Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Selamat Hari Raya Wahai Yang Maha Raya


LANDSKAP ROHANI

Di hari lebaran

Banyak yang bertebaran
Di atas nama ku banyak yang berterbangan
Di dalam kalam ku banyak yang berhamburan
Di dalam sifat ku banyak yang tenggelam



Tidaklah sempurna ibadath mu pada-NYA jika sekiranya rindu mu pada-NYA hanya mengenai sahutan dan seruan DIA sahaja. Dan tidak pula DIA cukupkan bagi mu kegumbiraan melainkan setelah engkau memperolehi kemenangan. Hendaklah engkau taati DIA sebagaimana DIA mentaati diri-NYA bagi mu. Lalu bagaimanakah akan DIA perhitung untuk mu duhai hambA-NYA.

Jika engkau telah menghabisi diri mu dengan jalan kemaksiatan sepanjang tempuh bulan ramadhan ini hendaklah engkau perdapatkan DIA dengan bersungguh-sungguh berimarah pada-NYA pada malamnya sebelum terbit fajar syawal. Lalu akan DIA nikmatkan hari mu di pagi syawal dengan kesyahduan dari alunan tasbih-takbirNYA. Ketika itu hendaklah engkau memfanakan diri mu mengikuti alunan dayuan tasbih-takbir DIA itu hingga engkau bertemu DIA di dalam kalamNYA jua. Lalu hendaklah engkau mengisbatkan diri mu itu tiada melainkan hanya DIA yang pernah ada dan sentiasa ada untuk meniadakan dan untuk mengadakan segalanya bagi memihak diri mu untuk tidak berlaku sombng dari sebahagian nikmat kurnian-NYA.

Entahlah wahai hambaNYA hendaknya engkau sahajalah yang mengikuti-NYA dan bukan DIA yang mengikuti mu dalam setiap baris pinta dan doa mu. Jadikanlah diri mu di pagi syawal itu untuk mengingati mati dan bukan untuk mengingati seseorang yang telah lama merasai mati. Hendaklah engkau sentiasa bertasbih-Takbir pada-NYA tidak kira siang atau malam hingga terluput takbir itu dari telinga sekalian umat.

Wahai hamba sahaya-NYA jika engkau merasai hari raya ini tiada bermakna itu tandanya hati mu belum menyudahi sebahagian rukun yang DIA imani. Hendaklah engkau perlihat apakah rukun yang belum engkau sudahi atau yang belum engkau perdapti dengan tonggak ikhlas dan redha. Lalu bagaimana akan DIA anugerahkan kegembiraan pada bathin mu sedangkan zahir mu masih terbelenggu di bawah amalan nafsu mu yang halus lagi tersembunyi. Jika engkau ingin mengetahui rukun yang belum engkau sudahi adalah beriman kepadaNYA. Tidakkah engkau melihat dan mengetahui DIA itu bagaimana. Bagaimana akan DIA itu bagi mu. Adakah AKU itu bagai dia yang engkau ketahui atau yang engkau pelajari dari sebahagian sifat duapuluhNya. Adakah AKU itu perlu engkau imani seperti engkau beriman kepada allah atau kepada DIA. Lalu bagaimana akan DIA perhitung buat mu jika engkau masih gagal mengenal diri mu juga diriNYA juga diri di AKU juga diri di DIA juga diri empunya diri. Adakah engkau mengenal diri segala diri itu hanya pada sebutan dan atau pada nama sahaja. Sedang engkau juga masih gagal menafsir dari sekalian nama-namaNYA yang agung… sesungguhnya engkau maha lemah duhai hambaNYA kerana DIA itu maha raya bagi mu.

Tidaklah DIA itu mengucapkan syukur atas mu melainkan engkaulah jua yang bersyukur kepadaNYA atas nikmat yang DIA kurniakan. Hendaklah engkau wahai sahabat-NYA memohon sepuluh kurnia dari DIA berupa kesihatan yang dipanjangkan umur, dianugerahi rezeki yang halal lagi penuh berkah, memintailah padaNYA keselamatan iman dan amal, peliharakanlah dari segala cubaan yang tidak terdaya engkau tanggungi, mohonlah dilepaskan dari segala percubaan dan kemusnahan bencana (alam soqhir dan qhobir), bersihkanlah hati mu dari wujud prasangka dan berburuk sangka, latihlah hati mu berbicara padaNYA dengan sentiasa meminta pada DIA jua, kecilkanlah segala amalan perut mu dari kesombongan dan kebebalan, sudahilah rukun iman mu yang pertama itu bersungguh—sungguh dan akhirnya hidupkanlah hati mu walau engkau tahu DIA itu adalah dirimu jua iaitu jangan sesekali engkau mematikan sembunyi mu di bawah kesedaran akal dan nafsu.

Ketika di pagi syawal telah terbit segala takbir dan tasbih hendaklah engkau bersiap zahir dan bathin mu dengan persiapan yang indah kerana itu DIA perintah walau engkau seorang yang papa atau seorang yang kaya. Tidaklah DIA memandang pada perhiasan zahir mu melainkan perhiasan bathin mu. Hendaklah engkau sentiasa memakai haruman di hati mu jangan sesekali ternampak cuak di wajah mu. Kerana hati itu adalah singgahsanaNYA maka wajiblah engkau menghiasinya sebagaimana DIA menghiasi zahir mu. Duhai hamba pakailah akan segala sifatNYA di hati mu dan jika engkau tidak mampu memperolehinya walau secebis akhlak DIA maka engkau perdapatlah dari apa yang DIA kurniakan pada zahir Muhammad saw. Sesungguya kekasihNYA itu DIA hiasinya dengan ketampanan wajahNYA di hadapan sekalian makhluk hingga di situlah terbit bayangan wajahNYA. Di hati mu itu engkau perdaptilah akhlak Muhammad yang sebenarnya hingga engkaulah yang menjadi Muhammad yang berjalan di atas zaman mu. Tidaklah engkau itu bersamaan Muhammad saw melainkan engkaulah Muhammad yang abadi. Yang DIA hiasi diri Muhammad itu dengan sifat fathonah, tabligh, amanah dan siddiq. Lalu sampaikanlah semulia-mulia kalamNYA atas mu buat sekalian umat yang engkau perdapti pada diri mu di pagi syawal yang DIA muliakan buat mereka yang benar-benar DIA menangkannya dari segala cubaan perih jasad dan rohaniNYA.

Pada lebaran bukanlah sempat
Menganyam ketupat untuk perdapat
Meneliti sifat walau tidak bertempat
Kerana itulah aku masih merempat

3 comments:

Insan Marhaen on September 8, 2010 at 12:09 AM said...

dan apakah benar kita ini layak merayakan Hari Raya sedangkan puasa kita cuma puasa orang biasa?

Zakir Lazarus on September 8, 2010 at 12:02 PM said...

dengan rahmat kasih sayang dariNya dapatlah kita merayakan hari 1 syawal dengan bertakwa lagi tawadhuk jika sekiranya kita masih mentaati syariaatnya dengan ikhlas. Puasa itu terkandung di dalam syariaat juga maka jalanilah puasa itu untuk mencuci zahir mu sebagaimana tasawuf itu mengajar mencuci bathin.

salah satu hikmah berpuasa dari segi zahirnya ialah membuang toksid-toksid dalam perut.....

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o on September 19, 2010 at 10:53 AM said...

puasa hanya DIA yang menilai...salam raya