Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....

zakirlazarus@gmail.com

Bismillah Namanya Zat Penuh Wujud Ku Dengan Isbat….

LANDSKAP ROHANI
Resah gelisah tali kecapi
Di pundak ku kau menari
Bagai ikan di Indragiri
Berenang haluan menawan diri
Jangan kau mengagung diri
Kelak AKU itu dia berlari
Kembali tidak lagi terperi
Menangislah engkau sendiri

Adakah zat itu bertempat duhai hambaNya. Jika jawapan mu tidak apakah buktinya bahawa zat itu tidak bertempat. Zat itu tidaklah bertempat seperti AKU itu bertempat padaNya. Dan AKU itu tidaklah bertempat melainkan hanya meliputi sekalian alam soghir. Dan zat itu tidaklah bertempat dan hanya meliputi sekalian alam khobir yang mengandungi alam soqhir. Lalu bagaimana bisa kita bertemu seandainya AKU itu tidak bertempat dan ZAT itu juga tidak bertempat.

Maka hendaklah engkau menafikan tempat-tempat itu untuk melihat zatnya yang agung itu meliputi sekalian tempat-tempat pada alam soqhir dan khobir. Lalu adakah zat yang mutlak itu bertempat di alam soqhir. Ohh jawapannya tidaklah zat yang mutlak itu memerlukan tempat melainkan tempat itulah yang memerlukan zat untuk mendapat bekas pada kehadiran zat mutlak itu. Dan AKU itu bukanlah zat mutlak melainkan hanyalah pantulan dari zat mutlak seperti sebuah batu delima yang terpantul cahayanya di dalam terang. Terang itulah ialah tempat batu delima mempersembahkan kecantikan sinarnya dan tidaklah batu delima itu perlu kepada terang untuk kelihatan cantik. Hatta di dalam gelap sekalipun tetap batu delima itu tersedia cantik lagi jernih.

Jika dikatakan zat itu bertempat adakah ianya suatu kelemahan. Jika zat itu dikatakan bertempat bermakna samalah DIA itu bersamaan dengan ciptaanNya. Jika bertempatlah sekalipun zat itu tidaklah memberi mudharat pada zat itu melainkan menempatkan sifat itu perlu kepada tempat sahaja. Lalu tidaklah zat itu bertempat kerana zat itu telah pun menempatkan sifat pada sekalian alam yang tidak terhitung atau terbias. Apa yang dikatakan tempat ialah bekas. Zat itu memberi bekas pada tempat hingga yang melihatnya bagai melihat wajahNya. Zat dan tempat dua perkataan yang berbeza namun tidaklah zat itu memerlukan tempat melainkan tempat itulah yang memerlukan zat untuk ditajalikan keagungan zat itu.

Nama itu merujuk kepada tempat
Tempat itu merujuk kepada penzahiran
Penzahiran merujuk kepada penampakan
Penampakan merujuk kepada tajali
Tajali pula merujuk kepada penyaksian
Penyaksian merujuk kepada penyatuan
Penyatuan merujuk kepada peleburan
Peleburan merujuk kepada penafian
Penafian merujuk kepada penetapan
Penetapan merujuk kepada tiada
Tiada merujuk kepada ada
Ada merujuk kepada mustahil
Mustahil merujuk kepada ghaib
Ghaib merujuk kepada nyata
Nyata merujuk kepada dia
Dia merujuk kepada aku
Aku merujuk kepada dia
Dia merujuk kepada dia
Dia…dia..dialah… Ya Hu yang merujuk kepada kekal

Lalu bagaimana AKU itu bertempat…? AKu itu tiadalah bertempat melainkan tempat itulah aku. Aku itu di bawah taklukNya dan AKU itu tidaklah memerlukan tempat melainkan hanya berdiri pada alam dan waktu sahaja. Dan tidaklah tempat itu menjadi penzahiran AKU melainkan sebagai pencetus kehendakNya atas mu. Lalu adakah AKU itu memerlukan tempat untuk DIA tajalikan sifat-sifat jamalNYA. Dalam ayat ini memerlukan dua bahagian iaitu tempat dan bekas. Bekas itu terlihat pada sekalian alam termasuklah alam khobir ataupun alam soqhir. Lalu tempat itu merujuk kepada penzahiran dari tajalli(kenyataan) sifat sahaja. Tidaklah sifat itu memberi bekas kepada penzahiran dan tajali melainkan tempat itu Dia letakkan sebagai asbab sahaja.

AKU itu memerlukan tempat untuk menzahirkan sifat-sifat jamalNya. Namun aku itu juga tidak memerlukan tempat untuk penyaksian Zat. Jika dikatakan aku itu memerlukan tempat bagi penyaksian maka terkandunglah AKU itu di dalam tempat. Yang dikatakan tempat itu hanyalah kenyataan bagi sebuah nama sahaja. Dan nama itulah penampakan bagiNya kerana dari nama itu wujudlah tempat untuk di kenali. Dan tidaklah nama itu lebih mustahak yang Dia ajari adam as untuk mengenal dari hakikat penciptaanNya. Dari nama-nama itulah yang Dia berikan nikmat(ilmu) dan tempat untuk Dia tajallikan pada mu dari sebahagian penampakan wajahNya pada mu. Lalu tempat itu kau pergunakannya sebagai penampakan dan penzahiran pada ilmu-ilmuNya.

Lalu apakah kesimpulan mu padaNya. Jika kau mengatakan Dia itu memerlukan tempat maka biasakanlah mencari jawapan di sebalik persoalan itu. Jika engkau mengatakan Dia itu tidak memerlukan tempat dan tidak pula bertempat apakah bukti-bukti bahawa Dia itu tidak bertempat. Jika keduanya engkau tidak mengetahui rujuklah padaNya sehingga Dia yang menggambarkan tempat itulah yang memerlukanNya untuk di kenali dan bukannya Dia yang ingin di kenali.

Buktinya Dia itu tidak bertempat adalah penzahirannya pada alam ini. Lihatlah sekeliling mu adakah Dia ada di situ dan berpindah semula ke sini. Hingga bertukar musim adakah zat itu engkau Nampak bertempat. Jika kau lihat zat Dia itu bertempat maka adakah sudah engkau memiliki zatNya itu. Jika kau mengatakan bahawa sifatNya itu bertempat tidaklah sama antara zat dan sifatNya yang Dia ciptakan sifat-sifatNya. Sifat Dia itu memerlukan tempat untuk mengenaliNya dan AKU itu tidak memerlukan tempat untuk mengenaliNya. Untuk AKU itu mengenaliNya cukuplah sekadar ia tahu bahawa AKU itu wujud di atas setiap apa yang Dia zahirkan di atas alam ini. Lalu ia harus nafikan segala penciptaan alam Dia ini adalah penzahiran zat mutlakNya. Lalu hendaklah ia menetapkkan iktikadnya bahawa zat itu adalah tidak menyerupai sesuatu yang baharu. Walaupun engkau katakan AKU itu bertempat di badan hendaklah engkau menafikan badan itu sebagai tempat dan mengisbatkan bahawa badan itu hanyalah sebuah alam dan ia bukanlah tempat.

Kepada ilahi aku berlari
Menawan diri melihat terperi
Tidaklah aku kaget pada mu diri
Melainkan ku cemuh sepanjang hari
Walau hari telah dinihari
Aku cuba kembali menari
Namun aku tidak peduli apa terjadi
Kerana aku tidak mengerti
Adakah ia berhenti atau menguasai
Hanya Dia maha mengerti

......bismillah namanya zat penuh wujud ku dengan isbat bukan kuasa ku kuasa ilahi. Roh wujud badan nyawa darah daging tulang kulit pulang pulih sediakala........

6 comments:

Insan Marhaen on September 4, 2010 at 10:49 AM said...

Dia itu berada dalam diri kita sendiri.

dan pencarian tidak akan berakhir selagi nafas mendesah...

Zakir Lazarus on September 4, 2010 at 3:23 PM said...

andai ku memiliki sakti
ku gubah jadi saksi
saksi empunya diri
tapi kaki digelangi besi
terlantar menafsir nafsi...
sayang gambarkanlah sirri
kenikmatan aku tak sedari

Pondok Hati on September 7, 2010 at 12:20 AM said...

Jika Allah tidak dapat anda bayangkan, kerana Allah itu belum pernah anda ketemui,
maka anda bayangkanlah DIRI BATIN anda yang sesifat Jasad anda itu. Lihatlah cermin.
Dialah yang menjadi Imam anda ketika anda sembahyang. Maka jadilah sembahyang
anda saperti mana yang dikatakan oleh Arif – yang disembahlah yang menyembah dan
yang menyembahlah yang disembah.

-Dipetik dari Fakirabdillah-Ilmu yang diwariskan Entri ke 6, kalau tak silap saya.

-Rasanya inilah tahap tertinggi yang boleh dicapai dengan ilmu. Yang lain tu kena "belajar" dengan Allah sendiri lah.

mohon pandangan sdr Lazarus pulak

Zakir Lazarus on September 7, 2010 at 2:44 PM said...

ASSALAMUALAIKum

malam tadi goreng telur,
ditambah rencah maggi secukup rasa,
agaknya zakir ni memang blur,
maka pakailah hamba akan rasa.

Jika allah itu tidak engkau perdapat pada pandangan bathin mu hendaklah engkau melihat dari kacamata alamNYA. Hendaklah engkau melihat dari mana datangnya kehidupan alam itu. Di situ ada DIA dan di situlah kamu. Jika masih lagi kabur tentang melihat DIA hendaklah engkau menafsir sebahagian wahyuNYA. Lalu engkau akan perdapat pandangan dari segala kalamNYA. Dan jika engkau masih lagi samar tentang melihatNYA hendaklah engkau menafsir asmaNYA menjadi sifat mu. Di situ DIAlah kamu dan kamu itu adalah DIA jua. Dan tidaklah perdapat pandangan atau penglihatan untuk melihat DIA melainkan dari apa yang DIA bukakan bagi akal dan nafsu. Dan nafsu itu tidaklah dapat melihat DIA melainkan menjadi alatan bagi NYA ntuk menggerakkan akal mu untuk melihat keagungan DIA(zahir-bathin-baik-jahat) Dan tidaklah dapat akal itu menembusi pengenalan bagNYA melainkan ianya DIA pergunakan bagi meningkatkan ilmu mengenaiNYA. Jika engkau berpandu pada akal dan nafsu mu untuk mengenal DIA pasti engkau akan di kecewakan oleh kemahuan dan kehendakNYA atas mu. Lalu hendaklah engkau perdapatkan DIA itu menjadi diri mu yang sejati.

Jika melihat allah itu bagai melihat jasad(WAJAH) diri hendaklah engkau kuat mengisbatkan diri mu itu terbatal oleh DIA. Dan jika engkau masih menafikan sifat-sifat itu bukan milik mu di situ engkau akan melihat diri mu pula. Jika melihat jasad diri itu bagai melihat DIA hendaklah engkau perdaptinya dalam amalan yang haq. Jika tidak melihat yang haq engkau akan diperlihatkan oleh yang batil sehingga engkau mengamalkan yang batil sebagai perintah dan kehendakNYA jua. Lalu bagaimana jika engkau telah jatuh ke dalam perangkap nafsu yang bersifat halus lagi menimbulkan keraguan yang menyampaikan akal mu berbuat batil kerana terperangkap di dalam rukun khadak dan khaddar mu.

Jika DIA mengimamai diriNYA bermakna diri DIA itulah zatNYA yang haq. Dan tidaklah sama zat yang haq dengan sifat yang di tajalikan olehNYA. Jadi tidaklah dinamakan solat itu melihat DIA melainkan DIAlah yang melihat kamu.. dan segala pandanganNYA pada mu itu adalah pandangan yang DIA pandang melalui zat NYA. Dan tidaklah DIA memandang mu dengan sifatNYA melainkan engkaulah yang memandang dengan sifatNYA. Jika engkau melihat DIA di dalam solat maka hendaklah engkau perdapat dari DIA itu yang bersolat dan bukan diri mu yang berjasad itu yang bersolat. Jika engkau mengatakan solat itu menjadi rukun bagiNYA hendaklah engkau menafikan diri mu dan diri DIA itu bertemu melainkan hanyalah DIA yang wujud lagi tersedia di dalam alam DIA bertamu. Maksudnya tidaklah alam itu mampu menampung zat NYA melainkan DIAlah yang menampung sekalian ciptaanNYA. Ciptaan itu tidaklah DIA khususkan untuk mu melainkan untukNYA sahaja. Untuk DIA sahaja untuk DIA sahaja.

Zakir Lazarus on September 7, 2010 at 2:48 PM said...

kadang-kadang blog ni pun dah jadi sewel sebabnya di hantar satu comment tapi yang terjah masuk sampai 2 pulak....

kelmarin ada pulak orang curik password email zakir.... nak bukak email pun tak leh melainkan terpaksa tukar password lain.... rasa macam email tu ada rahsia sulit FBI pulak.... segala-galanya dah ting tong.... nak telepon conan lah suruh buat siasatan.