Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





cerita sakti


LANDSKAP ROHANI
Continue >>>

Redha itu Bertasbih walau Haq terhimpun Batil


LANDSKAP ROHANI


Taubatlah hamba ku
Dalam penjara mu
Bertemu mati kehendak ku atas mu
berkehendaklah engkau pada ku
hingga tiada sipa yang berkehendak jitu
melainkan hanya AKU bertemu laku

Dalam mencari itu dermaga terlewat sudah aku rasakan pada umur yang makin menghimpun. Selonggok bongkah runtuhan dari gunung dosa-dosa ku makin memancar cahaya gelap hingga aku tak lagi kuat untuk menepis hawa yang gelap pekat itu. Lalu aku semati dan semahu membiarkan diri ku tenggelam dalam pelukan amarah ku dan masih lagi bermohon agar diri ku meredhai dari apa ketentuannya atas ku berupa qhadak dan qhadarNya.
Di sini aku terlontar jauh jauh jauh jauhhhhhh sangat dari rasa yang memikat rasa. Aku sengaja melempar diri seakan inilah yang menyebabkan aku makin benci akan diri ku. saban hari kejian , tohmahan dan herdikan menjadi sajian pagihari hingga dinihari namun amarah ini masih tidak mahu meninggalkan diri apatah lagi ingin membiarkan aku berdiam diri. Benarlah sabda baginda ku junjungan besar Muhammad s.a.w mengatakan Perang Yang Paling Besar Adalah Perang Melawan Nafsu Yang Terletak Antara Dua Lambungmu"
Demi allah nama empunya zat aku merayu pada diri yang bathin agar diri yang zahir ini tidak terikat lagi dengan kehendak yang kuat pada nafsu dan nafsi yang makin menjadi-jadi. Aku tahu segalanya tak bisa terjadi jika aku di beri kekuatan untuk bertahan dari ujianNya….. namun itulah dia namanya ilmu yang diajar kerana setiap apa yang di namakan REDHA itu pasti terdapat 2 yang menglangkaui iaitu ada yang  HAQ ada yang BATIL…..yang haq berdiri pada yang batil dan yang bathil berdiri pada yang haq hingga diri enggak tahu lagi mahu kemana saja haluan maka lelah saja aku biarkan itu diri mentaati haluannya… dan di situlah namanya penyerahan hingga mengetahui aku wajib meredhaiNya atas apa sahaja kehendaknya pada diri, dan tidak sesekali aku meminta DIA yang meredhai segala perbuatan AKU(wujud diri)…. Mana mungkin seorang raja merelakan hambanya(yang mengaku hidup) mengambil takhta pemerintahan ….
Aku kosong hingga terkosng di dalam kekosongan itu tolonglah ilahi ku ,,,,,… isikanlah AKU itu menjadi ketuhanan mu  yang berserta milik mu yang merajai alam mu yang membinasakan  keakuan diri ku yang bernafsi api.

ampunilah allah ku
ampunilah ilahi ku
aku gagal membawa diri ku
hingga kiamat gagal menjemput ku
kerana aku membawa AKU
sedang engkaulah AKU yang memandu……….

Continue >>>

Berkorban Apa Sahaja


LANDSKAP ROHANI
Continue >>>

ketika nafsu bersabda


LANDSKAP ROHANI
Tukar haluan mu wahai ayu
Kembalilah merayu
Biarlah begitu merayu
hingga terbit sayu
lalu aku menunggu
hingga terbit waktu
tuk kita bertemu
dipertemuan aku dan kamu
hinggalah bayang dan cahaya menyatu

Ketika mula diri mu mencari diri tiadalah diri itu kau kenali melainkan diri mu itu disangka memberi kehidupan. Diantara kerlipan bintang di langit yang terlihat hanya Dialah yang berdaya mencipta itu. Sedangkan diri mu tetaplah dianggap diri yang hidup dan menghidupkan. Setelah engkau bergerak untuk mengenali diri, ego mu mula menyepak kebenaran hingga kebenaran itu terus jatuh tersungkur lalu tidak pernah kau ambil peduli. Lalu engkau turuti segala sabda nafsu mu hingga diri mu yang merasa pilu di bawa arus noda dan dosa yang kotor bagai air limbah yang membusuk. Setelah itu kau bagunkan aku kembali dari pelusuk yang berduri semak dan samun itu. Kau basuhi diri mu dengan air mata namun kau belum puas kerana terasa diri  mu masih belum menguasa. Jadi di situ engkau masih teragak melangkah setelah segala percubaan membuahkan paksa.
Esok telah pun bertukar hari, dan semakin hari maut itu mengejari mu… dahulu cukup engkau gentar tentang maut namun kini maut itu yang kau gunakan untuk menakutkan nafsu mu yang bersabda. Lalu diri itu kau simbahi dengan alunan zikri hingga mengentar seluruh indrawi mu.  Namun kau belum puas. Apakah yang kau cari wahai diri. Adakah selain dari ukhrawi atau duniawi.
Wahai diri aku telah sanggup menempuh apa jua halangan menimpa. Bagi ku tiada apa yang bisa menghalang dari apa yang aku kehendaki. Setiap apa yang aku perolehi akan aku amati hingga aku mengenal apakah itu hajat ku. Jika engkau masih belum memenuhi hajat ku layakkah aku berdiam di situ.
Dan jika diri itu bertikam lidah untuk memahami tentang sifat diri yang bertingkat hingga diri adalah yang berdiri untuk menyaksi hanya diri kepada diri. Dan jika diri mentaati diri hingga terlepas simpati masihkah ada diri yang menguasainya melainkan dialah yang lebih berkuasa untuk memaksa. Paksalah, rela dipaksa asal paksa itu tidak menukar diri ku yang beraksa menjadi suasa. Paksalah diri ku ya ilahi ku. Ke mana saja aku rela memaksa nafsu ku
Itulah habuan nafsi malas untuk di mengerti tentang hati. Malas untuk menempah peribadi Muhammad. Malas untuk memahami. Malas untuk ….. malas… malas….
wahai ilahi ku aku mohon pada mu
ingin ketemu kepada mu
aku tak tahu mengapa tertipu
hingga tenggelam segala rayu ku
wahai ilahi ku mengapa begitu
aku malu menoleh kembali itu waktu
terasa pilu
pilu
pilu
pilu……..!

Continue >>>

THE LOST GUARDIAN


LANDSKAP ROHANI


Wahai hamaba jangan terleka
Toleh kepada ku mencari puja
Mari ambil ini derita
Eloknya bagai menghunus senjata
Marilah hamba tebaklah meneka
Di mana ada aduka
Di situkah aku merdeka
Marilah bersama tinggalkan leka
Rayulah aduka bagai aku merdeka
Kelak segala duka mampu bercerita
Cerita tentang dia yang menguasa

Mursyid itu lebih utama dia membimbing mu daripada dia mengekali dirinya dengan kelansungan hidupnya. Jika mursyid itu engkau perdapat akan dia, selidikilah kesesuaiannya bersama mu kerana mursyid itu memahami kedukaan dan kehendak mu. Seandainya engkau ingin bertemu seorang daripada mursyidNya yang ramai itu pilihlah salah satu darinya yang memberi untung kepada mu dari segi rohani dan jasmani, kerana seorang mursyid yang sejati tidak sesekali akan menyusahkan diri mu dengan permintaan yang tak terdaya engkau tanggungi. Jika sekiranya engkau masih gagal bertemu dengan mursyid ku hendaklah engkau mengekali iman dan taqwa mu semata-mata kerana berasa taat terhadap ku.
Wahai hambaNya telah DIA khabarkan buat mu bagaimana usaha dan gerak mu itu tidak akan mendatangkan hasil selagi kamu enggan memahami betapa gerak dan usaha itu dari DIA  jua. Seandainya telah engkau benar-benar mentaati itu gerak dariNYA maka akan DIA bawa engkau bertemu mursyidNYA sehingga di situlah letaknya diri mu untuk bertemu diri mu jua. Jangan sesekali engkau melebihi darinya kerana itu menunjukkan keangkuhan mu. Sesungguhnya walau engkau itu telah mengetahui dari sebahagian rahsiaNYA tetaplah engkau berdiam kerana itulah jalan yang paling selamat bagi mu.
Sesungguhnya mursyidNYA itu telah DIA limpahan nikmat dan kurnia dari rahmatNYA untuk mu. Seandainya engkau di situ bersama mursyidNYA itu hendaklah engkau mengorbankan setiap inci keegoaan mu kerana itu lebih memudahkan mu bertemu AKU. Seandainya engkau masih ragu terhadap mursyid mu eloklah engkau mentaatiNYA seperti DIA mentaati mu dan di situ akan DIA kurniakan rahmat kasih sayangNYA kerana ketabahan dan kesabaran mu itu. Jangan sesekali engkau mendahului mursyid mu kerana itu mengundang kemurkaanNYA.
Mursyid itu bukanlah lawan bicara mu dan mursyid DIA  itu bukanlah rujukan nafsu mu. Tetapi mursyidNYA itu DIA benar-benar khususkan untuk mu bagi menyatukan antara zahir dan bathin mu. Benarkanlah pada DIA duhai hambaNYA  kerana  DIA itu lebih mengetahui dari apa yang kau citakan dan kau dambakan.
Kehendak nafsu mu tidaklah sama dengan kehendak itu AKU. Lalu jika engkau masih ragu itulah kehendak dari sebahagian nafsu mu yang bertempat di alam mulki. Janganlah engkau cuba untuk melihat diri mu lebih tinggi dari sangkaan akal mu sedangkan aqli mu itu hanyalah seumpama bentangan hamparan permaidani yang indah. Namun segala keindahan itu hanya letaknya di bawah telapak kaki sahaja. Seharusnya duhai hambaNYA  engkau perbuat akan diri mu sentiasa taat dan mengenali itu taat yang khusus untuk mereka yang khusus.
Wahai hambaNYA jika itu mursyid telah engkau ketemui sepertimana yang DIA khabarkan untuk mu bersegeralah engkau mengeluarkan hawa dan nafsu dari gelombang  hati mu. Sesungguhnya hati itu tidaklah DIA khususkan untuk mu menghimpun  persoalan hawa nafsu sebagai pelayan untuk ketemu….
Lalu benarlah kata mu tuan
Aku ini umpama tebuan
Melayan kehendak diri yang dipertuan
Akhirnya aku mati keseduan
Mengutip madu untuk mu dipertuan
Tapi nafsu yang bersembunyi menghirup maduan
Hingga terleka diri di persembunyian
Akhirnya bagai kehilangan
Di manakah sebenarnya haluan….?
Tujukkan aku itu habuan
Bukan sekadar menjadi tebusan
Pada ku yang mencari THE LOST GUARDIAN
Continue >>>

The Last Guardian


LANDSKAP ROHANI
Continue >>>

Jika melayan suri jangan di biar duri Menari


LANDSKAP ROHANI

Telah gugur itu pilu
Maka datanglah bertalu
Janganlah dikau ragu
Kerana AKU sedang  menunggu
Pada mu diri perhatilah AKU
Kerana AKU rindu bertemu
Bisa kita jadi tamu
Berdua kita menguasai berdiri mu
Jika telah aku bertamu
Maka tiada dua kita seteru
Disitulah kita menyeru
Padanya yang kaku melihat AKU

Jika menanti dan terus menanti sebutir mutiara adakah dapat merasa nikmat pada sinarnya sedang tangan belum kuat untuk memegang butirannya. Jika begitulah jalan paduka jalanilah aku ini sebagiamana mereka berjalan sedang jalan itu telah terbuka. Jika aku masih meragu dan terus termangu untuk berjalan di jalanan ini masihkah ada hati yang sudi memerhati aku melepasi sempadan mimpi ini. Saban hari aku berjalan namun aku makin tenggelam dalam keheningan kalam –kalam yang agak berbalam. Terkadang aku merasa sayang lalu pilu itu aku bawa tenggelam. Namun esok aku selam namun aku kelam pada mu kalam.
Walau dalam kelam aku masih tercari-cari apakah yang terdalam masih menanti  aku yang berbalam. Sehingga kini aku masih memahami apakah itu diri apakah itu duri. Jika duri aku kenali… ya sungguh aku mengenali sifat itu duri namun aku kini ingin berkenalan pada pencipta itu duri. Jika itu diri sering di tusuk duri esok lusa akan terbiasa di tusuk duri. Cuma rasanya duri itu telah tumpul dan tidak memberi kesan yang asyiik pada diri. Hingga kini itu duri aku asahi namun itu duri tidak mahu akan aku lagi.  Katanya diri sudah bosan bermain duri. Teringin pula bermain api.
Belum pun kenal itu api aku di simbahi cahaya yang memadamkan terang api yang tinggal hanyalah panasnya yang aku perdapat dan aku perhati. Sehingga kini aku teliti itu kepanasan api lalu aku enggan menurutkannya lagi kerana aku telah jatuh percaya bahawa yang terdalam itu sunyi lagi memenuhi ruang ku yang sempit ini.
Ruang ku sungguh sempit ilahi ku. Mengapa begitu sempit. Sehingga sungguh sesak dan aku jatuhkan kepala untuk menuruti  kehendaknya tidur. Lalu tidur itu sungguh nikmat bagi ku  dan itulah yang aku perdapat dari sebahagian cerita cinta. Bila telah aku jatuh suka engkau kosong lalu aku memekik bertanya mengapa. Diamlah. Mana ada cerita segalanya hanya yang menguasa. Kosong-kosong-kosong-kosong dan terus kosong.
Lalu aku usungi badan yang berdiri ini mengikuti denai-denai itu jalan sehingga kini aku terbaring saja hingga terlena tanpa mimpi tanpa geri hanyalah diam yang terbiar kosong lalu kosong  menghiasi aku yang terdalam. Hanya kosong biarlah kosong. Esok lusa siapa tahu kosong itu bisa terisi dengan rasa yang mencipta dari yang maha pencipta… kini aku berkata lahaulawallaqhuwataillbillahiazim menjadi pakaian ku…..
Bak kata orang muka selenger…..
Degil sungguh pada mu dewi
Melihat diri yang mendewa dewi
Jangan kau berkasar pada diri
Kelak diri mantaati mati
Jika ingin kembali
Carilah titi
Itu titian tiada berduri
Hanya disaluti alam mimpi
Hanya yang mimpi akan jadi pasti
Continue >>>

Paksa Hidup Ini Membangunkan Tidur II


LANDSKAP ROHANI


MASA BERTUKAR TELAH HADIR....

jika lewat menunggu masa
jangan ragu tuk kembali menguasa
cubalah berpuasa
dalamnya terkandung rasa
suatu rasa dari maha karya cipta
yang mencipta segala cinta

Dalam riang mana ada duka terlupa segala nestapa walau hindu itu membujuk kaku. Walau aku itu maju tapi engkau menahan hingga segala pagar runtuh di haluan. Tinggal sisa dari nista namun semuanya berlonggok. Tampak nista. Jalan ku Nampak kotor. Aku ingin membersihkannya. Perlahan-lahan aku menyapu. Debu-debu itu berterbangan bagai ada yang yang mengawalinya. Di situ aku makin dekat untuk cuba melihat betapa besar kuasanya menakluki diri ku.
Makin aku cuba berjalan satu persatu denai aku perhati.... ohh banyaknya kemucuk melekat di pakaian ku. Namun itu semua aku tak peduli. Terus berjalan. Akhirnya kemucuk itu menyucuk daging ku. Di situ aku terhent, lagi sibuk pula melayan kemucuk. Cukup membuang masa. Masa terbuang.
Pada jalan ini.... sungguh aku tak faham, sungguh aku tak mengerti. Sungguh aku mahu tahu. Tahu aku itu, bukan ketahuan pada jalannya. Tetapi apakah jalan itu bisa mentauhidkanNya. Jika aku berpegang pada jalannya pasti aku akan terleka dan terbuai dengan keasyikan alunan gemalainya. Namun sebenarnya ada cahaya petunjuk. Tak ku sedari. Tidak aku tak tahu menafsirnya. Aku bergantung penuh kepadaNya. Lalu aku serahkan sahaja segalanya kepada yang empunya kudrat. Semoga aku layak mengetahui jalanNya yang terahsia lagi terbentang luas. Luas pada rasa namun amat sempit pada fikir.
Lalu aku amati lagi jalan ini, namun aku terlupa yang mana harus aku lihat. Kerana terlalu lama melihat yang di luar sehingga terluput yang di dalam. Walau yang terdalam berpesan, namun aku sengaja melontarkan wasangka agar yang terdalam tetaplah terpencil di belantara. Kerana aku melihat di luar. Kerana aku menghiasi tidur. Lalu aku kembali ke belantara mencari denai-denai kecil itu dan bertanya apakah yang ingin di beritahu kepada ku. Bukan jawapan yang aku taksub, namun itulah jawapan yang mematikan segala jalan-jalan keletihan luar.
Jika aku kembali mentaati tidur nan mati, masihkah ada sinar di hujung jalanNya. Walau dia maha pemurah lagi maha mengasihani, namun pasti ada batasnya yang memisahkan rahmat dan kurnia. Kerana rahmatnya sentiasa menyirami diri aku ini, tetapi aku menepis rahmatnya masakan dapat aku akan pengurniaanNya. Hari-hari aku berlawan. Setiap hari aku di tawan. Aku tak tahu mengapa aku tak kuat menahan. Telah berkali aku bangun mencuci sawan. Aku malu mencungkil rawan. Akhirnya Dia berkata bertaubatlah hamba ku…. Hamba ku beristiqfarlah semahu Ku bukan semahu mu.
datanglah pada ku
kembalikanlah rasa ku
hidupkanlah cinta ku
matikanlah hendakku
lontarkanlah aku
jauh dari pelusuk kaku
Continue >>>

TANPA NAMA


LANDSKAP ROHANI


MASIH TERDENGAR NAMA
WALAU BERJUTA BERSUARA
BERHAMBUR KECEWA
MEMUJA RAYA
KELAM KELIBUT TIADA SUARA
MEMUJA…..
TANPA KATA TANPA SUARA
Hendaklah engkau sentiasa memenuhi hati dengan berzikir kerana itulah peringkat mubtadi bagi hambaNYA yang menujui diri menjadi salik. Dan tidaklah DIA perindahkan hati itu dengan hamunan nafsu yang tercela melainkan DIA abadikan degupan jantung itu dengan alunan zikirullah. Wahai hambaNYA hendaklah engkau pasrah dan redha di setiap jalanNYA yang bernama qhadak dan qhadar DIA dengan menyerahkan sepenuh hati mu terhadap DIA sehingga yang tinggal di hati mu hanyalah hiasan tanpa nama  yang engkau sendiri tidak mengetahui apakah namanya yang terlebih baik dari sekalian asmaNYA.
Jika engkau menjadi hamba adalah engkau itu amat berbeza dengan makhlukNYA yang lain kerana makhluk DIA itu adalah hambNYA yang DIA cukupkan pakai dan segala keperluan hidup. Namun engkau hambNYA yang akan DIA angkat menjadi insan maka pakailah dari pakaianNYA(LA MAUJUD BI HAQ ILLALAH) sehingga DIA mencukupkan keperluan mu sebagai hambaNYA yang bertaraf insan.
Hiduplah engkau dengan nafas DIA yang tidak berwarna itu. Begitulah engkau di atas dunia yang fana ini tiadalah engkau punya nama. Jadilah manusia yang sebaik-baik kejadian makhluk untuk melengkapi putaran kehidupan qhadak dan qhadar namun engkaulah jua yang memegang qhadak dan qhadar mu jika sesungguhnya engkau memijak kaki mu ke maqam insan.
Wahai hambaNYA hendaklah engkau menghiasi diri mu yang zahir dari kecelaan diri kerana itu lebih menjinakkan hati mu di khalayak ramai dan sesungguhnya celaan jangan kau hiasinya dengan kenistaan yang tersembunyi yang mana engkau rela di tawani dari nafsu mengadu domba yang amat halus. Sessungguhnya tidaklah tercela diri mu melainkan engkau telah menjerumuskan diri di dalam alam yang di hiasi kesunyian. Sesungguh khalayak ramai itu bagaikan jarum yang di hiasi racun yang berbisa tetapi ia juga adalah penawar bagi setiap pintu nafsu-nafsu mu. Oleh itu janganlah engkau sesekali mencela diri mu di hadapan khalayak cukuplah engkau mencela diri mu di hadapanNYA kerana sesungguhnya DIA itu maha mendengar lagi maha mengetahui.
Wahai hambaNYA hendaklah engkau berdiri di hadapan DIA lalu engkau berikrar di hadapanNYA. Lalu engkau mengangkat tangan mu  membenarkan kalimah shahadat. Membenarkan segala penafian di atas bumiNYA ini dan mengisbatkan DIAlah kehidupan yang mutlak. Wahai hambaNYA hendaklah engkau mentaati DIA sebagaimana DIA mentaati diriNYA pada mu.
Jika alpa menjadi sajian
Mana lagi sadar menjadi panduan
Dalam alpa bebas berterbangan
Namun engkau takut kehilangan
Kembalilah engkau membilang haluan
Continue >>>