Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Waliyullah vs Ahlullah


LANDSKAP ROHANI

Dalam rayu itu masih jahat
Berdebat  nafi melaung isbat
Terlalu dalam hitam pekat
hendak memikat manikam rupat
sedang jauhari mabuknya syarbat
di mana saja kelam kelibat
di sini saja biar perdapat
aku bukan nisbat
jangan lagi nafi isbat hingga tiba sakarat

Maka tidaklah Dia pertuturkan buat hambaNya dengan kalam yang paling Dia redhai melainkan akan Dia simbahinya dengan penuh rasa kasih dan sayangNya yang melimpahi melebihi dari apa-apa ciptaanNya pada mu. Lalu bagaimanakah akan Dia perhitung atas mu.

Mengapakah wahai hambNya. Kau terlalu angkuh melihat diri mu hingga tiada apa lagi yang menyirna Dia pada mu. Mengapa duhai hambaNya engkau melihat diri mu yang mentadbir sedang Dia itu telah mengkhabarkan pada seluruh maya untuk setia mentaati Dia baik zahir atau bathin. Wahai hambaNya mengapa engkau masih lagi terleka pada ikatan nafsu nafsi yang Dia ciptakan khusus untuk engkau melihat kezalimannya. Tetapi mengpa engkau masih memuja hingga benar-benar engkau terleka kepadanya. Wahai hamba-hambaNya kembalilah kepada  Dia dengan bersungguh-sungguh mengamalkan jihad padaNya. Lalu akan Dia lontarkan ikhlas buat mu hingga engkau terpaku padaNya selamanya.
Dan tidaklah Dia itu menngenal diri mu lagi sekiranya engkau enggan mentaatiNya. Kembalilah duhai hambaNya dengan jalan sabar dan tekun padaNya.
Lalu waliNYA itu DIA kenalinya dengan latihan di jiwanya yang benar-benar DIA bertempat di situ dan tidaklah DIA zahirkan waliNYA itu melainkan ia(wali) adalah DIA yang berjalan pada tapaknya hamba. Jika seorang waliNYA itu mengkhusus kepada perintah dan telunjukNYA hendaklah engkau jua mengkehendaki jiwa raga mu itu mentaatiNYA sebagaimana mereka bebas mentaati DIA atas nama dan sifatNYA  yang agung. Lalu jika engkau ingin berkeadaan bagai seorang waliNYA hendaklah engkau mematikan sebahagian kehendak mu yang terdiri dari kebatilan perintah dan amal. Lalu jika engkau berkehendak hati mu bagaikan si waliNYA hendaklah engkau mempersiapkan hati mu dengan keindahan sifat ar rahmanNYA. Dan tidaklah seorang waliNYA itu terlepas dari qhadak dan qhadar DIA.
WaliNYA itu DIA perintah kepadanya atas urusanNYA  padanya. Hidup dan matinya wali  DIA  itu menurut titah dan perintahNYA  hingga DIAlah yang menempatkan diriNYA  di situ. Jika engkau melihat dari hati seorang waliNYA  tidaklah engkau memandang insan di situ melainkan engkau memandang DIAlah yang di situ. Wali NYA  itu DIA kaguminya di mata umat untuk melihat rahmat kasih sayangNYA yang berhamburan. Tidakkah kau melihatnya wahai hamba-hamba DIA. DIA tugaskan baginya si wali itu atas perintahNYA  untuk mengasihi sekalian alam yang terbit dan sekalian alam yang tenggelam hingga seluruh alam harus mentaati waliNYA  atas lisan perintah DIA jua. Tidaklah DIA  isytiharkan wali  itu hanyalah menjadi alatNYA  di bumi hingga segala awal dan akhir, aman dan bencana terletak di bawah penguasaan waliNYA.  WaliNYA  khusus untuk sekalian hamba-hamba yang DIA perintah untuk taat dan bertemu. Dan jika sekiranya tiada bertemu maka jadilah sebahagian hamba-hamba DIA itu ahli-NYA.
Ahli-NYA adalah hamba-hamba-NYA yang benar-benar  DIA kasihi dan DIA kagumi mereka. Ahli-NYA ini seorang yang memakai pakaian-NYA  maha pengasih. Cintanya hanya pada DIA tidak pernah hatinya terbelah menjadi dua melainkan telah DIA satukan hatinya di atas nama cinta berpaut rindu. Duhai hamba-NYA ini DIA sungguh rindu pada mu hingga DIA ini gemar menguji mu untuk mendengar tutur kata mu yang bersabda redha. Wahai hamba-NYA,  DIA benar ingin pada mu hingga DIA sengaja melemaskan engkau di bawah cabaran yang tidak terdaya makhluk-NYA  rintangi. Engkaulah pujaan DIA wahai ahli-NYA kerana sesungguhnya tegak bumi ini di atas doa dan kasih sayang mu. Ahli-NYA sengaja DIA yang membiasakan engkau berbicara dengan-NYA  kerana DIA rindu munajat mu. Wahai ahli-NYA kembalilah kepada-NYA  akan DIA buka pintu untuk mu. Sekalian ahli-NYA  tidak hati mereka terpaut selain hanya pada-NYA. Hingga DIA benar-benar mencemburui ketaatannya pada-NYA. Wahai ahli-NYA sedarlah engkau itulah naugan-NYA, kerajaan-NYA milik mu hingga akan DIA tewaskan seluruh musuh untuk mu. Wahai ahli-NYA  gembirakanklah hati mu yang sentiasa berduka itu kerana takut kehilangan-NYA. Engkau ahli-NYA yang  DIA angkat engkau menjadi pengantin-NYA. Gembiralah wahai ahli-NYA. Bergembiralah menanti-NYA. Begembiralah memuja DIA. Bergembiralah mengasihi-NYA. Bergembiralah melayani DIA. Bergembiralah memiliki-NYA.

Malu aku duduk beradab pada mu
Maka berdiri bukan kudrat yang maju
Walau sakarat aku mana mampu
Membuang segala karat yang lalu
Makin aku menjengah aku kaku
Tenggelam aku di bawah nafsu
Tersumbat aku di situ menjitu
Hingga sakarat aku tertipu
Mana mungkin aku mampu
Kerana dialah penguasa diri ku
Yang memegang  AKU
Continue >>>

Selamat Hari Raya Wahai Yang Maha Raya


LANDSKAP ROHANI

Di hari lebaran

Banyak yang bertebaran
Di atas nama ku banyak yang berterbangan
Di dalam kalam ku banyak yang berhamburan
Di dalam sifat ku banyak yang tenggelam



Tidaklah sempurna ibadath mu pada-NYA jika sekiranya rindu mu pada-NYA hanya mengenai sahutan dan seruan DIA sahaja. Dan tidak pula DIA cukupkan bagi mu kegumbiraan melainkan setelah engkau memperolehi kemenangan. Hendaklah engkau taati DIA sebagaimana DIA mentaati diri-NYA bagi mu. Lalu bagaimanakah akan DIA perhitung untuk mu duhai hambA-NYA.

Jika engkau telah menghabisi diri mu dengan jalan kemaksiatan sepanjang tempuh bulan ramadhan ini hendaklah engkau perdapatkan DIA dengan bersungguh-sungguh berimarah pada-NYA pada malamnya sebelum terbit fajar syawal. Lalu akan DIA nikmatkan hari mu di pagi syawal dengan kesyahduan dari alunan tasbih-takbirNYA. Ketika itu hendaklah engkau memfanakan diri mu mengikuti alunan dayuan tasbih-takbir DIA itu hingga engkau bertemu DIA di dalam kalamNYA jua. Lalu hendaklah engkau mengisbatkan diri mu itu tiada melainkan hanya DIA yang pernah ada dan sentiasa ada untuk meniadakan dan untuk mengadakan segalanya bagi memihak diri mu untuk tidak berlaku sombng dari sebahagian nikmat kurnian-NYA.

Entahlah wahai hambaNYA hendaknya engkau sahajalah yang mengikuti-NYA dan bukan DIA yang mengikuti mu dalam setiap baris pinta dan doa mu. Jadikanlah diri mu di pagi syawal itu untuk mengingati mati dan bukan untuk mengingati seseorang yang telah lama merasai mati. Hendaklah engkau sentiasa bertasbih-Takbir pada-NYA tidak kira siang atau malam hingga terluput takbir itu dari telinga sekalian umat.

Wahai hamba sahaya-NYA jika engkau merasai hari raya ini tiada bermakna itu tandanya hati mu belum menyudahi sebahagian rukun yang DIA imani. Hendaklah engkau perlihat apakah rukun yang belum engkau sudahi atau yang belum engkau perdapti dengan tonggak ikhlas dan redha. Lalu bagaimana akan DIA anugerahkan kegembiraan pada bathin mu sedangkan zahir mu masih terbelenggu di bawah amalan nafsu mu yang halus lagi tersembunyi. Jika engkau ingin mengetahui rukun yang belum engkau sudahi adalah beriman kepadaNYA. Tidakkah engkau melihat dan mengetahui DIA itu bagaimana. Bagaimana akan DIA itu bagi mu. Adakah AKU itu bagai dia yang engkau ketahui atau yang engkau pelajari dari sebahagian sifat duapuluhNya. Adakah AKU itu perlu engkau imani seperti engkau beriman kepada allah atau kepada DIA. Lalu bagaimana akan DIA perhitung buat mu jika engkau masih gagal mengenal diri mu juga diriNYA juga diri di AKU juga diri di DIA juga diri empunya diri. Adakah engkau mengenal diri segala diri itu hanya pada sebutan dan atau pada nama sahaja. Sedang engkau juga masih gagal menafsir dari sekalian nama-namaNYA yang agung… sesungguhnya engkau maha lemah duhai hambaNYA kerana DIA itu maha raya bagi mu.

Tidaklah DIA itu mengucapkan syukur atas mu melainkan engkaulah jua yang bersyukur kepadaNYA atas nikmat yang DIA kurniakan. Hendaklah engkau wahai sahabat-NYA memohon sepuluh kurnia dari DIA berupa kesihatan yang dipanjangkan umur, dianugerahi rezeki yang halal lagi penuh berkah, memintailah padaNYA keselamatan iman dan amal, peliharakanlah dari segala cubaan yang tidak terdaya engkau tanggungi, mohonlah dilepaskan dari segala percubaan dan kemusnahan bencana (alam soqhir dan qhobir), bersihkanlah hati mu dari wujud prasangka dan berburuk sangka, latihlah hati mu berbicara padaNYA dengan sentiasa meminta pada DIA jua, kecilkanlah segala amalan perut mu dari kesombongan dan kebebalan, sudahilah rukun iman mu yang pertama itu bersungguh—sungguh dan akhirnya hidupkanlah hati mu walau engkau tahu DIA itu adalah dirimu jua iaitu jangan sesekali engkau mematikan sembunyi mu di bawah kesedaran akal dan nafsu.

Ketika di pagi syawal telah terbit segala takbir dan tasbih hendaklah engkau bersiap zahir dan bathin mu dengan persiapan yang indah kerana itu DIA perintah walau engkau seorang yang papa atau seorang yang kaya. Tidaklah DIA memandang pada perhiasan zahir mu melainkan perhiasan bathin mu. Hendaklah engkau sentiasa memakai haruman di hati mu jangan sesekali ternampak cuak di wajah mu. Kerana hati itu adalah singgahsanaNYA maka wajiblah engkau menghiasinya sebagaimana DIA menghiasi zahir mu. Duhai hamba pakailah akan segala sifatNYA di hati mu dan jika engkau tidak mampu memperolehinya walau secebis akhlak DIA maka engkau perdapatlah dari apa yang DIA kurniakan pada zahir Muhammad saw. Sesungguya kekasihNYA itu DIA hiasinya dengan ketampanan wajahNYA di hadapan sekalian makhluk hingga di situlah terbit bayangan wajahNYA. Di hati mu itu engkau perdaptilah akhlak Muhammad yang sebenarnya hingga engkaulah yang menjadi Muhammad yang berjalan di atas zaman mu. Tidaklah engkau itu bersamaan Muhammad saw melainkan engkaulah Muhammad yang abadi. Yang DIA hiasi diri Muhammad itu dengan sifat fathonah, tabligh, amanah dan siddiq. Lalu sampaikanlah semulia-mulia kalamNYA atas mu buat sekalian umat yang engkau perdapti pada diri mu di pagi syawal yang DIA muliakan buat mereka yang benar-benar DIA menangkannya dari segala cubaan perih jasad dan rohaniNYA.

Pada lebaran bukanlah sempat
Menganyam ketupat untuk perdapat
Meneliti sifat walau tidak bertempat
Kerana itulah aku masih merempat

Continue >>>

Pulang Bagai di Nanti


LANDSKAP ROHANI
Jika engkau itu aku
Tetapi aku bukanlah engkau
Lalu engkau keluar dari aku
Mana mungkin jadi Satu
Jika segala seteru itu ialah dikau
mana mungkin aku itu engkau
kerana aku itu bukan engkau
dan engkau tetap engkau
yang zahir itu engkau
dan yang bathin itu aku
aku lihat engkau
dan engkau lihat aku
lihat aku menjadi engkau
engkau menjadi seruan ku.

Hendaklah engkau mentaati setiap kata yang DIA uruskan bagi mu. Wahai pendosa izinkanlah DIA berbicara dari kalam yang terdalam yang mencungkil dari sanubari yang telah lalu di hati mu. Lalu aku nukilkan pada sekeping cebisan menjadi pedoman seantara engkau dan aku untuk menjengok sedikit muhasabah diri. Walau tegar engkau lupakanNYA namun DIA msih menatap wajah mu tanpa rasa jemu dan malu. Walau engkau mengeluarkan sebahagian malu itu letakknya di atas dunia namun DIA masih gagah membantu mu mentadbir bathin yang sengsara. Hingga segala yang ada bagai di fikirkan mudah untuk memiliki apa saja. Dan hendaklah engkau sentiasa menginginkan AKU walau berjuta AKU asuh mu dengan ujian dan pancaroba.

Wahai hambaNYA hendaklah engkau sentiasa mentaati NYA kerana DIA itu lebih baik dari mentaati mu. Lalu bagaimanakah akan DIA perhitung buat mu. Sehingga sudah tenggelam matahari namun kau masih belum bersua pada AKU. Mengapakah duhai hamba engkau masih mentaati diri mu yang berbathin itu. Masihkah ada pesona yang menghijab mu dan DIA. Walau DIA itu engkau tak peduli janganlah engkau degil merelakan hembusan nafas mu tanpa AKU yang sebenarnya mentadbir mu sedang engkau benar-benar leka di buaI arus nafsu yang akan melesukan engkau di akhirat kelak.

Lalu basuhkanlah segala hati mu dari prasangka kepadaNYA biar berkemilau AKU itu di bawah naungannya yang abadi. Kerana AKU itu telah engkau perdapat maka janganlah engkau masih ragu dan malu mempamerkan AKU sebagai pengemudi bahtera tentera mu. Marilah wahai anggota KU kita berperang dan melawan segala kehendaknya yang batil untuk kita menempuh alam zahir ini. Sesungguhnya alam zahir ini bukanlah tujuan mu kerana AKU itu benar-benar bertujuan pada mu yang bathin. Dan tidaklah AKU memerintah mu mengengkariNya melainkan engkau jua yang rela mengengkariNya. Dari itu tidaklah engkau yang merasa pedihnya melainkan AKU yang menanggung keperihan itu. Tidak kita bersama di sana melainkan AKU jualah yang akan pergi ke sana. Bagunlah wahai anggota ku kita memerangi segala ciptaanNya yang memesongkan kita dariNya.

Terima kasih seandainya DIA masih ingin mengingati mu walau engkau sedang di dalam kehanyutan ciptaan nafsunya yang bersifat zahir dan bathin. Dan tidaklah kau perdapat dari AKU itu melutut dan memohon rayu padaNya akibat takut dari kurnian pengujian yang tidak terdaya engkau menahinya. Entahlah wahai segala zahir, tidaklah indahnya ciptaan pengujian itu melainkan engkau benar-benar mampu menahani kehendak yang keras dari hawa nafsu yang ingin membuas. Tidakkah engkau benar ketahui apa yang tersirat dari pengujian itu berupa ilmu atau rahmat yang masing-masing akan menghijab mu dari mentauhidkannya.

Inilah sebenar qhadak dan qhadarNYA jika engkau benar-benar ingin ke sana maka yakinilah bahawa DIA itu bukan seteru bagi nafsu mu melainkan DIA itulah yang memimpin nafsu menjadi sebahagian tentera mu bagi menggerakkan keinginan mu. Tanpa syahwat keinginan ini tewaslah engkau jua dalam segenap penjuru hingga engkau tidak mampu menepis walau sebutir peluru mazmumah atau mahmudah. Hendaklah engkau mentaatiNya yang menganugerahkan sepuluh ribu hijab itu kerana tanpa hijab itu engkau tidak akan bernafsu mencari dan mengenal. Bukanlah nafsu itu di cela melainkan engkau yang suka dicela oleh sebahagian malaikatNya dari akibat pemilihan nafsu mu yang menggoda ke arah kemerosotan iman mu.

Lalu sekiranya engkau masih menilai lagi bagaimana engkau mentadbir AKU itu, lebih baik sahaja engkaulah yang merajai AKU itu di bawah penguasaan anggota mu menghadapi medan perseteruan yang angkuh. Dan sekiranya engkau ingin mengalih pandangan mu selain diri mu yang berbahasa itu hendaklah engkau sahaja yang memerlukan AKU itu untuk mentadbiri alam mu yang soghir itu. Maksudnya engkau cuba melarikan pandangan terhadap hati dari menilai keAKUan itu menjadi telunjuk nasihat mu. Namun engkau tetap tidak merasa bersalah dari pengengkaran nasihat yang di berikan. Tidakkah ini namanya engkau mengalih pandangan bathin mu memilih zahir mu yang ternyata batal dari keimanan dan tauhid yang mutlak.

Dan janganlah sesekali engkau menyesali di atas perbuatan mu yang angkuh itu kerana telah sekian lama DIA memperolehi taat pada mu tetapi hingga kini engkau masih melibatkan taat itu di dalam pekara yang batil.

Lalu bagaimana akan DIA perhitung nikmat dan kurnia bagi mu.

Sesungguhnya bahawa yang bathin itu merujuk sifat keAKUan yang haq dan yang batil itu merujuk sifat keakuan yang zahir. Yang zahir itu lagi tampak sejelasnya mengeruhkan isi-isi bathin itu dan benar-benar yang zahir itu perbuatannya terang-terang melawan dari kehendak bathin yang tersembunyi. Dan dilihat bahawa bathin itu lebih banyak merangkul piala-piala keimanan yang kukuh namun perdebatan batil itu membawa penjelasan kezahiran dari afaal yang kotor. Dan tidaklah yang zahir itu menempatkan(menampakkan) sebahagian dari keimanan yang mutlak melainkan yang bathin itu menguncinya dari dipersembahkan terhadap dunia dan makhluk yang melata baik di bumi mahupun yang bertebaran di langit semesta.

Inilah yang dinamakan pulang bagai dinanti jika sekiranya engkau mengimani sebahagian dari rukun tauhid yang memperlihatkan engkau di bawah tadbiran al affuw yang maha pengampun lagi maha mengasihani. Dan tidaklah DIA itu maha pemurah melainkan DIA akan ganjari mu mendahului sifatNya yang maha pemurah itu. Jika sekiranya taat itu adalah sebahagian dari rukun tauhid pasti tidaklah semua mampu melakukan taat melainkan mereka yang benar-benar mampu mengatasi taat itu di dalam muhasabah yang sebenarnya. Dan taat itu lebih merujuk dari sifat yang nyata dan sifat yang tersembunyi dari pandangan hati. Lalu bagaimana sekiranya jika jiwa mu terilham dari perakuan taat yang batil sehingga diri mu melakukan kebatilan barulah engkau merasa terbebas dari belenggu kebatilan itu. Dan tidaklah namanya taat sekiranya yang diperlakukan itu lebih merujuk kepada yang haq sahaja. Lihatlah betapa ramai yang mengambil taat menjadi sebahagian dari hidupnya namun mereka mengenepikan segala yang batil itu seolah-olah segala yang batil itu adalah wujud dari kehendak mereka sendiri. Mereka masih menipu keAKUan itu dengan meletakkan keAKUan itu di bawah pengaruh nafsu yang menipu. .

Dan tidaklah yang datang pada mu itu melainkan yang di seterukan dari segala seruan yang melampaui batas. Jika engkau merujuk pada ayat ini hendaklah engkau mengosongkan sebahagian fikir mu dariNYA Iaitu dikau usahakan ke arah diri mu dahulu kerana keAKUan itu lebih mengetahui dari sangkaan akal mu yang meleset. Kerana akal itu tidak berdaya untuk mengenal yang ghaib melainkan hati mu itu tercipta dari yang maha bathin. Kerana fikir itu menempatkan diri mu di situ sehingalah akal mu yang merajai pemikiran. Hendaklah akal mu berada di bawah penguasaan hati mu manakala fikir itu adalah tunggangan hati mu dan bukan tunggangan akal mu. Hendaklah engkau merujuk bagaimana permainan nafsu itu merajai akal mu sehingga fikir mu menjadi sebahagian alatan pemuas nafsu mu. Dan jika sekiranya engkau memikiri dirimu yang bathin hendaklah engkau pergunakannya untuk menggenderai sebahagian nafsu itu masuk ke wilayah al hakam. Iaitu engkau menyegerakan di bawah alunan istiqfar sehingga hati mu benar-benar bebas dari kehendak-kehendak batil yang mengeras.Kerana sesungguhnya fikir itu menjadi buah-buah iman yang meletakkan akal mu sebagai penguasa nafsu dan bukan sebagai hamba nafsu mu.

Lalu bagaimanakah akan DIA perhitung untuk mu.

Jika sekiranya yang melihat kepada kebatilan itu sebagai pekara ibadath maka lebih eloklah sekiranya menidakkan yang batil itu lalu kerjakannya menjadi sebahagian pupukan ilmu dari yang maha mengetahui. Tidaklah di namakan ilmu melainkan ianya engkau pelajari dari yang terbit dari sebahagian yang batil dan dari cebisan yang haq. Jika telah engkau benar-benar mengimaninya maka telah lengkap akan dikau dari sebahagian rukun iman iaitu percayakan qhadak dan qhadarNYA yang maha mutlak.

Lebihlah elok sekiranya engkau itu duduk diam dari mentaati diri mu yang palsu itu dan cubalah meneliti bagaimana keAKUan itu sebenarnya mendidik mu mencari denai-denai ihdinalsiratulmustaqim. Kerana telah DIA perindahkan jalan yang lurus itu dengan cahayaNYA dari pentajalian sifatNya yang maha halus lagi tersembunyi. Sekiranya engkau masih gagal untuk melahirkan kandungan keAKUan itu lebih elok bagi mu mengikuti sebahagian ulama fatwa halal haram yang membimbangi syurga atau neraka. Jika sekiranya engkau masih tenggelam dalam maqam hawa nafsu yang amarah lagi mazmumah hendaklah engkau mengalih pandangan hati mu dari mentadbiri hati dengan kata-kata nista. Kerana sesungguhnya kata-kata yang tidak berguna itu menjadi makanan bathin umpama zikir yang mengingati kemaksiatan. Dan jika sekiranya engkau masih belum menikmati iman, berpalinglah diri selain dari yang maha menguasai kerana DIAlah yang utama dan mutlak yang sebenar-benarnya keAKUan yang sejati. Yang benar-benar merajai hati mu dan yang sebenar-benarnya mengasihani diriNya mengatasi kemungkaranNya.

Continue >>>

Bismillah Namanya Zat Penuh Wujud Ku Dengan Isbat….


LANDSKAP ROHANI
Resah gelisah tali kecapi
Di pundak ku kau menari
Bagai ikan di Indragiri
Berenang haluan menawan diri
Jangan kau mengagung diri
Kelak AKU itu dia berlari
Kembali tidak lagi terperi
Menangislah engkau sendiri

Adakah zat itu bertempat duhai hambaNya. Jika jawapan mu tidak apakah buktinya bahawa zat itu tidak bertempat. Zat itu tidaklah bertempat seperti AKU itu bertempat padaNya. Dan AKU itu tidaklah bertempat melainkan hanya meliputi sekalian alam soghir. Dan zat itu tidaklah bertempat dan hanya meliputi sekalian alam khobir yang mengandungi alam soqhir. Lalu bagaimana bisa kita bertemu seandainya AKU itu tidak bertempat dan ZAT itu juga tidak bertempat.

Maka hendaklah engkau menafikan tempat-tempat itu untuk melihat zatnya yang agung itu meliputi sekalian tempat-tempat pada alam soqhir dan khobir. Lalu adakah zat yang mutlak itu bertempat di alam soqhir. Ohh jawapannya tidaklah zat yang mutlak itu memerlukan tempat melainkan tempat itulah yang memerlukan zat untuk mendapat bekas pada kehadiran zat mutlak itu. Dan AKU itu bukanlah zat mutlak melainkan hanyalah pantulan dari zat mutlak seperti sebuah batu delima yang terpantul cahayanya di dalam terang. Terang itulah ialah tempat batu delima mempersembahkan kecantikan sinarnya dan tidaklah batu delima itu perlu kepada terang untuk kelihatan cantik. Hatta di dalam gelap sekalipun tetap batu delima itu tersedia cantik lagi jernih.

Jika dikatakan zat itu bertempat adakah ianya suatu kelemahan. Jika zat itu dikatakan bertempat bermakna samalah DIA itu bersamaan dengan ciptaanNya. Jika bertempatlah sekalipun zat itu tidaklah memberi mudharat pada zat itu melainkan menempatkan sifat itu perlu kepada tempat sahaja. Lalu tidaklah zat itu bertempat kerana zat itu telah pun menempatkan sifat pada sekalian alam yang tidak terhitung atau terbias. Apa yang dikatakan tempat ialah bekas. Zat itu memberi bekas pada tempat hingga yang melihatnya bagai melihat wajahNya. Zat dan tempat dua perkataan yang berbeza namun tidaklah zat itu memerlukan tempat melainkan tempat itulah yang memerlukan zat untuk ditajalikan keagungan zat itu.

Nama itu merujuk kepada tempat
Tempat itu merujuk kepada penzahiran
Penzahiran merujuk kepada penampakan
Penampakan merujuk kepada tajali
Tajali pula merujuk kepada penyaksian
Penyaksian merujuk kepada penyatuan
Penyatuan merujuk kepada peleburan
Peleburan merujuk kepada penafian
Penafian merujuk kepada penetapan
Penetapan merujuk kepada tiada
Tiada merujuk kepada ada
Ada merujuk kepada mustahil
Mustahil merujuk kepada ghaib
Ghaib merujuk kepada nyata
Nyata merujuk kepada dia
Dia merujuk kepada aku
Aku merujuk kepada dia
Dia merujuk kepada dia
Dia…dia..dialah… Ya Hu yang merujuk kepada kekal

Lalu bagaimana AKU itu bertempat…? AKu itu tiadalah bertempat melainkan tempat itulah aku. Aku itu di bawah taklukNya dan AKU itu tidaklah memerlukan tempat melainkan hanya berdiri pada alam dan waktu sahaja. Dan tidaklah tempat itu menjadi penzahiran AKU melainkan sebagai pencetus kehendakNya atas mu. Lalu adakah AKU itu memerlukan tempat untuk DIA tajalikan sifat-sifat jamalNYA. Dalam ayat ini memerlukan dua bahagian iaitu tempat dan bekas. Bekas itu terlihat pada sekalian alam termasuklah alam khobir ataupun alam soqhir. Lalu tempat itu merujuk kepada penzahiran dari tajalli(kenyataan) sifat sahaja. Tidaklah sifat itu memberi bekas kepada penzahiran dan tajali melainkan tempat itu Dia letakkan sebagai asbab sahaja.

AKU itu memerlukan tempat untuk menzahirkan sifat-sifat jamalNya. Namun aku itu juga tidak memerlukan tempat untuk penyaksian Zat. Jika dikatakan aku itu memerlukan tempat bagi penyaksian maka terkandunglah AKU itu di dalam tempat. Yang dikatakan tempat itu hanyalah kenyataan bagi sebuah nama sahaja. Dan nama itulah penampakan bagiNya kerana dari nama itu wujudlah tempat untuk di kenali. Dan tidaklah nama itu lebih mustahak yang Dia ajari adam as untuk mengenal dari hakikat penciptaanNya. Dari nama-nama itulah yang Dia berikan nikmat(ilmu) dan tempat untuk Dia tajallikan pada mu dari sebahagian penampakan wajahNya pada mu. Lalu tempat itu kau pergunakannya sebagai penampakan dan penzahiran pada ilmu-ilmuNya.

Lalu apakah kesimpulan mu padaNya. Jika kau mengatakan Dia itu memerlukan tempat maka biasakanlah mencari jawapan di sebalik persoalan itu. Jika engkau mengatakan Dia itu tidak memerlukan tempat dan tidak pula bertempat apakah bukti-bukti bahawa Dia itu tidak bertempat. Jika keduanya engkau tidak mengetahui rujuklah padaNya sehingga Dia yang menggambarkan tempat itulah yang memerlukanNya untuk di kenali dan bukannya Dia yang ingin di kenali.

Buktinya Dia itu tidak bertempat adalah penzahirannya pada alam ini. Lihatlah sekeliling mu adakah Dia ada di situ dan berpindah semula ke sini. Hingga bertukar musim adakah zat itu engkau Nampak bertempat. Jika kau lihat zat Dia itu bertempat maka adakah sudah engkau memiliki zatNya itu. Jika kau mengatakan bahawa sifatNya itu bertempat tidaklah sama antara zat dan sifatNya yang Dia ciptakan sifat-sifatNya. Sifat Dia itu memerlukan tempat untuk mengenaliNya dan AKU itu tidak memerlukan tempat untuk mengenaliNya. Untuk AKU itu mengenaliNya cukuplah sekadar ia tahu bahawa AKU itu wujud di atas setiap apa yang Dia zahirkan di atas alam ini. Lalu ia harus nafikan segala penciptaan alam Dia ini adalah penzahiran zat mutlakNya. Lalu hendaklah ia menetapkkan iktikadnya bahawa zat itu adalah tidak menyerupai sesuatu yang baharu. Walaupun engkau katakan AKU itu bertempat di badan hendaklah engkau menafikan badan itu sebagai tempat dan mengisbatkan bahawa badan itu hanyalah sebuah alam dan ia bukanlah tempat.

Kepada ilahi aku berlari
Menawan diri melihat terperi
Tidaklah aku kaget pada mu diri
Melainkan ku cemuh sepanjang hari
Walau hari telah dinihari
Aku cuba kembali menari
Namun aku tidak peduli apa terjadi
Kerana aku tidak mengerti
Adakah ia berhenti atau menguasai
Hanya Dia maha mengerti

......bismillah namanya zat penuh wujud ku dengan isbat bukan kuasa ku kuasa ilahi. Roh wujud badan nyawa darah daging tulang kulit pulang pulih sediakala........
Continue >>>