Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Penglipur Lara Si Kanak-kanak


LANDSKAP ROHANI

Sejak kewujudan adam as tidaklah manusia pertama itu tercipta untuk terus memohon selain allah yang maha berkuasa lagi maha bijaksana. Sehingga tutur kata pertama hanyalah allahuakbar. Lalu adakah aku, kamu dan kita melihat bertapa sedihnya diri kerana cuba merangkul sesuatu selain dia yang maha mengetahui dan maha mengurusi. Lalu terbersinlah adam dari afaal pertama, ilham dari yang maha mengadakan sehingga terasa takjub adam a.s melihat rupa parasnya yang terkagum. Melihat adam a.s akan jasadnya yang terindah itu tidaklah terlintas niatnya menginginkan kelazatan syurga yang sering menghiasi diri syurga itu atas perintah yang maha mengasihani. Adam a.s adalah manusia pertama yang allah perintah untuk mentauhid yang maha esa.

Tidaklah lebih utama melainkan nafas itu mentauhidkan asmanya. Dan zahir itu tugasnya mentauhidkan afaalnya. Dan jika di renung sehingga ke alam fantasi adakah diri itu tenggelam bersama mimpi. Sesungguhnya mimpi itu hanyalah mainan tidur bagi pemuja diri dan mimpi itu juga adalah penyaksian bagi pemuja sirri. Sirri itu adalah rahsia Dia yang maha terahsia yang mengilhamkan diri itu untuk melihat terperi. Ilham itu juga adalah jalannya atau kenderaannya kehendak pada hati yang telah mati melainkan telah di tiup oleh nafas maha abadi. Maha abadi melihat diri hati itu sebagai cerminan di alam fantasi. Siapa yang berani menegakkan diri di atas jalan ihdinal sirotulmustaqim maka berikrarlah diri empunya diri itu di atas zatnya sendiri.

Tidaklah ikrar itu menafikan segala yang maujud melainkan menyatakan segala yang wujud itu ada. Sedia ada belaka. Tersedia di dalam ilmu. Tersedia di dalam afaal. Tersedia di dalam sifat. Tersedia di dalam asma. Tetapi tanpa sesiapa pun yang mengetahui segalanya telah tersedia ada di dalam zatulhaqi. Umpama melihat sebutir mutiara yang telah tersedia kecantikannya. Sifat, asma dan afaal itu belaka dalam kandungan zat dan kandungan itu juga bagaikan kandungan ibu yang mampu digugurkan kandungan itu ataupun menunggu sehingga kandungan itu berlalu waktu. Apa yang termaktub bagi mu ialah menunggu AKU bertemu laku.

Jika segala afaal dan sifat itu berdiri sendiri tidaklah zat itu memerlukan kepadanya untuk membentuk waktu dalam ilmu. Cukuplah sekadar sifat Dia yang maha mengetahui itu sendiri dengan ilmunya sahaja. Dan jika sifat itu berdiri pada zat tidaklah perlu Dia mentajalikannya buat segala diwujud-Nya untuk bertemu dan mengungkap hakikat Dia. Cukuplah sekadar sifat-Nya yang kau kenali untuk bertemu allah(asma) sedangkan Dia maha suci dari segala sesuatu yang baharu. Jika di katakan segala yang baharu itu menyerupai zat tidaklah zat itu memerlukan kamu. Kerana segala yang baharu itu adalah suatu tanda nama sahaja.

Bermulanya adam a.s itu tidaklah dia menginginkan nafsu di atas nafasnya melainkan bertahmid allahualhbar. Tidakkah terfikir bagaimana kiranya ruh al qudsi yang ada pada adam as itu juga menyerupai apa yang ada pada kita. Sekiranya dihabisi riwayat nafas itu tanpa bertahmid asma-Nya insyallah akan di izinkan kamu ke neraka sahaja. Berilah apa yang ada pada mu itu berupa amal itu kepada yang maha esa dan jangan di lupai bahawa nafas itu bukan penyejuk nafsu mu. Nafas itu adalah pemuja dan nafas itu umpama butiran yang membilang tasbih.

Oh nafas bau mu enak tatkala aku senak
Jika bermain nafas rasakan beranak
Bagaimana segala pinak ingin menjinak
Jika nafsu ku berjerang di tanak
Lantaklah engkau keluh kesah yang banyak
Sedikit pun tidak terkesan di benak
Tidak ingin bersama mu berjimak
Peduli apa marah mu hanya sejenak
Tidak ku gentar menjadi anak
Anak maknawi maha penjinak
Pasti tidak akan berganjak
bagai tawakal si kanak-kanak

0 comments: