Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Nafas kan berhenti


LANDSKAP ROHANI


Sebelum sudah umur mencecah mati di dalam hati suci nan murni terbit ilahi mentadbir diri. Paling tidak tinggalkan daku bersama jasad untuk meneliti alam fantasi. Oh alangkah girangnya maut itu menanti hari mati. Umpama cahaya berderang menerangi samar semalam. Walau hati ku berbalam dalam kelam belum menyelam alam yang terdalam namun diri aku bertempat menanti pulang. Menanti tulang yang kian merapuh dimamah suram.

Bertempat bukanlah aku tetapi kamu yang berseteru memerlukan tempat lampias.

Nafas akan berhenti peringatan buat pemuja sirri.

Pelbagai siri jauhari ditempuhi dalam tari terpijak duri. Biar pedih melata itu hanya sifat badani. Badan ini hancur luluh dimamah usia. Namun aku mengekal jika meletak diri di alam abadi. Esok lusa pastikan rasa kerana ilahi ku maha kaya. Memberi itu bukan sifatNya. Mana mungkin dia bersifat kerana sifat itu layaknya di pakai di alam jasad.

Pasti nafas kan berhenti…..

Semasa nafas itu berdetik henti… … di masa itu akan rasa bagai di baji. Mana tahan si jauhari membelakangi tadbir ilahi. Alangkah indahnya si jauhari berbaik sangka menghormati. Walau terasa pedih di ulu hati namun izrail tetap menanti…. Izrail menanti….

Jika aku itu setia pada janjiNya tak mengapa. Nafas kan berhenti….!

Andainya aku lupa akan amanahNya bagaimana cerita. Pasti derita menunggu ku pulang dari seberang lautan dosa dan noda. Sekiranya nafas ku terhenti aku masih lagi lupa dan tak berupaya menziarahi qurbah. Alangkah pedihnya ulu hati direntap kasar hingga rebah. Tika aku lupa dan pasrah. Sanak saudara menangis matanya basah. Aku yang pasrah pasti resah. Mendesah sesal akan dibelasah…. Sungguh bersalah…. Amat resah…. Memilih amarah……

Beginalah cerita yang kian tercipta. Merintih derita si kala cipta. Mencipta dosa atau pahala. Bukan itu rasa untuk bersua. Bersua nan jiwa di dalam pemuja. Berdua tapi sejiwa dalam raga memaksa. Memaksa aku untuk pulang. Pulang….pulang ke mana saja aku merasa. Pulang saja pada mu terpadu rindu.

bila hati ingin pada mu

            hati ini menebal malu
bila hati merindu pada mu
           hati ini bagai jauh berbatu-batu
bila hati kasih manja pada mu
          hati ini di siram rasa cinta mu
bila hati ini berkehendak itu
          hati ini terlupakan mu

bagaimanalah aku mengaku segala saksi padamu

0 comments: