Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Puasa itu Bersempadanan engkau dari-Nya


LANDSKAP ROHANI


Puasa bukan menguji atas laku
Lalu jangan terpaku pada restu
Kerana bukanlah dikau di situ
Melainkan pantulan cahaya lalu
Di situ pasti berlalu pergi seteru
Dari merindu rakusan nafsu
Kembalilah melihat aku
Tiada engkau dan tiada aku
Hanyalah aku dan aku itulah aku.

Lalu janganlah engkau mentaati aku jika itu aku berdiri pada mu
Janganlah engkau mengulangi aku itu di bawah kalam mu yang berdebu
Janganlah engkau menseterui aku itu di bawah penguasa nafsu mu
Janganlah engkau melihat aku itu di bawah simpanan rahsia ku
Janganlah engkau kembali pada ku dengan tingkah dan laku
Kembalilah pada ku seperti aku kembali pada mu


Puasa itu DIA perintahkan setiap umat yang melumatkan dirinya dengan perhiasan dunia yang berlebihan sehingga puasa itu ibarat menggengam bara sehingga menjadi abu. Sedangkan tangan hangus terbakar dan itulah kesannya yang Dia inginkan atas hati umat Muhammad dan ke atas umat terdahulu. Puasa itu menjaminkan dirinya terlepas dari pengakuan sifat-sifat Dia atas mu. Hendaklah jadikan puasa itu amalan mu seharian suntuk untuk meletakan diri mu itu bersempadanan denganNya. Puasa itu Dia ajari mu dengan hikmah yang Dia perdapatkan atas hati-hati hambaNya yang tertentu. Mengapa begitu? Kerana segala penciptaanNya itu Dia sukati mengikuti kasih sayangNya yang melimpah ruah lagi berlebihan. Kerana ada hambaNya yang datang terus kepadaNya tanpa melihat selain Dia dan ada yang menghampiriNya lalu tenggelam di bawah hijab rahmatNya. Ada yang kembali kepada Dia tanpa dia(hamba) tahu dan kenal padaNya(syahid). Ada yang Dia perdapat akan hamba setelah hamba itu  Dia humban kedalam kumbah maksiat. Ada yang Dia sendiri menghampirinya lalu Dia bisikan padanya "sungguh aku sayang pada mu". Ada yang Dia letakkan diri hamba itu di dalam kesesatan untuk Dia ganjarinya dengan yang lebih hebat dari pemberianNya kepada yang lain. Ada yang Dia matikan sahaja untuk dia menghiasi di arasy Nya. Ada yang Dia rahsiakan dari sekalian pengetahuan umat dan hamba itu tetap menjadi rahsiaNya dan ada yang Dia  lupakan hamba itu kerana hamba itu telah berpaling selain dariNya.

Puasa itu melemahkan zahir mu bagi menghidupkan bathin mu. Bagaimana? Puasa itu sendiri mempunyai hikmah yang Dia sendiri melihat dan mengambilnya puasa itu dengan tanganNya sendiri. Dan tidaklah berpuasa itu atas mu malaikat yang membawanya melainkan Dia sendiri yang menyaksikan engkau berpuasa. Puasa itu meletihkan setiap umat hingga menjadilah puasa itu sekadar yang termampu untuk melumatkan toksid dari badan sahaja. Jika engkau berpuasa demi keiizinan dariNya maka akan Dia jagai mu dengan tanganNya sendiri dari engkau memerhati selain dariNya. Puasa itu sendiri adalah kuncinya engkau kepada Dia. Kerana puasa itu mengunci sifat mu dari melihat, mendengar, berbicara, berkuasa, hidup, berkehendak… tidakkah ini namanya wujud yang di matikan atas kehendakNya untuk kamu berpuasa. Puasa itu umpama mematikan diri mu bagi menghidupkan sifatNya atas mu iaitu diri mu yang batin.

Itulah maknanya bersempadanan engkau dariNya. Iaitu sempadan zahir dan bathin. Apabila sempadanan ini engkau melepasinya maka beroleh engkau akan rahmatNya yang sebenarnya. Maka kembalilah kamu untuk berpuasa pada zahir sehingga Dia mengurniakan batin pada mu. Jika telah tersingkap batin pada mu disitulah akan Dia buka hijab bagi mu untuk melihat segala tingkap alam yang Dia hiasinya dengan penuh keindahan sehingga terwajib engkau terpaut padanya. Lalu melalailah engkau padaNya. Maka kembali ingatlah puasa itu pada bathin mu adalah untuk tidak menggunakan segala sifat-sifat Dia untuk melampiaskan nafsu batin mu pula.

Puasa itu mendidik kamu untuk bersyukur pada zahir mu(kurniaanNya) sehingga zahir mu menyaksikan sendiri segala tingkah laku afaal Dia pada mu. Lalu bagaimana pula akan Dia perhitung pada mu duhai hamba ku. Jika engkau memandang di sebalik yang tersurat pasti engkau melihat Dia itu kamu yang berpuasa iaitu bagaimana engkau bisa menahan segala amarah mu jika tanpa izin dariNya. Menahan lapar itu akan menimbulkan sifat mazmumah semula. Sehingga engkau akan tertekan oleh kehendak dari nafsu amarah yang membakar. Jika tanpa rahmat kasihNya mampukah kamu menahani amarah mu yang berleluasa menguasai mu semula. Mulakanlah niat mu berpuasa itu hanya untuk mentauhidkan Dia dan menyatakan Dia itu adalah Dia dan jangan berlengah dengan penafian diri lagi. Untuk apa kau menafi sedangkan sudah jelas diri mu itu tiada. Umpama watak yang dihidupkan di atas sekeping kertas sahaja. Bila-bila masa sahaja bisa terlupus dari kehendak penulis cerita.

elok saja puasa itu menjernihkan iman
bukan sekadar menjadi mainan
bukan puasa itu taruhan ganjaran
kelak dia juga menuntut bayaran
adilkah diri memohon habuan
sedang hakikat diri hanyalah tebusan
mati hidup di genggam sepasang tangan

3 comments:

Insan Marhaen on August 24, 2010 at 8:45 PM said...

maka, jagalah sempadan itu...

Zakir Lazarus on August 25, 2010 at 9:31 AM said...

bersempadanan itu ialah melepasi sempadan hingga berpadanan

Zakir Lazarus on August 26, 2010 at 12:31 PM said...

entry ni dedikasi kepada kes-kes berprofil di bulan ramadhan....

suami baran kerat isteri,
ayah tersimbah asid pada anak,
buang bayi lagi dan lagi...dan(.),
penyembelihan nabi ismail kerr...

eh eh eh tersentuh ker.... kesian ker... abih tu allah tak kesian ker...?