di dunia-Nya. Lalai mu kerana dia perintah ingat padaNya.

Duhai hamba marilah kepada dia tanpa engkau sedar dia telah memenjarakan diri mu dari melihatNya. Penjara itu dihiasiNya dengan pancaroba dan nista sehidup semati. Hingga ada yang mengalunkan melodi lalai di hadapanNya. Mengapa duhai hamba? Hambanya.., engkau dia hiasi dengan sejuta kerlipan bintang di hati mu jauh melebihi banyaknya taburan bintang di langitNya. Mengapa engkau lalai? HambaNya…! dia itu pegang hati mu mengapa engkau lepaskan dari gengamanNya. Engkau ludahi tanganNya dengan kerakusan mu hingga hinggar binggar engkau berpesta dalam rahmatNya. Mengapa duhai hamba. Lalu bagaimana akan dia hitung diri mu.

Lalai itu memakan diri mu. Lalai itu engkau jadikan perhiasan nafsu mu. Lalai itu sentiasa memburu mu. Lalai itu mengasyikkan diri mu. Lalai itu menjarak kau dan dia. Lalai itu sengaja kau bersuka padanya.

Setelah engkau tertipu dan ternoda lekas ingat engkau padaNya. Bersyukurlah duhai manusia. Setelah kesusahan datang bertimpa lekas benar engkau mohon padaNya. Sujudlah di kakiNya wahai pendosa. Setelah bertimpa duka kau jelajahi datanglah pada Dia untuk merayu. Rayulah padaNya wahai penzalim. Setelah pancaroba itu kau lihat dia di sebaliknya, ke marilah duhai hambaNya. Setelah segala kelalaian dan kemusnahan kau redhakan akan Dia, maka kembalilah duhai insan.

Lalai itu pelajaran dia pada mu. Lalai itu memisahkan upaya akal mu. Lalai itu memerlukan hati mu ingat padaNya. Lalai itu menghabisi usia mu tersia-sia. Lalai itu menjahanamkan sabar mu. Lalai itu merugikan jiwa mu. Lalai itu merosakkan iman mu. Lalai itu pengaruh kejahilan mu padaNya. Lalai itu menginginkan taubat. Lalai itu perhiasan akal mu. Lalai itu kesuburan nafsu mu. Lalai itu melemahkan syahwat mu padaNYa. Lalai itu menggembirakan musuh mu si syaitannirrojim. Lalai itu merugikan masa mu bersamaNya. Lalai itu merosak binasa tawakkal mu padaNya.

Lalu bagaimana akan dia perhitung. Adakah akan dia habisi riwayat mu atau menghabisi sekalian umat kerana lalai mu seorang. Ingatilah setiap kamu bertanggungjawab di atas setiap pandangan matanya. Setiap pandangan matanya mencerminkan kehendaknya. Tidaklah pandangan mata itu melainkan keduanya nafsu yang berseteru. Janganlah engkau menidakkan apa yang ada di depan pandangan mu. Cubailah mentaatiNya sebaik Dia mentaati kehendakNya atas mu.

Janganlah berduka nestapa di lautan

Bukan aku memohon sebilah rotan
Tuk mengahambat diri mu bersetan
Kembalilah taat kepada tuhan
Janganlah sedih bersangatan
Lalai itu hanyalah permainan
Mainan si budak yang tidak mengenal intan

9 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o on August 21, 2010 at 12:45 AM said...

jika lali rotan saja secukup rasa

afzam5607 on August 21, 2010 at 6:18 AM said...

deria rasa mengenai sembahan lalai itu membawa kepada kejahilan diri.

utk mengetahui lbh jelas bahawa sifat semulajadi yg layak bagi dirinya ialah dgn lemahnya kita hinanya kita jahilnya kita dan miskinnya kita....itulah yg perlu kita pegang amanah dan dibawa sampai kemati....simpanlah bebaik 4 sifat tersebut....kenapa mazhab fekah ada 4 kenapa mazhab tasauf ada 4 kenapa ulul azmi ada 4 org...knp khulafah arrhosiyidin ada 4 knp hal diri kita ada 4 jgk iaitu taat,maksiat,bala dan nikmat.....fikir2kanlah...

Zakir Lazarus on August 21, 2010 at 10:04 AM said...

ada jugak terbaca amal ibadat penganut hindu jika mereka lalai atau malas mereka akan menghukum diri sendiri dengan melibas cemeti ke badan sendiri..... Nampak macam bagus jerkan kalau nak mengasuh diri tapi kerana aku adalah umat muhammad maka rasulullahsaw melarang keras berbuat demikian kerana ianya termasuk dari kalangan yang menyiksa dan mezalimi diri...

wahai emapat dari sifat
engkaulah di aku terdapat
hingga kini merayu merempat
apakah nanti hakikat tauhid ku perdapat

Pondok Hati on August 21, 2010 at 3:10 PM said...

Sdr lazarus,

Pendapat saya, baik dan buruk, ingat dan lupa(lalai) adalah dari Allah Jua.Menyerahlah dengan rendah hati kepada Allah.

Cuma tugas "kita" mentarqqi'kan(mikraj) ke alam roh, tempat musyahadah dengan Allah.Jika sampai, insyaallah, boleh kita ucapkan selamat tinggal bagi "ingat dan lupa, buruk dan baik".

Wallah hua'lam

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o on August 21, 2010 at 11:17 PM said...

kadang kadang aku terbaca sampai dua kali

Zakir Lazarus on August 23, 2010 at 9:54 AM said...

hmmmm abang pondok hati ajarlah zakir yang tak tahu aper2 langsung tentang mikraj.... boleh ker mikraj... how geee...

Pondok Hati on August 24, 2010 at 11:21 PM said...

Nabi saw berisrak dan bermikraj dari Baitullah ke Baitul Maqdis seterusnya ke Baitul Makmur.Perjalanan Baginda SAW berakhir di Sidratul Muntaha dan bertemuNya.

Ahli hakikat pula berisrak dan mikraj dengan menyuburkan nurnya(zikir)pada qalbunya-(namanya baitullah).Setelah seluruh qalbinya dipenuhi nur zikir akan melimpah keseluruh anggota badan.Bila seluruh badan berzikir ia akan menuju keepada akal-(Akal adalah Baitul Maqdis pada alam dunia ini.)

Ditahap ini ahli hakikat sudah dapat limpahan rohani, telah bersatu ingatan pada Allah, Qalbi,Tubuh dan Akal.

Seterusnya setelah limpahan Nur menjadi semakin cerah, ahli hakikat akan sampai ke Alam Malakut.(Baitul Rahman).

Seterusnya taraqi lagi hingga sampai ke alam jabarut dan stesen ke empat - sidratul muntaha.alam inilah matlamat mikraj. Alam musyahadah "hamba" dengan Tuhannya.

Jika dah sampai kesini kalau kita bersolat pun baru sempurna yakni berdiri menyaksikan diri sendiri..kita bersaksi dengan diri kita sendiri bahawa tiada yang nyata pada diri kita.Hanya diri batin (Allah) dan diri zahir kita (Muhammad) yang membawa dan menanggung rahsia Allah SWT.

(rujuk pada yang arif)

Itu saja yang dapat disampaikan oleh hamba yang fakir ini. Wallah hu aklam.

Apa yang baik datanganya dari Allah dan mana-mana kekurangan datangnya dari hamba yang fakir ini.Semoga apa yang fakir tulis sedikit sebanyak dapat membantu saudara Zakir.

Jumpa lagi.

Zakir Lazarus on August 25, 2010 at 9:33 AM said...

sesuatu yang baru diketahui... terima kasih pondok hati yang ikhlas....

Zakir Lazarus on August 25, 2010 at 9:35 AM said...

tapi sayangnya tuan pondok hati tak ada email utk dihubungi