Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Kisah Dongeng Negeri Arakian


LANDSKAP ROHANI

Masa telah berlalu waktu menunggu dinegeri arakian
Janganlah berdiri bagaikan dian
Tilikilah setiap inci pendirian
Agar langkah tercipta mulus di landasan
Jangan sahaja tidur di bawah nisan
bangunlah menatap penyaksian



Itu hanyalah ujian bagi mereka yang ditetapkan padanya dan engkau jangan sekali-kali mendongak kearah itu. Kerana itu segalanya hanyalah seteru bagi mu untuk mencapai aku. Sedang engkau telah tahu aku itu bersuara pada mu. Jangan sebabkan harta dunia engkau menderita kehilangan aku. Dan aku jua akan menghilang bagai bayang di sinari cahaya terang. Kelak engkau pasti merana jika seandainya engkau masih lagi berdaya untuk meraih cahaya ku, tapi aku membisu. Jangan lekas kau hanyut bersama mereka si penipu bagaikan busar melirik panahnya ke mana saja. Jangan engkau jadi sasarannya kelak engkau pasti merana tiada aku menemanimu.

Jikalau kau henti padanya pasti kau itu tidak mengerti kerana setiap inci diri adalah cerita hati dan mimpi. Kerana sesuatu itu bukanlah nyata bagai melihat dengan mata melainkan hati yang di saluti tari diri… Jika kau berhenti menulis lagi pasti kau sunyi dari mimpi kerana tulisan mu itu bagai cerita aku kepada mu.. Jika kau tak mengerti jangan Tanya diri tanyalah aku yang pasti membimbing mu ke arah mampu…

Lalu jika engkau layari aku dengan nukilan mu kelak esok dan lusa pasti aku dahulu terpaku menunggu mu kerana buah hati ku itu lebih rindu dari rindu mu.. jangan kau lekas letih dengan mainan nafsu mu kerana itu semua ujian ku atas mu. Janganlah engkau kecewa dengannya kerana dia itu hanya selain ku yang aku cipta khusus untuk mu mendekati aku. Jika kau masih lagi khayal dengan dunia ini pasti nafsu menjadi kawan mu. Sedang aku telah bersahabat dengan mu. Tidakkah kau meyedari sejak dahulu lagi aku menemani mu. walau jatuh atau bangun akulah jauhari mu. Jangan kau lekas marah pada aku yang menguji. Bersabarlah atas setiap inci waktu itu kerana sabar itu adalah penawar nafsu,.

Bermohonlah pada ku setiap saat meresah yang datang. Jangan melihat resahan nafsu itu berkuasa melebihi atas ku. Resahan itu hanya sementara bagi mencuci hati mu yang berkarat palsu. Jikalau kau datang pada ku dalam waktu lalu, aku masih menerima mu. Walau waktu lalu mu itu berdebu dan nista namun aku yang menguasai mu setiap ketika dan masa. Jika kau resah kembali marilah mendesah sahaja pada ku. Biar aku kerjakan segala resah mu menjadi resah ku pada mu pula. Tidakkah kau lihat aku ini maha sayang pada mu. Sedang engkau setiap saat suka melupakakan aku…. Marilah sahabat lekas pulang pada ku. Kerana aku itu rindu pada mu .

Cinta dan rindu mana mungkin berlaku pada mu. Kerana aku itu bagai seteru bagi mu, jika cinta dan rindu mu bertaut pada ku. Itu hanyalah mainan nafsu mu saja. Marilah pada ku dengan kosong bagai raja yang hilang takhta hanya menderita tersiksa memikiri kehilangan harta. Marilah pada ku dalam kosong tanpa baju dunia dan harta. Marilah padaku dengan kosong hati selain aku. Marilah pada ku tanpa waktu dan masa yang menentu. Marilah pada ku tanpa cinta dan rindu. Marilah pada ku, aku mahu mendengar engkau bercerita.

Mana mungkin cinta dan rindu mengikati kita bersama. Tiada mungkin terjadi kerana aku itu melebihi prasangka yang aku cipta. Mana mungkin cinta dan rindu itu alatnya kenal menganal melainkan cinta tu hanya berita sahaja. Lihatlah seluruh dunia ini mana adanya cinta yang jasa melainkan terpaksa dalam seksa dan resah. Cinta dan rindu itu bukan bagi ku untuk kamu mengenal aku kerana cinta dan rindu itu hanyalah seteru bagi mu untuk menipu aku. Datanglah pada ku dengan tangan mu yang kosong dari apa sahaja pun. Kelak jika kau datang pada ku dengan cinta dan rindu pasti kau akan menuntut pada ku suatu hari. Cinta dan rindu itu hanya nafsu yang menuntut. Dituntut si cinta kepada yang di cintai. Pada ku datanglah dengan padu hati mu selain aku. Selain akui…..selain aku itu tiada apa pun dalam mu. Marilah pada ku biar aku menjadi sanjungan mu… marilah pada ku yang kian menanti.

Padu hati mu pada ku membawa segala keinginan tanpa ada dua melainkan hanya esa yang menanti di puja. Bukan dua atau tiga menjadi tari mu. Aku ingin kau persembahankan tarian keesaan buat ku di atas singgahsana anyaman asma ku.

Jika kau ingin bertemu pada ku akan aku angkat engkau menjadi pengantin ku… aku pakaikan haruman dari nafas ku untuk mu. Jangan kau tangisi kesayangan ku pada mu… akan aku mahkotakan engkau di atas pelaminan hingga engkau ku seru masuk ke kamar ku…. Jika segala nya kau ingin apa sahaja aku hulurkan… marilah pada ku wahai pujaan ku…. marilah pada ku wahai hamba ku….. marilah pada ku wahai pendosa ku…. marilah pada ku wahai kehinaan….. marilah padaku wahai pendusta….. marilah pada ku wahai kekasih ku.

Jangan kau takut dan mengecil diri kerana ilmu itu hanya hijab bagi mu.. aku suka melihat engkau bodoh terpinga-pinga di atas rahmat ku kau berdiri sendiri. Jangan takut pada ku jika kau ingin pada ku. Datanglah pada ku dengan senyuman yang melirik hati mu… aku suka kebodohan mu kerana sangkaan baik mu mendewasakan mu… aku suka kebodohan mu yang akan mewarisi kejahilan seluruh umat… marilah pada ku dengan kebodohan mu…. Mewariisi itu bukan untuk mu tetapi untuk tontonan umat pada menuntut ilmu dengan perhiasan nafsu yang mendengus… larikan hati mu dari menuntut selain aku… marilah pada ku tanpa ragu dan termangu… marilah pada ku duhai pemalu.

Kekasih ku segala kekasih di atas wajah ku tiada perlu pada mu. Kerana aku itu malu jika engkau menuntut selain dari aku… kekasih ku segala kekasih ku di atas wajah ku berjalan atas arah ku. Jangan kau minta selain dari aku… kekasih ku segala kekasih ku yang meniti atas wajah ku hanya meniti atas bibir perintah ku jangan kau pinta selain dari aku… kekasih segala kekasih ku hanya memohon dan meminta pada ku jangan kau lupa pada ku…. segala kekasih ku hanya aku yang tahu jangan kau mencampuri urusan ku…!

Bertebaran melati di pusara pecinta
Usia makin menjilat kuburan yang rata
Aduhai raga kenderaan nafsu yang nista
Di mana masa mengucap cinta
Rupanya segalanya hijab belaka tercipta
Andai tahu melakar cerita
Itu segala dari maha pencipta
Jika hati sekeras bata
Pasti rapuh dimamah derita
Dalam gelita meraba pelita
Terangilah hidup yang puas meronta

0 comments: