Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Pulang Bagai di Nanti


LANDSKAP ROHANI
Jika engkau itu aku
Tetapi aku bukanlah engkau
Lalu engkau keluar dari aku
Mana mungkin jadi Satu
Jika segala seteru itu ialah dikau
mana mungkin aku itu engkau
kerana aku itu bukan engkau
dan engkau tetap engkau
yang zahir itu engkau
dan yang bathin itu aku
aku lihat engkau
dan engkau lihat aku
lihat aku menjadi engkau
engkau menjadi seruan ku.

Hendaklah engkau mentaati setiap kata yang DIA uruskan bagi mu. Wahai pendosa izinkanlah DIA berbicara dari kalam yang terdalam yang mencungkil dari sanubari yang telah lalu di hati mu. Lalu aku nukilkan pada sekeping cebisan menjadi pedoman seantara engkau dan aku untuk menjengok sedikit muhasabah diri. Walau tegar engkau lupakanNYA namun DIA msih menatap wajah mu tanpa rasa jemu dan malu. Walau engkau mengeluarkan sebahagian malu itu letakknya di atas dunia namun DIA masih gagah membantu mu mentadbir bathin yang sengsara. Hingga segala yang ada bagai di fikirkan mudah untuk memiliki apa saja. Dan hendaklah engkau sentiasa menginginkan AKU walau berjuta AKU asuh mu dengan ujian dan pancaroba.

Wahai hambaNYA hendaklah engkau sentiasa mentaati NYA kerana DIA itu lebih baik dari mentaati mu. Lalu bagaimanakah akan DIA perhitung buat mu. Sehingga sudah tenggelam matahari namun kau masih belum bersua pada AKU. Mengapakah duhai hamba engkau masih mentaati diri mu yang berbathin itu. Masihkah ada pesona yang menghijab mu dan DIA. Walau DIA itu engkau tak peduli janganlah engkau degil merelakan hembusan nafas mu tanpa AKU yang sebenarnya mentadbir mu sedang engkau benar-benar leka di buaI arus nafsu yang akan melesukan engkau di akhirat kelak.

Lalu basuhkanlah segala hati mu dari prasangka kepadaNYA biar berkemilau AKU itu di bawah naungannya yang abadi. Kerana AKU itu telah engkau perdapat maka janganlah engkau masih ragu dan malu mempamerkan AKU sebagai pengemudi bahtera tentera mu. Marilah wahai anggota KU kita berperang dan melawan segala kehendaknya yang batil untuk kita menempuh alam zahir ini. Sesungguhnya alam zahir ini bukanlah tujuan mu kerana AKU itu benar-benar bertujuan pada mu yang bathin. Dan tidaklah AKU memerintah mu mengengkariNya melainkan engkau jua yang rela mengengkariNya. Dari itu tidaklah engkau yang merasa pedihnya melainkan AKU yang menanggung keperihan itu. Tidak kita bersama di sana melainkan AKU jualah yang akan pergi ke sana. Bagunlah wahai anggota ku kita memerangi segala ciptaanNya yang memesongkan kita dariNya.

Terima kasih seandainya DIA masih ingin mengingati mu walau engkau sedang di dalam kehanyutan ciptaan nafsunya yang bersifat zahir dan bathin. Dan tidaklah kau perdapat dari AKU itu melutut dan memohon rayu padaNya akibat takut dari kurnian pengujian yang tidak terdaya engkau menahinya. Entahlah wahai segala zahir, tidaklah indahnya ciptaan pengujian itu melainkan engkau benar-benar mampu menahani kehendak yang keras dari hawa nafsu yang ingin membuas. Tidakkah engkau benar ketahui apa yang tersirat dari pengujian itu berupa ilmu atau rahmat yang masing-masing akan menghijab mu dari mentauhidkannya.

Inilah sebenar qhadak dan qhadarNYA jika engkau benar-benar ingin ke sana maka yakinilah bahawa DIA itu bukan seteru bagi nafsu mu melainkan DIA itulah yang memimpin nafsu menjadi sebahagian tentera mu bagi menggerakkan keinginan mu. Tanpa syahwat keinginan ini tewaslah engkau jua dalam segenap penjuru hingga engkau tidak mampu menepis walau sebutir peluru mazmumah atau mahmudah. Hendaklah engkau mentaatiNya yang menganugerahkan sepuluh ribu hijab itu kerana tanpa hijab itu engkau tidak akan bernafsu mencari dan mengenal. Bukanlah nafsu itu di cela melainkan engkau yang suka dicela oleh sebahagian malaikatNya dari akibat pemilihan nafsu mu yang menggoda ke arah kemerosotan iman mu.

Lalu sekiranya engkau masih menilai lagi bagaimana engkau mentadbir AKU itu, lebih baik sahaja engkaulah yang merajai AKU itu di bawah penguasaan anggota mu menghadapi medan perseteruan yang angkuh. Dan sekiranya engkau ingin mengalih pandangan mu selain diri mu yang berbahasa itu hendaklah engkau sahaja yang memerlukan AKU itu untuk mentadbiri alam mu yang soghir itu. Maksudnya engkau cuba melarikan pandangan terhadap hati dari menilai keAKUan itu menjadi telunjuk nasihat mu. Namun engkau tetap tidak merasa bersalah dari pengengkaran nasihat yang di berikan. Tidakkah ini namanya engkau mengalih pandangan bathin mu memilih zahir mu yang ternyata batal dari keimanan dan tauhid yang mutlak.

Dan janganlah sesekali engkau menyesali di atas perbuatan mu yang angkuh itu kerana telah sekian lama DIA memperolehi taat pada mu tetapi hingga kini engkau masih melibatkan taat itu di dalam pekara yang batil.

Lalu bagaimana akan DIA perhitung nikmat dan kurnia bagi mu.

Sesungguhnya bahawa yang bathin itu merujuk sifat keAKUan yang haq dan yang batil itu merujuk sifat keakuan yang zahir. Yang zahir itu lagi tampak sejelasnya mengeruhkan isi-isi bathin itu dan benar-benar yang zahir itu perbuatannya terang-terang melawan dari kehendak bathin yang tersembunyi. Dan dilihat bahawa bathin itu lebih banyak merangkul piala-piala keimanan yang kukuh namun perdebatan batil itu membawa penjelasan kezahiran dari afaal yang kotor. Dan tidaklah yang zahir itu menempatkan(menampakkan) sebahagian dari keimanan yang mutlak melainkan yang bathin itu menguncinya dari dipersembahkan terhadap dunia dan makhluk yang melata baik di bumi mahupun yang bertebaran di langit semesta.

Inilah yang dinamakan pulang bagai dinanti jika sekiranya engkau mengimani sebahagian dari rukun tauhid yang memperlihatkan engkau di bawah tadbiran al affuw yang maha pengampun lagi maha mengasihani. Dan tidaklah DIA itu maha pemurah melainkan DIA akan ganjari mu mendahului sifatNya yang maha pemurah itu. Jika sekiranya taat itu adalah sebahagian dari rukun tauhid pasti tidaklah semua mampu melakukan taat melainkan mereka yang benar-benar mampu mengatasi taat itu di dalam muhasabah yang sebenarnya. Dan taat itu lebih merujuk dari sifat yang nyata dan sifat yang tersembunyi dari pandangan hati. Lalu bagaimana sekiranya jika jiwa mu terilham dari perakuan taat yang batil sehingga diri mu melakukan kebatilan barulah engkau merasa terbebas dari belenggu kebatilan itu. Dan tidaklah namanya taat sekiranya yang diperlakukan itu lebih merujuk kepada yang haq sahaja. Lihatlah betapa ramai yang mengambil taat menjadi sebahagian dari hidupnya namun mereka mengenepikan segala yang batil itu seolah-olah segala yang batil itu adalah wujud dari kehendak mereka sendiri. Mereka masih menipu keAKUan itu dengan meletakkan keAKUan itu di bawah pengaruh nafsu yang menipu. .

Dan tidaklah yang datang pada mu itu melainkan yang di seterukan dari segala seruan yang melampaui batas. Jika engkau merujuk pada ayat ini hendaklah engkau mengosongkan sebahagian fikir mu dariNYA Iaitu dikau usahakan ke arah diri mu dahulu kerana keAKUan itu lebih mengetahui dari sangkaan akal mu yang meleset. Kerana akal itu tidak berdaya untuk mengenal yang ghaib melainkan hati mu itu tercipta dari yang maha bathin. Kerana fikir itu menempatkan diri mu di situ sehingalah akal mu yang merajai pemikiran. Hendaklah akal mu berada di bawah penguasaan hati mu manakala fikir itu adalah tunggangan hati mu dan bukan tunggangan akal mu. Hendaklah engkau merujuk bagaimana permainan nafsu itu merajai akal mu sehingga fikir mu menjadi sebahagian alatan pemuas nafsu mu. Dan jika sekiranya engkau memikiri dirimu yang bathin hendaklah engkau pergunakannya untuk menggenderai sebahagian nafsu itu masuk ke wilayah al hakam. Iaitu engkau menyegerakan di bawah alunan istiqfar sehingga hati mu benar-benar bebas dari kehendak-kehendak batil yang mengeras.Kerana sesungguhnya fikir itu menjadi buah-buah iman yang meletakkan akal mu sebagai penguasa nafsu dan bukan sebagai hamba nafsu mu.

Lalu bagaimanakah akan DIA perhitung untuk mu.

Jika sekiranya yang melihat kepada kebatilan itu sebagai pekara ibadath maka lebih eloklah sekiranya menidakkan yang batil itu lalu kerjakannya menjadi sebahagian pupukan ilmu dari yang maha mengetahui. Tidaklah di namakan ilmu melainkan ianya engkau pelajari dari yang terbit dari sebahagian yang batil dan dari cebisan yang haq. Jika telah engkau benar-benar mengimaninya maka telah lengkap akan dikau dari sebahagian rukun iman iaitu percayakan qhadak dan qhadarNYA yang maha mutlak.

Lebihlah elok sekiranya engkau itu duduk diam dari mentaati diri mu yang palsu itu dan cubalah meneliti bagaimana keAKUan itu sebenarnya mendidik mu mencari denai-denai ihdinalsiratulmustaqim. Kerana telah DIA perindahkan jalan yang lurus itu dengan cahayaNYA dari pentajalian sifatNya yang maha halus lagi tersembunyi. Sekiranya engkau masih gagal untuk melahirkan kandungan keAKUan itu lebih elok bagi mu mengikuti sebahagian ulama fatwa halal haram yang membimbangi syurga atau neraka. Jika sekiranya engkau masih tenggelam dalam maqam hawa nafsu yang amarah lagi mazmumah hendaklah engkau mengalih pandangan hati mu dari mentadbiri hati dengan kata-kata nista. Kerana sesungguhnya kata-kata yang tidak berguna itu menjadi makanan bathin umpama zikir yang mengingati kemaksiatan. Dan jika sekiranya engkau masih belum menikmati iman, berpalinglah diri selain dari yang maha menguasai kerana DIAlah yang utama dan mutlak yang sebenar-benarnya keAKUan yang sejati. Yang benar-benar merajai hati mu dan yang sebenar-benarnya mengasihani diriNya mengatasi kemungkaranNya.

2 comments:

Pondok Hati on September 7, 2010 at 12:10 AM said...

Tentang emel tu nanti saya tanyakan pada anak-anak kerana mereka yang bantu saya membuat ini semua, blog ke emel ke. Sedang belajar guna emel pulak nih. nanti pandai akan diberikan kepada Sdr Lazarus.

Zakir Lazarus on September 7, 2010 at 5:04 PM said...

jika kau berikan aku email
ha ha hak akan aku menggomel